Thursday, May 21, 2009

migrain

aku patut marah diri sendiri. esok viva tapi aku tak buat apa2 pun lagi untuk presentation. sejak petang semalam sampai sekarang migrain aku tak hilang. rasanya painkiller pun dah tak jalan, nak tidur banyak kerja, nak mc...apahal cerita pasal mc aku skg kat office. apa pun good luck lah Kak Long. Do your best ya!

Wednesday, May 20, 2009

bos

Dua hari di kampung finally dapat jugak aku makan lauk ikan sepat goreng rangup, yum yum. Sekarang ni kat kampung musim mempelam (mangga). Best balik kg, rasa tak cukup je dua hari. Dari kampung aku berkampung pula dua hari di Lake Town Resort, berkursus. Penat lagi. Viva Jumaat ni, tak buat apa-apa pun lagi. Malam nilah aku pulun. Jadual sehingga 30 Jun dah penuh! Penuh dengan AGM. Ahad ni, kanda berlepas ke Miri, aku pula ke PD selama 3 hari. Hm...kursus tak abis2. Apa pun, sekarang ni hidup rasa seronok. Kerja pun best jer..maklumla dapat bos baru. Motivasi beb. Perkaitan di antara gaya kepimpinan dengan motivasi hehehe. Tapi dimensi2 dalam gaya kepimpinan tu yang kawan aku tak tahan dengar tu. Bos aku hensem, aku suka tengok dia sebab aku rasa dia macho, berkarisma, suka cara dia punya empowerment, decision making, control the situation, hm...apa lagi ek, kah kah kah....oklah dah latu....

Friday, May 15, 2009

Salam,

Wahai Cik Faezah, email saya r_maiza@yahoo.com. Projek tu dah 90%. Kali terakhir saya buat tinjauan, sedang buat wiring.

Wednesday, May 13, 2009

hm...

tetiba jer rasa lapang dada. dah binding dan kirim pada Tiny untuk antar kat JPPPL esok. frust aku tak dapat antar sendiri. esok pagi dan petang ada dua meeting menanti. waaaa...aku tak dapat nak lari. apa pun selesai sudah semuanya. cuma tinggal viva pada 29hb ni. alah....viva jer...hehehe. aku tak sabar nak collect hadiah dah ni. oklah...semput ni, hari ini berhadapan dengan board yang cerdik2, penat aku. penat nak meyakinkan dorang aku lebih pandai dan lebih tau dari dorang hehehe. time to layan channel 303. da!

Sunday, May 10, 2009

Hari ini

Hari ini, pada jam 1.15 pagi, aku tidak boleh tidur. Mungkin kerana minggu-minggu yang aku lalui kebelakangan ini masa tidur aku terhad. Maka tatkala semua sudah selesai, aku tak boleh tidur! Hah, kelakarkan? Senyum.....benar agaknya kata Tiny, tak payah tunggu setahun. Sebulan pun barangkali aku sudah mengelabah, dan akan ketagihan sesuatu. Masakan tidak. 10 tahun aku tak pernah berhenti. Bekerja dan belajar secara sambilan umpama makanan harian. Stress belajar itu sebenarnya melegakan stress-stress yang lain. Adakah stress ubatnya stress? Haha kelakarkan. Apa pun aku tersangat-sangat besyukur. Akhirnya aku dapat menyudahkan sehingga ke penulisan terakhir lewat jam 7.30 petang semalam. Ye la ni kan dah masuk hari baru. Macam tak percayakan? Dan cuti seminggu yang paling memenatkan ini berbayar. Hampir setiap hari aku menerima panggilan bertalu-talu. Sudahkan disemak bylaws yang hendak dipinda, bolehkah hadir majlis untuk menyampaikan dermasiswa, laporan siasatan aku bila hendak dihantar ke HQ. Dan ye, projek hujung bulan ini, sudah diserah ke bahu aku untuk meneraju, hah banyak kerja menanti. Apa pun yang paling utama, aku sudah rindu mak dan ayah di kampung. Tahniah Maiza, you're great! Bila lagi nak appreciate diri sendirikan?
Alhamdulillah.

Sunday, May 3, 2009

Weekend story

Aku janji pada diri aku bahawa dalam dua hari ni aku mesti selesai key in data. Penat rupanya. Sambil berselang seli dengan kerja-kerja memasak dan juga meneman kanda. Tapi semalam tengahari entah kenapa selepas data yang ke 110 aku berhenti dan sibuk hendak berus bilik air, beria-ria sampai terpercik air campuran cecair pencuci dalam mata. Aduh sakitnya. Risau pulak aku buta kang. Selesai kerja aku rehat sekejap, mata aku merah dan agak sepet sebelah. Rasa semput dan lemah lutut. Kanda risau sambil membebel. Katanya time dia sakit janganlah aku sakit, aku kena jaga diri baik-baik supaya boleh jaga dia. Lewat petang membawa kanda melawat mak mertua di rumah adik ipar. Kepala aku pening-pening tak tahu kenapa. Mungkin lama sangat menghadap skrin komputer kot. Malamnya aku ke farmasi bersama kanda. Beli ubat-ubatan yang makin susut dan check BP. Aku menumpang sekali lantaran rasa tak berapa sihat. Hah! BP kanda naik sikit, aku pulak, rendah! Patutlah aku rasa macam pening-pening. It always like this. Kalau aku stress, penat, migrain...tekanan darah aku akan menurun, ala-ala nak pitam tapi tak pitam2 pun. Alhamdulillah, aku masih sihat. Lepas ni aku kena lebih jaga kesihatan kan? Demi kanda tersayang. Aku masih ingat gurauan kanda tatkala membantu aku membaca jawapan questionaires, kalau kena stayback malam ni untuk habiskan, stayback! Takkan adik tak boleh? Abang boleh tulis paper sampai jam 2 pagi. Jangan sampai jatuh lubang dahlah! Mula-mula tu aku tak faham, tapi as I look at his eyes, ketawa aku pecah. Dia pun sama. Apalah kanda ni. Sebenarnya pada hari kanda jatuh dalam lubang tu, dia tak cukup tidur kerana siapkan paper bajet sampai jam 2.00 pagi. Esoknya bergegas pergi meeting dengan minister, petang pulak pergi power walk, dan masa balik itulah dia terjatuh, ianya lebih kepada careless. I always remind him, mine your own steps! Hm...nak jadi jugak. Apa pun semua tu ada hikmahnya. Baru aku tau betapa aku sayang dia dan ini pun ujian untuk aku, peluang aku menjaga dia.

Wednesday, April 29, 2009

ALHAMDULILLAH

Semalam petang aku terima panggilan telefon kanda, suara girang tak terkata. Laporan pemeriksaan terkini, kesihatan kanda menunjukkan peningkatan mendadak. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Dan kanda balik ke rumah semalam dengan attitude ceria, macam tak sakit langsung. Benarlah kata orang sakit ini ubat utamanya emosi. Kalau emosi kita positif, maka kita akan lebih cepat sembuh. Positif kanda menakutkan aku. Apa taknya, MC dua minggu, tapi hanya dua hari tak bekerja. Tapi malam mulalah sakit sana sini, sampai aku tak boleh tidur! Apa pun sekarang ni aku ada banyak borang soal selidik nak key-in dalam SPSS, beratus borang! Tak sabar nak tamatkan semua ni:D

Tuesday, April 28, 2009

Balai Polis

Pagi tadi selepas membuat lawatan pemeriksaan dan menyita dokumen, aku dan rakan segera ke balai polis berdekatan untuk buat covering report. Masa kat parking kereta balai polis Setapak, iaitu selepas selesai buat report, seseorang melintas di hadapan kereta aku. Ya Allah! Abang K! Kali terakhir aku jumpa dia ialah pada tahun 1996. Maknanya dah lebih 12 tahun! Sikit pun dia tak berubah (maklumlah lelaki). Aku yang banyak berubah! Dulu aku 19 tahun, kecik comel. Sekarang ni hm! Confirm dia tak perasan aku. Agaknya masa aku kat dalam balai pun dia ada tapi tak perasan aku. Agaknya. Tak apalah. Mulanya aku rasa macam nak tegur dia, tapi rasa malas pulak nak turunkan cermin kereta, jadi aku pulang terus ke pejabat. Tapi sebelum tu sempat jugak aku suruh rakan aku ushar berapa paku kat bahu dia, hehehe sabar ajelah. Sepanjang jalan aku berkongsi cerita dengan rakan tentang abang K. Hm....cerita aku pada rakan, aku ni dulu lari2 dan mengelak dari abang K yang terkejar-kejarkan aku, konon tak kelas la aku couple dengan dia, umur dia 15 tahun tua dari aku. Duda anak tiga pulak tu. Tapi sudahnya aku kawin dengan duda jugakkan? Dapat anak pasang siap jugak kan? See??? What goes around comes around! Apa pun, dari riak wajahnya, aku percaya dia kini pasti telah menemukan kebahagiaannya. Seperti kata-kata aku semasa menolak dia secara lembut dulu.

Friday, April 24, 2009

Go Go

Esok ada final exam. Terus terang aku belum tengok atau prepare apa pun. Mungkin malam nantilah. Sepanjang hidup akulahkan, tak pernah aku tak ready untuk exam. Aku nak tengok macam mana hasilnya. Dan sepanjang empat semester pengajian kali ini, tak pernah aku buat assignment cincai-cincai. Semester inilah pertama kali. Itu pun tak lah cincai sangat....Cuma aku try jadi bersederhana sikit. Jadi aku nak tengok hasilnya. Bukan apa ini pengalaman aku dan sahabat aku Tiny bila kami membandingkan kerja keras kami dengan kerja lebih kurang atau kerja cincai orang-orang tertentu. Yang mana kami dapat A dan diorang pun dapat A. So? What do I expect? Aku pun penatlah nak melayan kerenah sendiri sebelum ni yang selalu mahu perfect saje! Dalam keadaan sekarang, di tempat kerja nak kena sesuaikan diri dengan pengarah baru yang laju semacam, kanda pulak sakit buat aku tak cukup tidur dan asyik EL, kertas projek, final exam dan kertas siasatan yang tak selesai2....maka aku putuskan, aku mahu buat yang terbaik tapi sederhana dan seimbang. Cukupla kanda sorang sakit. Kang aku plak sakit sapa pulak nak jaga. Aku tahu kanda agak panik. Sebab dia tak pernah sakit apatah lagi akibat accident tak dijangka begini. Apa pun aku bangga dengan diri aku. Dalam berjaga malam sampai ke pagi meneman kanda yang tak dapat tidur sebab sakit sana sakit sini, dapat juga aku menaip 20 muka surat tugasan terakhir aku! Alhamdulillah. Kata kanda aku isteri hebat, hehehe. Memang hebat melayan harimau yang sakit. Perlu kesabarannnnnnnn yang tinggiiiiiiiiii. Go Go Kak Long!

Tuesday, April 21, 2009

apa ada pada perancangan II

Sehari dua ini aku kelam kabut. Minggu lepas aku tak masuk office kerana seminar dan juga EL menjaga kanda. Minggu ini bertimbun kes di atas meja. Serabut sekejap. Apa pun tension takkan selesaikan apa-apa. Ye tak? Kanda makin pulih. Sakit-sakit akibat jatuh sudah reda tapi tangan kiri masih belum pulih. Mungkin ambil masa sebulan dua sebelum pulih sepenuhnya. Kadang-kadang sakit ni ada kaitan dengan emosi. So, to make him happy, aku biar saja dia pergi kerja walau pun masih MC. Bagi kanda kerja itu semangat dan dengan bekerja it will make him feel better. Kurang2 ada juga driver tolong tengok-tengokkan dan bawa dia pergi makan. Aku? Sedihnya tak dapat meneman dia kala ini. Hm...study pun ntah ke mana. Apa pun moga-moga exam terakhir sabtu ini dapat aku hadapi walau pun kala ini aku langsung tak sedia lagi. Hehe...dua hari mengusung buku ke pejabat kot2 lepas jam 5.00 ptg boleh taip satu dua muka surat, hm...hampeh...berat beg je usung buku. Aku balik lepas maghrib jugak! Tapi sebab nak siapkan kerja yang tak siap2.....Kak Long SMILE please :D.

Friday, April 17, 2009

apa ada pada perancangan

Tiga hari di Melaka, sekembalinya petang semalam, lima minit lagi nak sampai ke rumah aku dikejutkan panggilan telefon dari kanda, he got an accident. Aku bergegas ke tempat kejadian, segera aku bawa kanda ke klinik, tetapi doktor menasihatkan supaya kami segera ke hospital. Aku cemas bukan main, sebab secara fizikal tak ada kecederaan apa-apa tapi tangan kiri kanda tak dapat digerakkan secara normal. Hasil x-ray mendapati tulang belikat kanda patah, tetapi tidak menjejaskan bahagian otot. Inilah kali pertama kanda masuk hospital dalam hidupnya!. He got hypertension, 1st sebab terkejut dengan kemalangan, 2nd sebab nak kena tahan kat wad. But as I knew kanda yang keras hati bertegas tak mahu stay kat hospital, akhirnya doktor lepaskan dia balik dengan syarat kena follow up. Lima minit aje tekanan darah turun semula....waduh...takut benar dia kena bermalam di wad. Jam 1 pagi aku memandu bawa kanda balik ke rumah. Semua anak-anak ada bersama kami at that time, give their support. Kanda diberi mc dua minggu, dan aku lega kerana aku ada di sisinya saat ini. Buat masa sekarang aku dah tak fikir apa lagi. Kerja ke, study ke, biarlah Allah yang menentukan. Apa pun I will manage my time as best as I can. Apa ada pada perancangankan?

Sunday, April 12, 2009

kualiti

Semalam kelas jadi hangat bila kami berbahas isu kualiti. Aku pun tak kurang kecoh juga. Ada juga yang ambil kesempatan meluah perasaan. Seronok sebenarnya berbahas secara akademik ini. Tapi bagi aku kualiti itu persepsi or maybe....just an imagination. Kisahnya.......beberapa bulan kebelakangan ini aku tak kesah sangat bab-bab kualiti barangan ni. Aku lebih memikirkan bagaimana nak meningkatkan kualiti kehidupan melalui perhubungan, iaitu dengan Yang Maha Pencipta, dengan orang-orang yang aku sayang, kanda dan anak-anaknya, ahli keluarga aku dan juga kawan-kawan aku termasuk kawan seopis yang mula aku dah confident nak bergaul lebih-lebih sikit. Tukar jer persepsi. hehehe. Tapi yang kelakarnya aku nak catat kat sini pasal kualiti barangan nih....alkisahnya aku ni cubalah nak mendowngrade diri aku, kurangkan berbelanja barangan berjenama, sebab apa ada pada jenama? Just to make us satisfied? or to satisfied others yang tengok kita tapi tak kenal kita or mungkin tak suka kat kita (ni aku ambil ayat dalam rancangan Oprah). Jadinyakan, aku pun mula dengan langkah pertama, no more handbag dan kasut berjenama. pakai jela yang ada tu, future beli je yang harga bawah seratus. Pastu aku tukar barangan skincare aku. Carol frank tu tak payah la beli dah, seketul krim malam harga RM899, tak lawa2 pun sama je muka aku, aku rasa sama jer macam pakai jenama tempatan hehehe... Bedak compact mac, aku tukar pada bodyshop, reduce la 50% harga dia. Lagi.......banyak la, sampai aku rasa nak jual je kereta aku, dan tukar pakai viva atau myvi (perasaan akula). Kesah apa orang kata mak datin naik myvi. Tapi yang nak tergelak tu, last month punya cerita. Kain ela....aku pi beli yang tiga pasang seratus ringgit. Lawa la corak dia, aku pun bangga tunjuk kat kanda. Aku kata ke arah penjimatan, kualiti barangan didowngradekan, kualiti kebahagiaan ditingkatkan. Apa jadi? Last week aku ambil dari taylor, pakai sekali, basuh...hancusss........keronyok seribu pastu warna dia turun. Dah tak boleh pakai beb. Yes harga dia murah tapi aku boleh pakai sekali jer.........apa lagi berbakul aku kena leter dengan kanda, katanya downgrade tak bertempat. Tak payah la nak tukar gaya hidup aku. Bersederhana macam biasa.......dan juga jangan terpengaruh dengan sales ye? Atau rupa paras. Sungguh pun corak dia lawa (aku sangka kualiti dia sama macam yang mahal) tapi sebenarnya kita kena hati-hati. Bukanlah semua barang murah tak de kualiti. It just that, aku tersalah beli. Pelajaran aku dapat, kualiti ialah apabila the result exceed our expectation! Tu je sebenarnya.

Thursday, April 9, 2009

I'm about to reach my destiny II?

Minggu ini hanya tiga hari aku bekerja di pejabat, minggu hadapan 2.5 hari, no weekend sebab ada dua mesyuarat pagi dan petang Sabtu dan Ahad pula kena outstation, and hm.....senyum sahajalah......tapi sebab tiap2 malam aku mengadap channel 303 jam 9 sampai 11.30 malam, jadi aku kira enjoylah! Lebih-lebih lagi kanda, pasal boleh tumpang menyendeng, bermanja hahaha.....Menunggu hari esok untuk collect questionaires bagai dijanji dengan semua respondan aku, sempat, tak sempat, sempat, tak sempat, sempat, tak sempat (sedang cabut kelopak bunga). Sebetulnya aku tak sabar2 nak habiskan semua ini. Sebab aku ada banyak plan nak buat selepas Jun ini. Tapi semunya bergantung kepada keadaan. What ever, I'll try my level best, chaiyok!

Wednesday, April 8, 2009

I'm about to reach my destiny

Nampaknya banyak sungguh kekangan masa bulan April ini. Apa pun aku percaya kehidupan kita ini telah Allah sw.t. susunkan sebagai yang terindah untuk kita lalui, pahit atau manis, masam atau masin, rasa yang pelbagai itu bila menjadi satu mampu menciptakan rasa yang sensation! Percaya tak?

Monday, April 6, 2009

oklah!


Aku agak penat, baru balik berkursus selama seminggu. Jadi entry ini sahajalah untuk kali ini. Itu pun entry arahan....masukkan gambar ni kat blog adik! hehehe...kan ke abang ada ID sendiri? Ini sebenarnya reminder nih! Minggu depan pun ada satu lagi kursus....nampaknya bulan ni separuh bulan sahajalah aku bekerja....

Tuesday, March 31, 2009

no title

Entah kenapa tiap kali aku resah gelisah atau tensi, aku akan bayangkan tubuh aku yang telah berkafan dan sedang dimasukkan keliang lahad. Dan aku tersenyum kembali. Hilang resah gelisah, malah rasa tak berbaloi untuk tensi dengan kehidupan yang hanya pinjaman ini. Bukan aku senyum sebab dah bersedia untuk mati ya! Kata Dr Fadzilah Kamsah. Programkan minda anda setiap malam, supaya esok pagi kita bangun dengan penuh bersemangat dan dapat buat yang terbaik. Semangat aku ialah untuk buat yang terbaik untuk hari ini, dan esok insyaallah. Sebab esok mungkin aku akan masuk ke dalam liang lahat. Siapa tahu?
Bercuti dua hari dengan semangat berkobar-kobar mahu siapkan assignment, tapi menstruation ini buat aku sakit kepala dan rasa loya. Jam dua pagi, idea mencurah-curah, tapi fizikal aku sudah tidak berdaya. Makanya aku putuskan kesiankanlah tubuh badan......kesian dia, pergilah bawak dia rehat-rehat, makanya aku pun terima pelawaan adik aku , hahaha...asalkan aku duduk sebelah dan dia memandu, kira ok la tu. Lama sungguh tak jejak kaki ke Alamanda, ala-ala nak sesat kat dalam tu, sabar sahajalah. Itu lebih baik daripada mengenang apa yang aku rancang tak menjadi, tatkala semua sudah update, halangan mengedar soal selidik pula. Bahagian HR terlalu sibuk sampai permohonan aku terabai. Hm bukan salah mereka, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, dan rumours restructuring menteri kabinet (mungkin) buat majlis ini dilaksanakan dengann terkejar-kejar. Aku fahammmm sangat, sebab aku dulu kepala event! Time orang sedang bz dengan event besar janganlah kau kacau....silap2 kena herdik. Nasib aku tak kena herdik! hehehe sebab directornya itu baik ya amat (itu orang cerita pada aku). Tapi mungkin betul sebab aku sudah jumpa dia. Tak apalah..........ini faktor luaran dan luar kawal. See??? Kau sudah buat yang terbaik tapi ada lagi faktor-faktor luar kawal yang Tuhan hantar sebagai ujian. Sebab itu apa yang kita rancang dan laksana tidak jadi seperti yang kita mahu! Wallahualambisawab....

Saturday, March 28, 2009

rindu

rindu masakan emak, rindu kampung........tapi assignment saya masih ada separuh tak siap......bulan ni jadual sangat padat, mencabar sungguh! Mesti mak dan ayah rindukan kami jugakkan? Kalau sudah sampai hantar sms kepada anak sulong dia ni.....Maafkan kami sebab lama tak balik. Tapi insyaalalh, akan kucuri masa itu walau apa pun yang terjadi. Restu ibu bapa sangat penting untuk perjuangan yang sudah sampai kemuncak ini.

Tuesday, March 24, 2009

Kritikal

Pengajian aku kini di tahap yang kritikal. Tapi kenapa aku relaks hah?

Thursday, March 19, 2009

Victim?

Rumours ni sudah acapkali aku dengar. Kalaulah benar, ini memang sesuatu yang menyakitkan untuk dihadapi oleh dia. Namun ia bukanlah pertama kali aku lihat, sebelum ini di tempat kerja lama pun it happened. If you're too good, pun tak bagus. Tapi kalau kita teruk sangat pun (malas, lembab, tak disiplin etc) lagilah tak bagus, ini memang sah2 nak kena ambil tindakan. Aku masih ingat seorang bos yang kebetulan menjawab soalan pak menteri dengan jawapan yang dia tidak mahu dengar, akhirnya ditukarkan ke sebuah meja tanpa fungsi. Hari2 datang kerja merayap sana-sini around the department, baca surat khabar, dan akhirnya memilih bersara awal. Sakit jiwa kalau terusan begitu!. Kalaulah orang yang diletakkan di meja tersebut benar-benar teruk tak apalah, but what if ia hanya disebabkan persepsi yang salah, politik di tempat kerja atau aduan tak berasas pihak yang memang berniat untuk menjaga kepentingan sendiri?
Kata kanda, untuk jadi seorang ketua, PR mesti bagus, budi bicara dan pertimbangan mesti tinggi. Jangan berlagak bagus dan terlalu ikut buku. Ini kerana "buku" itu hanya satu terma rujukan atau peraturan yang dibuat oleh manusia. So kena adunkan semuanya, barulah boleh jadi ketua yang cemerlang. Apa pun kejadian-kejadian ini mengajar aku satu perkara, buat yang terbaik, tetapi reaksi sederhana. Dont over! Nanti mungkin akan jadi mangsa seperti mereka juga. Kerana kita berurusan dengan manusia. Hati manusia ni macam-macam. Dan dalam hal kerja, aku percaya beside niat yang ikhlas semua orang nak jaga periuk nasi masing-masing. Apa pun Allah tahu apa yang ada dalam hati kita.

Tuesday, March 17, 2009

Compliment

Dulu kanda selalu kata kat aku ayat ni "they are my tools. I perlu gunakan diorang untuk capai objektif I". Jadi kalau bos kita selalu suruh kita buat itu dan ini walaupun itu bukan kerja hakiki kita, adakah bermakna kita ni tools??? (rosak pemikiran aku dek falsafah kanda hehehe). Semalam petang aku terima panggilan dari HQ, someone introduced herself as Julia. Aku telah diminta hadir satu perbincangan (atas arahan Ketua Sektor). Aku cakap aku tak boleh pegi sebab kena dapat pelepasan bos aku dulu, so that lady quote ayat bos dia, bos kat sana adalah bos kepada bos aku, jadi aku mesti kena pergi! Pagi ni baru aku tau that Julia is Dr. Julia actually. So apa aku kena buat tiba2 jer dipanggil ke sana? Aku pergi tadi dgn blink2 idea. Hm rupa2nya...aku dan Dr. Julia ni diminta oleh bos kepada bos aku tu untuk contribute dalam satu paper, yang dia nak present Saturday ni kat satu konvensyen. Why me???. Jawab that lady boss...I dah test kerja u sebelum ni. (Wow....what a compliment! ) Again, I think I'm a tools. Beside that tentulah aku ada bakat yang nak diguna. Patutkah aku rasa terbeban atau rasa bersyukur? Dan aku putuskan, aku kena guna peluang ni sebaik mungkin dan bersyukur. Buatlah pelan2 kak long, kalau tak cukup masa kau tak payahlah tidur semalam dua ni. Buat dengan IKHLAS ye......

Monday, March 16, 2009

Yang tergendala

Jumaat lepas aku dan kanda ambil mak kat kampung bawa ke rumah kami. Kata adik ipar aku mak nak beurut, sebab badan dia sakit2. Tiga hari berturut-turut akulah yang mengambil dan menghantar makcik tukang urut tu, sebab kanda sibuk dengan program international dia. Alangkah baiknya kalau my sis in-law boleh drive, rasanya banyak urusan akan jadi lebih mudah, tapi tak apalah.....bukan semua orang menguasai semua perkara, tak kira berapa bagus pun kita, ye tak??? Plan aku minggu ni nak berkampung di library tergendala, tugasan yang sepatutnya dah masuk new topic pun tak dapat disiapkan. Bagi aku, (yang hanya seorang menantu) melayan mak itu keutamaan, aku cubalah buat yang terbaik, semampu aku. Bila hal macam ni berlaku aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa mak mertua dan mak aku sendiri adalah sama. What if mak aku sendiri yang uzur dan tak sihat? Tentu aku akan lakukan hal yang sama. Aku pun bekerja, malah belajar lagi. Hm.....entahlah, betullah kata orang, seorang ibu mampu menjaga anak-anak yang ramai. Tapi anak-anak yang ramai belum tentu mampu jaga mak seorang. Apapun aku happy dengan setiap moment kehidupan yang sedang aku lalui. Syarat utama ialah IKHLAS. Dan berita baik terbaru yang aku terima kursus selama sebulan yang sepatutnya bermula akhir Mac ini telah ditundakan ke penghujung April. Alhamdulillah. Aku juga nak ucapkan thanks a lot to tiny, at least tugasan berkumpulan meringankan sedikit bebanan aku ketika ini. Aku tengah buat term paper yang pertama...

Tuesday, March 10, 2009

Apa khabar?

Assalamualaikum,
Awak apa khabar? Rasanya dah lebih setengah tahun kita tak berjumpa. Saya doakan awak sihat sejahtera dan berbahagia bersama keluarga. Kalau awak sekeluarga turun KL, silalah bertandang ke rumah saya :)

Monday, March 9, 2009

Sahabat Cermin Diri

1989
Sewaktu menjejak kaki ke sekolah menengah….aku kenal YUS, ROSE dan IZA. Yang uniknya aku mengasingkan persahabatan ini pada dua situasi berbeza. Tak tahulah kenapa. Aku dan iza, punya aktiviti kami sendiri, dalam masa yang lain aku, yus dan rose juga punya aktiviti kami sendiri. Dan sahabat-sahabat aku ini dikenali oleh mak dan ayah kerana sering aku bawa pulang ke rumah. Masa remaja memang seronok…masa itulah kami baru nak kenal erti cinta monyet. Antara ketiganya, Izalah yang biasa bermalam di rumah aku. Perangai aku sejak zaman sekolah, sangat malu mengajak kawan datang ke rumah… aku pun tak tahu kenapa, rendah diri barangkali? Iza sahabat yang baik hati, dan hidupnya banyak diuji. Tapi Iza orangnya tabah dan tak berputus asa. Kanda mengenali iza dan sejauhmana persahabatan kami.
1994
Kemudian bila aku menyambung pengajian di poli, aku kenali SIKIN. Bagai ditakdirkan aku duduk bersebelahan sikin dalam kelas, dan sampai tamat pengajian pun kami masih duduk bersebelahan. Tak pernah berpisah. Kami digelar belangkas oleh para pensyarah, tak bercampur orang. Berdua sahaja ke mana-mana. Juga jarang menyertai aktiviti kolej. Dangkal bukan? Kerana kami sibuk dengan budak embun…hahaha…kami rasa tak class kawan dengan rakan satu kolej sebab budak-budak embun lagi class. Kat dalam tu ada ramai senior2 dari pelbagai jabatan, dan juga senior2 yang memegang jawatan penting dalam MPP. Sampai tamat pengajian, aku boleh bilang berapa orang yang aku ingat namanya dalam kelas aku. Fanatik embun betulkan? Dan tentunya kanda kenali sikin juga.
2001
Semasa aku bekerja di KBS, aku temui INTAN. Intan satu-satunya sahabat yang aku percaya untuk bercerita suka duka aku. Aku kenal seisi keluarga intan. Emaknya yang baik hati, takkan aku boleh melupakan sampai bila-bila. Intan menjadi motivasi aku untuk menerima kanda. Ya, sebahagiannya kerana sokongan sahabat aku ini. Dan tentunya kanda kenali intan. Kami sama-sama "anak buah" kanda satu waktu dulu.
2003
Tatkala aku menyambung pengajian secara outcampus, aku kenali ROSMAIZA. Haha…nama kami hampir sama. Ros singkatan namanya, katanya sorry ya, nama aku sedap sikit daripada nama kau, sebab aku ada rose okey….hahaha…. Sahabat aku ini kalau bercerita, aku jadi pendengar sahajalah. Banyak suka duka kami kongsi bersama. Ya, semestinya sahabatku ini kanda kenali. Lebih-lebih lagi kerajinannya datang ke rumahku menelaah bersama-sama.
2007
Menyambung pengajian ke peringkat master, aku kenali sahabatku TINY. Sama seperti yang lain-lain, tiny aku ajak ke rumah supaya kanda boleh mengenalinya. Tiny sahabat yang tulus. Setulus dia menghulur jari jemarinya memicit kepala dan kakiku suatu masa dahulu. Tiny motivator, aku kagum dengan kekuatan dan self esteem yang dimilikinya.
2009
Semua sahabat-sahabat aku ini sangat ekslusif. Mereka aku letakkan di tempat dan situasi yang berbeza. Kenapa ya? Entah aku pun tak tahu. Tapi mereka semua dikenali kanda. Impian aku mahu mengumpulkan sahabat-sahabat aku ini dalam satu suasana yang paling murni. Kerana mereka amatlah istimewa. Mereka istimewa kerana mahu menerima aku sebagai sahabat mereka. Lagi pun aku sedar sedikit sekali sahabat yang aku ada bukan? Bukanlah memilih tapi lebih kepada aku yang “jelek”. Sukar hendak menyesuaikan diri dan sukar percayakan orang. Rasanya sikap yang satu ini memang perlukan paradigm shift.
8 FEBRUARI 2009
Aku selesai training ESQ. Satu kejadian yang berlaku tidak lama dahulu telah mendesak aku menilai semula diri aku. Menilai diri aku serta perhubungan-perhubungan aku dengan semua insan-insan di sekelilingku dan yang penting sekali hubunganku dengan Allah s.w.t.. Menilai diri aku serta hubunganku dengan dunia ini keseluruhannya. Aku “berkurung” dan menghadapi semuanya semula satu-satu. Apa sebenarnya yang Tuhan sedang tunjukkan kepadaku, dan betulkah cara aku menghadapinya selama ini.
8 MAC 2009
Kanda selesai training ESQ. Bukan mudah memujuk kekanda. Sangat susah. Malah hari pertama pun kanda sudah mengkritik pelbagai. Hari kedua, kritikannya berkurang sedikit. Dan hari ketiga? Kanda menelefon lewat petang. He said he need my shoulder to cry....... Aku berdoa tak henti-henti, alhamdulillah Allah permudahkan jalan laluan kepada kami supaya menikmati keindahan hidup ini, memaknakan kehidupan ini.
9 MAC 2009
Hari ini genap 30 hari aku “mengurung diri”. Bukanlah seperti Rasulullah yang berkurung di Gua Hira’. Tetapi “mengurung diri” dengan mengenepikan sementara semua perkara yang aku kejar-kejar…. Menilai semula kehidupan aku. Dan yang paling penting sekali berusaha memperhebatkan percintaan aku dengan Allah s.w.t. Alhamdulillah……itu sahaja yang mampu aku ungkapkan pada ketika ini.
SAHABAT-SAHABATKU, KALIAN JUGA ADALAH CERMIN DIRI AKU. KADANGKALA KITA AKAN LEBIH MENGENALI DIRI KITA MELALUI ORANG LAIN. SEBAGAIMANA AKU SAYANGI AGAMAKU, SEBAGAIMANA AKU SAYANGI KELUARGAKU, DEMIKIAN JUGA AKU SAYANGI KALIAN. SALAM MAULIDURRASUL.

Sunday, March 8, 2009

Saturday, March 7, 2009

moment manis




Moment manis pertunangan anakanda baru-baru ini. Mudah-mudahan inilah soulmate yang dicari-cari....teman dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Friday, March 6, 2009

Menang

U buat sahajalah apa yang I mintak, U dah menang tau tak? Menang? Ini bukan kemenangan tetapi barangkali Allah makbulkan doa aku. Dengan cara mesyuarat kanda hari ini ditundakan ke minggu hadapan. Dengan cara function kanda malam esok dibatalkan kerana Pak Menteri not available. Sudah beberapa kali dia berkata tidak mahu pergi, it is not my level to go there. Well, apa level kita di sisi tuhan? Apa level kita berbanding manusia lain? (dalam hati, tersekat di kerongkong). Pada aku sama sahaja. Selama kami hidup bersama aku melihat dia terlalu ordinary.....sehingga aku tak sedar aku sedang berdiri di sisi seorang lelaki yang hebat tetapi kelihatan terlalu sederhana......Aku sekadar mahu kongsikan apa yang aku rasa. If you think you're too good to be there. Anggaplah ini sebagai ilmu baru, learned how do they do it. Anyway bukan aku yang menang tetapi dia yang telah menang. Menang kerana berjaya menundukkan sedikit egonya dan bersetuju ke sana.

Wednesday, March 4, 2009

Transformasi

Pada suatu hari di pagi yang hening seorang gadis kecil menjinjing beberapa buah tempirai untuk memerangkap ikan di tali air sawah. Hari itu sama sahaja seperti hari-hari yang lain, kena berfikir nak masak apa, dan di mana nak cari bahan-bahannya.
Kira-kira jam 11.00 pagi selepas selesai membasuh kain baju dan menguruskan adik-adik, dia pergi menjengok tempirai yang ditenggelamkan separuh di taliair berkenaan. Adalah beberapa ekor ikan sepat dan puyu yang terperangkap di tempirai buatan tangan makngahnya itu. Alhamdulillah, dia tersenyum girang.
Selepas menyiang ikan-ikan tersebut dan dibersihkan, segera dia gorengkan, kemudian disimpan di dalam kuali di atas dapur kayu dan ditutup dengan penutup kuali. Tempat yang agak tinggi. Tapi tiba-tiba tatkala dia leka melayan adik-adiknya, terdengar bunyi tudung periuk jatuh. Rupa-rupanya seokor kucing “marau” yang jahat telah menguis tudung periuk itu sampai jatuh ke lantai. Dan seekor ikan sudah digonggong si kucing. Dia menjerit kuat, dikejarnya kucing tersebut. Ikan yang digonggong sang kucing terlepas dari mulut dan jatuh ke lantai. Kucing hilang dari pandangan.
Dia berteleku menghadap ikan dilantai….air matanya menitis. Dia sudah mengira tadi, hanya beberapa ekor ikan. Seekor ikan boleh dikongsi berdua, tetapi satu sudah dicapai kucing marau yang jahat. Perlahan-lahan sambil menangis dia mengutip ikan tersebut, segera dibasuhnya, kemudian dia menyalakan api dan menggorengnya semula. Hari itu dia menyuapkan nasi ke mulut adik-adiknya sambil bercucuran air mata…………
Sampai hari ini dia tak sukakan kucing. Malah tak pernah mahu bermain dengan kucing. Menyentuhnya pun dia malas. Apatah lagi nak bermain-main tak kira betapa comelnya kucing itu. Dia membesar jadi dewasa yang pendendam. Bukan kucing sahaja, sesiapa pun yang bisa mengores hatinya dan membuat dia menangis akan didendami. Dan kisah kucing itu hanyalah salah satu kisah sedih yang membuatkan dia mendendami seluruh kehidupannya. Dia mahu mengubah nasib diri, nasib keluarga. Dia mahu jadi orang yang berjaya. Maka bermulalah satu perjuangan yang penuh motivasi, tapi barangkali kiblatnya dunia sahaja. Dia berlari tanpa henti….seperti tak ada penghujungnya dunia ini.
Akhirnya dia bertemu satu titik, turning point dalam kehidupannya. Dia berikrar untuk menyelaraskan kehidupannya semula. Dia mahu merasa sempurna bukan pada material dan fizikal sahaja, tetapi perasaan yang sempurna itu apabila kita mampu menyeimbangkan segala perkara dalam hidup kita dengan sewajarnya. Alhamdulillah, dia sedang melakukannya. Dan dia sudah mula menikmati keseimbangan itu. Lama benar masa yang dimbil untuk melakukan transformasi bukan?

Pernah baru-baru ini aku ditanya tentang had kesabaran dan juga masa depan. Bilakah sampainya titik untuk kita membuat keputusan. Katanya dia tidak tahu samada boleh terus sabar dan menghadapi selama-lamanya begini. Dia juga ingin merasa bahagia. Nasihat aku satu sahaja, pertanyaan semula kepadanya. Apakah matlamat hidup kita sebenarnya? Adakah duniawi sahaja? Apakah kepentingan diri kita itu terlalu penting mengatasi insan-insan yang penting di sekeliling kita? Fikirkanlah mereka juga, mataku melirik insan yang sedang lena di sebelahnya. Apa yang tuhan beri pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Dan dia mengangguk tersenyum. Semuanya pinjaman sahajakan? Dia menjawab dengan soalan.

Tuesday, March 3, 2009

Sah bukan

Malam tadi ayahnya menelefon kanda, maklumkan bahawa biji manik dalam telinga haris dah kena sedut. hahaha....bukan bisul. Memang ada objek sebesar manik masuk kat lubang telinga dia. Jadi mata aku tak silap. Bukanlah aku tak kenal bisul tu yang mana satu. See, doktor pun buat silap. Manusia biasa macam aku lagilah:)

Monday, March 2, 2009

cucu2 wan

Kata mamanya dia teruja sekali nak masuk hospital, sebab nanti ramai orang datang melawat. Beria-ria pack baju dan mainan buat bekalan kat hospital. Masa aku sampai pun bukan main ceria lepas menjalani minor surgery. Nak kena bius pun sempat ketawa mengekek. Sabar jela princess sorang ni.



Tak sempat nak larang, dia makan portion mamanya dah separuh. Lepas tu sambung pulak dengan bubur nasi. Lepas tu sambung makan pisang goreng pulak. Lapar benarla sebab dari pagi dah kena berpuasa. Risau pulak kami tengok pemakanannya yang melampau. Bukan apa takut muntah jer....

The following day abang pulak kena bawa pegi klinik, puas la kena pressure dek mama dan wannya. Ingatkan dia main apa ada manik kecil masuk dalam lubang telinga. Bila disuluh dengan torchlight bulat elok jer warna oren menutupi dasar lubang telinga. Nak korek dia mengaduh sakit. Rupa-rupanya bisul (kesian kat aku tak kenal rope bisul)



Adik kena tangkap dek atuk sebab tak nak duduk diam. Aku acukan kamera ke dia terus tegak berdiri. Tak de lari-lari lagi...

Hafiz and atuk@ klinik family BTS

cameraman: wande (hehehe)

Saturday, February 28, 2009

Priority

Terlalu banyak yang perlu diselesaikan ketika ini. Aku enjoy dengan semuanya. Dan perkara-perkara itu buat aku tenang dan bahagia. Menyusun priority itu mudah sahaja. Asalkan kamu tahu siapa diri kamu dan ke mana hala tuju kamu. Ini urusan dunia.
"Jika urusan dunia kamu tidak selesai, kamu takkan dapat berbahagia di sana" itu pesanan kak Ros.
Ok ini kisah aku menempel di pejabat baru sahabat baikku Iza. Tamat meeting jam 4.30 ptg aku putuskan untuk tidak balik ke rumah sebab ada next meeting jam 9.00 malam, memandangkan pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju itu sehala sahaja dengan pejabat Iza. Sebetulnya dah lama dia ajak aku ke sana, tapi selalunya masa yang menjadi kekangan. Cantik pejabat barunya. Bukanlah baru sangat, sudah lima bulan Iza berpindah ke situ. Wah....sahabat aku ini membawa anak ke pejabat, maid indonnya bercuti sebulan. Aku katakan pada Iza kalau aku buat business macam dia, tentu dah rugi, secara teori aku mungkin bagus kerana aku business policy advisor, tapi bab praktikal hahaha....Aku kena tabik hormat pada kaulah! Kami mengimbas kisah 15 tahun dahulu, Yalah time tu aku dan Iza tak punya apa-apa. Kami sama- sama merantau ke KL selepas tamat sekolah, sama-sama mulakan kerjaya sebagai kerani. Lima belas tahun membina kekuatan dan jati diri...Iza sampai ke tahap ini, dan aku di tahap aku sekarang. Aku senyum pandang Iza....kau terfikir tak kenapa ujian ini Tuhan hantar pada kita? Kenapa bukan orang lain yang menerimanya? Ya sebab kita kuat untuk menempuhnya. Ujian itu sesuai untuk kita. Barangkali kalau bukan kerana ujian-ujian tanpa henti itu bolehkah kita sampai di sini? Kami rancak bercerita bila Nabiha mula cemburu dan cuba menarik perhatian mummynya. Jangan fikirkan perkara lain lagi....teruskan berusaha, demi Nabiha. kami berpelukan saat mahu berpisah.
Aku meninggalkan pejabat Iza kira-kira jam 6.30 petang. Sudah menelefon Kak Idah untuk singgah solat di rumahnya di Seksyen Dua sebelum ke Taman Danau Kota. Kali ini aku pastikan aku sampai awal. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Biar aku sampai dahulu dari Dato' pengerusi. Masih marah pada dia??? Hm...dah tak ada erti marah dalam hati aku. Bukan pada dia sahaja, pada sesiapa pun. Marah akan buat kita tak bahagia. Percayalah!
Mesyuarat tamat jam 10.30 malam tapi kami hanya bersurai jam 11.15 malam. Aduhai...mesyuarat dengan orang politik macam ginilah. Apakan daya aku juga berkhidmat untuk rakyat. Memandu malam itu terasa jauh benar. Lebuhraya Mahameru rasa panjang tak berpenghujung. Lama benar nak sampai rasanya....ntah ke manalah aku melayang. Astaghfirullah.....Apapun sampai di rumah, aku disambut dengan senyuman manis kekanda. Lelaki yang menjadi pendokong utama kerjaya dan perjuangan hidupku. Priority aku!

Wednesday, February 25, 2009

Yang baik

Pada 17 Februari 2009. Genap setahun aku bekerja di SKM. Pada hari yang sama, aku menerima surat rasmi, berita gembira!. Lihat Kak Long, ini bukan perjuangan sehari, tapi setahun. Bukankah kau hampir give up dulu? Usaha tangga kejayaan, sudah terbukti bukan? Aku sujud syukur.....tapi berita itu tidak begitu ghairah aku terima. Mungkin aku sudah berubah agaknya.
Dua kali dalam bulan ini bos menghantar aku mengikuti seminar, yang dia turut sama menyertainya. This topic is very good for you. It will help you in your asignment. You're choosen. So go! Bunyinya agak tegas, tetapi penuh sokongan padu seorang majikan. Ok boss, I'll go, thank you!
Pagi tadi setengah hari menamatkan CEO Talk di Crystal Crown PJ, aku minta izin hilang dari pejabat kerana mahu berjumpa supervisor. Bos, saya tak masuk office ye petang ni. Dia mengangguk dan kami berpisah di tempat parking kereta. See??? Seorang bos yang dikata tegas, diktator or what so ever oleh sesetengah pihak yang samada mereka itu yang tak betul barangkali, sudah beberapa kali melepaskan aku secara unrecorded. Bukankah itu satu bentuk rezeki???
Bulan ini aku bertemu dengan ramai penyelidik, aku sempat berkenalan dengan seorang research officer yang baik hati dan sudi berkongsi pengetahuannya denganku. And surprised that this girl sedang bekerja untuk satu projek dengan seorang Prof. yang sangat aku kenal, dulu di MEDEC, kini ketua Fakulti di UMK. Kami pernah bekerja bersama-sama bila aku menjadi setiausaha panel hakim anugerah belia peringkat negeri dan beliau menjadi ketua panel peringkat kebangsaan bagi kategori keusahawanan selama dua tahun berturut-turut. Juga berkenalan dengan seorang pensyarah dari UNITEN yang sedang menyiapkan tesis Phd, sudi bertukar-tukar nota melalui email denganku. Malah beberapa penyelidik yang aku kenali sedia berkongsi maklumat bila-bila masa sahaja. Lihat Kak Long bukankah ini rezeki yang Allah beri dalam bentuk ihsan rakan-rakan yang baru kau kenali?
Pagi tadi, dua bulan bertarik tali akhirnya tajuk aku approved sepenuhnya. Bukankah ini rezeki juga? Allah permudahkan jalan aku. I will try at my maximum level, kursus pun berjaya, projek ini pun akan berjaya, insyaallah. Lagi pun ramai kawan-kawan saya yang belum buat apa-apa lagi. Ha!!! Itu kawan-kawan you. Tapi sapa duduk bawah saya, kena buat cepat. You jangan ikut orang, nanti kena piat telinga nanti!!! Gurau Dr. K padaku. Sebelum pulang aku hadiahkan beliau majalah Dimensi yang mengandungi beberapa artikel dan jurnal menarik, antaranya blue ocean strategy dan social entrepreneurship. Aku katakan kalaulah aku ada lebih banyak masa tentu topik keusahawanan yang akan jadi pilihan. Sesuai dengan bidang aku. Tak pe nanti kalau u buat Phd, u buat tajuk ni, kata Dr K. Buat Phd???? hahaha, aku baru terfikir nak buat double master, nak amik MBA pulak. Nak bangunkan tamadun!!! Aku sedar besar tugas aku, menjadi pegawai ekonomi, membantu usahawan bumiputera khususnya orang Islam menjana ekonomi. Supaya orang Melayu, orang Islam itu dapat bersaing secara adil, dapat survive dalam pasaran. Jadi kalau sudah sebesar itu tanggungjawab yang Allah beri, bukankah aku juga harus bercita-cita besar??? Berjiwa besar???
Balik memandu sambil tersenyum. Satu perkara aku belajar. Jika kau mahu perkara-perkara baik berlaku di sekelilingmu, kau harus mulakan perkara baik itu dari dalam dirimu!
Aku optimis bahawa ini fasa yang sukar tetapi aku mahu ia jadi fasa yang sangat bermakna untuk aku melangkah pada fasa kehidupan yang seterusnya.........
9 tugasan
1 take home exam
1 projek paper
5 exam untuk confirmation jawatan
1 final exam
VIVA
dan kursus sebulan!
Semuanya hampir serentak!
Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkan jalanku................

Tuesday, February 24, 2009

Kebahagiaan

Kebahagiaan itu satu yang relatif dan subjektif.Ada orang masuk universiti tapi jauh daripada bahagia, hutang keliling pinggang, sungguhpun berumah besar. Tetapi kamu harus sematkan cita-cita kamu ke universiti, sebab kamu masih muda lagi. Ada orang kahwin, tapi masih jauh daripada kebahagiaan. Hidup berantakan. Bercerai berai. Sedangkan ada yang membujang sampai ke tua, tapi masih mengecapi bahagia. Sungguhpun hanya menumpang kasih anak-anak saudara.Ada orang banyak anak, tapi tak mampu mengecapi bahagia. Anak-anak menghambakan ibu dan ayah. Anak-anak yang dilahirkan telah menjadi tuan kepada ibu bapanya sendiri.Ada orang berkahwin, bertahun-tahun tapi masih belum ada cahaya mata, tapi masih mampu mengecapi kebahagiaan, sungguhpun hidup ke tua berdua-dua.
*dipetik dari jimi-wiser.blogspot.com*

Monday, February 23, 2009

Berhenti Berlari

Kebelakangan ini aku benar-benar tenang. Tenang dan keletihan yang aku rasai sekian lama seperti beransur-ansur hilang. Buat seketika aku merasakan yang aku tak mahu berlari lagi. Aku mahu berjalan-jalan sebentar, dan singgah seketika di mana-mana perhentian untuk menikmati indahnya alam maya ciptaan Allah s.w.t.
Seronoknya bila aku mula berhenti berlari, rasa syukur dan redha menyelubungi diri. Rasa tak mahu ke mana lagi, rasa mahu berhenti berlari. Mahu terus tinggal di sini, menikmati keindahan tempat ini.
Tapi tidak boleh begitu. Tidak boleh kerana sebagai khalifah di muka bumi ini kita ada tanggungjawab. Kita wajib meneruskan kehidupan dan improve diri kita sehingga yang termampu. Kita adalah penyumbang kepada ketamadunan dunia. Kita adalah khalifah yang mana setiap dari kita ada tanggungjawab masing-masing. Bukan mengejar material namanya tetapi membina tamadun dengan acuan Islam itu adalah tanggungjawab kita. Bayangkan kalau orang Islam semuanya bersikap zuhud, apa akan jadi dengan ekonomi orang Islam? Apa akan jadi dengan bidang keilmuan, khususnya pembangunan modal insan generasi akan datang?
Ada nasihat dari seseorang. Cukuplah, bersyukur dengan apa yang ada. Kalau kita fikir kita pandai, ramai lagi orang yang lebih pandai. Kalau kita fikir kita kaya, ramai lagi orang yang lebih kaya. Kalau kita fikir kita berpangkat, ramai orang yang lebih tinggi pangkatnya. Jadi jangan asyik mendongak ke langit, lihatlah rumput di bumi. Pada asalnya aku termakan juga nasihat begitu, aku nak kejar apa lagi? Buat apa penatkan diri. Syukurlah apa yang kau ada, tak ada apa nak dikejar lagi. Tapi tidak benar........salah cara pemikiran begitu. Kita kena terus berusaha, tetapi dalam masa yang sama menyeimbangkan diri kita supaya pembinaan ketamadunan itu dapat diseimbangkan dari segi material dan spiritual. Orang Islam kena berjiwa besar. Barulah kita menjadi bangsa yang disegani.
Seperti planet-planet yang terus bergerak pada orbitnya maka kita juga tidak boleh berhenti.....

Sunday, February 22, 2009

Selesai sudah

Alhamdulillah, majlis sudah selesai. Dua hari bertungkus-lumus, bila dah selesai segalanya baru terasa badan sakit-sakit. Macam tak larat je nak pergi kerja esok. rasanya yang paling penat ialah aktiviti masak-memasak. Apa pun aku puas hati. Kanda paling happy.......bangah lebih2 lagi la kot hehehe...
Jam 6.00 petang rumah aku kosong semula. Kanda pula bergegas ke penggerang, outstation. Aku boleh tidur lena :)

Tuesday, February 17, 2009

Tunang

Majlis pertunangan bangah akan berlangsung hujung minggu ini.

Aku dan kanda sejak dari awal rasa teruja bila dapat tahu bangah sudah bertemu pilihan hati. Itulah kata orang kalau sudah jodoh. Jodoh itu aturan tuhan, nak bertemu jodoh yang sesuai (soulmate) kita terpaksa melalui pelbagai proses yang berbeza-beza...gitu jugaklah agaknya yang berlaku dengan bangah. Alhamdulillah.
Tapi kami agak gusar memikirkan tentang siapa yang bakal mengikut rombongan. Bukan apa, asalnya kata kanda dia hanya akan mengajak adi- beradiknya sahaja yang seramai tiga orang itu, dan kami anak beranak termasuk sorang adik aku, jadi campur tolak ipar duai anak menantu ada la 12 orang je. Bukan apa meletakkan diri aku di tempat pihak sebelah sana, tentu akan rasa rendah diri kalau tetamu ramai datang sehingga tak cukup ruang. Sebab rumah flat kos rendah itu, berapa luas sangatlah ruangnya. Kita ni kalau nak pergi rumah orang jangan sampai menyusahkan orang, itu pendapat aku. Gusar aku dan kanda memikirkan, kata kanda kalau tak jemput adik-beradik arwah kakak, nanti adalah yang bercakap....itu yang tak sedapnya....
Berbincang dengan bangah, apa pula nanti kata keluarga sebelah arwah emaknya jika tak dijemput. Maka kata bangah sms untuk makluman sahajalah, tak payah jemput. Wah...kalaulah semudah itu kataku. Hati orang kena dijaga juga apatah lagi itu adik-beradik arwah emaknya. Bincang-punya bincang tetiba ntah apa yang bangah cerita dengan pihak sana, mereka menukar lokasi daripada di rumah kepada surau di kawasan flat itu juga. Aku dan kanda lega. Kami mula mencongak senarai rombongan...yang agak ramai....terutama adik-beradik sebelah arwah kakak yang ada 12 orang itu, kira sajalah kalau suami isteri datang beserta anak-anak dorang lagi. Pada aku jemputan ini pastinya membuat mereka teruja kerana bangah adalah yang terakhir akan berkahwin. Anak sedara mereka yang emaknya telah tiada. Semua pasti akan sangat prihatin.
Tetapi perasaan itu bertukar jadi gusar semula. Entah kenapa last week tetiba bangah memaklumkan yang emak bakal tunangnya nak buat kat rumah juga. Tak jadi buat kat surau....Aku sedikit sebanyak boleh membaca, mereka sebenarnya memang dari asal nak buat kat rumah. Main tarik talilah ni. Nasiblah kanda baru menelefon empat daripada adik-beradik arwah kakak. Empat pun kalau datang dengan ahli keluarga dah berapa ramai? Adik-adik kanda lagi...kami anak-beranak lagi....Hm....ntah lah...aku tawakal sahaja. Niat aku hendak pastikan majlis berjalan dengan sesempurna yang mungkin. Aku sebetulnya sangat bahagia. Bangah meletakkan kepercayaan kepadaku 100% untuk menguruskan hal-hal hantaran dan sebagainya. Dia telah menyerahkan beberapa item barang hantaran secara berperingkat kepadaku termasuk dua bentuk cincin sejak bulan Disember lagi. Really looking forward. Apa pun aku cubalah tidak berasa gusar dan cubalah berfikir bahawa tak ada persepsi negatif dari pihak yang tak dijemput. Dengan jumlah sedia ada, aku kira kami seramai lebih 20 orang akan hadir, tidak termasuk jika setiap pasangan membawa anak-anak. Janganlah pihak perempuan kecil hati atau rendah diri kalau tetamu melimpah sampai ke koridor. Hendaknya biarlah semua pihak gembira dengan berlangsungnya majlis ini........................

Sunday, February 15, 2009

Kak Ros

Aku jumpa Kak Ros, beberapa kali tapi tak minat nak bersembang. Sekadar hantar dan ambil baju sahaja. Tapi entah kenapa Jumaat lepas tergerak hati nak bersembang lama sedikit. Aku duduk di hadapan Kak Ros sambil melihat dia bekerja. Kak Ros bercerita pada aku tentang ujian yang dihadapi dalam berniaga. Kata Kak Ros kalau tak kuat memang sudah lama tutup kedai. Tapi dia percaya rezeki Allah yang beri, yang penting kita mesti tahu di mana kunci itu. Aku kata aku pun tahu kunci itu, tapi sejauhmana kita mampu melakukannya dengan ikhlas dan tawaduk. Kak Ros sangat bahagia, dia rasa seperti sedang bercinta. Aku senyum sahaja. Beruntungnya Kak Ros dapat merasainya dengan begitu mudah. Sikap Kak Ros yang kuat dan tabah dicemburui anak perempuannya. Sehingga satu masa sang anak berdoa dia mahu jadi seperti mamanya. Dia meminta tuhan tunjukkan padanya. Dan dia bermimpi. Dalam mimpi itu, dia melihat mamanya bagai penghulu (imam) dan di belakangnya ada barisan saf yang mengikuti mamanya berzikir. Sang anak duduk dibelakang sekali. Dia tak dapat ke saf hadapan kerana tak ada tempat untuknya. Tapi sang anak sempat bertanya dua orang wanita yang berada di belakang kiri dan kanan mamanya. Kedua-duanya memperkenalkan diri sebagai Siti Sarah dan Siti Fatimah. Semasa Kak Ros bercerita tak semena-mena air matanya mengalir. Cerita Kak Ros tentang mimpi anak perempuannya itu buat aku terpegun. Berapa ramai dari kita bisa mendapat mimpi begitu??? Dan kalian boleh mendugakah siapa Siti sarah dan Siti fatimah itu???

Tuesday, February 10, 2009

Kak Bi

"Akak ni, alhamdulillah...dah hari ketiga pakai tudung ni, cuma satu nilah yang susah nak tinggal lagi" kata kak Bi sambil menghembus asap rokok dan memandang wajahku melalui cermin bilik air.
"Alhamdulillah kak"
"Ah sapa nama u"
"Oh saya maiza"
"Ini kad akak, panggil akak kak Bi. Kalau jumpa kat mana2 nanti tegurlah ye, kot2 akak lupa"
"Terima kasih, maaf ye saya tak bawa name card"
Kami tersenyum....Inilah kali pertama kami berbicara, sebelum ini kami sudah pernah terserempak malah berpelukan dan berlaga pipi tanda ukhwah. Tapi belum sempat berkenalan.

Monday, February 9, 2009

Kak Yam

"U asal orang mana?"
"I orang sini, KL"
"Dah lama kerja kat sana?"
"17 tahun"
"Wow lama tu, family ada kat sinilah?"
"No, I'm alone" jawabnya nada riang
"What do you mean alone?"
"I tak ada family, I anak yatim piatu, tak ada adik-beradik and I'm not married"
Aku terdiam seketika, terbit rasa kagum pada dia.
Katanya, dia pernah melalui empat hubungan, semua berakhir dengan kecewa.
dan apabila dia pasrah, menjalani hidup dengan gembira, telah berjaya dengan kerjaya, muncul seseorang menagih cintanya.
"At my age, kalau tak kahwin pun I tak kesah, I'm independant, I ada apa yang I nak. I'm happy. Really I'm happy with who I'm, with my life. This is me. Tapi kalau I berkahwin, not really because I need a man in my life but, menyempunakan sebahagian daripada kehendak agama Islam, iaitu berkahwin".
Dia memberikan name card padaku. Aku baca nama dan jawatannya.
"I'm sorry, I didn't bring my card, I datang sini solo, I only bring myself. Only me. Anyway nice to meet you, hope we can communicate later. Maybe through email?"
"Yes, I love too"
Kami berjumpa pertama kali sewaktu sama-sama lunch dalam bilik VIP. Huh??? Aku juga hairan bila menerima jemputan itu. Sebab aku datang senyap2, tak ada orang kenal aku. Dan tentulah ke mana pun aku pergi, tak pernah membawa title itu. Hm...marketing strategy??? Apa-apalah..dan Kak Yam juga menerima jemputan yag sama. Di situlah kali pertama kami berjumpa.

Sunday, February 8, 2009

Amelia

Sewaktu aku hendak mengambil kopi, tiba tiba bahu aku berlanggar dengan seseorang. Kami berpandangan, tiba-tiba dia menjerit Kak! Dan terus memeluk aku. Aku ingat wajahnya, tapi tidak berapa ingat namanya…..

******************************************

8 tahun dulu.

Bila bos aku katakan kami perlu seorang staf melayu untuk menjadi penyambut tetamu. Dia minta bantuan aku. Pada hari yang sama sewaktu balik kerja aku singgah di sebuah pasaraya tak jauh dari rumah sewaanku. Aku terpandang wajahnya, entah kenapa aku jadi suka pada pandangan pertama.
“dik dik, adik nak tak cari kerja lain?”
“kerja lain? Kerja apa?”
“kat opis akak nak penyambut tetamu, adik nak cuba pegi interview?”
“Saya tak reti kak, boleh ke saya ni?”
Esoknya aku temui Amelia sekali lagi di pasaraya tempat dia bekerja, dan dia menyatakan persetujuannya. Kami berjanji untuk bertemu di bus stop supaya dia boleh mengikut aku ke pejabat pagi itu. Dan Amelia telah diterima, kerana dialah satu-satunya calon yang ditemuduga, purposely memang nak ambil dia sebenarnya. Dan disitulah turning point dalam hidup Amelia.
Amelia kala itu 18 tahun, baru tamat peperiksaan SPM. Seorang gadis naïf. Kami terpisah lantaran tuntutan masa dan juga takdir barangkali. Bukankah setiap pertemuan itu ada perpisahan? Dan setiap perpisahan itu akan ada pertemua semula. Sekalipun kita mati dan berpisah dengan insan-insan yang kita sayangi di dunia ini. Kan kita akan bertemu semua di alam akhirat nanti?

Amelia atau amy gadis cantik yang berwibawa, bukan lagi gadis naïf yang aku kenal 8 tahun dulu. Masih belum berpunya.
“Cantiknya adik akak ni sekarang….Sudah berpunya?”
“Belum kak…tak ada orang nakkan saya”
“Adik akak belum kahwin? Hm…nanti mesti ada putera yang akan menyunting dia, insyaallah…” “Kakak? Sudah ada anak?”
“Hm…belum dik, kesiankan akak?” jawab aku nada bergurau.
“Tak apa kak, hidup kita bukan semata untuk dapat anak. Kita hidup ni nak dapat keredhaan Allah agar sentiasa dekat denganNya. Itulah kebahagiaan sebenarnya”
(senyum)
Amelia, patutlah hati aku memanggil-manggil mahu ke sana.

Thursday, February 5, 2009

Sejuk aircond

Aku buat komen dalam borang maklumbalas kepuasan pelanggan.
"sila kurangkan sedikit suhu aircond, ianya terlalu sejuk sehingga mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak kondusif"
Staf komplain, depa tak layan. Jadi disuruhnya aku yg komplain, sebagai pelanggan.
Aku memang tak tahan sejuk. Lebih tiga jam aku akan mula rasa perut aku berputar, lapar dan loya. Kalau aku tak keluar juga dari suasana tu or find something macam minum air panas ke, sure kesudahannya migrain. Sebab tu aku tak tahan dok kat library lama-lama, terutama kat koleksi khas tu......itu sebabnya dah pegi beberapa kali, balik jer migrain. Adoilar....
Masalahkan diri aku? Sejuk pun migrain, panas pun migrain. Dan sebab tu la aku prefer pi sana takat hantar dan pinjam buku jer. Or lebih baik pi national library sahaja, kalau sejuk boleh gak pindah ke kerusi meja kat area luar.
Kat office pun sama, bila sejuk jer mula la aku tak boleh buat kerja, sorok tangan dalam poket baju sejuk. Hish! Nampak sangat aku tak sesuai dok kat negara empat musim. Tapikan masa kat Delhi dulu, time tu memang sejuk giler tapi boleh pulak aku tahan, mungkin sebab itu sejuk semulajadi kot, cumanya kulit aku habis gatal-gatal. Bermasalah betul perempuan sorang ni!

Tuesday, February 3, 2009

Nak buat apa pergi?

Dia tanya aku sebelum menyokong permohonan cuti aku. U kan dah bagus. U are very hardworking. U dalam senarai yang akan cepat naik pangkat.....

ye la tu:)

Saya pergi untuk diri saya sendiri. I want to improve myself.

Bagus sebagai pekerja tak semesti bagus dalam hal-hal yang lain. Sedar kekurangan diri. Sebab tu aku nak pergi.

Monday, February 2, 2009


Teringat-ingat panggilan telefon malam tadi, jomla kita gi jalan-jalan….ha? Jalan-jalan? Yela kita gather-gather….kita kita je…macam orang bujang…(wah ini boleh disalah tafsir ni) Nak pegi mana? Dalam negara? Luar negara? Reunion tiga serangkai hahaha…dah setahun kami tak berjumpa. Kali terakhir berkumpul di rumah aku pada November 2007, tahun 2008 kami sibuk dengan peperiksaan masing-masing. Tahun 2009 mahu pergi bercuti??? Yay! Kecik honda city kapal terbang air asia hamba tadahkan hahaha….. Mungkin baik juga cadangan sahabat ini. Kami masing-masing sudah lelah dengan komitmen masing-masing, dan juga ujian yang tak putus kunjung tiba. Barangkali aku perlu sedikit ruang……komitmen pada tahun ini benar-benar buat aku senak. Hendak mengikuti kursus yang panjang, pastikan lulus 5 paper untuk confirmation, to achieve above and higher than KPI (teori bos aku kalau nak dapat 10/10) dan juga dengan pengajian sambilan yang aku namakan sebagai life satisfaction. Satisfaction sungguh! Lagi lawak kata nasihat seorang sahabat ini (mohon maaf ya) bak air yang sudah sampai di kepala….teruskan dayungan, jangan berhenti! Insyaallah……aku sudah tahu apa yang patut aku lakukan. Seperti nasihat Dr. K, you must get 360 degree feedback, baru lah ada reliability dan validity. Jadi walau pun aku tak berhasrat nak buat Phd. Aku dapatkan nasihat 360 darjah. Dan aku sudah jelas hala tuju kerjaya aku. Ia adil untuk diri aku. Akhirnya! Jomlah….

Aku gembira sebab hari ni banyak benda selesai. Hari yang memang melelahkan. Kata kanda penat melekor-lekor (mengekor-ngekor). Apa tidaknya dia terpaksa meneman umi survey/membeli barang hantaran untuk anakanda. Huh, perempuan kalau bab memilih tahu sahajalah. Tambahan pula ini kenduri yang terakhir, yalah…kot umi ni tak beranak beranak jugakkan…hehehe…

Aku, excited tak terkata…pilih sana pilih sini, tak puas hati. Dari Subang Jaya aku ajak kanda ke KL pula. Marah betul kanda, apa nak survey2? Beli sahajalah, tapi diikutnya juga. Katanya dia rela mengikut aku tapi boleh tak tidur dalam kereta sahaja? Aku ketawa sahaja, takkan tergamak kanda nak membiar aku seorangkan? Dapat semua yang dicari, aku puas hati…kata kanda tak payah bazir-bazir…eh eh! hantaran kita mestilah ada kelas jugak. Bukan nak menunjuk tapi untuk kepuasan diri. Aku, uminya, mestilah nak buat yang terbaik. Salah ke??? Hm…lagi sekali kanda angkat tangan. Hehehe…Tak cukup dengan tu aku tarik kanda ke kedai-kedai sepanjang jalan TAR, mencari tudung untuk aku pula, belek sana belek sini (muka kanda dah mencuka) akhirnya dapat tiga helai tudung ekin di Turkuaz. Harga di sini ,memang mahal berbanding di kedai lain, tapi melihat materialnya dan keselesaan memilih serta mencuba, tak mengapa bayar lebih. Hm…apa kata kanda?….dari tiga tu, satu abang sponsor. Satu je??? Hehehe….tak apalah…satu pun rezekikan?

Sampai rumah kepala aku berdenyut-denyut. Apa taknya hampir sehari kami merayap. Dari awal pagi sampai ke petang! Itulah you, I dah kata, lain kali nak shopping tak boleh lebih daripada setengah hari. Eh eh….Ini belum lagi kalau aku ikut menantu aku. Pagi2 keluar macam orang nak pergi kerja, balik sama macam orang balik kerja…ha…mahu terlopong kanda.

Pening tak hilang-hilang, aku memutuskan tak mahu layan kepala. Aku ambil air suam segelas, perahkan limau nipis…dan minum…sekali dengan ubat pain killer. Ralit memasak, denyutan perlahan-lahan hilang. Ini bukan percubaan pertama tau, kalau tak percaya cuba lah time sakit kepala, pergi masak kat dapur. Mesti lega hehehe…

Tengah masak-masak, tiba-tiba nama aku dipanggil, umi!. Si bongsu datang menyalami aku dan mencium kedua pipiku. Dan dituruti sikecil yang terjerit-jerit , wan! wan! Turut menyalami dan mencium tangan ku. Lantas pipi si kecil itu aku kucup. Meruntun-runtun hati aku. Damai sekali rasanya. Alangkah indahnya hidup ini kalau kita dapat hidup dengan perasaan hormat-menghormati dan jauh dari prasangka yang negatif. Alangkah indahnya hidup ini kalau kita boleh menyingkir semua perasaan yang tidak enak-enak. Tapi kita manusia biasa. Hati kita bukan seperti hati Rasulullah yang telah dicuci malaikat. Aku akui itu. Malah aku tahu keikhlasan aku mungkin tak dapat menembusi langit ke tujuh. Contohnya bila aku menerima seseorang dan berprasangka baik, tetapi balasan yang aku terima adalah sebaliknya, aku akan marah, dan kemarahan aku bukan seperti bom yang meledak. Ia umpama api dalam sekam….membakar perlahan-lahan. Selagi aku tidak dapat membetulkan fakta-fakta yang kamu salah sangka pada aku, maka selagi itulah aku akan terus berdendam. Jadi biarlah aku luahkan segera, jangan suruh aku simpan dan berlagak baik/alim, sebab kesannya mungkin lebih buruk. Aku tahu sebab aku dah cuba, memang belum pernah berjaya. Itu kelemahan aku.

Percaya atau tidak bila kita ada pasangan, kelemahan kita itu akan dilengkapi oleh pasangan kita. Bak kata kanda kepadaku, you completed me (itu ayat dia lah). Jangan harap orang lain jadi seperti kita atau boleh mengikut cara kita. Kerana yang baik pada kita belum tentu baik pada orang lain. Yang buruk pada kita belum tentu juga buruk pada orang lain. Hati dan perasaan kita tak sama. Setiap satu daripada kita adalah berbeza. Kerana kita membesar dengan latar dan persekitaran yang berbeza. Maka pemikiran, perasaan dan tingkahlaku kita juga tak sama. Aku, keras kepala dan pendendam orangnya (bintang scorpio). Adik kedua aku perajuk dan sensitif (sama macam kanda sebab bintang cancer) dan begitulah adik-adik aku yang lain…semua tak sama, sampailah yang ke lapan (bongsu) penyabar teramat orangnya.

Pernah semasa kami baru berkahwin, kanda tiba-tiba tak mahu bercakap dengan aku….dan aku tak tahu kenapa….dan aku tak bertanya. Sehingga esok pun kami masih tak bercakap. Sebab aku ini bukan kategori yang pandai memujuk, dan aku memang tak tahu nak berurusan dengan perajuk. Akhirnya aku marah pada kanda, kataku…boleh tak kita buat deal. Kalau merajuk jangan lebih setengah hari or 6 hours, sebab aku tak reti. Sia-sia saja dia buat begitu, lebih baik cakap sebab I’m really fail to handle this matter. Akhirnya sampailah hari ini, apa-apa yang tak kena kami akan komunikasikan dengan segera.

Kanda selalu ajar aku bahawa bagus kalau kita boleh gunakan kelemahan kita supaya menjadi kekuatan kita. Macam buat analisa swot. Contohnya sebab aku keras kepala dan tak mahu mengalah, maka aku boleh menempuh kehidupan aku sehingga sampai ke tahap ini. Mungkin kalau tanpa kelemahan itu, aku takkan berjaya seperti hari ini. Tapi itu kalau dilihat dari sudut positif. Kalau dari sudut negatif memang banyak . Bolehkah kita kikiskan sikap negatif itu serta-merta? Tentulah tidak…tapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha. Aku? Hm….dulukan kalau balik kampung kanda takut tengok aku. Kata kanda aku macam harimau betina, huh…dasyat perumpamaan itukan? Tapi rasanya sekarang aku dah banyak dah berubah….. suara aku pun dah tenggelam dek suara emak…hahaha…PIKAH!!!!! Kadang-kadang kanda kata tak boleh tidur dengar mak jerit nama adik bongsu aku, yang penyabar teramat itu.

Seronokkan dapat menulis begini? Memblog adalah terapi aku. Ia medium yang sepatutnya digunakan secara sihat. Selama ini itulah diri aku, beginilah nada blog aku sepatutnya. Tapi tuhan itu takkan benarkan kita dalam zon selesa memanjang. Aku pulak sebenarnya sudah lama dimomokkan dengan keselesaan dan kebahagiaan. Sehingga aku sudah lupa macamana nak jadi Kak Long yang tabah, yang kuat dan sabar seperti dulu. Ya mungkin, kerana aku sudah lama dalam zon selesa, aku dah jadi manja.

Cukuplah setakat ini. Aku mahu menulis dan menulis untuk diri aku sahaja….semoga kita semua bahagia!

Sunday, February 1, 2009

sms emak

Sedang bermesyuarat di Kajang Khamis lalu, tiba-tiba sms masuk

mak : ngapang diulah, kada dangar khabar berita?
aku : sibuk kerja, esok kami balik

Jumaat, aku dan kanda cabut balik ke kampung...emak sudah rindu.

Tampat jauh lagi dikanang
Inikan pula tampat baudaq

Perjalanan jadi singkat...banyak sungguh cerita antara kami. Jarang kami dapat bersembang 4 jam non-stop. Moment-moment seperti ini amat berharga. Kerana di Kota Batu ini kita terlalu sibuk mengejar kebendaan. Sehingga kita terlepas banyak perkara, aku akui itu. Marilah kita kenangkan saat-saat yang indah sahaja.
Aku, Kak Long ingin belajar supaya menjadi orang yang cepat lupa (tidak berdendam). Kata Kanda, kadangkala nasihat mak ayah, suami, adik beradik atau kawan pun tak tentu dapat mengubah kita. Kita perlu third party iaitu yang tak kenal kita, yang tak menyebelahi sesiapa. Yang akan memberikan pandangan tanpa bias apa-apa. Tapi kita sendiri mesti jujur dan tidak perasan yang kita sahaja yang betul. Kanda kata ok, pergilah. Yay!Aku sms segera menantu aku. Ayah benarkan umi pergi!

Friday, January 30, 2009

Berangkai

Hari ini kami keluar breakfast berangkai (sebab bos cuti CNY). Barulah aku dapat khabar berita sekeliling aku. Di pejabat ini aku selalu berkurung dalam bilik sahaja. Barulah aku tahu itu ini. Banyak rupanya yang berlaku tapi aku tak tahu....akhirnya aku putuskan...tak apa, yang penting NIAT.....kerja sahajalah Kak Long. Dengat niat itu kau akan gembira dengan apa yang kau buat. Niat bekerja mencari rezeki yang halal dan menjalankan kewajipan sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji. Kata akak Sham, sebab itu akak tak risau!

Thursday, January 29, 2009

khabar-khabar gembira

Khabar 1

Semalam dia menelefon aku, menyatakan khabar gembira. Alhamdulillah…akhirnya! Dan aku dengan tak sabar-sabar juga menelefon sahabat seorang lagi…berkongsi gembira itu…

Khabar 2

Wow….aku salute sangat. Aku tanya adakah ia kesan program ESQ yang diikutinya. Ya…ia sgt membantu, itu katanya. Hm….dengan masalah tak berkesudahan yang dihadapinya, aku percaya kalau dia boleh jadi seperti itu, memang dia benar2 telah berjaya mengatasi kemelut itu. Walau pun pihak di sana makin teruk……..tapi dia makin bagus!

Khabar 3

Membaca blog dan melihat kekuatan yang dia ada sekarang………….sahabat ini memang hebat, aku mahu menumpang sedikit kekuatan dia, itu yang pernah aku nyatakan…….

Dikelilingi orang-orang biasa, tetapi telah menjadi hebat kerana pengalaman mereka, banyak yang aku belajar……….buat aku berfikir, apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita, lihatlah dari sudut yang positif……….inilah warna2 kehidupan..………life is beautiful!

Saturday, January 24, 2009

Yay!!! Akhirnya aku dapat cuti yang sebenar dan benar2 dapat habiskan masa aku dengan benda2 yang tak sempat aku buat dalam beberapa hari kebelakangan ini. Memblog! Memang….aku bz giler mengejar KPI tahun 2009, yang dengan penuh berkobar-kobar aku mulakan dari 2 Januari iaitu sebaik sahaja bilik kerja aku diubah suai. Semangat bekerja yang diperbarui!!! Selain dari tugas2 rutin di pejabat, aku juga mesti mencapai 96 onsite visit (minimum). Dan sudah tentulah assignment yang bertimbun juga buat aku tak senang duduk. Sekadar melawat blog kawan-kawan dan tinggal komen satu dua…itu sahajalah…..

Hm…empat hari aku cuti ni….dan aku dah janji, tak nak fikir pasal kerja dan study aku. Aku betul2 nak cuti kali nih….

Pagi tadi………ber es-m-es


aku :
Hang balik kg ke?
sahabat :
Aah. Blk kulim. Ada kt area ipoh dah. Hang x blk kg ka? Cuti lama ni hehehe
aku :
Esok balik n9. Laki aku kerja hari ni. Aku bukan apa tetiba tringat statement ‘kalau dia sahabat awak tentu dia bgtau klu dia blk kg’….%#$&&)(*(%^$$#@%$&U)()! bla bla….
sahabat :
hish hang ni …….**^&%%^$#@@$%^&%*& keh keh keh ada ka ruled & regulation kita 2 org utk bgtau mana kita nak pi? Tak penah pun kan. Pasai…..kita sahabat, bukan affairs…hehehe
aku :
hehe…aku tau la, agaknya hormon aku tak betul kot @#$#%^&*
sahabat :
memang gila la, gila berani mati! kahkahkah...hang tengah boring la tu...#$%$^^&^^%%@#@^*&(*)(*()*&^ Alhamdulillah………..
aku :
betui2 bla bla dan bla………………….

Oklah dah ber sms dan melapor apa yang patut kat sahabat aku…

Dan ini la ni saat berbahagia aku hari ini……

Mula2 pi my favorite place, national library hantar buku……..dan juga meminjam buku lagi…(yang ni bukan untuk assignment) aku suka2 nak baca.



Otw balik, aku plan nak pegi butik Al-Jabar kat Seksyen 8 Bandar baru Bangi, tapi jalan jem giler, udahnya aku melencong kat tempat lain…………….

Aku beli barang skin care aku yg dah nak abis……..




Barang skin care 3 ketul ni pun dah RM1000++ , tinggi maintenance mak datin ni tau….(tapi sebab aku pakai ni share dengan kanda maka kos dia pun kami share la…hahaha. Sponsor 100% ???. No way……ini nama dia commitment (kata kanda).

Dan jugak nih!!! (tak masuk dalam agenda pembelian) Ini namanya terapi diri hehehe. Siap pakai terus tu……….yang ni rahsia, kanda tak tau, hehehe…..alah, kan saya bekerja???



Lepas tu dah dapat barang tu aku pun call kanda, dia punya meeting tak abis-abis lagi, sudahnya aku pun melencong ke sini…..(hehehe…kau jangan marah ye Tiny, len kali kita pi sama2 ok)



Hm…….buat manicure + pedicure +hair wash…package baru RM115. Ok apa??? Jom jom jom…kita memanja kan diri. Tempat dia memang menenangkan dan ini bukan la first time pun aku datang sini..tapi kat sini parking susah sikit la kalau hari kerja…..

Lepas tu baru la aku balik rumah…….tak sabar2 nak masuk blog………

Hm….tengah taruk entry ni, tetiba kanda pun balik….begitu ceria sekali menghadiahkan ciuman kat pipi aku sambil melafazkan the king scout miss u very much!!! Hahaha……..inilah ………my lovely King Scout!






Ini lah kebanggaan kanda. Dia memang seorang ahli pengakap tegar!!!. Malah modal I'm a king scout tula yang tak larat aku dengar, hehehe...I love u my king scout!!! Gambar ni aku amek masa kami naik motor kapcai ayah aku ronda-ronda keliling kampung hehehe.......




Nampak dengan jelas kanda kesayangan aku??? Why now…hm…yang ini dipublishkan dengan izin ok. Lagi pun selama ni dia selalu tanya……ada tak aku tulis pasal dia, tak nak ke taruk gambar dia kat blog aku…..

Sayang… you tak nak ke taruk muka abang yang hensem ni kat blog you???
Alahai…..aku bukan apa, nanti apa orang kata, buatnya sanak sedara ke kengkawan ke tengok aku publishkan wajah lelaki kesayangan aku……………... Tapi last sekali aku fikir AAK??? Hehehe

Kanda nikan, kalau bergambar, bila aku suruh posing…aku rasa sampai bila-bila pun itulah kekdah berposing dia, ini aku taruk dua jer……ada banyak lagi gambar dengan posing yang sama, tapi lokasi dan masa yang berbeza…nama dia posing teruja hehehe……




Ok2 dah le tu ....hehehe.......kalau aku taruk lebih pun sama gak kekdah posingnya, cukup-cukup la tu ye............

Dan agenda-agenda aku seterusnya sempena cuti kali ini……….……

Esok balik jengok mak mertua kat NS, balik kampung aku minggu depan...harap2 dah selesai renovation Chalet Kuala Gula. Aku dah rindu sangat nak makan kat sana, kanda pun sama, mak ayah aku pun sama. Last month kami balik beria-ria plan nak gather-gather kat sana makan seafood puas-puas, juga will be joining us, kak ungku dan ady (dan juga anak-anak kak ungku) sebab time tu dorang balik Taiping. Tapi janji tinggal janji, tak jadi....kanda konfemkan dengan tauke restoran tu...tak siap lagik renovation...alahai....kempunan aku............(harus diingat kami tak jadi makan di sana sebab tempat tu belum selesai renovation) Jadik??? sudahnya malam tu kami sekeluarga pi makan2 kat Parit Buntar ajelah (walau pun dah sempadan Penang dan memang nak pi sana pun (mee udang sg dua) ntah camana otw tu ternampak tempat makan yang ramai benor orang.........macam best jer.....maka di situ sahajalah kami menjamu makan malam kami (tanpa kehadiran ady dan kakungku) Itulah kesahnya.

Ok, Lusa ada barbeque kat rumah aku, keluarga bakal besan akan datang berkunjung.........

Tulat…..gua nak lepak kat rumah puas2 sambil melayar……….mimpi hehehe

Tonggeng....(ada ka???) kerja balik la......nak mengadap klien aku yang telah menyaman Kerajaan Malaysia...hehehe (setahun tau aku mempersiapkan diri )

Ok semua, moga anda semua akan ENJOY cuti kali ini….

PEACE!!!!!



AND PEACE !!!!!
(nak promote sikit dua orang daripada 5 orang cucu wan mude yang comel2 belake....)

Thursday, January 22, 2009

On Lelaki!

Memandangkan saya bz untuk mencapai KPI tahun ini, maka saya cupis sahaja entry ini:

Saya agak prejudis terhadap lelaki. Banyak juga pengalaman pahit dengan lelaki. Semakin dewasa semakin banyak pula kisah mengenai lelaki yang saya tidak setuju. Namun tidak dinafikan, saya perlukan lelaki dalam hidup saya. Saya ada ayah dan ada suami yang bergelar lelaki. Malah, saya mendambakan seorang zuriat lelaki sebagai pelengkap keluarga.Naluri wanita saya semakin tersentuh dengan kisah-kisah yang berlaku ke atas beberapa wanita. Puncanya lelaki. Mengapa lelaki begitu? Bukankah si lelaki diciptakan untuk saling lengkap melengkapi dengan si wanita? Hidup ini tidak mungkin berasa indah tanpa lelaki. Tidak akan adanya kita hari ini tanpa hadirnya seorang lelaki.Apa kisahnya?Bukan hendak memburukkan sesiapa, tetapi eloklah jadikan segalanya sebagai pengajaran dan teladan untuk generasi akan datang. Apabila memasuki alam dewasa, setiap lelaki mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjadi pemimpin. Tidak kira di tahap mana dia berada, sifat pemimpin perlu ada dalam diri setiap lelaki. Ibu bapa harus memainkan peranan membimbing anak lelaki mereka menjadi insan berakhlak mulia. Ibu bapa lah sebagai contoh kepada anak-anak. Jika ibu bapa memainkan peranan dengan betul dan wajar, pastinya anak pun akan mewarisi sikap yang baik.Lelaki memang dilahirkan sebagai pemimpin. Apalagi apabila lelaki telah membuat keputusan untuk berkahwin, automatiklah dia akan menjadi pemimpin kepada keluarganya. Namun adakah si lelaki sedar akan tanggungjawab yang dipikulnya sebagai seorang pemimpin? Adakah sebagai pemimpin, tugasnya hanya duduk dan menunggu dilayan oleh si wanita?Hidup tidak semudah yang disangka. Ramai lelaki beranggapan bahawa, apabila berkahwin, hidupnya akan dilayan dan keperluannya akan dipenuhi oleh si wanita. Hinggakan ianya menjadi parah, apabila si lelaki menjadi pemalas dan tidak bekerja. Kononnya hendak mencari pekerjaan yang sesuai dan lebih lumayan. Padahal, dia hanya mengharapkan pekerjaan yang mudah dan senang. Semuanya nak ambil mudah sampai lupa kepada tanggungjawab untuk memenuhi keperluan keluarga. Apabila terlalu memilih dan teragak-agak membuat keputusan, akhirnya lama pula terpaksa menganggur dan tidak bekerja. Sementara itu, hutang semakin bertimbun. Mujurlah si wanita bekerja, dapatlah membantu menanggung keperluan rumahtangga. Namun, berapa lama semua itu harus bertahan? Berapa lama harus menanggung biawak hidup? Adakah si lelaki serius untuk memperbaiki taraf hidup atau hanya berangan-angan kosong?Bagi wanita, pada tahap permulaan memang pengorbanan yang diberikan adalah setulus hati. Tetapi tahap kesabaran manusia ada batasnya. Pada satu tahap, wanita tidak mungkin dapat bertahan lagi untuk terus berkorban. Bukankah pengorbanan itu harus dilakukan bersama bagi membentuk rumahtangga yang harmoni? Bak kata orang Inggeris : 'Give and Take'. Tapi kalau asyik give saja dan si lelaki asyik take saja tiada pula sudahnya.Lumrah kaum wanita, apabila sudah letih dengan segala kebaikan dan pengorbanan yang berat sebelah, segala keperitan tidak dapat dikongsi lagi. Cuba bayangkan, jika si lelaki tidak bekerja, malas pula hendak membantu melakukan kerja rumah. Semuanya terbeban di bahu wanita. Keluar di waktu subuh untuk pergi bekerja menaiki bas selama 2 jam perjalanan. Balik ke rumah waktu sudah menghampiri malam, kena pula siapkan makan minum dan mengemas rumah yang diselerakkan lelaki. Sungguh memenatkan.Apabila penat, wanita akan cenderung untuk berleter dan mengungkit segala pengorbanan yang telah dilakukannya. Ketika ini bimbang pula si wanita mencerca dan menghina si lelaki. Bukankah tidak elok begitu? Tetapi siapa harus dipersalahkan?Ada pula satu kisah di mana di lelaki ini suka menipu. Pandai berpura-pura pula mengada-adakan cerita apabila tembelangnya telah diketahui. Bodohnya si wanita, terlalu bergantung kepada si lelaki. Apa saja bayaran, semua harapkan si lelaki yang bayar. Sedangkan si lelaki bukanlah seorang yang jujur. Setiap wang yang dihulur untuk menjelaskan hutang, digunakan dulu untuk kepentingan lain yang tidak berapa penting. Mendengar kisah ini amat menyakitkan hati. Lebih teruk lagi, pada satu tahap, si lelaki 'mengambil' duit si wanita yang disimpan di dalam beg. Pantang ada duit, habis dikebasnya. Kemudian buat-buat tak tahu pula. Kalau saya pun, tidak mungkin ada kepercayaan lagi kepada si lelaki.Namun di sebalik semua itu, ke manakah hilangnya harga diri si lelaki? Mengapa begitu teruk sekali sikap lelaki pada zaman ini. Malas bekerja, tidak jujur dan tidak berjaya dalam hidupnya sendiri.Cuba lihat di warung-warung. Dari pagi hingga ke malam hari, siapakah yang paling ramai menjadi pelanggan? Bukankah lelaki? Buat apa? Minum air hanya segelas, duduknya hingga ke petang sambil berbual kosong dan memerhati orang yang lalu lalang. Di mana lagi lelaki? Kalau ada pun di pejabat? Apa jawatannya? Adakah dia melaksanakan kerja dan tugasnya secekap wanita? Atau lebih banyak menghisap rokok dari bekerja?Cuba lihat di pasaraya. Siapa yang beratur di kaunter untuk membayar? Di mana lelaki? Hanya melihat dari jauh.Cuba lihat di pondok bas atau perhentian bas, siapa yang ramai? Wanita. Kerana merekalah yang mewarnai kehidupan dan meningkatkan ekonomi negara ini.Bagaimana dengan lelaki? Sukar untuk mencari lelaki yang berkualiti di zaman ini. Lihat saja luarannya, nampak macam bergaya, rupa-rupanya tidak bekerja. Nampak macam pemurah, rupanya penyangak. Oh lelaki, berubahlah demi kebaikan generasi akan datang.
Ini belum lagi nak bercerita tentang lelaki yang kaki perempuan. Suka benar bermain cinta dengan ramai wanita. Tidak salah untuk berpoligami jika benar-benar layak dari segi harta dan iman. Tapi kebanyakkan lelaki, bab poligami je pandai. Soal iman dan kemampuan tidak pula pandai. Bil elektrik pun tak mampu bayar ada hati nak berbini dua.
Lain pula cerita bagi lelaki yang suka memukul. Dahlah pemalas, suka memukul wanita pula. Tak sedar diri di wanita yang menanggung hidupnya, ditambah pula beban wanita dengan kesakitan.
Saya percaya kepada hukum karma kehidupan, setiap perbuatan ada balasannya. Perkara baik akan dibalas baik. Perkara jahat akan dibalas jahat.
Berhati-hati lah dengan cabaran dunia.
Dipetik dari my bestfren 3 : saruza.blogspot.com

Saturday, January 17, 2009

Bismillahhirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.....
yang mengetahui segalanya dan penilai utama kepada diri aku yang serba kekurangan ini.
Menutup blog ini seketika, organize semula beberapa enrty...
Pertamanya kerana aku mahu lebih berhati-hati menulis, supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini
Keduanya aku mahu lebih berhati-hati dengan keterlibatan aku dalam dunia blogger ini kerana aku sendiri miskin peribadi dan serba kekurangan
Ketiganya, aku tahu ada silent reader via family members dan officemates yang sudah mula masuk ke blog aku
Keempat, memastikan maruah keluarga aku khususnya kanda, akan sentiasa terpelihara
Kelima mengelakkan tulisan-tulisan mengandungi maksud tersirat...minta maaf, aku lurus, kalau tulis memang tak ada maksud tersirat, tapi kalau orang dah baca dan mentafsirkannya berbeza aku mintak maaf banyak-banyak
Keenam, aku kena pastikan kerja aku siap dulu baru boleh blogging; kerja opis, kerja sekolah, kerja rumah dan kerja-kerja kawin anakanda
Oleh kerana bahagian yang keenam itu melonggok-longgok ketika ini, jadi biarlah aku tumpukan pada kerja-kerja itu dulu
Bak kata kanda, I takkan benarkan u bersuka-suka, tak payah tengok wayang, tak payah pegi swimming, tak payah nak pi holiday...I nak u study dan siapkan semua asimen u, I nak u grad jugak in time...I dah tak koser nak tunggu...hehehe...lepas tu kita full swing...haish!! apa tu???
Oleh yang demikian, sehingga ketemu lagi....insyaallah.

Monday, January 12, 2009

Hipokrik atau adaptive II

Aku sambung cite aku pagi tadi………

“Ni adik yang paling aku sayang…….” Dia peluk bahu aku dan cakap kat sumer orang yang ada kat situ. Alamak……mesti orang fikir aku pelik. Pada saat takde sapa nak rapat dengan dia, tiba2 dia declare macam tu plak. Malu aku. Mesti orang kata aku hipokrik. Sebab dia ni angin seluruh badan. Cepat panas, cepat sejuk. Tapi bila time panas tu…..huhuhu…..tak payah explain la. Tapi aku tetap dengan sikap aku, tak ikut orang. Aku suka rapat dengan dia sebab aku ni pelik. La…aku pun kata diri aku pelik !!!

Akak ni kena posting kat tempat aku pertengahan tahun lepas. Khabarnya orang di ‘sana’ tak nak dia. Kerana angin dia tulah. Tapi bila aku dah rapat dengan dia aku dapati aku boleh adapt dengan perangai dia. Setiap orang ada keistimewaannya. Istimewanya dia di mata aku kerana satu cerita....................

Ceritanya gini. Memandangkan aku ni takde join group mana2 atau bersahabat dengan sesapa . Jadi ada masa aku ikut dan sambar je sapa2 atau masuk group mana2 pi makan. Suka hati aku je dengan muka tak malu ikut sesapa yang aku rasa “tergerak hati “ nak ikut. Gitulah selamba badaknya aku. Jadinya satu hari tu sebab gua “tak de” kawan nak makan, dan kebetulan akak ni pun “tak de” kawan, aku ajak dia la…maka kami pun pi la lunch…masa makan tu aku ambil kesempatan kenal dia lebih mendalam….borak2 lama sikit. So dia cerita satu story kat aku…..ayat dia lebih kurang camni…

Masa tu akak kat Mekah….pastu akak tepon adik akak….dia kasitau adik akak yang sorang tu nak minta tolong dia jadi penjamin, dia nak buat loan beli motor. Akak tak kasi. Akak kata tunggu akak balik. Jangan beli dulu. Takkan nak beli motor RM3000 pun nak berhutang. Adik akak tu memang susah sikit la, keje posmen aje. Akak fikir tak de gunanya aku hidup senang lenang kat sini tapi adik aku nak beli motor pun berhutang. Takat RM3000 tu akak boleh bagi. Duit banyak pun kalau adik -beradik kita susah tak de maknanya.

Ntah kenapa bila aku dengar cite akak tu, aku macam sentap. ……. Adik aku dah kawen 6 bulan, tapi dia dan wife masih menyewa bilik. Tak mampu nak sewa rumah sebab masa kawen hutang banyak. Lagi pun dorang kerja biasa2 je….gaji pun kecik. Selama ni aku tak penah ambik pot pasal dia sebab dalam hati aku ada “sesuatu” yang mungkin dah sembuh tapi parutnya ada lagi. Aku selalu kata kat diri aku, kalau dia susah bukan salah aku, sebab dia yang suka melawan dan tak nak dengar cakap aku dulu. Malah dia rela mencederakan aku. Jadi kalau dia susah sekarang itu habuan dia. Itulah sikap aku selama ni……Tetiba sahaja aku rasa ego aku runtuh dan ranap….

Hari yang sama otw balik kerja aku menangis dalam kereta sebab berfikir betapa kerasnya hati Kak Long ini. Walhal adik aku dah dewasa, dia dah lama berubah…..Aku pulak tergamak biar adik aku susah kerana menyimpan dalam hati perkara2 yang dia buat pada aku masa dia tak matang dulu. Aku di sini hidup senang lenang, tapi adik aku??? Memang selama ni aku tampil sederhana, tapi hakikatnya apa yang aku ada kadangkala berlebihan dari mencukupi. Kenapa aku tak boleh berfikir macam akak itu. Walaupun dia kepala angin, walau dia tak disukai ramai orang…tapi sebagai kakak aku rasa dia 100 kali mulia dari aku. Pada saat itu juga aku telefon mak. Aku suruh mak tanya dia, perlu berapa banyak untuk pindah rumah. Aku suruh dia pindah segera, aku bayarkan deposit dia. Kalau satu hari dia ada rezeki, mampu bayar balik, bayarlah. Kalau tak aku halalkan sahaja. Bila mak tanya, dia tak terima terus, dia kata nak fikir dulu. Dua hari lepas tu dia call mak dan kasitau dia sudi terima pertolongan aku,…..gembiranya aku (see? dalam saat macam ni pun aku masih tak boleh communicate direct dengan dia)

…..masa aku cerita ni kat azie, dia nak nangis…sebab dia ada adik 14 tahun yang sikapnya sama macama adik aku dulu….yang buat ayah dan ibunya rawan hati………Dan kami sama2 insaf bahawa barangkali yang paling tidak berjaya itulah nanti yang akan menjaga mak dan ayah, siapa tahu??? Kerana anak2 lain terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan masing2. Siapa tahu???

Dan akak itu, aku respek dia. Bukan aku hipokrik, tapi aku adaptive. Kalau aku jadi adik yang dia sayang, bukan pasal aku berpura-pura berbaik dengan dia, tapi aku memang suka dia…..lantakla apa orang nak kata…..

Gitulah kisah2 perhubungan kengkawan kat opis aku ini. Tapi kerja kat sini kawan2 lah yang paling best. Bab kerja memang tak best sangat, tapi bab kawan memang sumer best….lagi best dari opis lama gua…..Cuma aku yang tak berubah lagi…aku masih susah nak berkawan rapat dengan orang….gua memang selective …..aku mengaku yang ni susah nak ubah. Tak kisah la kalau orang kata aku ni exclusive ker………dalam kelas2 tersendiri ker…….sombong ker……..it’s Ok.

Hipokrik atau adaptive

Ini kata Dr. Fadzilah Kamsah. Menjawab persoalan aku selama ni. Dulu aku rasa confuse, tapi aku jelas sekarang. Camana hal ni boleh jadi? Hal ni start masa aku mula2 kerja kat sini. Ada sorang akak tu ramai orang tak suka dia. Dan aku berkawan dengan dia. Aku rasa ok jer. Walaupun ada la sikit2 perangai dia aku tak berkenan. Tapi tak pela, kelemahan dia. Yela kalau sumer orang tak nak kawan dia, aku plak dok kawan dengan dia....aku hipokrik ke??? Taklah...tu namanya adaptive. Wpun dalam hati aku kadang2 ada gak tak puas hati dengan dia, tapi aku masih layan dia dengan baik cam besa....Tapi ada org yg tak bertegur dgn dia pun ada, termasuk sorang sahabat aku. la ni sahabat aku tu dan dan akak tu dua2 dah kena posting......jadinya aku memutuskan siapa pun yang muncul dalam hidup aku, kalau aku dah terima sebagai kawan tu, aku akan adaptivekan diri aku. Sebab tu aku tak mudah terima kawan rapat . Sebabnya aku kadang2 penat nak jadi adaptive. So kalau aku memilih tentu ada sebabnya. Bukan sombong. Yes aku kawan sumer tapi nak rapat memang aku memilih. Pasal nak menghadapi proses penyesuaian ni bukan mudah. Kena banyak toleransi dan banyak give and take. Macam perkahwinan jugak...kan kan kan

Sunday, January 11, 2009

Relaks

Weekend yang relaks. Selepas penuh jadual aku sejak malam jumaat lagi...meneman kanda ke majlis anjuran sahabat lamaku. Seronok berjumpa kawan-kawan lama dan juga beberapa orang official delegates dari CYP dari India dan London, yang sebahagiannya memang aku kenali kerana sekian lama bekerjasama dengan mereka dulu. Seronok sangat.....kerja aku dulu.....(cam poyo jer) Apa pun itu semua dah berlalu. Aku dah menapak satu anak tangga dan tak boleh berpaling lagi. Itu semua ilmu kehidupan, aku patut bersyukur sebab aku pernah berada di tempat "desk officer" itu dulu. Semalam pulak seharian ke kuliah, tapi aku biasa-biasa sahaja, seronok jugakla dah semester akhirkan....insyaallah. Tapi entahla...aku sebenarnya lebih teruja dengan kerja aku berbanding study tahun ni. Mungkin sebab aku dah dapat melihat/menilai pencapaian aku setahun ni dan nampak di mana kelebihan dan kekurangan aku. Jadinya aku teruja nak bekerja. Hehehe....aku jugak happy tengok development projek Puncak Jalil yang terbengkalai sejak 2002. Pagi tadi lepas breakfast, aku dan kanda meronda ke sana....wah....tengah buat wiring. Tak sangka pulak cantek....menghadap bukit menghijau plak tu. Sayang pulak aku nak jual. Kanda pulak tiba2 kata...ni takut nanti ada orang tu merajuk dia lari ke sini. Isk 3x sapa yang nak lari merajuk kalau abang jaga baik2. Ye tak??? hehehe.....
Iklan : sesapa minat nak beli apartment di puncak jalil (mayang court apartment) 3 room + 2 bathroom....siap Jun 2009. Harga boleh runding. Email me.

Tuesday, January 6, 2009

Akhirnya.........

Akhirnya, bangah bertemu pilihan hatinya. Bukan sebelum ni tak ada....ada.....tapi tak pernah berkekalan....tak de chemistry kot. Lega aku. Bukan apa sejak awal tahun lepas kanda membebel, diberinya dateline sampai hujung tahun aje. Mesti kawen! Umur dah 30 tahun. Minggu lepas aku dan kanda menziarah keluarga sebelah sana, berkenalan. Kemarin dulu, bangah menelefon, tanya bentuk cincin macamana nak dibelinya. Kemarin waktu aku balik kerja, bangah serahkan aku paper bag. Aku tengok kat dalam ada kotak cincin. Cantik! Dia minta aku simpankan sampai hari majlis pertunangan. Bila? End of February, Insyaallah. Maknanya bulan Febuari ni aku akan sibuk buat persiapan untuk hantaran, 7 dulang jer. Dan kemudian perlahan-lahan buat persiapan untuk reception samada pertengahan atau hujung tahun ni. Kali ni kalau boleh aku nak buat perfect sikitla, majlis kawen yang last. Dulu masa si bongsu kawen, aku juga yang bertungkus-lumus dari majlis bertunang, akad nikah dan reception. Tapi agaknya kali ni mudah sikit kot sebab anak lelaki. Aku dan kanda sangat happy dengan perkembangan ini. Harapan kami bila dah kawen hidup bangah akan lebih teratur dan tak dela kami risau kalau tinggal rumah lama2 atau nak pi dating ker, atau nak pi holiday ker...sebab dia pon dah berteman....hehehe, sabar jelah, apa jenis umi aku ni.