Wednesday, February 25, 2009

Yang baik

Pada 17 Februari 2009. Genap setahun aku bekerja di SKM. Pada hari yang sama, aku menerima surat rasmi, berita gembira!. Lihat Kak Long, ini bukan perjuangan sehari, tapi setahun. Bukankah kau hampir give up dulu? Usaha tangga kejayaan, sudah terbukti bukan? Aku sujud syukur.....tapi berita itu tidak begitu ghairah aku terima. Mungkin aku sudah berubah agaknya.
Dua kali dalam bulan ini bos menghantar aku mengikuti seminar, yang dia turut sama menyertainya. This topic is very good for you. It will help you in your asignment. You're choosen. So go! Bunyinya agak tegas, tetapi penuh sokongan padu seorang majikan. Ok boss, I'll go, thank you!
Pagi tadi setengah hari menamatkan CEO Talk di Crystal Crown PJ, aku minta izin hilang dari pejabat kerana mahu berjumpa supervisor. Bos, saya tak masuk office ye petang ni. Dia mengangguk dan kami berpisah di tempat parking kereta. See??? Seorang bos yang dikata tegas, diktator or what so ever oleh sesetengah pihak yang samada mereka itu yang tak betul barangkali, sudah beberapa kali melepaskan aku secara unrecorded. Bukankah itu satu bentuk rezeki???
Bulan ini aku bertemu dengan ramai penyelidik, aku sempat berkenalan dengan seorang research officer yang baik hati dan sudi berkongsi pengetahuannya denganku. And surprised that this girl sedang bekerja untuk satu projek dengan seorang Prof. yang sangat aku kenal, dulu di MEDEC, kini ketua Fakulti di UMK. Kami pernah bekerja bersama-sama bila aku menjadi setiausaha panel hakim anugerah belia peringkat negeri dan beliau menjadi ketua panel peringkat kebangsaan bagi kategori keusahawanan selama dua tahun berturut-turut. Juga berkenalan dengan seorang pensyarah dari UNITEN yang sedang menyiapkan tesis Phd, sudi bertukar-tukar nota melalui email denganku. Malah beberapa penyelidik yang aku kenali sedia berkongsi maklumat bila-bila masa sahaja. Lihat Kak Long bukankah ini rezeki yang Allah beri dalam bentuk ihsan rakan-rakan yang baru kau kenali?
Pagi tadi, dua bulan bertarik tali akhirnya tajuk aku approved sepenuhnya. Bukankah ini rezeki juga? Allah permudahkan jalan aku. I will try at my maximum level, kursus pun berjaya, projek ini pun akan berjaya, insyaallah. Lagi pun ramai kawan-kawan saya yang belum buat apa-apa lagi. Ha!!! Itu kawan-kawan you. Tapi sapa duduk bawah saya, kena buat cepat. You jangan ikut orang, nanti kena piat telinga nanti!!! Gurau Dr. K padaku. Sebelum pulang aku hadiahkan beliau majalah Dimensi yang mengandungi beberapa artikel dan jurnal menarik, antaranya blue ocean strategy dan social entrepreneurship. Aku katakan kalaulah aku ada lebih banyak masa tentu topik keusahawanan yang akan jadi pilihan. Sesuai dengan bidang aku. Tak pe nanti kalau u buat Phd, u buat tajuk ni, kata Dr K. Buat Phd???? hahaha, aku baru terfikir nak buat double master, nak amik MBA pulak. Nak bangunkan tamadun!!! Aku sedar besar tugas aku, menjadi pegawai ekonomi, membantu usahawan bumiputera khususnya orang Islam menjana ekonomi. Supaya orang Melayu, orang Islam itu dapat bersaing secara adil, dapat survive dalam pasaran. Jadi kalau sudah sebesar itu tanggungjawab yang Allah beri, bukankah aku juga harus bercita-cita besar??? Berjiwa besar???
Balik memandu sambil tersenyum. Satu perkara aku belajar. Jika kau mahu perkara-perkara baik berlaku di sekelilingmu, kau harus mulakan perkara baik itu dari dalam dirimu!
Aku optimis bahawa ini fasa yang sukar tetapi aku mahu ia jadi fasa yang sangat bermakna untuk aku melangkah pada fasa kehidupan yang seterusnya.........
9 tugasan
1 take home exam
1 projek paper
5 exam untuk confirmation jawatan
1 final exam
VIVA
dan kursus sebulan!
Semuanya hampir serentak!
Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkan jalanku................

4 comments:

MARIA said...

InsyaAllah...semuanya akan berjalan lancar seperti yang kaklong harapkan. Kaklong kan baik..(ikhlas nih taw!!) tentunya balasan dari Allah yang baik jua. Itu doa ikhlas dari tokma buat kaklong.

Oh yer sebelum terlupa....hari sabtu 28 Feb 2009 kalau kaklong free jemput ler datang umah tokma, 7pm onwards...kita makan2 gelak2 sembang2 dengan nekrock dari USA.

Mrs.MH said...

wah.. i'm happy for u... chaiyok-chaiyok!

lupekanje said...

aamin...moga kejayaan akan terus menjadi milik klong.

lupekanje said...

usaha ke arah kejayaan itu perlu berterusan kan..
Seiring dengan kejayaan, moga ada kebahagiaan.
Kejayaan dan kebahagiaan, adalah nikmat dari Ilahi jua.
Ucaplah Alhamdulillah sentiasa..di hati, di lidah.