Kebelakangan ini aku benar-benar tenang. Tenang dan keletihan yang aku rasai sekian lama seperti beransur-ansur hilang. Buat seketika aku merasakan yang aku tak mahu berlari lagi. Aku mahu berjalan-jalan sebentar, dan singgah seketika di mana-mana perhentian untuk menikmati indahnya alam maya ciptaan Allah s.w.t.
Seronoknya bila aku mula berhenti berlari, rasa syukur dan redha menyelubungi diri. Rasa tak mahu ke mana lagi, rasa mahu berhenti berlari. Mahu terus tinggal di sini, menikmati keindahan tempat ini.
Tapi tidak boleh begitu. Tidak boleh kerana sebagai khalifah di muka bumi ini kita ada tanggungjawab. Kita wajib meneruskan kehidupan dan improve diri kita sehingga yang termampu. Kita adalah penyumbang kepada ketamadunan dunia. Kita adalah khalifah yang mana setiap dari kita ada tanggungjawab masing-masing. Bukan mengejar material namanya tetapi membina tamadun dengan acuan Islam itu adalah tanggungjawab kita. Bayangkan kalau orang Islam semuanya bersikap zuhud, apa akan jadi dengan ekonomi orang Islam? Apa akan jadi dengan bidang keilmuan, khususnya pembangunan modal insan generasi akan datang?
Ada nasihat dari seseorang. Cukuplah, bersyukur dengan apa yang ada. Kalau kita fikir kita pandai, ramai lagi orang yang lebih pandai. Kalau kita fikir kita kaya, ramai lagi orang yang lebih kaya. Kalau kita fikir kita berpangkat, ramai orang yang lebih tinggi pangkatnya. Jadi jangan asyik mendongak ke langit, lihatlah rumput di bumi. Pada asalnya aku termakan juga nasihat begitu, aku nak kejar apa lagi? Buat apa penatkan diri. Syukurlah apa yang kau ada, tak ada apa nak dikejar lagi. Tapi tidak benar........salah cara pemikiran begitu. Kita kena terus berusaha, tetapi dalam masa yang sama menyeimbangkan diri kita supaya pembinaan ketamadunan itu dapat diseimbangkan dari segi material dan spiritual. Orang Islam kena berjiwa besar. Barulah kita menjadi bangsa yang disegani.
Seperti planet-planet yang terus bergerak pada orbitnya maka kita juga tidak boleh berhenti.....
No comments:
Post a Comment