Friday, May 30, 2008

Siapa pun boleh berjaya

Tadi masa tengah meeting kat HQ sempat aku berangan sekejap. Bukan apa, aku tak participate pon dalam meeting tu, sekadar jadi observer ajer. Sebab adalah dua klien aku yang kena panggil hadir meeting tu. So butir perbincangan berfokus pada macamana nak bantu koperasi di Malaysia memasuki pasaran melalui hypermarket. Syarat utama ada empat (1) mesti ada cop Halal Jakim (2) Label/Packaging mesti cantek (3) ada barcode dan (4) expiry date. Macam kat Japan dan beberapa negara lain, produk koperasi memang mendapat tempat di hypermarket. Jadi itulah yang bahagian pembangunan perniagaan tengah dok usahakan sekarang ni. Adalah lebih kurang 12 koperasi terpilih dari seluruh Semenanjung yang datang meeting ni.

Ok bukan itu aku nak cerita. Tapi pasal usahawan-usahawan ni yang aku memang salute kerana mereka telah memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Secara teorinya mungkin aku bagus, takat bagi consultant tuh...memangla kerja aku tapi secara praktikalnya mereka nilah yang patut diberi tabik spring. Sebab bukan senang, jatuh bangun dan jatuh dan bangun banyak kali, tapi nak teruskan jugak...

Teringat aku pada kawan baik aku Iza. Yang SPM pon pangkat 3, kerja kerani tak berapa tahun berhenti, sebab nak jadik usahawan. Aku ingat lagi dia selalu kata, zah aku ni tak pandai macam hang. Aku nak berjaya, aku ada kudrat nak berniaga, nak rasa la hidup senang sikit. Yes. Memang dia merasa hidup senang. Mampu beli kereta ratusan ribu cash....dan dia juga merasa jatuh tu macammana, terpaksa jalan kaki, duit tinggal dua ringgit dalam poket...dan kemudian dia bangun balik....dan aku pon mungkin dah tersenarai dalam antara orang-orang yang membantu menaikkan semula bisnes dia. Well aku rasa aku memang introducer yang baguslah. Hehe...baguslah kawan aku nih....tabah sungguh walaupun kehidupan peribadi dia amat menguji.

Dan lagi....masa aku jadik desk officer untuk Anugerah Belia Negara dulu, salah satu kategori tu, kategori keusahawanan. Maka pergilah aku bersama panel-panel melawat usahawan yang di short listedkan, aku nengok latar belakang....tak mengaji tinggi pon. Yang bestnya tu ramai yang short listed tu perempuan pulak tu.......hebatkan diorang ni. So bila dengar cerita susah senang dan jatuh bangun diorang, maknanya bukan senanglah nak senang. Tapi sesiapa pon boleh berjaya. Telan air liur nengok diorang punya bisness menjadi. Macam ada satu YB. nih...aku tak nak sebutlah (tapi negeri tu dah jadi pembangkang punya) memang dia hebatlah dulu....english sepatah haram tak tau cakap. Tapi fuhh.....yela kalau dah jadi exco lepas tu mesti banyak harta terkumpul. Itu cerita lainlah kan.

Alah my former boss sudahlah...sekarang ni leading the organization, satu Malaysia. Aku dulu heran apasal dia ni kalau meeting oversea atau dipanggil present paper mesti dia wakilkan pegawai dia. Rupanya bukan empowerment....tapi dia memang takleh cakap omputeh. Well, dia berjaya jugak jadi the big boss. Macam mak aku. Periksa dapat nombor 1 memanjang, tapi tak leh sekolah....miskin, kene berenti. Berjaya jugak. Berjaya lahirkan kami yang seramai 8 orang ni dan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran / kerjaya setakat ni, Alhamdulillah.

Kejayaan untuk semua. Macam kata lecturer aku, Dr. Kidin, don't worry, "A" for everybody. Hehe....yela kalau tak buat betul-betul sapa nak bagi A....

Aku? Huh, orang yang selalu ingat diri bagus. Yakin bagus. Tapi selalu ada rasa rendah diri bila dengan orang lain yang lebih bagus. Masih suka nak pretend macam bagus hahahaha. Sebenarnya aku ni bercita-cita dan kuat berusaha. Kuat berangan pon ye jugak. Alah ciktiny, berangan bukan kene bayar. Kan? Itu jer modal aku. Bijak dan pandai cakap? Ada la sikit gen mak aku. Tabah dan bercita-cita tinggi? Ada la sikit gen ayah aku. Keras kepala dan degil? Itu gen arwah nenek aku. Confirm. Rajin? Itu mungkin gen arwah tok wan aku. Yang selebihnya rezeki kitakan memang dah tertulis.

Entry ini bukanlah topik tentang aku. Tapi aku pon nak berjaya dan masih jauh lagi perjalanan aku. Mungkin akan jatuh dan bangun beberapa kali tapi...aku tetaplah Kak Long itu.

Tuesday, May 27, 2008

Ke Pantai Timur

Majlis kawin adik berjalan lancar walaupun agak kelam kabut sebab banyak benda yang tak masuk dalam check list tiba-tiba muncul di saat akhir. Apa pun lega hati sebab akhirnya adik aku nan seorang ini telah menjadi seorang suami dan sudah pasti akan mengubah seluruh kehidupannya. Adik aku, yang paling aku bimbangkan selama ini. Adik aku yang selalu buat hati Kak Long gusar, kini seorang suami. Alhamdulillah.

Perjalanan ke Kuala Berang dari Kuala Kurau memang memenatkan. Campur rehat dan berhenti, dalam 9 jam juga. Sementelah di Terengganu sedang berlangsung Sukma, maka semua hotel dan chalet penuh, full booking. Nasib baiklah ada networking NGO di sana. So melalui Pengerusi Majlis Belia Daerah, dapatlah kami menginap di chalet milik sahabatnya, orang tempatan. Dalam erti kata lain kami memonopoli tempat tu sebab memang tak ada guest lain pada masa itu.

So, next duty adalah majlis di sebelah keluarga Kak Long pula. Dua adik Kak Long dah kawin, lima lagi menanti.......

Thursday, May 22, 2008

Mimpi kena kejar

Mimpi kena kejar dengan orang jahat memang sinonim dengan aku. Tapi mimpi tu tak selalulah berlaku. Hanya sesekali. Masalahnya mimpi aku tak ada jenis lain, mesti mimpi kena kejar. Orang jahat nak apa-apakan aku, nak bunuh aku. Huh....kenapa aku tak pernah dapat mimpi best?


Tapi mimpi malam tadi, yang kejar tu muka dia jelas aku tengok, aku boleh ingat dan imagine muka dia sampai sekarang. Berlaku kat tempat awam lagi, kat pusat kraftangan . Besar bangunan tu. Aku ke sana dengan kanda tapi kami terpisah sebab aku terlalu ghairah membelek macam-macam kraftangan yang pada aku memang unik. Dan si penjahat yang kejar aku tu salah seorang penjaja kat situ, pada asalnya hanya nak mengganggu aku, bila aku tak layan, dia siap panggil kawan-kawan dia kejar aku. Aku call hp kanda, tak dapat. Aku rasa nak nangis. Tempat tu besar sangat dan aku tak tau mana pintu keluar ke parking kereta. Akhirnya aku lari nyorok dalam tandas lelaki, nafas aku termengah-mengah. Aku dengar suara diorang yang kejar aku kat luar. Aku bagi isyarat kat bangla penjaga tandas suruh senyap dan jangan bagitau apa-apa kat depa. Takutnya aku masa tu, bersendirian.


Ya, aku bersendirian dan aku diganggu. Hidup aku tak selamat lagi. Mimpi apa ini?

Wednesday, May 21, 2008

Which one is more important?

Bos aku tanya which one is more important? Sebab aku yang pada asalnya setuju untuk hadir dalam satu program anjuran klien, minta izin tak pegi @ tak dapat memenuhi arahan dia. Aku katakan aku baru perasan tarikh tu tarikh adik aku kawin.

Huh, which one is more important? Apa maksud dia.

Aku ingat lagi bos lama aku selalu advice kami2 semua pegawai2 dia. Life must be balance. Tak guna you kerja teruk-teruk, kejar pangkat, kejar pujian bos, keluarga you tinggal-tinggalkan. Saya tak menyokong langsung cara bekerja macam tu.

Well, aku hanya jawab ok, thank you. Aku pun keluar dari bilik dia tanpa menjawab soalan dia. Sebab bagi aku jawapannya dah jelas, lu sendiri fikir la......

Tuesday, May 20, 2008

Biarkan begitu sahaja

Dulu aku yang tak suka orang tahu. Aku juga tak selesa dipanggil begitu. Aku lebih suka jadi "biasa-biasa" sahaja. Cuma bezanya bagi yang memahami dan tahu protokol akan memanggil aku dengan gelaran begitu. Kalau tidak pun bagiku tak mengapa. Tak terkesan pun.

So life is like that. Apa yang kita ada hari ini, jangan terlalu ghairah mencanang ke seluruh dunia. Sebab esok hari belum tentu milik kita, kan? Aku bukan negatif tapi aku dah rasa putaran roda dan hidup aku dah melalui beberapa fasa. Aku tersangat bersedia. Tak salahkan?

Tapi hari ni pelik sikit. Aku rasa lebih ceria, tak tahu kenapa. Pagi tadi perbualan dengan adik aku berkitar tentang what's next. Huh banyaknya plan aku. Malah aku beriya-iya menelefon mak sedara bertanya bagaimana proses pengambilan anak angkat. Adakah aku sudah jadi orang yang boring? Atau aku yang boring? Dulu aku ingat lagi, hidup aku terlalu menuntut. Maksud aku banyak beban dan tanggungjawab yang aku perlu laksanakan. Hidup aku penat sangat. Dan bila mana aku sudah bersenang-lenang, aku mengkritik boring pula?

So, life is like that. Kita banyak kemahuan, tapi bila kita sudah mendapatnya, kita mahukan lagi dan lagi. Dan tentunya tuhan takkan bagi semua yang kita mahu. Dia beri apa yang kita perlu sahaja. Yeke? Jadi aku ni tak perlu anak ke?

Aku kata aku dah penat. No, no, Kak Long will never tired. Kak Long is like a mother. A mother, will never tired. Right? Cuma ada masa dia akan rasa sedih, marah, kecewa. Tapi dia tetap nak buat juga semua benda. Aku angguk. Betullah agaknya.

So life is like that. Aku Kak Long yang masih nak buat semua walaupun aku dah penat. Huhuhu. Hari Sabtu ni adik lelakiku yang ke 2 akan menikah, dan majlisnya pada hari ahad. Jauh nun di Kuala Berang. Lagi tugas Kak Long menanti..............

Jadi, mana ada maknanya gelaran itu? Sebab bagi aku gelaran Kak Long lagi bermakna. Dan aku memutuskan untuk biarkan begitu sahaja.

Sunday, May 18, 2008

Teh ais dan char kuew teow

Kak long order teh ais? heran aku..., adik aku komen sebab dia tau aku jarang sesangat order teh ais ni. Boleh bilang.
(Dalam hati) Haah apsal aku order teh ais ni?
Teh ais??? Apa ada dalam kepala aku ni....hish
So aku dan adik aku pun minum sementara tunggu char kuew teow kami sampai
Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai jugak
Kak? Apsal lambat, barang habis eh?
Haah...udang abis, pergi beli kejap
Oklah kami tunggu. Tapi tak sampai-sampai jugak.
Sudahnya aku dan adik aku cancel order dan pergi beli bahan-bahan dan masak sendiri kat rumah. Hm....lagi best.

Friday, May 16, 2008

Tentang seseorang (2)

Pagi tadi aku merayu dekat kanda benarkan aku pergi Kuching. Dia kata pergilah. U all berdua ni bukan main lagi ye. Hish.....bila budak pandai berkumpul, jadilah budak-budak pandai-pandai...hahahaha aku gelak bila dia kata macam tu.

Sebenarnya sebelum ni aku mengaku aku tak ada kawan. Aku ni jenis standing alone. Pergi makan sorang, pergi shopping sorang. Pendek kata memang kawan-kawan aku terhad setakat urusan kerja sahaja. Tak ada yang betul betul rapat yang aku boleh bercerita dari A sampai Z macam kampung boy. Tapi dia ni dok jauh.....kadang2 lesap berbulan buat aku tensen jer.

So seseorang yang aku nak cerita ni sama backgroundnya dengan kampung boy. Dua-dua lawyer tak jadi. Sebab tu aku admire diorang. Aku ni kan dulu memang cita-cita nak jadi lawyer, tapi dah patah hati. Aku ingat lagi bila aku kata aku nak ambil jurusan undang-undang selepas STPM. Mak aku tanya berapa lama baru dapat jadi lawyer? Aku kata masuk U 4 tahun, practice 3 tahu, so 7 tahunlah. Lamanya, macam ni botaklah kepala mak dengan ayah. Pap! Umpama satu tamparan kat muka aku. Dan sejak tu aku dah tau dah....aku hanya layak berdebat di tengah sawah.....

Sahabat aku ni, aku kenal masa kami mendaftar untuk program master. Nak jadi cerita aku tengok dia ni peramahnya yang amat! Rupa-rupanya rumah kami pun dekat. Sepelaung jer kata orang kampung. Dan sejak tu kami pun selalu contact2 dan mula belajar bersama. Malah aku rasa seronok sangat sebab sejak beberapa tahun ni aku memang boring giler....sebab selain opis dan rumah aku tak de sesiapa yang boleh buat hidup aku terisi. Kalau aku tensen aku akan ronda-ronda KL sorang-sorang atau ambil cuti dan pi window shopping sorang2 seharian. Sambil tu aku telefonlah sesapa yang aku boleh ajak bersembang. Tapi kebanyakan sahabat yang pernah rapat dengan aku masa sekolah atau poli dulu tak tinggal kat KL.

Tambah-tambah bila ada garuda melanda....lagilah aku tak tau nak pegi mana. Abis-abis aku pi Shah Alam ajak adik aku pi tengok wayang atau lepak2 kat rumah dia. Kalau hari kerja aku akan dok kat opis sampai lepas maghrib baru balik rumah dan terus masuk tido....Betapa boringnya hidup aku yang berkerjaya dan berpelajaran nikan? Anyway aku sekarang sedang belajar untuk hidup dalam keadaan yang less than perfect. Takkan ada yang sempurna dalam dunia nikan?

Untuk sahabat aku tiny, being ur friends is a wonderful moment i ever had. Marilah kita sama-sama mencapai impian yang kita imaginasikan tak terhad sampai langit ke tujuh! hehehe

Thursday, May 15, 2008

Tentang Seseorang

Masa pertama kali aku jumpa dia, memang dia tak seperti yang aku jangka atau bayangkan. Orangnya sederhana, tapi berjiwa besar hehehe. Dalam erti kata lain dari segi fizikal, biasa-biasa jer, very typical kampung boy. Tak kelihatan tercemar sikit pun dengan budaya barat yang melingkari hidupnya sejak sepuluh tahun di perantauan. Tapi sebab kami kerap berkomunikasi (dululah – ada masa tu break down jugak) jadi aku tidak menilai dirinya sebagaimana rupa paras or what so ever. Pada aku dia ada buah pemikiran yang baik, berpandangan jauh dan sangat memahami walaupun dia lebih suka menonjolkan perwatakannya yang childish tu. Hish….selalu buat aku geram. Apapun aku salute dia, aku kagum dengan ketabahan dia dan juga kekuatan cinta dan kasih sayang dia pada keluarga. Aku tahu dia ada wonderful life, and to be honest, aku cemburu. Aku rasa tak setaraf dan rendah diri sebab aku akan rasa cam tak bagus je bila dibandingkan dengan dia walaupun pada dasarnya aku ni selalu rasa cam bagus jer….

Persahabatan kami, kalau boleh dikata begitulah, ada janji. Akan sentiasa menyokong antara satu sama lain dan saling memotivasikan. Aku nikan, hanya boleh dengar nasihat orang yang buat aku rasa cam tak bagus ajer…Dia memang berjayalah. Dia selalu buat aku rasa aku ni cam tak bagus jer, so aku kena buat gitu gini. Betullah…aku setuju. Tupun sebab dia buat aku rasa cam tak bagus. Nak tak nak aku kena terimalah kata-kata dia. Psiko betul kan?

My typical kampung boy…..kadang-kadang tuhan temukan manusia tu ada sebabnya. Dan aku tak tau sebab apa aku kena bersahabat dengan dia, sebab dia asyik buat aku rasa aku cam tak bagus jer………………..

Kepada sahabat aku ini aku doakan dia akan tabah, berdedikasi dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan tak kira apa jua dugaan yang mendatang. Kerana life is beautiful. Kan?



Wednesday, May 14, 2008

I feel good

This meeting is an optional for u. Because normally we will finish it at 2.00 am. We really appreciate that u come tonight. Mr. chairman, U really greatlah.......aku mestilah pilih nak balik sebab dah 10.30 malam hehehe. Apapun nanti minute akan sampai atas meja aku juga. So perjalanan mesyuarat memang dalam pengetahuan aku jugakkan. Anyway the event was great. Lebih seratus anak-anak anggota di negeri Selangor dan KL terima dermasiswa. Aku kena bagi ucapan perasmian dan sampaikan hadiah kat adik-adik tu. Ramai jugak tetamu, adalah 250 orang kot. Macam biasalah... bab menggoreng ni aku memang terror. Lawyer tak jadilah katakan......so teks2 ni tak main la hahaha. Aku turun je dari pentas, mr. chairman cakap, ada gaya ketua wanita la...(hahahaha... kan ke aku ni bakal Ahli Parlimen Parit Buntar - kawan aku kata kalau nak menang kena bertanding atas tiket PKRlah hehehe). Cerita pasal public speaking ni, ia adalah sebahagian daripada kerja aku sejak dulu sebab sebelum ni aku terlibat dengan kerja2 pembangunan NGO belia dan aku kerap attend majlis diorang. Jadi memang kena pandai goreng, tambah NGO ni vocal semacam.Tapi bila aku tukar kerja dan bergaul dengan orang-orang korporat ni aku rasa bimbanglah sebab nak goreng mesti ada substance. Kalau cakap pasal pembangunan belia memanglah aku tahu. Ni kerja pun baru 85 hari. Baru nak pandai kelentong sikit2. So memang aku risau jugaklahkan mula-mula tu. Tapi dah dasar pegawai belia kalau dapat mikrofon....heh macam kena sawan mikrofon.


My problem is that I always feel “macam bagus” or being good when I find that I’m the most terror about the topic or there are no others who are finer around me. But I will become humble, and dare not to give any opinion to people which I think “probably” lebih bagus dari aku. Foolish sense, rasa cam bodohlah. Segan pun ada. Rendah diri pun ada. Pesan kawan aku, we must think that we are the cleverer, and wiser of our work. Doesn’t matter how good or how clever they are, this is our specialty. We are the expertise in this field, lawyer pon tak leh lawan ke’master’an kita, tau tak?. So kau goreng sajalah, talk with full confident, of course people will believe. Hehe…..

As ciktiny said, we can’t see how good we are but people do. Walau kita rasa kita ni cam biasa jer. But people looking at us can see either we are good or hampeh. Either kita ni menawan atau berkarisma atau bla…bla…bla….Macam kaulah, dapat 4.00 kau rasa macam biasa-biasa jer…Cuba orang yang dengar…wow terror minah ni. Yeke? Hehehe

Syukur Alhamdulillah, hidup aku ada semua yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu. Sebab hanya tuhan yang tahu apa yang aku perlu instead of giving me what I want. Sebab apa yang aku mahu itu…tak tercapai dek tangan menjangkau tinggi sampai langit yang ke tujuh : tiny, aku amik tagline kau, hehe.

And remember this,

“The happiest people in the world are not those who dont't have problems, but those who learn to live with things that are less than perfect”

-mabrood.blogspot.com

Tuesday, May 13, 2008

Sibukkan diri

Semenjak kebelakangan ni kerap pula pengarah panggil aku masuk bilik dia. Kalau sekejap tak apa juga, mesti tak kurang daripada sejam dua punya. Tiap kali keluar dari bilik dia kepala aku bengong sekejap. Bukan apa, aku rasa dia terlalu excited nak menurunkan ilmu dan mencorakkan aku yang seumpama kain putih ni, hehehe. Bila dah lama sangat dalam bilik dia tu aku kadangkala tak dapat tangkap semua benda yang dia bagitau aku. Mana yang sempat catat aku catatlah, yang tak sempat, aku ingat lupalah jawabnya. Semalam aku tak tahu nak mula di mana, banyak sangat benda nak buat, incoming letter pun berlambak aku tak sempat baca. Aku rasa kepala aku masih tak betul lagilah. Tapi aku cuba, cuba dan cuba….dan ahhh…tewas petang semalam. Finally aku set desktop background dan letak gambar seseorang…aku pandang, aku senyum. Aku tetiba semacam dapat bernafas dengan lega, Cis….bukan gambar tu pandang kat aku pun. Lepas tu aku pun tulis entry ni………..Oh ya, petang ni aku ada onsite visit dan malam ni pula aku pula aku kena attend satu majlis anjuran client aku kat Vistana Hotel. Aku kena jadi wakil bos akulah pulak menyampaikan dermasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang. Abis majlis tu kena attend pula board meeting depa. Apa la depa ni buat meeting start pukul 10.00 malam, tak apalah at least aku bz. Kan ke bz tu baik untuk orang macam aku?

Sunday, May 11, 2008

Pelan Hidup





Kataku tidak salah kalau adik-adik mahu berimaginasi walau sampai langit ke tujuh sekalipun. Imaginasi dan angan-angan itu perlu tetapi kadangkala jika kita tidak memprogramkannya di minda kita secara lebih berstruktur, kita takkan mampu fokus kepada matlamat yang ingin kita capai atau dalam ertikata lain impian hanya tinggal impian dan kita akan terus berimaginasi. Aku lukis pelan hidup aku dan aku katakan pada mereka bahawa sewaktu aku melukisnya aku telah berusia 20 tahun. Memang lewat. Kerana sebelum itu tak ada sesiapa yang mengajar aku tentang pelan hidup. Pada masa itu aku rasa aku adalah seorang yang gagal dan takkan dapat mengejar impianku. Tetapi siapalah sangka, pelan hidup yang aku lukiskan itu akhirnya telah melukis kehidupan sebenar aku. Aku pun tak pernah menyangka yang aku telah melepasi 3 tempoh masa 5 tahun iaitu 25 tahun, 30 tahun dan sekarang menuju usia 35 tahun, aku telah berjaya mencapai setiap apa yang aku lukiskan dulu. Melukis pelan hidup ialah umpama melukis tentang harapan sendiri yang diterjemahkan di atas kertas, bukan sekadar imaginasi. Tetapi ia mestilah bersifat realistik. Kita mesti menimbangkan faktor penyokong dan juga penghalang supaya kita juga bersedia dengan jalan alternatif. Kataku tidak mengapa kalau orang lain naik jet dan kita cuma berjalan kaki. Kerana pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan itu pasti tidak sama dengan orang yang naik jet. Dan kita tentu akan jadi orang yang luar biasa kerana berjaya sampai ke destinasi kita. Tidak timbul soal terlambat kerana setiap saat dalam hidup ini adalah proses untuk kita belajar dan mencari makna sebenar kehidupan. Kejayaan ialah apabila kita telah mencapai sesuatu matlamat yang kita impikan dan kita merasa bahagia. Itulah kejayaan sebenarnya. Dan aku kongsikan perjalanan hidup seorang Kak Long, satu perjalanan hidup yang bukan biasa-biasa. Dari sinar mata adik-adik ini aku dapat melihat harapan, aku dapat melihat yang minda mereka sedang berfikir dan barangkali sedang menimbangkan untuk memulakan langkah pertama pada hari ini. Banyak yang aku belajar dari mereka.....tak rugi rasanya menawarkan diri menjadi fasilitator membantu sahabat aku ini mengendalikan program Remaja Y2Y pada minggu lalu.


Saturday, May 10, 2008

Carilah Harapan

Katanya aku mesti mencari harapan. Aku mesti punya harapan supaya aku akan terus kuat dan mampu meneruskan hidup dengan berpegang pada harapan itu. Aku tidak boleh putus harapan. Kerana harapan itu ada di mana-mana. Carilah harapan dan binalah kehidupan dengan harapan itu. Aku sedar akhirnya bahawa aku telah lama putus harapan dan tidak melihat apa-apa yang bisa aku jadikan tempat bergantung harap. Aku terlalu obses dengan cita-cita dan sikap tidak bergantungan. Dan aku akhirnya jadi orang yang kasihan......Maka itu, aku rasakan aku tidak patut putus harapan dan aku juga mesti terus menulis. Biar kisah kak long menjadi masa silam yang membina aku kepada seseorang yang wujud pada hari ini. Yang berlalu, tetap telah berlalu tetapi aku akan terus mencari dan membina harapanku. Dan buat sahabat ini, terima kasih kerana masih menyokong dan sentiasa sedia berkongsi rasa tentang kehidupan ini. Kerana tidak semua orang bisa mengerti dan bukan juga bermakna tiada sesiapa yang bisa memahami. Kerana itu, terasa satu tanggungjawab untuk aku terus menulis, bukan untuk diriku semata tetapi alangkah baiknya jika ia dapat aku kongsikan dengan mereka-mereka yang masih mencari dan membina harapan dalam kehidupan ini.