Saturday, May 10, 2008

Carilah Harapan

Katanya aku mesti mencari harapan. Aku mesti punya harapan supaya aku akan terus kuat dan mampu meneruskan hidup dengan berpegang pada harapan itu. Aku tidak boleh putus harapan. Kerana harapan itu ada di mana-mana. Carilah harapan dan binalah kehidupan dengan harapan itu. Aku sedar akhirnya bahawa aku telah lama putus harapan dan tidak melihat apa-apa yang bisa aku jadikan tempat bergantung harap. Aku terlalu obses dengan cita-cita dan sikap tidak bergantungan. Dan aku akhirnya jadi orang yang kasihan......Maka itu, aku rasakan aku tidak patut putus harapan dan aku juga mesti terus menulis. Biar kisah kak long menjadi masa silam yang membina aku kepada seseorang yang wujud pada hari ini. Yang berlalu, tetap telah berlalu tetapi aku akan terus mencari dan membina harapanku. Dan buat sahabat ini, terima kasih kerana masih menyokong dan sentiasa sedia berkongsi rasa tentang kehidupan ini. Kerana tidak semua orang bisa mengerti dan bukan juga bermakna tiada sesiapa yang bisa memahami. Kerana itu, terasa satu tanggungjawab untuk aku terus menulis, bukan untuk diriku semata tetapi alangkah baiknya jika ia dapat aku kongsikan dengan mereka-mereka yang masih mencari dan membina harapan dalam kehidupan ini.

No comments: