Tuesday, December 30, 2008

Yang Memuji Yang Mengeji

Aku tertarik dengan komen sahabat seorang ini tentang puji-pujian. Lantas terfikir nak taruk entry ini. Tak semua orang suka kita, itu lumrah. Tak semua orang baik dengan kita betul-betul ikhlas. Itu lagi lumrah, malah aku dah masak sangat. Jangan cakap tentang orang sebab diri aku sendiri pun sama. Tetapi demi mengekalkan perpaduan, kemaslahatan hidup dan juga demi keharmonian bermasyarakat, adakala kita kena pendam dalam hati sahaja, mengawal diri. Itu lebih baik. Dengan adik-beradik, sanak sedara, sahabat handai pun macam tu jugak. Aku akui kelemahan diri. Tetapi aku ingin sangat2 jadi orang yang 100% ikhlas. Sebabnya bila kita menilai kekurangan orang lain, ada baiknya kita analisa kekurangan diri kita dulu. Contohnya.....kalau aku tak suka sikap seseorang, atau tersinggung, aku akan nilai balik diri aku. Aku ni sempurna sangat ker? Ntah2 perangai aku pon ramai orang tak suka, tapi orang masih bertolak ansur dengan aku dan menjaga air muka aku, jadi apa salahnya aku menerima orang itu seadanya......Memang betul bukan mudah nak terima seseorang seadanya, nak terima laki kita seadanya pun tak mudah wooo. But that is life, no body perfect. Bab2 puji. Alhamdulillah. Aku doakan kesejahteraan tuan punya diri. Bab keji2 pun sama Ahamdulillah, aku akan buat yang terbaik untuk orang itu. Bulan lepas, kerana marahkan kelewatan aku, aku kena kutuk kaw2 punya dengan seorang VIP ini, dalam dewan orang ramai lagi.....bayangkanlah tuan-tuan....dan dia siap bagitau semua orang, perangai aku jangan dicontohi, dan dia nak kasitau Pak Menteri supaya aku ditukarkan (gurau ke sungguh2 Allah saja yang tahu). Kalau kalian di tempat aku bagaimana? Bolehkah anggap ini bagai gigitan nyamuk sahaja??? Kanda marahkan aku, kata kanda kalau orang tahu siapa aku, title aku, pasti aku tak dilayan sebegitu. Soalnya kalau kita bertitle baru kita layak dihormati dan dilayan dengan baik ke???. Bagi aku penghormatan begitu tak genuine. Tak ikhlas. Akhirnya aku redha, pujian atau kejian kedua-duanya adalah ujian. Dan aku berjanji akan served them at my level best ......terutama VIP itu............chaiyuk Kak Long!

Saturday, December 27, 2008

Hari Terakhir

Esok adalah hari terakhir bagi tahun ini mengikut kalendar Islam. Azam aku tahun ini hendak menjadi orang yang berbahagia. Itu sahaja. Oh ya, menamatkan pengajianku mengikut waktu, Insyaallah. Terus berusaha mencapai kesempurnaan diri, mengikut definisi aku sendiri. Tak ada apa lagi nak dikejar sebenarnya. Pelajaran, keluarga, sahabat-sahabat, kerjaya, sedikit harta dunia, semua aku sudah ada. Anak ? Ya kalau Allah mahu beri tentu aku sangat gembira menerimanya. Pasti Dia lebih tahu masa yang sesuai untuk aku. Jadinya pada tahun baru ini aku hanya mahu served people around me at my level best. Aku mahu juga meningkatkan ibadah. Kalau ada rezeki, selesai pengajian mahu ke Tanah Suci. Insyaallah. Semoga dipermudahkan.

Tuesday, December 23, 2008

Sederhana

Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Bagi orang yang serba kekurangan, banyak buat silap dan jugak banyak buat dosa, aku rasa sungguh bersyukur sebab Allah masih memberi aku. Banyak sungguh pemberiannya yang aku tak pernah jangka. Kerana yang aku jangka tu selalu tak dapat, sebaliknya yang aku tak jangka itulah yang Dia beri. Syukur sangat2...............Pagi tadi bila aku check result kat portal pelajar, aku masih lulus dengan cemerlang dan masih bertahan. Aku memang tak pernah jangka atau mimpi pun sebab aku ni bab belajar, memang rendah diri sikit. Aku selalu rasa tak pandai dan tak mungkinla aku boleh score. Rasanya perasaan ni tak berubah dan tak de development langsung. Malah aku sangat ingat waktu mula2 mendaftar buat master dulu, aku bukan nak belajar sangat, tapi aku sambung study sebab aku boring. Aku tension dan cuba carik pasal untuk sibukkan diri aku. Supaya aku boleh alihkan perasaan aku dan juga fikiran aku yang serabut ni kepada hal lain yang lebih berpekdah. Itulah kisahnya. Sebab tu aku cam tak serius dan tak kesah sangat aku score ke tak. Malah, belum apa2 aku dah declare kalau rasa2 tak boleh aku quit ajelah. Ada ke??? Apa lagi mak tiny (bab bebel dia memang taraf mak)pon membebel kat aku menyuntik semangat dan juga mengapi-apikan aku bahawa aku boleh buat. Tapi kalau dah dasar malas tu malas jugak la kan. Hm...malas nak berjaga malam. Aku ni hanya free after 10.00 pm. Waktu lain jadual aku padat, hari cuti pon aku kena kerja jadi masa bila aku nak ulangkaji dan siapkan tugasan. Masa............kita yang buat dia. Betul tu aku setuju. Sebab tu la aku bila nak cari bahan atau fokus study terpaksala amik cuti. Macam hari nilah! Oklah, aku dah dapat beberapa bahan kat library tadi, skg nak go thru plak bahan2 tu......Esok pun aku cuti, tapi aku kena pi board meeting klien aku. Kanda perli aku, hai...cuti pon pergi kerja ke? You ni dah jadi macam I la.....Hm...tengokla sapa "tok garu" dia.....Apa pun aku masih sama....masih cuba jadi sederhana....dalam apa2 hal pon. Kalau ada yang over2 aku tulih kat blog ni toksah la percaya semua....sebab aku nikan....kalau jumpa secara real ....rasanya memang opposite dengan tulisan aku kot...oklah, selamat bercuti semua!

Monday, December 22, 2008

It's OK

Dont feel sorry for me, just becouse I dont have children,and pls dont feel that I'm not happy or my life is not perfect! Dont la.......I enjoy my life with my own definition, and I feel blessed. Rezeki kita semua tak sama. Ada lagi tu yang boleh kata....oh dia ada semua, harta, kerjaya, pangkat...tapi dia tak dak anak...kesiannnn dia. Alamak please la....dont make conclusion camtu. Sadis sangat ke hidup aku weiii. Aku ada cerita benda ni kat Azie. Tahu apa dia kata? Awak, awak untung sebab awakkan 24 jam boleh manja dgn hubby awak, tak payah nak berebut dengan anak-anak. Dan awak boleh tumpu 100% time awak memanjakan suami awak. Semua perkara ada pro and cont. Saya penah tanya officemate saya kenapa dia curang dengan wife dia. Alasan dia, wife dia dok spent time dengan anak jer....tak layan dia sangat, tu yang dia mencari tempat bermanja di luar......(alasan je la - orang pompuan mesti mengamuk ni). Apa pun life is not perfect. Ada jer ujian yang datang dan pergi. Nikmati sajalah hidup ni seadanya and do the best for today. Semalam dah berlalu, esok pun tak tentu lagi. Tapi hari ini dalam genggaman! Hari ini kepunyaan saya! (hehehe..... penangan motivasi La Tahzan)

Friday, December 19, 2008

Jumaat punya cite

Tazkirah pagi ini:

JANGAN DIKENANG KISAH LALU TERUTAMA KISAH SEDIH YANG BOLEH MEMBUNUH MOTIVASI DIRI. USIR KENANGAN LALU YANG PEDIH, TUTUP FAIL DAN JANGAN LAGI DIRINTIH-RINTIH. TERUS MELANGKAH KE HADAPAN, BINA DIRI, BINA KEYAKINAN, BINA BAHAGIA. DON’T EVER2 LOOK BACK DAN MENANGIS. ITU PERBUATAN SIA-SIA, IA HANYA AKAN MELEMAHKAN KITA.

Aku buat kesimpulan guna ayat sendiri berdasarkan chapter pertama yang aku dah baca, buku La Tahzan. Rasenya ramai yang dah baca kot. Well, rasanya aku dah tutup fail aku lama dah……. tapi tak de la buang terus, aku simpan lagi, sama macam blog kaklongsayang. Aku tutup, tapi tak la delete. Itu memori penting. Kot2 esok2 aku hilang ingatan ke apa ker…..blog tu bulih gak membantu kembalikan ingatan aku. Tiny, hang better check yang hang allowed entering that blog. Supaya nanti hang bulih tolong aku bila aku hilang ingatan (ceh!!!! Ni apa merapu ni? tak positif langsung!!!) Abih kalau kita beli insuran tu tanda kita negative ker??? Fikir sendiri la ye.

Cerita semalam:

Scene satu……

Apa yang kau nak kedekut sangat. Kalau nak merasa beli sajalah. Dulu masa muda remaja kau tak bulih melaram pasai kau tak mampu. Duit gaji cukup2 makan jer, bayar sewa, tambang bas, belanja harian, hantar kampong dan simpanan untuk further study. Nak beli baju pun tak mampu…dok pakai la baju tu ulang2 tak pon tukar2 dengan mak. La ni dah mampu nak berkira tak bertempat! Haishhh tak faham aku. Dah dah dah…beli jer jangan tak beli (tetiba tanduk tumbuh sikit).

Maka dengan riang rianya aku menghabiskan beberapa ratus membeli apa yang aku teringin nak pakai!

Scene dua……

Dia menghalang aku nak masuk di muka pintu.

Adik! Cuba adik teka, apa yang abang sayang sangat tentang adik ni???

Ni apsal plak senja2 kasi soklan kuiz nih???

Ok……abang suka adik tutttttttttttttttttttt (keh keh keh)

Betul!! Sebab adik jawab betul, maka abang ada hadiah untuk adik……pegi naik atas hadiah ada kat atas.

Gua pun dengan laju naik le ke bilik….eh…mana ni tak nampak ada hadiah pon.

Mana dia hadiah???

Disebabkan anda menjawab dengan betul maka anda menang RM100 (tiru gaya bob lokman dalam rancangan teksi tunai)

Wah macam teksi tunai la….

Hehehe….sebenarnya memang nak bagi pun tapi saja la tak nak kasi camtu saja, tak sangka plak adik jawab soalan abang betul….

Hehehe……..gua gak yang untung…..alhamdulillah




Wednesday, December 17, 2008

My angel

Demam selsema. Patutla semalam aku rasa pening kepala dan mata pedih. Ingatkan pasal seharian berkurung dalam meeting room yang sejuk dan juga kerana dok hadap screen pc. Rupanya memang itu tanda2 nak demam. Aku ni kalu demam selsema selalu teruk, tu yang aku risau. Nasibla boss tak de sehari dua ni. Outstation. Lega. Bleh la aku cooling down sikitkan. Aku ni asyik teringat dekat sahabat aku sorang ni. Beberapa hari lepas dia call aku, sedih aku dengar cerita dia. Dia pun nangis2 cite kat aku. Dia kata dia malu dgn aku pasal ini jalan yang dia pilih. Well cerita pasal jalan hidup yang bersimpang siur nikan....pada aku kita semua dah berusaha yang terbaik, tapi as I always said before rezeki dan ujian (baca: rezeki dan ujian) selalu seimbangkan? Kita semua ada bahagian masing2. Apa pun aku tetap anggap I sebagai my angel. Dialah yang menghulurkan tangan saat aku jatuh tertiarap dan tercedera dulu. Dia hulur tangan dan memimpin aku berjalan semula. Tak kisah apa orang nak kata tentang dia, aku tetap sayang sahabat aku seorang ini. Nasihat aku pada I, cubalah untuk redha dan berbahagia. Anggap ujian yang kita hadapi itu kecil sahaja berbanding orang lain. Sedih2 dia pun masih mampu memandu Honda City, memiliki kondo sendiri dan mampu beli pejabat sendiri. Sedih2 dia pun bisness masih masuk walaupun kecil-kecilan. Sedih2 dia pun Allah kurniakan dia seorang anak perempuan yang comel. Sedih2 dia pun abang R masih balik rumah. Jadi, ujian sedikit2 itu, aku minta dia bertabah hati dan banyak bersabar. Dan S yang muncul semula, aku minta dia supaya berfikir apa hala tuju dan ke mana dia hendak pergi. Sampai bila nak begini??? Apa beza abang R dan S? Kedua-duanya akan meletakkan dia di tempat kedua. Apa bezanya? Ibarat melepaskan diri dari harimau belang, pegi serah diri kat harimau bintang??? Aku suruh I berfikir semula dan kenangkanlah berapa banyak yang Allah dah beri berbanding yang dia tidak dapat??? Kepada I, sahabatku. Aku sayang hang sampai bila2 pun. You are still an angel in my heart.

Monday, December 15, 2008

Dah lama tak beli buku, dah lama tak baca buku. Dah lama tak melepak dalam kedai buku. Dulu most every week aku akan berhabis di kedai buku. Aku akan membaca sampai lewat malam ke pagi. Dah lama aku tak dapat enjoy dengan perkara yang aku suka. Dan lagi, dah lama jugak aku tak dapat menonton korean drama sampai pagi macam dulu2. It's a "space" where I can transfer my feelings or forget about everythings. Aku masuk seketika dalam dunia itu dan lupakan seketika dunia realiti. Jumaat lepas dek tension tahap cipan kerana cpu aku yang dah dimasuki "ular sawa berkepala tedung" tu kan.....aku pun keluar time lunch berjalan tanpa arah dok pi patah balik depan Pertama Complex, akhirnya aku menyeberang jalan dan cak! wahhh banyak buku kat kedai buku mukmin tuh...KELABU mata aku........




So malam tu, dengan sepenuh perasaan aku memindahkan emosi dan jasmani aku ......mengadap buku pertama sampai kehujanan ayer mata keh keh keh...sabo jelah. Pagi esoknya aku pi kerja, ada ler program politik kat kawasan Parlimen Cheras (aku bukan orang politik, tapi memandangkan pemerintah sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional, jadi ikut bos ajelah. No. question! Selesai tugas jam 1.00 tgh kanda bawa aku ke sini.........




pehhh....fokus macam bagus hehehe. Actually ini program kelab keluarga....tapi yang ni special sebab kanda benarkan bawa ahli keluarga termasuk tunang dan bofren/gefren. Meriah giler....aku dan kanda pun menyelit dalam salah satu team tuh...



Sorakan riang daripada kumpulan BOTOX yang menjuarai pertandingan ini...


Ni plak juara individu penjatuh pin terbanyak.....yang meloncat girang disertai anak-anak...


Tapikan ada satu la yang menarik perhatian aku...ni ha team MATAHARI nih, cobe tengok kat pergelangan tangan deme ni........siap taruk flower gitu


Apa pun petang tu memang meriah, terlupa kejap kerusuhan hati aku...hm.....habis je games aku pun ajak kanda pi early dinner....kat mana eh??? Ini yang kami order...



dan juga ini..........................


Berdasarkan menu di atas boleh teka tak kami pi makan kat mana ...keh keh keh...kanda punya la suka, dia kata len kali boleh datang galak2. Lagipun kuota gerai dah melebihi kuota restoran, so kena bagi balance balik keh keh keh. Selesai makan kami balik rumah dan bersiap-siap untuk balik kampung...



Gambar kat atas ni aku snap masa nak balik dah petang ahad tu....ni la rumah omak den. Mak dah duduk kat kampung semula sejak aidiladha, happy jer dia. Besala, rumah sendirikan. Sempat gak aku masakkan sup tulang untuk mak....sekarang ni mak bertemankan anak sedara @ anak angkat dia. Mak kata dia hanya nak balik KL bila adik ipar aku dah siap renovate rumah. Ok lah tukan....so otw balik tu...dapatlah aku menikmati pemandangan segar di hutan perca ni....





Kanda sibuk jer nak balik cepat, masa tu aku tengah syok layan cite kat astro, Black Widow....hehehe adegan malam pertama hero dan heroin, potong stim jer..oppps....aku tanya apsal nak balik cepat sangat...ropenyer kan!!!............dia nak ajak aku pi sini.....



Sabo jela kan, ada orang kena mandrem nampak gayanya. dari Kg. gedok dah terbayang cendol soya ni ha.....aku apa lagi bagai pucuk dicita ulam mendatang gayanya. Buat penyedap tekak aku oder assam laksa...




Kanda plak aku oderkan kueteaw ni ha....nyum...nyum....




Dengan simbol di atas maka kanda mengistiharkan yang kami akan galak2 datang lagi untuk menerai semua menu yang ada kat sini......huhuhu......

Wednesday, December 10, 2008

hari2 yang down

Besalakan...kaum2 hawa cam aku ni, ada la hari2 yang down....tak dak mood...tak dak passion nak buat apa pon waima pakai gincu sekalipon pon, sabar jelah. Dan minggu2 yang aku lalui kebelakangan ni pon agak teruk, satu demi satu peristiwa yang menghambat jiwa. Nasibla ada kanda yang begitu teguh berdiri di belakang, kalau tak gua dah terbang pi bali dah ....tak pon pi gold coast ker....or paling dekat pi balik kampong hehehe....pekena seafood kat Kuala Gula or pi makan mee udang kat Sg. Dua......
Research aku pon tak de progress, ntah sempat ke tak siap before April. Hm...sat2 tadi dah dapat letter of reminder from university soh bayar tunggakan yuran. Well, tulah masalah aku selama ni. Bab ni gua memang ego, tak nak terima bantuan orang. Dari dulu masa buat degree, sampai la skg ni, aku memang tak penah nak terima bantuan kanda....konon nak jadikan pencapaian aku ni sbg pencapaian yg pure hasil usaha aku keh keh keh...bodoh la aku kan. Ego tak bertempat. Apa la hang ni, dah laki nak bagi ambik jela......jadilah pisau cukur yg bijak. Yang aku ni apsal tak pandai2 gak??? So aku memutuskan buat pertama kalinya...ambik kak long, jangan tak ambik!!!

Sunday, December 7, 2008

memang siot

Jarang aku nak guna bahasa yang indah-indah begini. Kalau aku tak luah kat sini harus aku nak resign kerja jer. Aku sedar dalam dunia ni....kita akan menempuh pelbagai ujian dan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Kalau setakat ragam seorang manusia itu hanya secubit atau sekecil gigitan nyamuk saja yang perlu aku hadapi. Bak kata kanda anggap ini sebagai proses. Yela proses.........tak pernah abis selagi kita bernyawa. Ni nak pujuk hati la nih.....Malam tadi....aku sesat. Kawasan flat, kondo dan perumahan single storey dengan lorong2 gelap yang setengahnya tak berlampu....aku sesat!!!!. Orang yang aku bertanya pon tak dapat bagi petunjuk jelas. Sudahnya aku tanya balai polis berdekatan (nak pi balai polis pon tanya orang gak). Dan dengan baik hatinya abang polis bersama kereta peronda mengeskot aku ke dewan yang diketahuinya berdekatan balai.....bukan!!! dewan ni pun bukan. Hai....kalau polis pon tak sure, aku lagi lah. Dalam hati macam nak patah balik jer. Sudahnya aku soh abang polis tu cakap dengan contact aku kat sana yang dah gelabah menunggu......lama gak polis tu interview dia tanya arah....Ohhhhh dewan tu.....dan sekali lagi kami bergerak ke dewan kedua yang letaknya ya ampun memang kalau aku sorang cari tak jumpa la!!! Aku sampai jer...sumer orang dah ada...well aku lewat 30 minit (aku sesat 45 minit ok!) Sesampai jer aku, dengan kurang hajarnya "orang itu" minta semua orang bangun dan tepuk tangan, mengalu-alukan kedatangan aku, konon!!! Siap cakap lagi cik puan besar dah sampai (bayangkan kalau niat dia bukan menyambut tapi memerli aku). Dan aku bersangka baik. Kalau niat dia nak malukan aku, dia termalu baliklah! "Tapi sebab saya nampak dia dihantar kereta peronda jadi saya maafkanlah dia" hei kau nak maafkan aku apsal plak??? Kau yang kena mintak maaf kutuk2 aku masa aku tak sampai tadi...........Porahhhh, macam aku tak tau dia dah kutuk aku berbakul sebelum aku sampai. Tak yah sebut la apa yg dia kata pada hadirin semua. Tapi dari wajah semua hadirin tu aku tau depa rasa guilty dan kesian kat aku. Gua sesat siot!!!! Malam2 plak tu...kat tempat yang gua tak biasa plak tu!!! Jadi aku rasa YBhg Dato' tu termalu sebab dah kutuk aku kaw kaw punya...dan buktinya aku bukan sengaja lambat, kehadiran aku bersama kereta peronda polis membuktikan nya. Hah......kalau dah perangai buruk tu...orang semua pon boleh nilai sendiri. Tak kira la kau sapa.....jangan hengat sebab kau orang kuat bakal "orang pertama" kau sesuka hati nak jatuhkan air muka orang....pastu bercakap sesedap rasa jer. Anyway, Tuhan tu adil. Aku percaya pada hukum karma. Kau akan terima balasannya, mungkin bukan dari aku, tapi dari orang lain. Masa aku beri ucapan, dengan selamba aku minta maaf dan kata, aku orang yang komited terhadap kerja aku dan akan tepati janji aku....walaupun aku sesat tapi aku berusaha untuk sampai dengan cara aku biarpun lewat. Aku pandang muka orang tua tu. Memang siot jer muka dia. (Aku : sedang belajar mengawal diri)

Saturday, December 6, 2008

sabtu

Sepanjang malam tadi tubuh aku longlai. Sepertinya menghabiskan 5 hari bekerja minggu ini begitu melelahkan. Dan belum kaklong!!!!!!!!!!!. Belum boleh rehat. Hari ini ada dua tugasan penting yang belum usai. Rasanya sejak beberapa bulan lepas, hari Sabtu memang hari wajib bekerja aku. Nanti jam 2 petang, ada mesyuarat dengan kakitangan, karyawan dan artis Pesona Pictures di TTDI. Malam pula jam 8.30 aku ada satu lagi mesyuarat dengan team SUPOL TPM di Setapak. Hehehe....siang dengan orang filem, malam dengan orang politik, rojak betuikan??? Esok? Esok sibuk menguruskan hal masak2 untuk sambutan Aidiladha dan juga majlis doa selamat sempena aqiqah dua orang cucu. Kami semua tak kemana-mana. Sambut aidiladha di KL sahaja. Gua plan nak masak apa ye untuk makan2 sekeluarga. Hm....dalam kepala otak aku terbayangkan rendang tok dan nasi bukhari. Oh ya, nak buat ayam masak sos dan juga acar timun juga. Matching tak resipi ni??? Kepada semua rakan blog dan juga silent reader barangkali.....SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA, SEMOGA KITA SEMUA BERBAHAGIA...............

Friday, December 5, 2008

Minggu yang berangin

Dua ekor ular sawa kepala tedung (bayangkan rupanya) telah terlepas dari hutan ke zoo mana ntah tau tau la.....telah menyerang aku. Sekor termenyusur ke tempat lain, sekor lagi nganga luas nak patuk dan belit aku. Tiba tiba ada plak komputer kat situ, yang CPUnya bogel (dinding dia tak berscrew). Aku pun apa lagi, dengan beraninya tangkap yang sekor yang jahat tuh...aku sumbat dalam CPU, aku screw balik. Aku on power....bergegar CPU tuh!!! Heh mati kejang kau ular kena kejutan elektrik! Tetiba jer elektrik shut down, tapi CPU aku masih bergegar. Wah tak mati ular ni, dia gegar-gegar sampai nak pecah CPU aku.....peh tu aku terjaga. Ceh, mimpi rupanya......apa punya mimpi bikin gua penat ajer. Itu cerita last week. Semalam, tiba2 komputer aku pingsan...screen dia hitam jer... peh tu CPU bunyi macam ada CD sangkut...kuat plak tu. Aku tak kuasa nak jerit.....jam dah 6.30 petang.....banyak kali aku on dan off tapi sama jer....abisla, abis sumer hasil kerja aku.....esp yg tak sempat save kat pendrive. Aku terlalu tension sampai tak menangis, tak marah dan tak kata apa2. Yang keluar dari mulut aku hanyalah....."inilah ujian nak jadi bagus" " bukan senang nak jadi orang yang bagus". Malam tadi aku bersekang mata, mengapdet semula KPI yang aku dah berhempas pulas buat seminggu nih..... Jadi sapa2 carik pasal dengan aku minggu nih....memang kena sedas2 tembakan la jawabnya.........Kanda senyummmmmmmm saja. "U kan bakal KP, inilah prosesnya" Hm....aku AMINkan ajelah......keh keh keh.............

Tuesday, December 2, 2008

kalahkan Prime Minister

Ada orang tu perli aku, saya dah check awak memang sibuk ngalahkan prime minister......Aku taula dalam blog aku suka cite pasal kerja. Tapi tu pun cara aku nak alihkan tension dan motivate diri aku. Tak kesahla orang nak kata aku sibuk ngalahkan Prime Minister ke apa ker....hehehe....should I care???


Macam kata aku kat laki aku baru2 ni. Akukan, dah jadi maiza yang baru. Yang hati beku. Aku tak kesah dah apa orang nak kata atau fikir tentang aku. Dan aku pon maleh dah nak berbaik beria-ia sangat dengan sumer orang yang tak penting dalam idop aku. Sebabnya??? Senang jer. Hidup aku tak luak with or without them. Sebabnya, aku dah masak dengan dunia ni yang bilamana kita jatuh.....sapa tak tolong....bila kita dah dok kat tempat tinggi sikit, ramai nak himpit (termasuk sedara mara pon). So.....should I care??? Kadang tu sahabat lebih berperanan dalam hidup kita berbanding sanak sedara. Tak setuju dengan statement aku ni pon tak pa....


Dua tiga hari ini, mamat hensem tukan rajin dok ajak aku breakfast dengan dia. Aku ok jer sebab aku tak masuk group mana2. Tapi sok sek sok sek ada orang bagitau dia dah tak ngam dengan group sebelah sana. Ni yang aku maleh nak ber "group" ni. Lebih baik kawan dengan sumer dan tak rapat sangat dengan sumer. Fair and lovely, jadik kemungkinan nak tersinggung dan menyinggung pon tak de.....Tak setuju dengan statement aku pon tak pe....


So kisahnyakan masa minum2 tu dia tanya aku, aku selalu nampak under control, nampak managable je bila buat keje tak kira banyak mana keje (sampai ngalahkan prime minister pon:) Tak penah nampak tension atau gelabah dan senyum jer memanjang (alah bukan hang sorang cakap camni, dulu lagi...hehehe... the morning glory) Aku kata kat dia baguih sangat la aku ni kalau tak penah tension, tak penah serabut, tak penah out of control. Sapa kata tak penah???? I nangis sorang2 dalam bilik I, mana U all tau....(Aku tidur malam tak lena, mimpi semua yang takut2 mana orang tau kan). Cuma I TAK SUKA PINDAHKAN TENSEN ATAU SEDIH I KAT ORANG LAIN. I TAK RETI NAK SHARE MY PROBLEM DAN TUNJUK YANG I NI BERMASALAH, SEDIH ATAU TENSION DEPAN ORANG. YANG U NAMPAK TAK SEMESTINYA YANG SEBENAR TENTANG DIRI I. Tapi bab kawalan diri tu aku rasa memang betul. Sebab memang orang tak boleh baca apa yang ada dalam hati aku. Memang under control gila babas nih...........


Dalam hati : Aku memblog la! sapa baca blog aku taula apa ada dalam hati aku. Realiti orang takkan nampak...hehehe. So pindahkanla tension korang kat sini. Tok sah dok menyusahkan orang sekeliling........tak gitu Tiny???

Friday, November 28, 2008

tak sempurna

Bilamana aku lakukan sesuatu, aku selalu nak lakukannya dengan sempurna, at my level best. Aku selalu menganggap yang aku mampu lakukan apapun especially bila aku dah tetapkan target aku. Tapi ianya jadi seksa bila aku tak dapat organise masa aku dengan baik atau aku tak kecukupan masa. Aku tension, sebab aku tak dapat buat semua dalam satu masa sebagaimana yang aku harapkan. Aku selalu nak segalanya sempurna. Sudahnya bila tahap tension itu dah maksimum, mesti keluar ayaq mata punya, itu confirm. Tapi air mata itu tidaklah melemahkan aku. Aku akan keluar sebentar dari kepompong itu, dan akan kata pi mampos la dengan kerja semua ni. Kerja sampai mati pon tak abis. Baik aku pi keluar makan2 hirup udara di luar dan lupakan seketika semua ni. Aku kata pada kawan aku, kalau aku tak nak tension macam ni aku kena berubah agaknya. Aku mungkin kena jadi less than perfect. Jangan terlalu mengharapkan kesempunaan. So, tak dela aku tension sebab tak boleh buat apa yang aku nak buat. Ok then aku kena berubahla...........


Tapi hari ni bila mana aku selesai bermesyuarat di HQ, aku rasa lega dan bangga. If I’m not a perfectionist, I will not be there. Hasil kerja aku mungkin akan kena hentam dengan sepuluh pasang mata itu. But I found out that they really appreciated and willing to listen to me. I keep on telling them I'm a grass root officer who understands more on what I'm doing. So as a policy maker they should listen to me, beside created their own target, yang mana aku sebenarnya yang jadi pelari di garisan permulaan dan pegang baton. Depa tu pelari terakhir yang akan bawa baton tu ke garisan penamat. Kalau aku tak passed the baton, hangpa tunggu la kat situ sampai kiamat tak dak boleh sampai garisan penamat pon apatah lagi nak menang larian.


Aku rasa pendekatan ni sangat bagus, Berapa ramai policy maker yang set up their target dengan mendengar masalah atau realiti yang dihadapi di peringkat akar umbi? Atau dorang set up dulu then baru bagitau kita apa yang kita kena buat?


Wilayah role model, sound good...........hehehe............banyak lagi nak kena buat lepas ni. Chaiyok Kak Long……. go! go! go!


Mesej : Kesempurnaan itu perlu ada masa dan ketikanya, baru kita akan dihormati dan dipandang tinggi.

Thursday, November 27, 2008

paras hidung

Mula-mula dia kata aku buatlah...nak jadikan Wilayah aku sebagai contoh. Dia kata aku buat je, create my own format, so aku pon berhempas pulas la buat, siap minta contoh dari kanda lagi, Siaplah akhirnya, dah bagi kat dia untuk semak hari Jumaat lepas lagi. Tiba2 pagi semalam dia bagi aku format baru, yang aku bagi kat dia ntah kat mana tak jumpa cari. Means aku kena buat balik pakai format yang dia bagi. Lepas tu aku dapat panggilan HQ, pagi ni nak kena discuss kat sana. Pagi ni kauuuuu. Petang semalam aku ada meeting, masa bila nak buat!!!. Sudahnya aku angkut semua bawak masuk dalam meeting, sambil meeting sambil buat. Tengah dok meeting tiba2 call from HQ kata tak jadi pulak pagi ni, tukar pagi esok. Lega! Sok sek sok sek, dorang tanya kenapa aku kena buat??? Kenapa aku yang kena pi bincang kat HQ. Kan ke kat sini ada dua deputy director, dan ada sorang senior assistant director? Aku ni sapa??? Hm...ada dua sebab jer, samada dua2 deputy director tu memang tak boleh pakai atau aku bagus sangat, kah kah kah (masuk lif tekan sendiri). Tapi menitik gaklah ayaq mata pagi ni, gua tertekan beb, dah paras hidung. Dengan nak melayan kerenah klien cerdik pandai aku lagi, sapa tu? Anak didik pendeta Za'aba! Itu baru sorang. Yang lain-lain tak yah cerita la.........Apa-pun nak pujuk hati kena la kata camni. Ini tempat aku cari makan, kerja itu juga ibadah...........Inilah harga yang aku kena bayar untuk jadi wanita berkerjaya, berpelajaran dan berharta....hehehe. Sekurang-kurangnya takde orang berani ugut atau takutkan aku macam yang berlaku kat dia itu, "lagi sekali cari pasal jangan paksa dia...dia boleh buat keputusan". dan dia paling takut ugutan macam ni, kerana dia sangat memerlukan orang itu. Kalau aku, aku kata boleh blah jer...........
mesej : Orang akan rasa riak bila dia tau kita sangat bergantung padanya. Adalah lebih baik kita boleh berdikari and show our own pride.

Tuesday, November 25, 2008

Cerita-Cerita 2

Cerita I

Tak meningkat, tak menurun jugak, dah stabil kiranya……. Banyak benda yang aku fikir sejak dua menjak ni. Dan aku tak henti2 muhasabah diri, merenung rumput di bumi.
Mesej : Masa graf meningkat kunci mulut seketika, jauhkan diri lepas tu kau mesti tak jadi berkata-kata, kerana diam lebih baik adakalanya.

Cerita II

Bulan memang cantik tapi tak payah la aku nak berangan ke sana, tempat ini adalah yang terbaik buat aku. Hanya aku yang layak, bertahan serta paling sesuai memikul tanggugjawab ini. Orang lain takkan nak dan sanggup pun. Aku adalah yang terpilih. Lagipun dunia hanya sementara. Apa nak kecoh sangat. Ye tak???
Mesej : Bila negatif cepat2 positifkan semula, jangan ambil masa yang lama


Cerita III

Aku harap dia tabah. Aku ingin sekali berpesan begini. Tak kira bagaimana dia diperlakukan, percayalah Allah sentiasa mendengar. Berdoalah, dekatkan diri selalu. Served him as best as you can dan bertakwa padaNYa, pasti hidup akan diberkati. Tentang perasaan sendiri, ya, memang ada pilihan. Satu bebaskan diri, tapi di luar sana mungkin kehidupan lebih sukar lagi. Lebih banyak dugaan menanti. Antara hatinya nan satu berbanding kebahagiaan empat pasang mata yang bening itu, yang manakah lebih penting? Adakala kita perlu berkorban, jangan bimbang pasti ada reward menanti. Malah sudah dijanjikan olehNYa kepada orang yang sabar.
Mesej : rezeki dan ujian, selalu seimbang

Cerita-Cerita

Cerita I

Sebelum bercakap berfikir dulu, sebab percakapan tak boleh ditarik balik
Tapikan boleh minta maaf……………..
Once you have created the damage, it is not easy for you to repair
Orang memang memaafkan, tapi kesannya???

Mesej : Sesekali berkata-kata hm…amik kau

Cerita II

I akan bagi masa kat diri I pujuk U selama seminggu
Lepas tu kalau tak berjaya I pulak merajuk, nanti I nangis la….

Mesej : Hm…tahu takut


Cerita III

Tiga hari tak payah masak……I belanja, order apa sahaja
U migraine nanti I urut kepala U
U dah ok ke, apa kata hari ni U pergi spa relax2, I sponsor
Minyak kereta dah isi penuh
Nanti I bayarkan yuran u ok (ini sudah bagus, tak penah2 offer)

Mesej : jadilah pisau cukur pada yang sayang, jangan lurus bendul sangat

Cerita IV

Kalau dorang nak buat pasal dan tak nak datang rumah ni sampai kiamat pun aku peduli apa. Depa tu buluh kasap (tolong explain pada org yang bagi statement nih…hehehe)
Mesej : Ada masa kena selfish


Cerita V

Agaknya orang lain kalau kat tempat aku, duduk rumah silang kaki, kilat kuku dan ngabihkan boreh je
Tak kuasa nak pegang berus tandas……….Inikan pulak nak buang taik tikus!!!!
Mesej : Tak de orang lain layak dibandingkan dengan aku kecuali cleaner opis aku. keh keh keh

Cerita VI

I’m a future KP la, U yang cakapkan??? So I mesti ada ketegasan, pendirian dan juga tak mudah dibuli (selain cerdik pandai yang semestinya dah sedia ada). Sedikit perasaan tak de hati perut amatlah diperlukan untuk membina characteristic tersebut. Jadi jangan terkejutlah dengan bahasa-bahasa indah itu……
Mesej : Yes! Gua caya sama gua

Monday, November 24, 2008

Aku bukan mangsa buli

Kata adik aku jangan biar kena buli dengan a**k t**i. Baru aku sedar selama ni aku terlalu baik dan terlalu mengalah. Kesan luaran aku jadi kesayangan. Aku dipuji baik hati dan pandai jaga hati. Kesan dalaman? Gua macam orang gila dwipersonality. Baik dan jahat. Setan dan malaikat. Well , aku rasa kita semua ada dwipersonality. Kita pilih nak jadi apa. Aku plak ada masa2 ,macam penat nak jadi orang baik. Penat dan semput. Jadi aku memutuskan aku tak mahu lagi terlalu menjaga hati orang sampai hati sendiri duka lara. Aku mahu jadi yang selayaknya. Wanita berpelajaran, berkerjaya, berharta macam aku peduli apa dengan apa orang nak kata??? Yang penting aku tahu aku ikhlas. Aku sudah buat yang terbaik untuk insan2 di sekeliling aku. Kanda tahu itu, memadai. Apa orang lain fikir I dont care, pegi mampos dorang semua. Bukan dorang yang membawa aku ke tahap ini. aku tak dapat masuk U dulu pun sapa tak tolong, aku tak de duit nak makan sampai bergadai pon sapa tak tolong. Aku survive membina kehidupan aku dengan segala kepayahan tak sapa tolong kecuali Allah, kerana dia yang maha mengetahui betapa aku berusaha dan berkorban. So, again. I dont care what people think about me. I'm the survivor. I'm here today becoz I deserved for it. Thanks Allah.........

Friday, November 21, 2008

serabut

Biasala kan ada masa kita macam bagus dan under control......ada masa serabut serabai. Minggu ni aku macam semput sikit. Dengan kerja opis melonggok, pastu terkejar ke sana ke mari jumpa client. Tenant apartment aku plak tak sudah2 soh mai rumah ajak dinner, pastu sofa patah nak soh aku repairlah. Mak mertua plak tak berapa sihat, tak lalu makan. Apa yang kita bagi makan semua tak nak. Sampai pagi tadi bila aku hidang sarapan dan ajak dia makan, dia kata rasa cam nak nangis bila org soh makan, sebab tekak dia tak lalu. Kesian mak aku.


Aku plak sehari dua ni macam jadi penyedih tak tentu pasal. Gila apa. Ni nak kena pi course ESQ ni gamaknya........


Semalam sehari suntuk aku mengadap KPIs and KPTs for 5 yrs. Konon kata bos aku, dia nak jadikan Wilayah aku sebagai contoh. Nak present Isnin ni depan bos dari HQ yang nak datang. Nak jadi contoh apa, jenuh dok perah otak, pastu nanti orang lain main cupis je. Macam tak tau. Ni la orang kata, kita yang jenuh buat kerja.......tapi bos dapat nama. Adatla kan. Esok2 kalau aku jadi bos sama jugak kot. Sampai kawan aku kata, nanti aku penat2 buat HQ tiru sebijik -sebijik....Hm...lantakla....aku pon dah penat gila babas nih. Pagi ni aku masuk keja pon jam 10 pagi...hahaha amik kau. Dah pandai dah ngelat....hehehe....

----------------------------------------------------------------------------------


Aku harap hujan lebat yang turun dah berenti dan langit dah cerah balik. Hish....cukup la sekali jadi camni. Walau pon tak jadi dgn aku, aku yang tengok pun penat. Geram pon ada. Memang rasa nak peluku kepala hang cukup2. Naseb la ada orang yang merendah hati maha pemujuk. Kalau aku, aku buat macam r***l jer....buat dek, cakap macam biasa....hehehe...jangan marah. Jom malam ni kita pi tengok wayang.


Lagi satu, nak tak nak hang kena la praktis pakai rate 5 atau 6 (moderate). Jangan memanjang nak pakai rate 10 atau 0 terus..............

Jangan marah no...........

Wednesday, November 19, 2008

Asam-garam memblog


Macam-macam yang aku dengar cerita tentang dunia maya ini. Dan jangan kata aku tak mengalami kesan buruknya. Hanya aku saja yang tahu.........

Tapi bagi aku apa pun yang kita buat nawaitu saja tak memadai. Yes, memang tuhan nilai kita berdasarkan nawaitu yang baik, tapi orang tak tentu lagi dapat mentafsir nawaitu kita dengan tepat. "Apa yang kita tulis tak semesti sama dengan yang orang baca".

Apapun, blogging adalah terapi yang sangat aku sukai. Aku banyak berubah sejak memblog. Sejak aku menulis diari kaklongsayang, aku tahu kenapa aku ada di sini. Tak ada objektif untuk menarik perhatian sesiapa. Aku menulis syok sendiri.

Kemudian aku stop menulis diari sebab aku mula rasa blog aku menjadi perhatian dan mula ramai pengunjung. Aku malu. Sebab blog tu banyak cerita peribadi. Aku mula dengan blog baru sebab aku rasa proses penyembuhan tu berkesan. Kaklongsayang banyak merubah aku.

Tapi aku mungkin terlupa berpesan (atau mungkin juga aku jenis yang tak suka komen/kritik orang) pada sahabat aku ini tentang beberapa perkara. Dan juga mungkin aku ni tak terbuka sangat bab2 nak menegur kelakuan orang. Sebab aku selalu kata kat diri aku, he eleh, nak kritik orang macam aku bagus sangat. Ataupun aku kata, kot nanti aku tegur, orang tersinggung. So, aku tak buat.....

Sama jugak kalau aku tersinggung dengan orang, aku selalunya tak tunjuk. Sampai sudah pun orang yang menyinggung perasaan aku tu tak tau. Aku akan pujuk diri sendiri dan kata, apa hal yang kau nak sensitif tak bertempat ni, orang tu tak bermaksud macam tu pun, ntah dia gurau jer...dah mulut dia cam tu nak buat macamana.....tapi hati dia baik. Kau tu yang kena berubah jangan jadi sensitif sangat. Itu aku, lain orang lain mungkin lain pulak caranya.

Tapi hati aku berdetik, tentu akan jadi sesuatu ni kalau tak de orang tegur atau pesan. Betul pun jadi...........Aku rasa bersalah gak sebab patutnya aku jalankan peranan aku.......but again, layak ke aku komen atau kritik orang, aku ni kalau komen jujur giler. Takut nanti menyinggung perasaan orang pulak....................

Apapun kita ambil pendekatan beginilah. Dalam hidup ni, selalunya orang yang berjaya ialah orang yang pernah buat silap dan kemudian memperbaiki kesilapan, orang yang pernah gagal dan kemudian mengatasi kegagalan, orang yang pernah jatuh dan kemudian bangun semula dan orang yang pernah kecewa dan kemudian membina bahagia. Barulah rasa asam garam dan manisnya gula...........

Belajar tak semestinya atas apa yang berlaku pada kita, tapi juga atas apa yang berlaku di sekeliling kita...............

Pesan aku (kalau layak la nak pesan orang) belajarlah dari apa yang berlaku dan ambil positif setiap yang kita tempuh itu baik atau buruk. Kalau perlu berubahlah......BELAJAR CARA BELAJAR

Tuesday, November 18, 2008

entry yang panjang II

Dulu-dulu aku selalu rasa macam wasted jer apa yang aku belajar sebab tak penah boleh diimplement dalam kerja aku. Kerja aku dulu kena banyak guna kecekapan berfikir, last minute action dan juga kemahiran mengurus keadaan terutama dalam suasana yang tak terjangka (walaupun kita dah plan elok2) tapi tak semesti jadi macam yang kita nak. Tak de peraturan sangat tapi kena banyak pakai common sense dan kerapkali memakai istilah “kita yang buat dia” bukan dia yang buat kita…..

Cerita-ceriti dengan kawan-kawan, ramai la yang bagi hipotesis yang boleh diterima gini..... ala….memang apa yang kita belajar tak sama dengan kerja la…10% yang jer boleh pakai….Masa tu aku setuju.

Tapi hari ni pulak aku betul-betul rasa semua yang aku belajar dulu sangatla berguna. Boleh kata every single subject pakai balik. Kalau tak ingat harus kena buka buku teks balik. Naseb la masa aku buat BBA dulu (sebab baru buat less than 5 yrs) jadinya ilmu tu kira ilmu baru. Buku teks pun semua latest version, imported! Kami tak pakai modul keluaran uni. Semua buku tu mahal-mahal, ada yang sampai RM300 sebuah buku jadi yuran pun mahal gak la kan. Ha….selongkar balik kotak2 aku…..

Cuma aku rasa bila dah buat master ni, aku patut fokus satu bidang jer kalau betul2 nak jadi profesional. Bila aku dah pilih HRD, maka aku rasa bidang kerja aku sekarang macam tak sesuai jer dalam jangka masa panjang. Beberapa orang yang aku kenal especially yang dah dok kat post macam GM Human Capital (ni nama glamer sket ikut arus perdana) or GM Change Management, aku tengok susur galur kerjaya depa memang fokus…..tu yang boleh sampai ke situ. Ni gara2 terjumpa nama seseorang lead this society yang aku kenal benar….

Aku mula terfikir…kot aku nak pegi ke tahap tu aku tak boleh la dok kat post sekarang. Tapi post la ni macam satu asas yang kukuh sebab jadi ketua wilayah dan jaga ‘anak-anak manja” aku yang involved segala macam business ni boleh pakaila experience tu sampai satu level. Sebab boleh tahu setiap bahagian operasi keseluruhan organisasi. HRD Cuma salah satu bahagian yang penting tu. Tapi sampai bila nak buat keje rencam nih??? (dulu kat opis lama aku soal camni gak…sabar jelah kat diri sendiri)

Kepala aku dok mengatur strategi 5 tahun. Hehehe. Actually aku sekarang berada dalam Rancangan Lima Tahun ke 3 (21-25, 26-30,31-35) Yang pasti masa umur aku 35, aku dah abis master dan aku mesti dah hold position kat HR area. Tapi di mana? Well it can be keluar dari sini pi tempat lain atau guna rangkaian (tak pernah guna lagi) yang aku ada untuk di pindahkan ke HR Department, at least dapat lead unit dulu. Takkan depa tak mo pakai aku yang berilmu nikan??? Daripada aku pi tempat lain baikla transfer aku ke tempat sepatutnya. Pastu baru la mendaki…level ke level sampai jadi DG alias CEO hehehe (mampos kena gelak kalu kawan2 aku tau). Tapi kanda selalu kata kat aku, aku akan ke sana. MS pon penah kata, aku hanya akan tinggalkan tempat ni setelah jadi KP (masin la mulut kau). Tiny! Hang pon kata cam tu gak kan???Aku pun rasa chances aku nak ke sana memang ada….

Tapi hakikat bidang HR (sebab aku penah dulu jadi HR assistant untuk dua company (1st – finance company yang staff seramai 500++ orang dengan cawangan seluruh mesia, 2nd sama gak tapi staff ada 200++ jer. Masa tu aku dok kat satu unit kecik jer (benefit and compensation dan lagi satu payroll) Demam aku. Teruk keje HR ni tau tak? Tak caya tanya la sapa2 yg keje HR kalau staff ramai, contoh agensi kerajaan sudahla macam DBKL (tu kerajaan tau) sabtu ahad staff HR kena kerja, depa ada 5 – 10 ribu pekerja tetap, kontrak, sangkut, sambilan. Migrain dok kat department tu. Hiiiiii larat ke ?????????

Sometime aku fikir apa la yang aku nak kejar sangat duniawi ni….boleh jer kalau aku tak mo pening-pening buat kerja aku end up kerjaya aku as lecturer, mencurah ilmu……... Tapi bukan nak cakap jadi lecturer ni susah nak naik tau…..memang la ada gelar dr, prof, segala tapi serius….kerjaya lecturer susah nak naik.…….. tak caya tanya la lecturer, pastu pay dia pon tak berapa nak competitive (cam material beno aku ni –Tiny hang tau ka sapa bagi ilmu ni kat aku???). Boleh kata kerjaya profesional tapi pay yang paling tak competative di Malaysia– ni Dr. J yang kasitau ok (iina tolong jawab betui ke tak).

Last sekali aku kata (sendiri jawab)….ala….ada kerja pun dah syukur, kalau dengan post sekarang pon, katala tak naik pangkat dah sampai bila2, tak pi mana dah, hidup aku dah terjamin……sampai masa mintak posting jaga wilayah tepeng ka….wilayah seberang parai utara ka….wilayah kerian ka. Bukak tanah buat rumah ala resort idaman aku kat tepi bendang hahahahaha. Pastu berkebun sayur belakang rumah, berkebun bunga depan rumah…..part timer jaga projek-projek koperasi adik beradik (plan bagusss punya) hahahaha……bak kata kanda kita hidup moderate tapi semua ada dan tak payah penin-penin kepala….tak gitu????

Letih la berurusan dengan “orang-orang pandai” dan “orang-orang besar” yang mengaku kenal dan ada hubungan dengan “orang-orang pandai” dan “orang-orang besar” tertentu. Serius, aku pon boleh mengaku aku orang besar apa? Aku pon boleh mengaku kenal orang2 tertentu apa? Memang betui pun kan???? Tapi malas la akak…….benda tu bila sampai masa yang mendesak baru pakaila…kalau tak , idak le nak tonjol diri demi kepentingan macamtu. Tak kuasa akak….contohnya macam semalami…hai semua orang kawan baik dia, lawyer tu yang buatkan bylaws dia… adik menteri tu…menteri ni…adik tun razak pon kawan baik dia, lagi…ketua hakim Negara (bekas) pun kawan baik dia…bla..bla…bla…bekas anak murid pendita za’aba…..penggunaan linguistik dia lagi bagus….ayat dia lagi betui…undang-undang seragam kami tak berapa tepat, dia dulu amik law kat London….undang-undang Malaysia ni bla…bla..bla…adoilarrrrrrrr. Rasa macam nak mintak posting hari ni gak…..(posting lagi......)

Pagi ni perbincangan singkat dengan boss aku, why are this people selalu menyusahkan kita??? Hehehe…….kerja kita memang untuk disusahkan oleh mereka dan keluarga mereka…….(dalam hati)

Monday, November 17, 2008

Laporan bergambar

jam 7 pagi dah terpacak kat jeti

masa naik feri, dapat la nengok matahari terbit


dah sampai jeti teluk dalam....menawan sekali pemandangannya


ni la rupa resort tempat best fren tersayang bermeeting


kat sini la aku menempel time orang meeting.
aku? tidur jaga tidur jaga hehehe.....


dari pandangan hadapan....ni la ropenyer rumah ala resort idaman aku, nak bina kat tepi bendang kat kuala kurau. boleh ker???


pantai teluk dalam


hehehe.....dah beli sebulan tak abis2 baca. akhirnya dapat gak aku
mengadap novel ni seharian suntuk tanpa gangguan

taraaaaa....nak balik dah....


otw balik sempat singgah rumah maksu aku kat manjong
ni la gambo sepupu aku yang comel.....

Thursday, November 13, 2008


It’s a long… long… long… journey to reach my destiny. No ending story.

What ever it is, I’m here. Berlari mengejar mimpi yang akan jadi pasti.

Aku tiba-tiba nampak satu lorong yang bercahaya. Aku tiba-tiba nampak banyak benda dalam satu masa. Wow….aku nak ke sana.

Jom kita sama-sama mengejar mimpi agar jadi realiti.

Ianya tentang aspirasi.


p/s : ada sesapa yang penah baca atau dengar tentang bagaimana nak mengukur aspirasi (measurement instrument). Pls email me….




Wednesday, November 12, 2008

Teratur

Okeh, sebelum aku memulakan kewajipan aku di pagi yang hening ini, maka wajiblah aku mengapdet entry aku yang pastinya agak boring recently.
Hidup aku teratur banget sekarang ni. Walau tak de anak kecik kat rumah aku tapi rumah aku ramai penghuninya, dan juga tetamu yang kadar kekerapan datangnya -1-2 hari sekali gitu. Dah la datang tak bagi notis, selalu nasi dan lauk tak cukup. Kelam kabutla aku. Anyway, aku suka jer dorang datang selalu dan makan masakan aku yang tak berapa nak sedap ni (walaupun ada orang tu dulu lama boikot masakan aku - konon nak berdikari :p)
Akhirnya aku sound dorang, len kali nak datang jangan mengejut camni. Kasitaula boleh umi masak banyak........Aku soh kanda sound dia tanak. Oke oke takpe, cam ginilah (ini perjanjian malam tadi) Kalau anak2 mai tak bagi notis disebab kegagalan ayahnya mengkomunikasikan mesej maka kami akan makan kemudian (nasi round kedua) bagi tetamu makan dulu! Eh...tak nak plak...karang lapar camana??? Laki aku nihhhhhhhhh.
Dan aku, I dont care. Kalau nak makan serentak aku akan cakap, nasi tu tak cukup....kena la bagi sorang sikit sementara nasi yang baru letak tu masak. lLauk....makan le apa yang ada, takat tambah goreng telur sempatla....
Rutin beb. Sukar aku nak membiasakan diri dengan kerutinan baru ini. Tapi bagus gak, nampak macam ada fokus gitu. Aku suke jer. Tapi aku penat la. Alhamdulillah, kebahagiaan yang patut dihargaikan?

Tuesday, November 11, 2008

bertuah, bahagia dan bersyukur.

Aku tak sakit, aku sihat dan itulah nikmat terbaik yang aku peroleh dariNya.


Aku bertuah kerana dengan kesihatan itu maka aku dapat menjalankan kewajipan sebagai umi, isteri, pekerja, anak, menantu, ipar dan juga pelajar dalam satu masa. Bertuahnya aku.......


Dan kerana aku bertuah maka aku bahagia. Aku bersyukur. Orang yang tak bahagia ialah orang yang tak bersyukur, tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Masih melihat segala kekurangan diri sedangkan begitu banyak yang Allah beri setiap hari.


Untuk berkata-kata begini bukan mudah. Aku terpaksa melalui satu fasa yang tak mahu aku lalui lagi. Kadang aku tertanya kenapa selepas semua ini terjadi baru aku nampak kelebihan diri? Baru aku sedar betapa beruntung dan bertuahnya aku. Hm...kita manusia biasa selalu begitu. Kita hanya nampak sesuatu itu selepas diuji. Dalam keadaan biasa-biasa kita selalu lupa.

Monday, November 10, 2008

Kantoi

bukan kantoi macam kes Norman-Abby ok. Tapi kantoi sebab benda yang dia sorok daripada aku (konon nak buat surprise) aku dah jumpa dulu, 11 jam sebelum kejadian yang sepatutnya. Kesian kanda, penat dia menyusun strategi (walaupun strategi tu sama jer tiap tahun). Masa kami pegi ambik barang adik aku kat Seratas Taiping dan aku menyibuk nak tolong dia kemas bonet, tetiba dia tepis tangan aku daripada mengalihkan sweater yanvg menutupi sesuatu. Bajulah! keras jer suara dia sambil tepis tangan aku (suara orang nervous). Pehtu kan jeng jeng jeng aku nampak ada benda di sebalik baju tu....aku pandang dia, tapi dia yang pecah gelak dulu. Hehehe.....ni la bendanya yang konon nak bagi kat aku pada jam 12.00 tgh malam tu....






Dua tahun dulu lagi kelakar, dia beli dan sorok bunga tu kat dalam almari baju. Ingat aku tak buka la kot sebab itu seksyen baju-baju dia. Aku balik kerja terus buka dan jeng jeng jeng....rasa macam nak kenakan dia jer, apa kata aku amik dan sorok kat tempat lain. Sure jam 12 tgh malam kang dia gelabah, barang surprise dia sudah hilang. Tapi tak gamak la plak aku membunuh ke'excited' an dia maka aku buat tak tau je la....tunggu jela jam 12 tgh malam hehehe

Friday, November 7, 2008

kelapangan yang memigrainkan

huhuhu....apsal plak dah berlapang-lapang nak pening migrain segala pulak nih???


Macam itulah aku. Bila bizis sangat, sampai mirain. Bila lapang sangat pon migrain jugak. Migrain mati kutu namenyer......


Al-kisahnya semalam dengan syoknya aku bantai tido 3 round table. Penangan ubat doktor Klinik Family BTS. Bestnyer dapat rehat puas2 lepas habis exam dan siap sumer asimen.


Masa aku dok tido tu ada banyak la missed call aku tengok kat hp aku. Aku call balik x jawab . Ropenyer budak opis aku risau kot hari ni pon aku mc sebab takut besday potluck party kami takde kek. hehehe....Best gak sambut besday ramai-ramai. Aku ni kira sambut in advance 2 harilah....Apa pun esok pagi aku nak balik kampung. Nak celebrate dengan mak ayah dan adik2 aku kat...Kuala Gula kot! makan seafood. Kanda plak beria-ia suruh aku pi beli gift dia untuk aku (gift dari dia, aku beli sendiri, boleh?) Sebab nak aku pakai bila balik kampung. Ni kes nak nunjuk kat mak ayah aku la nih...cesss. Anyway thank you kande, for the gift that u want me to buy for myself hehehe....ILY!


Nila ropenyer gift kecil yang kata kanda buat pakai basahan (bahasa orang dulu2 kot) kita kata pakai harian hehehe.....

Wednesday, November 5, 2008

message

morning assembly last Monday.........

Life is very short
appreciate people around u
give ur luv
be kind

yes....itulah yang aku nak jadi, dan semua kita nak jadi
tapi kita kan cuma manusia biasa


dan lagi kata dia


Tak kira siapa kita, pangkat kita atau berapa banyak harta kita
Bila kita pergi....berakhirlah semuanya (kecuali amalan)
jadi guna kesempatan yang ada ini
untuk buat yang terbaik pada semua orang di sekeliling kita
dan organisasi kita (macam tau jer sapa cakap nih:p)

Monday, November 3, 2008

dah menanti


pagi ni aku sampai jer opis selonggok fail dah menanti. elok jer staf aku susun kat atas meja. nampaknya pungung aku kena gam gajah hari ni. (psss....ada fail turun dari langit mau aku buat perakuan pinjaman 10j, dengan SEGERA). Hm..., arahan dari langit, tapi tak de kelayakan, camana tu ????

Wednesday, October 29, 2008

Cerita 1,2,3

Cerita 1 - Bab Belanja
Malam tadi aku tengok Oprah masa prime time tuh, segmen terakhir Suzie Orman membantu pasangan yang berhadapan masalah kewangan akibat perbelanjaan yang tak terkawal, akibatnya hutang keliling pinggang. Sedar tak yang sebenarnya kamu nak berbelanja untuk pride dan juga untuk dilihat oleh lebih ramai orang yang kamu tidak kenal atau pun tidak suka??? (berbanding orang yang kita kenal dan suka - betui2 aku setuju) Kata-kata terakhir Suzie, bila anda nak buat pembelian tanya 3 soalan ini iaitu, i) Adakah ia baik untuk anda? ; ii) Adakah ia betul untuk anda? ; iii) Adakah ia perlu untuk anda? Kalau salah satu daripada soklan ni jawapannya tidak. JANGAN BELI!!!!!!!!!!
Cerita 2 - Bab Fasa Hidup
Memang, hidup ni macam roda dan ada fasa2. Aku dah melalui beberapa fasa dalam hidup aku jadi banyak yang aku belajar. Setiap orang punyai pengalaman yang berbeza sebab tu pandangan kita tentang kehidupan ni berbeza. Tapi aku benci bila mengenangkan fasa-fasa yang teruk dalam hidup aku. Aku benci bila mengenangkan aku pernah buat silap. Kenapa aku boleh buat silap sedangkan aku dah menetapkan jalan yang lurus untuk aku. Akhirnya aku temui jawapannya, iaitu Allah menguji aku dan mahu aku belajar. Aku menyesal dan aku tahu aku tak boleh berpatah balik untuk perbetulkan apa-apa yang dah lepas kecuali memastikan di masa depan hal yang sama tak berulang dan aku mahu jadi yang terbaik untuk diri aku dan orang-orang sekeliling aku yang amat aku sayangi. Dan dalam proses itu amatlah diperlukan KETABAHAN DAN KESABARAN.................
Cerita 3 - Bab Bersihkan Hati
Masihkan ada rasa marah, dendam, sakit hati, dengki, berkira, mengungkit atau rasa orang lain lebih beruntung/bertuah daripada aku? Jawapannya kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Betullah kata ustaz yang bagi tazkirah kat opis aku satu masa dulu. Iman manusia ni sering berbolak balik atau tak konsisten. Contohnya pagi kita beriman (kerja elok2 kat opis), petang kurang beriman (dok mengayam ketupat kat opis) dan malam iman kita menjunam (sebab gaduh dengan laki siap maki2 pasal benda2 yang kita tak sangka). Ni contoh saja......Pastu esok pagi kita nyesal dan solat mintak ampun kat tuhan dan kita insaf/sedar dan mahu jadi sebaik- baik manusia...graf iman kita meningkat balik.....itulah kita manusia biasa.....Bagi aku, aku MENGAKU hati aku tak cukup bersih lagi. Setiap hari aku mahu jadi yang terbaik tapi iman aku sering berbolak balik dan aku tak henti2 BERDOA.........
Cerita 1,2 dan 3 mungkin ada kena mengena dengan kalian juga. Jom kita sama-sama baiki diri kita...

Saturday, October 25, 2008

Tajuk?

Rindu memblog tapi tak tau apa nak cite. Life aku biasa-biasa saja. Sekarang sedang sibuk concentrate untuk final exam hujung bulan ni yang tinggal lebih kurang 6 hari. Kat rumah pun keadaan nampaknya dah managable. Mak dan adik ipar nampaknya selesa jer tinggal dengan kami. Tengahari kanda akan balik antar tapau untuk mak sebab opis dia dekat jer, 10 minit drive. Kalau kanda outstation, tugas tapau untuk mak diserah kat anakanda pulak, opis dia pun dekat jer 10 minit drive. Aku rela jer bangun subuh2 masak untuk mak tapi kanda kata tak payah la aku nak rajin sangat. Ayat dia "nothing doing ok! hidup kita macam biasa takde apa yang berubah sebelum dan selepas. sama ok. Tak payah u nak rajin2 bangun subuh2 masak, i ada, i boleh beli dan hantar kat mak". Untungnya akukan? Alhamdulillah dapat orang macam kanda yang sentiasa menyenangkan aku. Walaubagaimanapun, balik kerja kenala masak, cuma sesekali kalau penat sangat aku beli jer. Masalahnya ialah bila masak malam, aku pun tumpang sekaki makan. Berbeza dulu, balik je kerja sampai kat gate lebih kurang jam 6.o0 ptg aku akan ambik kanda dan kami pi makan kat luar. Kami selalu ambil early dinner. Jaga badan la sikit. pastu aku jarang-jarang makan nasi. La ni aku masak nasi untuk mak, aku pun tumpang sekaki. Risau2. Bukan apa aku ni kategori admire habih kat masakan sendiri hehehe. Bukan nak puji aku pandai masak tapi makanya aku ni kalau masak tentula sesuai dengan anak tekak aku. Tentulah selera jer makan. Tobat2. Aku ambik masa 6 bulan nak turun 4 kg takutnya tak sampai sebulan berat aku naik 4 kg. oh tidak nehi nehi...............oklah cukupla tu entry merapu aku. akak nak sambung buat asimen ni okeh!


*catatan dari nasional library, level 3, meja tepi pillar. huhuhu....

Wednesday, October 22, 2008

Cuka punya pasal

malam tadi di Villa Ukhwah taman Tasik Titiwangsa aku sakit perut gelak mengekek dengan Si Tiny....
dan pagi ni aku sakit perut mengerekot dalam surau opis dek kerana makanan malam tadi yang aku agak ada campuran cuka. Kalau dah sakit perut tu confem la ada cuka tuh.
Apa pun kemandomanku itu sedikit terubat dengan cerita ceriti sepanjang perjalanan kami meredah hujan lebat dari Alam Damai ke Villa Ukhwah malam tadi yang aku rasa boleh dikategorikan sebagai the non stop conversation sehinggalah Tiny keluar dari kereta aku bila sampai kat gate rumah dia.
Kalau ikut hati nak jer MC tapi apakan daya petang ni aku ada kerja yang memang tak boleh excuse. (sewaktu entry ditulis aku dah ok dah, dah telan actal 2 bijik dan tido tadi, ok la sikit)

Tuesday, October 21, 2008

mandom


tak dak mood........


kerja melonggok.......


exam makin dekat.........


aku risau.....


Mudah-mudahan Allah bantu aku menghadapi semua ini dengan tenang dan tabah


Doakan ye!!!!

Friday, October 17, 2008

Positif

She mentioned my name few times yesterday. At least I knew that she realized my silent effort all this while. At least I knew that she appreciated me. That’s enough to motivate myself to become a better person everyday. Even though the way she address her appreciation tu macam ganas la sikit bunyinya. Contohnya, “ dalam bilik ni semua orang tak makan saman, cuma doa orang saja yang makan saman (hehe dua orang tu aku dan mamat hensem la) hahaha……


Dan lagi “Should I tell you how to do it? You should take your own initiative to achieved you KPI, macam maiza dia rajin bla….bla…bla….(wohooo terkembang sikit, astaghfirullah)


Out of the topic discussed, someone has raised up an issue that I never expected. It’s about my name (wohoooo……really never expected) I just smile after my boss gives them an explanation, well everything depends on me? My answer is very simple, all this while, I’m comfortable with who I am. The reason why I didn’t use the title is because I don’t want to create a gap (dah cukup mesra dah. biarlah begini, aku suka) Those who know, know lah…..I don’t mind, please…to me it is not a big issue. Full stop.


Do we need a title to make us better than others? Or to make us feel good? Because I know that I can stand alone proudly with my only name. Coz Kak Long is enough good. Alhamdulillah.

Wednesday, October 15, 2008

Phd kehidupan



Terima kasih adykashah! Phd kehidupan itu lebih bermakna! Rasanya terlalu dan sangat banyak yang telah aku belajar di sepanjang meniti usia kehidupan ini. Dan aku rasa kita semua layak dianugerahkan Phd itu...........

Aku ingin berkongsi kehidupan sahabat aku seorang ini. Dia adalah sahabat sejak zaman sekolah menengah. Kami kemudian sama2 merantau ke KL untuk mencari rezeki dan masih berhubungan. Empat tahun lalu, dengan izinNya, aku telah menemukan sahabatku ini dengan jodohnya, teman sepejabatku yang kebetulan sedang mencari bakal isteri. Dengan takdir Allah mereka serasi dan hubungan itu dilanjutkan ke ikatan perkahwinan enam bulan kemudian.

Rasanya dah lebih setengah tahun kami tak berhubungan. Aku dengan masalah aku, kadangkala terlupa bertanya khabar rakan taulan. Aku mengetahui dari rakan2 kami yang lain, suaminya sedang sakit. Aku lantas menelefon bertanya khabar dan barulah aku mengetahui sejak enam bulan lepas dia sibuk membawa suami ke sana sini berubat pakar dan juga cara kampung. Ianya bermula dengan suaminya cepat penat, kemudian berjalan tidak lurus lagi, naik tangga perlu dipimpin, bercakap pun sukar dan terkini tulisan tangannya juga sukar untuk di baca. Ya Allah, beratnya ujian sahabatku ini. Penyakit saraf otak (aku tak tahu istilah sains) boleh membawa kepada lumpuh penyudahnya.......

Salah akukah menemukan mereka? Niat aku ingin melihat mereka menikmati bahagia. Niat aku suci. Tetapi apakah ini kesudahanya. Sedih.

Aku berikan kata semangat padanya, sebenarnya untuk diri aku juga. Di dalam kehidupan ini, kita takkan bahagia kalau asyik melihat kekurangan yang Allah berikan. Kalau asyik mengatakan diri kita ini orang yang malang, maka kita akan bersedih sajalah tanpa kesudahan. Kita jarang melihat kelebihan dan keistimewaan yang Allah diberikan. Pandanglah dari sudut yang positif, bahawa kalau dia beri kita sesuatu, tentu ada juga ujian yang diberikan (baca: Rezeki dan Ujian). Bersyukur dengan apa yang ada dan tabahlah menghadapi ujian dariNya. Pasti ada hikmah di atas setiap kejadian. Baik aku, baik sahabatku ini, baik kita semua, masing-masing ada bahagian dalam kehidupan ini. Semoga kalian semua tabah dan berbahagia!

Tuesday, October 14, 2008

Tukang dengar jer

Adik jadi tukang dengar jer.......jangan terpengaruh dengan apa yang abang cakap. jangan panas hati. Ok. U dah ada semua jadi tak perlu nak risau-risau. Biarlah abang luahkan semuanya, kalau tak nanti abang tension. Jadi adik tolonglah jadi penyejuk hati abang.


Abis tu kalau abang dah panas hati pastu cite plak benda2 ni semua, mestila orang tompang panas hati gak. Takut nanti orang tak boleh nak berkelakuan baik macam sebelum ni. Ha....sapa salah? Abangla. Abang yang hasut2 cakap macam2.


Alah adik......janganla camtu. Adik janganla tompang panas hati sama, abih abang nak cerita kat sapa lagi kalau bukan kat adik. Tolongla sejukkan hati abang. Jadila tukang dengar (yang nonresponsive) Errkkk....susah tu.....


Huh...aku kena sejukkan hati dia, pastu hati aku plak yang elok2 cool jer lately ni dah jadi panas sikitla. Adeh....mental betul la. Aku baru jer mempositifkan diri aku nak jadi yang terbaik dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Nak buang semua perasaan aka perangai2 negatif. Abih la ni camne???

Sunday, October 12, 2008

Mood memblog tetap ada

Hari-hari nak masuk taruk entry, tapi tak tau nak cite pasal apa. Sebenarnya banyak, tapi otak dah blank selepas seharian cuba memahamkan formula-formula yang aku memang tak suka.....
Bagaimanapun hari minggu ini telah aku manfaatkan sebaik mungkin. Ada pun kiranya tiga hari tiga malam aku berkampung di perpustakaan negara itu, belum tentu asimen aku ini dapat disiapkan semuanya sebab, aku tak complete. Gua punya partner tak available...huaaaaa
Kepada sesapa yang nak pegi ke open house rumah Tiny tu, jangan lupa singgah rumah aku dulu. tak de rumah terbuka, tapi singgah la pekena biskut raya dengan air dulu buat basahkan tekak, dah seperjalanan tu kan. Ada pun rumah aku dan rumah Tiny hanya sepelaung ajer. Tahun ni aku tak buat rumah terbuka sebab huaaaa.........tak leh nak cakap kat sini la. Tapi sesiapa nak datang, you are most welcome. Sila lah...sila lah.....

Saturday, October 11, 2008

Hari ini

Hari ini aku kuliah seharian,
penat otak dan badan.
Jadi mau rehat-rehat saja malam ni.
Esok ke library, ulangkaji.
Hari ini, sahabat aku bercerita
tentang betapa selama ini
dia sedang berbaik-baik
dan bermurah hati
dengan seorang talam dua muka,
yang tidak diketahui
rope2nya orang itulah
yang recently mencarca-marbakan hidupnya.
Kesian orang itu, bukan kesian kawan aku.
Sebab kawan aku tak buat jahat dengan orang itu,
jadi aku tak kesian dekat dia,
aku tahniahkan dia.
Aku kesian dengan si talam dua muka itu.
Kesian dengan perangai buruknya.
Mudah-mudahan Allah beri petunjuk pada dia.......
Hari ini, aku teringat seseorang.
Senyap sunyi saja, barangkali muhasabah diri.
Alhamdulillah.
Kita masih diberi peluang menghirup udara segar,
masih sihat walafiat dan dimurahkan rezeki.
Sedikit-sedikit tergugat perasaan itu ujian.....
semoga awak tabah.
Hari ini, aku tenang dan banyak bermonolog
berpesan pada diri.
Beban tugas bertambah lately.
Dan aku mahu lulus juga exam ini,
koman2 pun dapat B.
Oh bukan beban, sorry
ini tanggungjawablah!
Untuk adik aku sorang ini.
Everything should be ok kan?????
Untuk semua yang selalu di sisi aku
I love u all.
Dalam hati: Jangan berkira, jangan kedekut, jangan malas2, jangan mengungkit...buat semuanya dengan ikhlas. Yang penting bertabahlah! Kan hidup aku baik2 sahaja. Mungkin jauh lebih baik daripada orang lain. Jadi bersyukur selalu dan ingat padaNYA.

Friday, October 10, 2008

Rezeki dan Ujian

Ada rezeki yang Allah bagi..........

datang dari hasil titik peluh sendiri (itu selalu kita kata-contohnya kita kerja cari rezeki...)

datang dari mak ayah kita (kita kata tu tanggungjawab mereka)

datang dari suami kita (itu kita kata kewajipan dia)

datang dari isteri ( ni kira bertuahla dapat tumpang rezeki isteri)

datang dari anak-anak (alhamdulillah anak2 ingat kat kita)

datang dari kawan-kawan (alhamdulillah dapat kawan2 pemurah - jangan lupakan dia)

datang dari pemberian/ sedekah (alhamdulillah -jangan rendah hati terima pemberian dari Allah)

datang secara tiba-tiba (rezeki terpijak kata orang - alhamdulillah, kan rezeki Allah salurkan pada kita dengan pelbagai cara)


Ujian macam tu jugak................

datang melalui kemewahan...kesenangan....(lagi senang hidup kita, lagi banyak ujian Dia)

datang melalui sakit.......bencana.......kesusahan....(kadang sebagai peringatan....bagi orang yang alpa)

datang melalui keseronokan..........(nafsu adalah benda yang paling besar dalam dunia ini - kata Imam Al Ghazali)

dan ia juga datang melalui orang-orang sekeliling kita (kena tipu, kena aniaya, kena dengki, kena fitnah, kena hasut, kena kecewa.....macam-macamlah......)

Rezeki dan ujian itu, adalah sebahagian hidup kita, Allah beri rezeki, mesti Dia bagi sekali ujian, supaya kita dapat mengimbangi hidup kita, supaya kita sentiasa ingat bahawa apa pun yang kita dapat kita kena selalu ingat padaNya.........

NOTA : JUST TO REMIND MYSELF (BAGUS JUGAK KALAU DAPAT KONGSI DENGAN ORANG LAIN)





Thursday, October 9, 2008

Kisah adik-adik

Lame aku tak bercerita tentang adik-adik aku. Tentang nafas aku. Tentang nyawa aku. Tentang orang-orang yang menjadi sebab kenapa aku mampu bertahan sehingga kini, dan mencapai tahap ini.
Raya tahun ini, adik adik aku sudah besar. Hehehe. Kalau dulu-dulu aku sorang bertungkus-lumus membantu emak kat dapur dan mengemas rumah tapi kini aku ada 3 anak dara yang ringan tulang membantu. Kak cik pun semacam sudah ada anjakan paradigma. Cayalah.
Aku ingat lagi masa majlis kawen adik lelaki (no 3) last may. Na cakap kat aku, kak long jangan penin2, rumah ni ada ramai anak pompuan. Ok le tu!
Adik aku na, tak balik beraya sebab dia pilih kerjaya reporter. Aku dah pesan dulu2 masa dia dapat offer dua kerja serentak (murah rezeki mak ayah aku). Nak jadi Corporate Comm Exec ke jadi reporter. Dia kata nak jadi reporter jugak, reporter jugak. Nah amik ngkau.....Mak aku semacam patah tangan le sebab tukang masak semi pro dia tak balik raya. Aku plak macam biasa raya rumah mertua dulu. Mane nak nolongnyer....nasib ada dua adik pompuan lagi + sorang adik ipar yang balik beraya di kampung. Dan yes, ada sorang anak teruna tukang pi kedai. Sat-sat kena panggil soh pegi kedai beli itu, beli ini. Doranglah yang menolong emak menyiapkan rendang kerang, kari ayam dan rendang daging sementara mak sibuk menyiapkan jahitan baju orang last2 minute.
Apdet story, adik bongsu la ni kat Seratas, tingkatan 4, yang no 7 dan no 6 ada kat Uitm Arau. . Dan yang no 5...dah jadi reporter sejak Mei lepas. Alhamdulillah......
Adik aku yang no 4, la ni ada kat Fuji. Dekat2 gunung Fuji nun.....Sehari sebelum raya dia berangkat ke Jepun, kena posting kat HQ setahun jer. Dia lapor diri hari pertama kita semua umat Islam mula berpuasa di sini. Malam raya aku tepon tanya buat apa, dia kata buat rendang dan lemang (segera) yang dia bawak dari Mesia. Raya kedua aku tepon tanya sambut raya tak? Dia kata tak, pi keja macam biasa. Lemang dan rendang segera yang dia buat tak sedap. kesian....dan kebetulan kat kawasan tempat tinggal dia takde orang Mesia. Daerah tu kira pinggir bandarlah. Hanya ada dua orang Malaysia yang bekerja kat company tu (sorang lagi budak pompuan) Sama batch kat AAJ UM dulu tapi tak belajar uni yang sama. So, tiada hari raya untuk adik aku sorang itu tahun ini. Dan ntah dah berapa tahun agaknya kami tak beraya sekeluarga. Sejak dia mula2 belajar sampaila balik Mesia last April dan mula bekerja kat Kulim. Alih-alih sebelum raya kena posting balik ke sana la plak. Apa pun aku gembira adik aku sorang ni sedang berjaya. Alhamdulillah....
Satu hari tu aku sembang2 dengan bini adik aku yang no. 2 (adik ipar) dia kata adik aku kabo kat dia, dolu2 masa kami kecik, rumah kami sunyi sepi. Raya pon tak de orang datang. Adik-beradik mak aku tak penah datang nengok kakak dorang yang membesarkan dorang ni ha. Kami pulak masa kecik dulu tak de orang nak amik sebab budak comot, kotor, sape pun tak nak (wah, ropenya adik aku pun ada memendam rasa selama nih). Rumah buruk kalu pijak lantai bunyi keriut keriut gaya nak roboh, sapa nak mai......Tapi sekarang tengoklah.....penuh rumah ni dengan pak menakan mak menakan......sepupu sepapat, kenapa eh??? Dalam hati aku berfikir dua sebab, satu fikir negatif, ala dolu2 kami tak berguna....tapi sekarang banyak gunanya. Nak mintak tolong itu ini, jamin itu ini, rekomen itu ini. Aku kan taraf VIP....(cesss mula nak riak nampak......astaghfirullah) Oklah, fikir positif, yela dolu2 pak2 menakan, mak2 menakan muda2 lagi, akai kurang mana nak ingat kakak dorang yang berenti sekolah sebab dorang nih....lagi pon dulu tak de kereta....masing2 ada motor je, tak pon naik beskal....camna nak mai rumah kami??? Bila dorang dah berkeluarga, beranak pinak baru pandai fikir betapa pentingnya semangat kekeluargaan. Tak apalah....adik aku pun dah jauh mendaki tangga kejayaan. Dari budak hingusan yang pakai seluar sekolah naik beskal ke sana ke mari, by end Oktober ni dia akan mula memandu pesawai sukhoi pulak. Pasti ayah dan mak sangat bangga........aku tau.
Adik aku no. 3, pada aku dia sorang yang agak keciciran. Itu ujian untuk mak dan ayah, dan aku jugak. Tapi yang aku bangga dia boleh survive tanpa menyusahkan kami. Cumanya masa dia kawen dulu aku dan bangahnyer banyaklah membantu. Kata mak kami semua adik beradik merasa duit pergi belajar tinggi-tinggi, dia plak tak merasa sebab muda2 dah berdikari. Jadi nila masa dia nak merasa duit kami. Oklah. Tak pelah, ini bahagian dia. Adik aku sorang ni sekarang bekerja sebagai staff di hotel 5 bintang, kerja sambilan bermain muzik di lounge2 dan juga atas jemputan. Alhamdulillah.....ada juga rezeki dia.
Aku. Pada dasarnya aku sudah berjaya. Dan aku sudah menatang bahagia. Tapi apa yang aku dapat hari ni sangat mahal harganya dan terlalu banyak pengorbanannya. Mudah-mudahan aku tidak keciciran lagi, mudah-mudahan aku kuat menangkis ujian Allah selepas ini. Jalan sudah ada tinggal aku yang memilihnya. Alhamdulillah. Ok cukup la tu, inikan entry pasal adik-adik aku, bukan pasal aku.

Wednesday, October 8, 2008

Jari-jari

Semalam tengahari sampailah ke malam aku menahan sakit migrain yang sakitnya Ya Allah. Berjalan pun terhoyong hayang. Bayangkan camana aku bawak kereta semalam. Dalam hati beristighfar, janganlah aku padam atas jalan raya. Sampai rumah aku terus baring dan urut kepala sendiri. Dalam dok mengurut tu tetiba jer aku rindu jari siTiny, huhuhu.....(kekdah putri palace tu memang best la). Sayangnya kanda aku tak berapa reti. Tapi tak pe, jari dia pun boleh pakai gak...walaupun tak berapa reti dia memang rajin menolong time aku tak berupaya nih....


Sedar-sedar je dah jam 6.50 ptg. Masyaallah tak solat asar lagi. Cepat2 aku solat dan turun bawah nak siapkan something untuk berbuka. Tengok2 adik ipar aku baru balik elok je tengah surf internet. Dia kasitau dia pun pose jugak. Alahai, akak tak buat apa2 untuk berbuka sebab terpadam dek migrain. maka kami berbuka jela dengan air panas dan buah kurma. Lepas solat maghrib aku dengan kanda keluar pi cari makan kat luar, pun tak leh telan...rasa nak kuar balik sume-sume. Dah tu balik jelah, kanda tolong bedal abiskan makanan, at the same time kami tapau la untuk adik ipar aku. Sampai rumah terus masuk tido.......


Pagi ni pi keje kepala aku masih blink blink. Tapi melihat longgokan di atas meja bisa buat aku rasa nak lari, pastu tepon berdering2 dok tanya macam2. Hello....saya belum buat apa2 ok, ikut Qlah...first come first served. Walaupun aku ni berkhidmat untuk rakyat, tapi tangan aku dua jer. Petang plak ada pengadu nak bawak ke tribunal case.....sejam melayan, abih masa aku kat situ. Walau bagaimanapun, hari ini akak cemerlang. Target sume tercapai...........


Mood kerja sudah kembali!!!

Tuesday, October 7, 2008

Home Sweet Home II

Balik kampung lama sikit, time raya ajelah nak merasa. Dalam tempoh 5 tahun ni, inilah raya paling lama aku ada kat kampung, 5 hari 4 malam! Tu kira lama la tu bagi kanda. Kalau ikut aku seminggu tak cukup.


So sambutan hari raya tahun ni, umpama cuti2 Malaysia gakla. Tak ke mana pun, ada la pegi rumah tok aku dan tok2 sedara, itu je. Macam biasa balik kampung ni yang buat aku relax abis enjoy suasana kat kampung.......


dengan adik bongsu (no 8)

dengan adik second bongsu (no 7)

Pemandangan kat atas ni hanya ada di kampung aku jer. Sebelah kiri laut, sebelah kanan pulak ada tali air diikuiti sawah luas terbentang. Memang best ambil angin petang sambil ronda2 naik motor....jom kita bercinta, hehehe.....

awek rempit berposing
tara!!!

On the way balik ke KL, sempat gak kami melencong.....


carik ais krim strawberry kegemaran, wajib tuh.....

jalan-jalan kat pasar Brincang

dan ladang teh.......
sorry gambo gelap sket, pakai camera handphone

sekianlah cuti2 malaysia kali ini..........