Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TINGGAL

SELAMAT TINGGAL. SEGALA KENANGAN ADALAH INDAH. MESKIPUN KENANGAN ITU MELUKAKAN, TETAPI BILA KAU MENGINGATINYA KEMBALI, KAU AKAN TERSENYUM KERANA RUPA-RUPANYA KAU BEGITU TABAH DAN TELAH BERJAYA MELALUINYA! DAN TATKALA MENGINGATI SETIAP SAAT DI MANA KAU SANGAT BAHAGIA, KAU AKAN TERSENYUM JUGA KERANA MENGINGATI BETAPA BERTUAHNYA KAU KERANA MASIH BERNAFAS DAN DAPAT MENEROKA LEBIH BANYAK BAHAGIA KELAK!
SELAMAT TAHUN BARU KAK LONG.
-The End-

Tuesday, December 22, 2009

Selesailah sudah

Alhamdulillah, selesailah majlis perkahwinan bangah. Dua perkahwinan dalam masa 30 hari. Iaitu majlis adik ipar pada 28 dan 29 November, dan majlis bangah 18, 19 dan 20 Disember. aku dan kanda menarik lafaz lega sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada lah sikit2 yang menjadi not as what we expected. So aku konflik jugaklah.....Kalau dalam ilmu pengurusan konflik tu kira definisi konflik le tukan...jurang antara keadaan sebenar dengan yang kita harapkan. Tapi yang bahagianya kami dapat menantu baik. She's really a good girl. Kata kanda dia akan jadi pengimbang bangah. Pasal orangnye cool sangat. Sejuk je hati ni bila bercakap atau lihat wajahnya. Sesuaila sangatla tu dengan bangah. O ye...I was thinking to start a new " home". Bukan apa masa tengah dok memberus bilik air dua tiga hari lepas, dalam keadaan mood tak berapa baik tu, aku tanya diri aku kenapa aku jadi begini? Maybe I've put too much hope in a certain things. Pasal aku orangnya suka berharap suka expect good things dan yang penting always expect good ROI. So when I failed, I will hurt! Hakikatnya life is not like that......dalam dok semput memberus tu boleh la pulak aku cakap, tulah kau maiza suka sangat berharap-harap .....dah la blog pun tajuknya akudanharapan! Ni kena tukar tajuk blog nih...............Lagi satu aku rasa syukur sebab sekarang aku cepat dapat remove rasa tak seronok dalam hati aku. Macamana tu? Senang je, rasa tak gembira ada dua sebab. Satu, kalau kita ada perasaan tak enak pada orang sekeliling kita (sesiapa punlah). Jadi kena buang yang itu.....kena suka semua orang okeh! Kedua, gembira dengana apa yang kita ada, jangan harap yang tak sepatutnya jadi milik kita. Barangkali apa yang kita inginkan itu tidak baik untuk kita. Hanya Allah yang maha mengetahui. But hidup kena terus berusaha! Satria ESQ GO GO GO, FIGHT FIGHT FIGHT, WIN WIN WIN!

Friday, December 18, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Malam tadi aku tak dapat tidur lena. Hampir setiap jam aku terjaga. Penyudahnya jam 5.30 pagi aku terjaga. Perut memulas. Dan jam 6 pagi sekali lagi aku terjaga, kali ini rasa mahu muntah. Macam biasa aku paksakan sahaja supaya isi perut dimuntahkan. Tiada apa...hanya perasaan aku. Hakikatnya perut aku kosong. Aku tahu di tahap mana aku sekarang. Aku berada di tahap tension luar sedar. Tak sempat melayan tension hingga akhirnya isyarat fizikal muncul. Loya. Huh.....selesai solat aku sudahkan dua muka surat bacaan Al-Quran. Setiap kali aku menghabiskan ayat yang panjang aku akan lakukan senaman pernafasan ala "terapi diri" sebanyak tiga kali sebelum meneruskan ayat berikutnya. Lega. Bersiap-siap ke pasar....kemudian mula memasak hingga jam 11.30 tengahari, selesai memasak. Jam 12.00 tghari anakanda mula sampai, dan usai solat Jumaat, sanak saudara mula sampai. Alhamdulillah hari ini, selesai solat Asar majlis yang dirancang berjalan lancar. Dan Bangah kini sudah jadi suami orang. Aku dan kanda menarik nafas lega. Gamaknya semua mak-mak yang nak sambut menantu akan stress begitu gamaknya. Aku boleh lihat ketegangan diwajah Bangah dua tiga hari ini sudah hilang....berganti wajah ceria. Semua orang yang nak akad nikah akan tegang begitu gamaknya. Lebih-lebih lagi di pihak lelaki. Akad nikah upacara paling menakutkan. Iye ke? Apa pun semua berjalan lancar hari ini. Esok, majlis di sebelah pihak perempuan dan lusa di sebelah pihak kami pula. Alhamdulillah, semua cabaran dapat ditempuhi dan insyaallah esok lusa pun segalanya akan baik-baik belaka.

Wednesday, December 16, 2009

ujian parent

Biasa la...life is not always a garden of roses (betui ka nih???). Becoming a parent also the same. Kalaulah anak-anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang memanjang, apakah kita dikatakan parent yang hebat? Apakah tanpa ujian, maka kita boleh mengaku kita hebat? Cuba la kalau anak u semua bagus, semua pandai, semua baik, cantik macam model nasha aziz, macamana la u agaknya? Entah ke u berlagak la pulak, jadi riak. Alangkan bos I pun teruji dengan staf yang malas, staf yang tak disiplin, staf yang lembab. Takkanlah dapat staf yang bagus semua. Itu ujian kepada pemimpin. Kalau pemimpin negara? Lagi hebat ujiannyakan.......ujian itulah sebenarnya yang akan menentukan sejauhmana hebatnya kita. So, pujuk aku pada kanda pagi tadi, jugak sebagai memujuk diri sendiri. Ada masanya anak-anak akan menyakitkan hati kita....tapi itu ujian. Being a parent is not always a garden of roses. Ada orang anak semua baik-baik, dengar kata, hormat orang tua...tapi belajar tak menjadi la pulak....Ada orang anak semua berjaya, cerdik pandai, tapi menyakitkan hati......Ada orang anak baik, anak pandai...tup tup sakit kritikal pulak dah.......sedeh sedeh....Ada orang anak semua pandai dan baik....tetiba tang menantu pulak buat hal.....sakitnya hati....so? nak fikir semua sampai pecah kepala ke? Atau jalani hidup seadanya dan tempuh sahajalah. Hati yang terluka ubatilah sendiri......anggap itu ujian tuhan, kecil atau besar kita hadapi bersama. I have u, u have me. Just two of us! Boleh sayang??? Kata kanda, u ni macam motivasi pagilah! Ok le tu, tak payah bukak TV, pagi-pagi dah ada motivasi yang lebih bagus lagi. Lagi pun I tak suka bad mood lama-lama. Kalau boleh I nak cepat-cepat cure my badmood. Kalau malam tadi sebelum tido I badmood, pagi ni I bangun I dah boleh tersenyum....apahal nak bawak sakit hati sampai ke office. Aku banyak lagi kerja nak buat kat pejabat. I need smile face to start my new day okeh???? Kalau tak sia-sia je aku jadi alumni ESQ. Hahahaha....kanda gelak saja. Well, pagi yang ceria with good morning kiss. Good conversation upon bersiap-siap nak pegi opis.

Thursday, December 10, 2009

penatnyer......

Tidur pun dah tak berapa lena. Kadang tu mimpi2. Malam semalam aku mimpi majlis kelam kabut sebab kanda dan MC tak muncul2, lupa majlis "hari ini". Orang yang nak hantar red carpet tak muncul2 walaupun dah 11 tghari. Tetamu dah mula sampai....tapi alahai......penat aku call kanda, boleh dia lepak2 kat office sedangkan majlis kami sedang berlangsung. Malam tadi pulak kami meeting sampai jam 1.00 pagi. Kalau meeting saje tak pe, siap gaduh2 lagi. Inilah padahnya kalau bekas bos dan bekas anak buah reunion kendalikan event. Yang sorang bos besar cuma tahu semua benda jadi jer, yang sorang bekas event manager yang cerewet lagi maha details. Apa lagi.....memang bertekak le dalam "bilik mesyuarat". Semua urusan kecik2 dia nak soal, gua pun naik anginla. Padahnya pagi ni aku mengantuk kat office .....huhuhu. Dah le tu, meeting dengan bos dan melayan klien aku habis dah setengah hari.....lepas lunch je aku terus pingsan kejap. Bila petang kelam kabutlah banyak lagi kerja tak siap. Jam 6.30 ptg baru aku bergerak balik. On the way tu sempat la borak dengan ciktiny on the phone. Sampai muka pintu pun masih online, tetiba aku terbau sesuatu...hurm....bau sardin tumis. Aku terus ke dapur, maka ternampaklah aku di meja dapur ada terhidang sardin goreng dengan sawi tumis air. Alamak tiny, laki aku masak la...ini kejadian tiga tahun sekali pun payah nak berlaku ni, alamak....bersihnya dapur......bersihnya singki.........Wah wah wah, ciktiny pun tumpang surprise jugak. Aku naik ke bilik, handphone masih di telinga dok sok sek sok sek dengan ciktiny, muka kanda semacam jer pandang aku. Berdiri tegak macam ala2 nak kena serang pun ada. Lepas aku put off handphone, terus aku kata kat kanda, let me give u one kiss, dia buat muka terkejut, apsal pulak nih? Terima kasih kerana masak hari ni.........hehehe.........nak surprise konon letak lauk kat dapur, bau dah semerbak satu rumah. Ehehehe........macam biasa modal kanda, I'm a king scout tau. You ingat I tak boleh masak ke. I ni Pengakap DiRaja bertauliah yang telah dilatih. Ahahaha.....memang terlatih.........masak lauk ala berkhemah!!!! hehehehe. Apa pun malam ni kami makan dengan berselera lauk ala berkhemah sentuhan tangan king scout kesayangan aku. Pasal dua2 kelaparan dan sangat penat! Sardin pun sodappppp....