Wednesday, December 17, 2008

My angel

Demam selsema. Patutla semalam aku rasa pening kepala dan mata pedih. Ingatkan pasal seharian berkurung dalam meeting room yang sejuk dan juga kerana dok hadap screen pc. Rupanya memang itu tanda2 nak demam. Aku ni kalu demam selsema selalu teruk, tu yang aku risau. Nasibla boss tak de sehari dua ni. Outstation. Lega. Bleh la aku cooling down sikitkan. Aku ni asyik teringat dekat sahabat aku sorang ni. Beberapa hari lepas dia call aku, sedih aku dengar cerita dia. Dia pun nangis2 cite kat aku. Dia kata dia malu dgn aku pasal ini jalan yang dia pilih. Well cerita pasal jalan hidup yang bersimpang siur nikan....pada aku kita semua dah berusaha yang terbaik, tapi as I always said before rezeki dan ujian (baca: rezeki dan ujian) selalu seimbangkan? Kita semua ada bahagian masing2. Apa pun aku tetap anggap I sebagai my angel. Dialah yang menghulurkan tangan saat aku jatuh tertiarap dan tercedera dulu. Dia hulur tangan dan memimpin aku berjalan semula. Tak kisah apa orang nak kata tentang dia, aku tetap sayang sahabat aku seorang ini. Nasihat aku pada I, cubalah untuk redha dan berbahagia. Anggap ujian yang kita hadapi itu kecil sahaja berbanding orang lain. Sedih2 dia pun masih mampu memandu Honda City, memiliki kondo sendiri dan mampu beli pejabat sendiri. Sedih2 dia pun bisness masih masuk walaupun kecil-kecilan. Sedih2 dia pun Allah kurniakan dia seorang anak perempuan yang comel. Sedih2 dia pun abang R masih balik rumah. Jadi, ujian sedikit2 itu, aku minta dia bertabah hati dan banyak bersabar. Dan S yang muncul semula, aku minta dia supaya berfikir apa hala tuju dan ke mana dia hendak pergi. Sampai bila nak begini??? Apa beza abang R dan S? Kedua-duanya akan meletakkan dia di tempat kedua. Apa bezanya? Ibarat melepaskan diri dari harimau belang, pegi serah diri kat harimau bintang??? Aku suruh I berfikir semula dan kenangkanlah berapa banyak yang Allah dah beri berbanding yang dia tidak dapat??? Kepada I, sahabatku. Aku sayang hang sampai bila2 pun. You are still an angel in my heart.

4 comments:

Kaktiny said...

hmmm... ujian Allah akan ada jer kan.. tak kira la camner corak hidup perjalanan kita.. akan sentiasa diuji dan lagi dan lagi.. tak ada sesiapa pun yg terlepas..

senang pun diuji.. susah pun diuji.. sedang-sedang pun diuji jugak..

psstt... malam ni swim.. kalu tak ujan. aku amik hang.. SET..

Whitetulip Tales said...

'Nasihat aku pada I, cubalah untuk redha dan berbahagia..'

salam,

kak long, nasihat nih akan berpahat lam ati n fikiran sy..timer kaseh...dah lama tak jenguk umah kak long..kak demam eh...banyak2kan berehat, minum air banyak2 eh..

Ungku Nor said...

setidak-tidaknya dia ada tempat nak pegang.

ada orang yang terkapai-kapai takde dahan berpaut..lagi sadis.

lupekanje said...
This comment has been removed by the author.