Tuesday, December 2, 2008

kalahkan Prime Minister

Ada orang tu perli aku, saya dah check awak memang sibuk ngalahkan prime minister......Aku taula dalam blog aku suka cite pasal kerja. Tapi tu pun cara aku nak alihkan tension dan motivate diri aku. Tak kesahla orang nak kata aku sibuk ngalahkan Prime Minister ke apa ker....hehehe....should I care???


Macam kata aku kat laki aku baru2 ni. Akukan, dah jadi maiza yang baru. Yang hati beku. Aku tak kesah dah apa orang nak kata atau fikir tentang aku. Dan aku pon maleh dah nak berbaik beria-ia sangat dengan sumer orang yang tak penting dalam idop aku. Sebabnya??? Senang jer. Hidup aku tak luak with or without them. Sebabnya, aku dah masak dengan dunia ni yang bilamana kita jatuh.....sapa tak tolong....bila kita dah dok kat tempat tinggi sikit, ramai nak himpit (termasuk sedara mara pon). So.....should I care??? Kadang tu sahabat lebih berperanan dalam hidup kita berbanding sanak sedara. Tak setuju dengan statement aku ni pon tak pa....


Dua tiga hari ini, mamat hensem tukan rajin dok ajak aku breakfast dengan dia. Aku ok jer sebab aku tak masuk group mana2. Tapi sok sek sok sek ada orang bagitau dia dah tak ngam dengan group sebelah sana. Ni yang aku maleh nak ber "group" ni. Lebih baik kawan dengan sumer dan tak rapat sangat dengan sumer. Fair and lovely, jadik kemungkinan nak tersinggung dan menyinggung pon tak de.....Tak setuju dengan statement aku pon tak pe....


So kisahnyakan masa minum2 tu dia tanya aku, aku selalu nampak under control, nampak managable je bila buat keje tak kira banyak mana keje (sampai ngalahkan prime minister pon:) Tak penah nampak tension atau gelabah dan senyum jer memanjang (alah bukan hang sorang cakap camni, dulu lagi...hehehe... the morning glory) Aku kata kat dia baguih sangat la aku ni kalau tak penah tension, tak penah serabut, tak penah out of control. Sapa kata tak penah???? I nangis sorang2 dalam bilik I, mana U all tau....(Aku tidur malam tak lena, mimpi semua yang takut2 mana orang tau kan). Cuma I TAK SUKA PINDAHKAN TENSEN ATAU SEDIH I KAT ORANG LAIN. I TAK RETI NAK SHARE MY PROBLEM DAN TUNJUK YANG I NI BERMASALAH, SEDIH ATAU TENSION DEPAN ORANG. YANG U NAMPAK TAK SEMESTINYA YANG SEBENAR TENTANG DIRI I. Tapi bab kawalan diri tu aku rasa memang betul. Sebab memang orang tak boleh baca apa yang ada dalam hati aku. Memang under control gila babas nih...........


Dalam hati : Aku memblog la! sapa baca blog aku taula apa ada dalam hati aku. Realiti orang takkan nampak...hehehe. So pindahkanla tension korang kat sini. Tok sah dok menyusahkan orang sekeliling........tak gitu Tiny???

5 comments:

tentangseseorang said...

kak...
kalau prime minister tu tak buat kerja... mungkin akak lebih sibuk dari dia...ehehehe

lagipun kita kan cari rezeki yang halal. takkan nak melepak je kalau kerja dah memang ada kan?

Ungku Nor said...

akak nak release tension kat blog pun serba salah gak kaklong..

orang tak pecaye akak tension ngkaaauuuu!!
lagi kena sakat dgn dorang, ada la.

sian kat akak ;p

Kaktiny said...

AKU SETUJU SEBANYAK HURUF-HURUF DI DUNIA.. SEBANYAK BINTANG-BINTANG DI LANGIT.. SETINGGI LANGIT KE-7... hehehheeee..

dan aku suka gilers cara hang tulih kali nih.. "Tak setuju dengan statement aku pon tak pe...." - siap ada statement tambahan tuh.. SUKER SUKER SUKER...

and YES.. YOU ARE THE MORNING GLORY... (takkan sapa dpt baca isi hati hang there and then.. NOBODY!!..)

AGAIN.. you are my inspiration.. oh my lovely dearie SAHABAT..

hugg and kissess for you... muah muah muah...

Enche' Adykasyah said...

Kak Long kalau 'mengalah'kan PM dalam bab kerja takpa.. Jangan kalahkan dia dalam bab tido.. Mesti takleh menang punya!! Hahahahaa...

Kak Long said...

adykashah > keh keh keh....PM memang sibuk, tapi dia bangun pagi, baju dia dah ada orang pilihkan, kasut dia pun orang hulur. Keluar depan rumah orang bukakkan pintu kereta, peh tu jadual dia sumer orang dah aturkan...dia serah diri jer....macam tu kira sibuk ker??? hehehe


tiny > wink:)

ungkunor > alah, gua boleh bace aper.....

ady > hm...betui2