Friday, October 10, 2008

Rezeki dan Ujian

Ada rezeki yang Allah bagi..........

datang dari hasil titik peluh sendiri (itu selalu kita kata-contohnya kita kerja cari rezeki...)

datang dari mak ayah kita (kita kata tu tanggungjawab mereka)

datang dari suami kita (itu kita kata kewajipan dia)

datang dari isteri ( ni kira bertuahla dapat tumpang rezeki isteri)

datang dari anak-anak (alhamdulillah anak2 ingat kat kita)

datang dari kawan-kawan (alhamdulillah dapat kawan2 pemurah - jangan lupakan dia)

datang dari pemberian/ sedekah (alhamdulillah -jangan rendah hati terima pemberian dari Allah)

datang secara tiba-tiba (rezeki terpijak kata orang - alhamdulillah, kan rezeki Allah salurkan pada kita dengan pelbagai cara)


Ujian macam tu jugak................

datang melalui kemewahan...kesenangan....(lagi senang hidup kita, lagi banyak ujian Dia)

datang melalui sakit.......bencana.......kesusahan....(kadang sebagai peringatan....bagi orang yang alpa)

datang melalui keseronokan..........(nafsu adalah benda yang paling besar dalam dunia ini - kata Imam Al Ghazali)

dan ia juga datang melalui orang-orang sekeliling kita (kena tipu, kena aniaya, kena dengki, kena fitnah, kena hasut, kena kecewa.....macam-macamlah......)

Rezeki dan ujian itu, adalah sebahagian hidup kita, Allah beri rezeki, mesti Dia bagi sekali ujian, supaya kita dapat mengimbangi hidup kita, supaya kita sentiasa ingat bahawa apa pun yang kita dapat kita kena selalu ingat padaNya.........

NOTA : JUST TO REMIND MYSELF (BAGUS JUGAK KALAU DAPAT KONGSI DENGAN ORANG LAIN)





6 comments:

Kaktiny said...

stuju stuju.. ok gak tu dapat tazkirah jumaat camnih.. hihihihi.. kuar lunch sesama hari ni .. nak?.. hihihi

Kak Long said...

tiny > aku pose lah weh...apa pun nota tu aku nak kena ambik hari ni gak. kalau tak aku nganga jela esok sebab tak go thru langsung.

Akak said...

Salam Kak Long..

Terima kasih utk perkongsian ilmu, sesungguhnya satu peringatan yg sangat baik..

Ungku Nor said...

haa..betul..betul..betul..
kuar lunch dgn tiny kang bukan bleh study pon.
asek dok kukik-kukik tegelak je keje..hahahaha ;p

Kaktiny said...

aku pun posa gak.. pasai tu aku nak pi kat hang.. (bukan nak ajak makan.. nak pi jumpa jer..) nak bagi nota.. sambil layan gelak.. kehkehkeh..

ches ches ches.. orang tu kan.. (sambil tuju-tuju kat idung kak ungku.. hihihi)

iina said...

wah2 kak long bgus nie takzirah pagi jumaat nie ;)