Cerita 1 - Bab Belanja
Malam tadi aku tengok Oprah masa prime time tuh, segmen terakhir Suzie Orman membantu pasangan yang berhadapan masalah kewangan akibat perbelanjaan yang tak terkawal, akibatnya hutang keliling pinggang. Sedar tak yang sebenarnya kamu nak berbelanja untuk pride dan juga untuk dilihat oleh lebih ramai orang yang kamu tidak kenal atau pun tidak suka??? (berbanding orang yang kita kenal dan suka - betui2 aku setuju) Kata-kata terakhir Suzie, bila anda nak buat pembelian tanya 3 soalan ini iaitu, i) Adakah ia baik untuk anda? ; ii) Adakah ia betul untuk anda? ; iii) Adakah ia perlu untuk anda? Kalau salah satu daripada soklan ni jawapannya tidak. JANGAN BELI!!!!!!!!!!
Cerita 2 - Bab Fasa Hidup
Memang, hidup ni macam roda dan ada fasa2. Aku dah melalui beberapa fasa dalam hidup aku jadi banyak yang aku belajar. Setiap orang punyai pengalaman yang berbeza sebab tu pandangan kita tentang kehidupan ni berbeza. Tapi aku benci bila mengenangkan fasa-fasa yang teruk dalam hidup aku. Aku benci bila mengenangkan aku pernah buat silap. Kenapa aku boleh buat silap sedangkan aku dah menetapkan jalan yang lurus untuk aku. Akhirnya aku temui jawapannya, iaitu Allah menguji aku dan mahu aku belajar. Aku menyesal dan aku tahu aku tak boleh berpatah balik untuk perbetulkan apa-apa yang dah lepas kecuali memastikan di masa depan hal yang sama tak berulang dan aku mahu jadi yang terbaik untuk diri aku dan orang-orang sekeliling aku yang amat aku sayangi. Dan dalam proses itu amatlah diperlukan KETABAHAN DAN KESABARAN.................
Cerita 3 - Bab Bersihkan Hati
Masihkan ada rasa marah, dendam, sakit hati, dengki, berkira, mengungkit atau rasa orang lain lebih beruntung/bertuah daripada aku? Jawapannya kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Betullah kata ustaz yang bagi tazkirah kat opis aku satu masa dulu. Iman manusia ni sering berbolak balik atau tak konsisten. Contohnya pagi kita beriman (kerja elok2 kat opis), petang kurang beriman (dok mengayam ketupat kat opis) dan malam iman kita menjunam (sebab gaduh dengan laki siap maki2 pasal benda2 yang kita tak sangka). Ni contoh saja......Pastu esok pagi kita nyesal dan solat mintak ampun kat tuhan dan kita insaf/sedar dan mahu jadi sebaik- baik manusia...graf iman kita meningkat balik.....itulah kita manusia biasa.....Bagi aku, aku MENGAKU hati aku tak cukup bersih lagi. Setiap hari aku mahu jadi yang terbaik tapi iman aku sering berbolak balik dan aku tak henti2 BERDOA.........
Cerita 1,2 dan 3 mungkin ada kena mengena dengan kalian juga. Jom kita sama-sama baiki diri kita...
6 comments:
akak pun tengah berbolak-balik nih.
bila la nak start tanak makan nasik..ehehehe
speechless...
Hmm..
Cerita 1 - Ada kaitan dengan 1st paper saya pagi tadi..
Cerita 2- Dulu jahat.. Pastu baik.. Sekarang nakal je..
Cerita 3 - Alhamdulillah.. dengan amalan2 yang betul dan selalu menghadiri kelas agam kita akan dapat belajar sesuatu yang terbaik untuk kita ketemu Zat Pencipta kita nanti.. Apa bekalan anda??
agak2 graf aku camner yek?.. mesti tunggang tetbalik.. ada cam graph simple linear regression tak?.. ke SPSS puya graph.. hihihihi..
Kita manusia memang macam tu...banyak kelemahan dan itu sebabnya Tuhan suruh kita solat... so that dosa dlm jangka waktu tertentu tu akan dihapuskan InsyaAllah.
Masih jauh perjalaan kita semua... dan setiap benda yang berlaku tu ada tujuannya and ONLY God knows why. Bagi yang kurang sabar macam abang ni...memang sah-sah lah Tuhan nak ajar sabar... dan sebagainya.
Tuhan Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang, Maha pengampun dan Maha Megetahui hakikat diri ini...
huhuhuhuhuhuhu....
kita insan.. doalah Allah sentiasa kuatkan iman kita...
Post a Comment