Wednesday, October 15, 2008

Phd kehidupan



Terima kasih adykashah! Phd kehidupan itu lebih bermakna! Rasanya terlalu dan sangat banyak yang telah aku belajar di sepanjang meniti usia kehidupan ini. Dan aku rasa kita semua layak dianugerahkan Phd itu...........

Aku ingin berkongsi kehidupan sahabat aku seorang ini. Dia adalah sahabat sejak zaman sekolah menengah. Kami kemudian sama2 merantau ke KL untuk mencari rezeki dan masih berhubungan. Empat tahun lalu, dengan izinNya, aku telah menemukan sahabatku ini dengan jodohnya, teman sepejabatku yang kebetulan sedang mencari bakal isteri. Dengan takdir Allah mereka serasi dan hubungan itu dilanjutkan ke ikatan perkahwinan enam bulan kemudian.

Rasanya dah lebih setengah tahun kami tak berhubungan. Aku dengan masalah aku, kadangkala terlupa bertanya khabar rakan taulan. Aku mengetahui dari rakan2 kami yang lain, suaminya sedang sakit. Aku lantas menelefon bertanya khabar dan barulah aku mengetahui sejak enam bulan lepas dia sibuk membawa suami ke sana sini berubat pakar dan juga cara kampung. Ianya bermula dengan suaminya cepat penat, kemudian berjalan tidak lurus lagi, naik tangga perlu dipimpin, bercakap pun sukar dan terkini tulisan tangannya juga sukar untuk di baca. Ya Allah, beratnya ujian sahabatku ini. Penyakit saraf otak (aku tak tahu istilah sains) boleh membawa kepada lumpuh penyudahnya.......

Salah akukah menemukan mereka? Niat aku ingin melihat mereka menikmati bahagia. Niat aku suci. Tetapi apakah ini kesudahanya. Sedih.

Aku berikan kata semangat padanya, sebenarnya untuk diri aku juga. Di dalam kehidupan ini, kita takkan bahagia kalau asyik melihat kekurangan yang Allah berikan. Kalau asyik mengatakan diri kita ini orang yang malang, maka kita akan bersedih sajalah tanpa kesudahan. Kita jarang melihat kelebihan dan keistimewaan yang Allah diberikan. Pandanglah dari sudut yang positif, bahawa kalau dia beri kita sesuatu, tentu ada juga ujian yang diberikan (baca: Rezeki dan Ujian). Bersyukur dengan apa yang ada dan tabahlah menghadapi ujian dariNya. Pasti ada hikmah di atas setiap kejadian. Baik aku, baik sahabatku ini, baik kita semua, masing-masing ada bahagian dalam kehidupan ini. Semoga kalian semua tabah dan berbahagia!

6 comments:

Kaktiny said...

makanya.. sentiasa menginsafi lirik lagu MERENUNG BULAN..

aku tumpang simpati pada sahabatmu itu.. jgn salahkan diri.. jodoh maut pertemuan adalah rancangan ALlah.. ko hanya utusan yang menjadikannya berlaku.. bukan penyebab atau pengakibat.. jgn salahkan diri..

antara yang penting.. statistik asgmt 5 DAH SIAP... yeehaaaa... next meeting pelase... hihihi

Ungku Nor said...

itulah..
dugaan datang dengan cara yang kita sendiri tak terduga..

zonaku said...

dah itu bahagian yang ditentukanNya

fusarium solani said...

Bukankah Allah SWT uji kita bila kita menyatakan kita beriman kepadaNya? Maka, seharusnya kita ridha dan bersabar.

Semoga sahabat Kak Long dipermudahkan ujian yang dihadapi olehnya oleh Allah Yang Maha Adil dan Penyayang.

Wafa Nokman said...

Jodoh pertemuan di Tangan Tuhan. Ajal dan rezeki dah tertulis sejak azali...Setiap benda yang berlaku ada sebabnya...hanya Tuhan yang tahu.

Anonymous said...

salam kak long.
maaf sebab lama menghilang.

salam syawal.
maaf zahir dan batin
:-)