Thursday, May 15, 2008

Tentang Seseorang

Masa pertama kali aku jumpa dia, memang dia tak seperti yang aku jangka atau bayangkan. Orangnya sederhana, tapi berjiwa besar hehehe. Dalam erti kata lain dari segi fizikal, biasa-biasa jer, very typical kampung boy. Tak kelihatan tercemar sikit pun dengan budaya barat yang melingkari hidupnya sejak sepuluh tahun di perantauan. Tapi sebab kami kerap berkomunikasi (dululah – ada masa tu break down jugak) jadi aku tidak menilai dirinya sebagaimana rupa paras or what so ever. Pada aku dia ada buah pemikiran yang baik, berpandangan jauh dan sangat memahami walaupun dia lebih suka menonjolkan perwatakannya yang childish tu. Hish….selalu buat aku geram. Apapun aku salute dia, aku kagum dengan ketabahan dia dan juga kekuatan cinta dan kasih sayang dia pada keluarga. Aku tahu dia ada wonderful life, and to be honest, aku cemburu. Aku rasa tak setaraf dan rendah diri sebab aku akan rasa cam tak bagus je bila dibandingkan dengan dia walaupun pada dasarnya aku ni selalu rasa cam bagus jer….

Persahabatan kami, kalau boleh dikata begitulah, ada janji. Akan sentiasa menyokong antara satu sama lain dan saling memotivasikan. Aku nikan, hanya boleh dengar nasihat orang yang buat aku rasa cam tak bagus ajer…Dia memang berjayalah. Dia selalu buat aku rasa aku ni cam tak bagus jer, so aku kena buat gitu gini. Betullah…aku setuju. Tupun sebab dia buat aku rasa cam tak bagus. Nak tak nak aku kena terimalah kata-kata dia. Psiko betul kan?

My typical kampung boy…..kadang-kadang tuhan temukan manusia tu ada sebabnya. Dan aku tak tau sebab apa aku kena bersahabat dengan dia, sebab dia asyik buat aku rasa aku cam tak bagus jer………………..

Kepada sahabat aku ini aku doakan dia akan tabah, berdedikasi dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan tak kira apa jua dugaan yang mendatang. Kerana life is beautiful. Kan?



1 comment:

Kaktiny said...

Jodoh pertemuan ajal maut ketentuan Tuhan.. sebab musabab kita ditakdirkan sesuatu atau bertemu seseorang hanya Dia Maha Mengetahui.. kenapa kaklong bertemu kampungboy?..
kerana kampungboy dapat membuatkan kaklong terfikir..
1) aku ni tak bagus sgt berbanding dia..
2) hidup aku ni bertuah jugak berbanding dia..
3) aku boleh bertelagah pendapat dengan dia..
4) aku boleh berkongsi segala cerita dengan dia..
5) aku rasa memerlukan perhatian dia dan ingin memberi perhatian kepada dia..

Dia, dia, dia.. seseorang yang boleh membuatkan kaklong rasa :
1) kalau aku fikir aku bagus, dia lagi bagus..
2) kalau aku rasa perjalanan hidup aku teruk, teruk lagi dia..
3) kalau aku rasa aku bijak, bijak lagi dia..
4) kalau cerita aku sedih, sedih lagi dia..
5) kalau rasa terpinggir.. dia ada untuk mendengar keluhku dan aku ada untuk mendengar resahnya..

tanpa sebarang ikatan, hanya perjanjian lisan.. ALlah temukan kaklong dengan seseorang - seorang teman yang mampu 'psyco' kaklong..

hahahahah... bravo bro.. padan muka kaklong.. kuikuikui..

NAK BALIK.. dah lewat nih.. kaklong.. apa sudahnya kisah BELLA?