Sewaktu aku hendak mengambil kopi, tiba tiba bahu aku berlanggar dengan seseorang. Kami berpandangan, tiba-tiba dia menjerit Kak! Dan terus memeluk aku. Aku ingat wajahnya, tapi tidak berapa ingat namanya…..
******************************************
8 tahun dulu.
Bila bos aku katakan kami perlu seorang staf melayu untuk menjadi penyambut tetamu. Dia minta bantuan aku. Pada hari yang sama sewaktu balik kerja aku singgah di sebuah pasaraya tak jauh dari rumah sewaanku. Aku terpandang wajahnya, entah kenapa aku jadi suka pada pandangan pertama.
“dik dik, adik nak tak cari kerja lain?”
“kerja lain? Kerja apa?”
“kat opis akak nak penyambut tetamu, adik nak cuba pegi interview?”
“Saya tak reti kak, boleh ke saya ni?”
Esoknya aku temui Amelia sekali lagi di pasaraya tempat dia bekerja, dan dia menyatakan persetujuannya. Kami berjanji untuk bertemu di bus stop supaya dia boleh mengikut aku ke pejabat pagi itu. Dan Amelia telah diterima, kerana dialah satu-satunya calon yang ditemuduga, purposely memang nak ambil dia sebenarnya. Dan disitulah turning point dalam hidup Amelia.
Amelia kala itu 18 tahun, baru tamat peperiksaan SPM. Seorang gadis naïf. Kami terpisah lantaran tuntutan masa dan juga takdir barangkali. Bukankah setiap pertemuan itu ada perpisahan? Dan setiap perpisahan itu akan ada pertemua semula. Sekalipun kita mati dan berpisah dengan insan-insan yang kita sayangi di dunia ini. Kan kita akan bertemu semua di alam akhirat nanti?
Amelia atau amy gadis cantik yang berwibawa, bukan lagi gadis naïf yang aku kenal 8 tahun dulu. Masih belum berpunya.
“Cantiknya adik akak ni sekarang….Sudah berpunya?”
“Belum kak…tak ada orang nakkan saya”
“Adik akak belum kahwin? Hm…nanti mesti ada putera yang akan menyunting dia, insyaallah…” “Kakak? Sudah ada anak?”
“Hm…belum dik, kesiankan akak?” jawab aku nada bergurau.
“Tak apa kak, hidup kita bukan semata untuk dapat anak. Kita hidup ni nak dapat keredhaan Allah agar sentiasa dekat denganNya. Itulah kebahagiaan sebenarnya”
(senyum)
Amelia, patutlah hati aku memanggil-manggil mahu ke sana.
No comments:
Post a Comment