Saturday, February 28, 2009

Priority

Terlalu banyak yang perlu diselesaikan ketika ini. Aku enjoy dengan semuanya. Dan perkara-perkara itu buat aku tenang dan bahagia. Menyusun priority itu mudah sahaja. Asalkan kamu tahu siapa diri kamu dan ke mana hala tuju kamu. Ini urusan dunia.
"Jika urusan dunia kamu tidak selesai, kamu takkan dapat berbahagia di sana" itu pesanan kak Ros.
Ok ini kisah aku menempel di pejabat baru sahabat baikku Iza. Tamat meeting jam 4.30 ptg aku putuskan untuk tidak balik ke rumah sebab ada next meeting jam 9.00 malam, memandangkan pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju itu sehala sahaja dengan pejabat Iza. Sebetulnya dah lama dia ajak aku ke sana, tapi selalunya masa yang menjadi kekangan. Cantik pejabat barunya. Bukanlah baru sangat, sudah lima bulan Iza berpindah ke situ. Wah....sahabat aku ini membawa anak ke pejabat, maid indonnya bercuti sebulan. Aku katakan pada Iza kalau aku buat business macam dia, tentu dah rugi, secara teori aku mungkin bagus kerana aku business policy advisor, tapi bab praktikal hahaha....Aku kena tabik hormat pada kaulah! Kami mengimbas kisah 15 tahun dahulu, Yalah time tu aku dan Iza tak punya apa-apa. Kami sama- sama merantau ke KL selepas tamat sekolah, sama-sama mulakan kerjaya sebagai kerani. Lima belas tahun membina kekuatan dan jati diri...Iza sampai ke tahap ini, dan aku di tahap aku sekarang. Aku senyum pandang Iza....kau terfikir tak kenapa ujian ini Tuhan hantar pada kita? Kenapa bukan orang lain yang menerimanya? Ya sebab kita kuat untuk menempuhnya. Ujian itu sesuai untuk kita. Barangkali kalau bukan kerana ujian-ujian tanpa henti itu bolehkah kita sampai di sini? Kami rancak bercerita bila Nabiha mula cemburu dan cuba menarik perhatian mummynya. Jangan fikirkan perkara lain lagi....teruskan berusaha, demi Nabiha. kami berpelukan saat mahu berpisah.
Aku meninggalkan pejabat Iza kira-kira jam 6.30 petang. Sudah menelefon Kak Idah untuk singgah solat di rumahnya di Seksyen Dua sebelum ke Taman Danau Kota. Kali ini aku pastikan aku sampai awal. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Biar aku sampai dahulu dari Dato' pengerusi. Masih marah pada dia??? Hm...dah tak ada erti marah dalam hati aku. Bukan pada dia sahaja, pada sesiapa pun. Marah akan buat kita tak bahagia. Percayalah!
Mesyuarat tamat jam 10.30 malam tapi kami hanya bersurai jam 11.15 malam. Aduhai...mesyuarat dengan orang politik macam ginilah. Apakan daya aku juga berkhidmat untuk rakyat. Memandu malam itu terasa jauh benar. Lebuhraya Mahameru rasa panjang tak berpenghujung. Lama benar nak sampai rasanya....ntah ke manalah aku melayang. Astaghfirullah.....Apapun sampai di rumah, aku disambut dengan senyuman manis kekanda. Lelaki yang menjadi pendokong utama kerjaya dan perjuangan hidupku. Priority aku!

1 comment:

ladylikeme said...

terasa hilang penat..bila kanda menyambut dengan senyuman kan..kan..kan....