Monday, February 2, 2009


Teringat-ingat panggilan telefon malam tadi, jomla kita gi jalan-jalan….ha? Jalan-jalan? Yela kita gather-gather….kita kita je…macam orang bujang…(wah ini boleh disalah tafsir ni) Nak pegi mana? Dalam negara? Luar negara? Reunion tiga serangkai hahaha…dah setahun kami tak berjumpa. Kali terakhir berkumpul di rumah aku pada November 2007, tahun 2008 kami sibuk dengan peperiksaan masing-masing. Tahun 2009 mahu pergi bercuti??? Yay! Kecik honda city kapal terbang air asia hamba tadahkan hahaha….. Mungkin baik juga cadangan sahabat ini. Kami masing-masing sudah lelah dengan komitmen masing-masing, dan juga ujian yang tak putus kunjung tiba. Barangkali aku perlu sedikit ruang……komitmen pada tahun ini benar-benar buat aku senak. Hendak mengikuti kursus yang panjang, pastikan lulus 5 paper untuk confirmation, to achieve above and higher than KPI (teori bos aku kalau nak dapat 10/10) dan juga dengan pengajian sambilan yang aku namakan sebagai life satisfaction. Satisfaction sungguh! Lagi lawak kata nasihat seorang sahabat ini (mohon maaf ya) bak air yang sudah sampai di kepala….teruskan dayungan, jangan berhenti! Insyaallah……aku sudah tahu apa yang patut aku lakukan. Seperti nasihat Dr. K, you must get 360 degree feedback, baru lah ada reliability dan validity. Jadi walau pun aku tak berhasrat nak buat Phd. Aku dapatkan nasihat 360 darjah. Dan aku sudah jelas hala tuju kerjaya aku. Ia adil untuk diri aku. Akhirnya! Jomlah….

Aku gembira sebab hari ni banyak benda selesai. Hari yang memang melelahkan. Kata kanda penat melekor-lekor (mengekor-ngekor). Apa tidaknya dia terpaksa meneman umi survey/membeli barang hantaran untuk anakanda. Huh, perempuan kalau bab memilih tahu sahajalah. Tambahan pula ini kenduri yang terakhir, yalah…kot umi ni tak beranak beranak jugakkan…hehehe…

Aku, excited tak terkata…pilih sana pilih sini, tak puas hati. Dari Subang Jaya aku ajak kanda ke KL pula. Marah betul kanda, apa nak survey2? Beli sahajalah, tapi diikutnya juga. Katanya dia rela mengikut aku tapi boleh tak tidur dalam kereta sahaja? Aku ketawa sahaja, takkan tergamak kanda nak membiar aku seorangkan? Dapat semua yang dicari, aku puas hati…kata kanda tak payah bazir-bazir…eh eh! hantaran kita mestilah ada kelas jugak. Bukan nak menunjuk tapi untuk kepuasan diri. Aku, uminya, mestilah nak buat yang terbaik. Salah ke??? Hm…lagi sekali kanda angkat tangan. Hehehe…Tak cukup dengan tu aku tarik kanda ke kedai-kedai sepanjang jalan TAR, mencari tudung untuk aku pula, belek sana belek sini (muka kanda dah mencuka) akhirnya dapat tiga helai tudung ekin di Turkuaz. Harga di sini ,memang mahal berbanding di kedai lain, tapi melihat materialnya dan keselesaan memilih serta mencuba, tak mengapa bayar lebih. Hm…apa kata kanda?….dari tiga tu, satu abang sponsor. Satu je??? Hehehe….tak apalah…satu pun rezekikan?

Sampai rumah kepala aku berdenyut-denyut. Apa taknya hampir sehari kami merayap. Dari awal pagi sampai ke petang! Itulah you, I dah kata, lain kali nak shopping tak boleh lebih daripada setengah hari. Eh eh….Ini belum lagi kalau aku ikut menantu aku. Pagi2 keluar macam orang nak pergi kerja, balik sama macam orang balik kerja…ha…mahu terlopong kanda.

Pening tak hilang-hilang, aku memutuskan tak mahu layan kepala. Aku ambil air suam segelas, perahkan limau nipis…dan minum…sekali dengan ubat pain killer. Ralit memasak, denyutan perlahan-lahan hilang. Ini bukan percubaan pertama tau, kalau tak percaya cuba lah time sakit kepala, pergi masak kat dapur. Mesti lega hehehe…

Tengah masak-masak, tiba-tiba nama aku dipanggil, umi!. Si bongsu datang menyalami aku dan mencium kedua pipiku. Dan dituruti sikecil yang terjerit-jerit , wan! wan! Turut menyalami dan mencium tangan ku. Lantas pipi si kecil itu aku kucup. Meruntun-runtun hati aku. Damai sekali rasanya. Alangkah indahnya hidup ini kalau kita dapat hidup dengan perasaan hormat-menghormati dan jauh dari prasangka yang negatif. Alangkah indahnya hidup ini kalau kita boleh menyingkir semua perasaan yang tidak enak-enak. Tapi kita manusia biasa. Hati kita bukan seperti hati Rasulullah yang telah dicuci malaikat. Aku akui itu. Malah aku tahu keikhlasan aku mungkin tak dapat menembusi langit ke tujuh. Contohnya bila aku menerima seseorang dan berprasangka baik, tetapi balasan yang aku terima adalah sebaliknya, aku akan marah, dan kemarahan aku bukan seperti bom yang meledak. Ia umpama api dalam sekam….membakar perlahan-lahan. Selagi aku tidak dapat membetulkan fakta-fakta yang kamu salah sangka pada aku, maka selagi itulah aku akan terus berdendam. Jadi biarlah aku luahkan segera, jangan suruh aku simpan dan berlagak baik/alim, sebab kesannya mungkin lebih buruk. Aku tahu sebab aku dah cuba, memang belum pernah berjaya. Itu kelemahan aku.

Percaya atau tidak bila kita ada pasangan, kelemahan kita itu akan dilengkapi oleh pasangan kita. Bak kata kanda kepadaku, you completed me (itu ayat dia lah). Jangan harap orang lain jadi seperti kita atau boleh mengikut cara kita. Kerana yang baik pada kita belum tentu baik pada orang lain. Yang buruk pada kita belum tentu juga buruk pada orang lain. Hati dan perasaan kita tak sama. Setiap satu daripada kita adalah berbeza. Kerana kita membesar dengan latar dan persekitaran yang berbeza. Maka pemikiran, perasaan dan tingkahlaku kita juga tak sama. Aku, keras kepala dan pendendam orangnya (bintang scorpio). Adik kedua aku perajuk dan sensitif (sama macam kanda sebab bintang cancer) dan begitulah adik-adik aku yang lain…semua tak sama, sampailah yang ke lapan (bongsu) penyabar teramat orangnya.

Pernah semasa kami baru berkahwin, kanda tiba-tiba tak mahu bercakap dengan aku….dan aku tak tahu kenapa….dan aku tak bertanya. Sehingga esok pun kami masih tak bercakap. Sebab aku ini bukan kategori yang pandai memujuk, dan aku memang tak tahu nak berurusan dengan perajuk. Akhirnya aku marah pada kanda, kataku…boleh tak kita buat deal. Kalau merajuk jangan lebih setengah hari or 6 hours, sebab aku tak reti. Sia-sia saja dia buat begitu, lebih baik cakap sebab I’m really fail to handle this matter. Akhirnya sampailah hari ini, apa-apa yang tak kena kami akan komunikasikan dengan segera.

Kanda selalu ajar aku bahawa bagus kalau kita boleh gunakan kelemahan kita supaya menjadi kekuatan kita. Macam buat analisa swot. Contohnya sebab aku keras kepala dan tak mahu mengalah, maka aku boleh menempuh kehidupan aku sehingga sampai ke tahap ini. Mungkin kalau tanpa kelemahan itu, aku takkan berjaya seperti hari ini. Tapi itu kalau dilihat dari sudut positif. Kalau dari sudut negatif memang banyak . Bolehkah kita kikiskan sikap negatif itu serta-merta? Tentulah tidak…tapi sekurang-kurangnya kita kena berusaha. Aku? Hm….dulukan kalau balik kampung kanda takut tengok aku. Kata kanda aku macam harimau betina, huh…dasyat perumpamaan itukan? Tapi rasanya sekarang aku dah banyak dah berubah….. suara aku pun dah tenggelam dek suara emak…hahaha…PIKAH!!!!! Kadang-kadang kanda kata tak boleh tidur dengar mak jerit nama adik bongsu aku, yang penyabar teramat itu.

Seronokkan dapat menulis begini? Memblog adalah terapi aku. Ia medium yang sepatutnya digunakan secara sihat. Selama ini itulah diri aku, beginilah nada blog aku sepatutnya. Tapi tuhan itu takkan benarkan kita dalam zon selesa memanjang. Aku pulak sebenarnya sudah lama dimomokkan dengan keselesaan dan kebahagiaan. Sehingga aku sudah lupa macamana nak jadi Kak Long yang tabah, yang kuat dan sabar seperti dulu. Ya mungkin, kerana aku sudah lama dalam zon selesa, aku dah jadi manja.

Cukuplah setakat ini. Aku mahu menulis dan menulis untuk diri aku sahaja….semoga kita semua bahagia!

3 comments:

ladylikeme said...

wah..wah...entri kali nie terasa mcm baca novel plakkk..heheheh..;))

Kak Long said...

lady > memang dulu cita-cita nak jadi penulis hehehe...tapi nampaknya lain plak jadinya, penulis hingusan sahajalah

chinta said...

pjgnye entri kak long...

"suami isteri itu, lengkap melengkapi".