Tuesday, February 17, 2009

Tunang

Majlis pertunangan bangah akan berlangsung hujung minggu ini.

Aku dan kanda sejak dari awal rasa teruja bila dapat tahu bangah sudah bertemu pilihan hati. Itulah kata orang kalau sudah jodoh. Jodoh itu aturan tuhan, nak bertemu jodoh yang sesuai (soulmate) kita terpaksa melalui pelbagai proses yang berbeza-beza...gitu jugaklah agaknya yang berlaku dengan bangah. Alhamdulillah.
Tapi kami agak gusar memikirkan tentang siapa yang bakal mengikut rombongan. Bukan apa, asalnya kata kanda dia hanya akan mengajak adi- beradiknya sahaja yang seramai tiga orang itu, dan kami anak beranak termasuk sorang adik aku, jadi campur tolak ipar duai anak menantu ada la 12 orang je. Bukan apa meletakkan diri aku di tempat pihak sebelah sana, tentu akan rasa rendah diri kalau tetamu ramai datang sehingga tak cukup ruang. Sebab rumah flat kos rendah itu, berapa luas sangatlah ruangnya. Kita ni kalau nak pergi rumah orang jangan sampai menyusahkan orang, itu pendapat aku. Gusar aku dan kanda memikirkan, kata kanda kalau tak jemput adik-beradik arwah kakak, nanti adalah yang bercakap....itu yang tak sedapnya....
Berbincang dengan bangah, apa pula nanti kata keluarga sebelah arwah emaknya jika tak dijemput. Maka kata bangah sms untuk makluman sahajalah, tak payah jemput. Wah...kalaulah semudah itu kataku. Hati orang kena dijaga juga apatah lagi itu adik-beradik arwah emaknya. Bincang-punya bincang tetiba ntah apa yang bangah cerita dengan pihak sana, mereka menukar lokasi daripada di rumah kepada surau di kawasan flat itu juga. Aku dan kanda lega. Kami mula mencongak senarai rombongan...yang agak ramai....terutama adik-beradik sebelah arwah kakak yang ada 12 orang itu, kira sajalah kalau suami isteri datang beserta anak-anak dorang lagi. Pada aku jemputan ini pastinya membuat mereka teruja kerana bangah adalah yang terakhir akan berkahwin. Anak sedara mereka yang emaknya telah tiada. Semua pasti akan sangat prihatin.
Tetapi perasaan itu bertukar jadi gusar semula. Entah kenapa last week tetiba bangah memaklumkan yang emak bakal tunangnya nak buat kat rumah juga. Tak jadi buat kat surau....Aku sedikit sebanyak boleh membaca, mereka sebenarnya memang dari asal nak buat kat rumah. Main tarik talilah ni. Nasiblah kanda baru menelefon empat daripada adik-beradik arwah kakak. Empat pun kalau datang dengan ahli keluarga dah berapa ramai? Adik-adik kanda lagi...kami anak-beranak lagi....Hm....ntah lah...aku tawakal sahaja. Niat aku hendak pastikan majlis berjalan dengan sesempurna yang mungkin. Aku sebetulnya sangat bahagia. Bangah meletakkan kepercayaan kepadaku 100% untuk menguruskan hal-hal hantaran dan sebagainya. Dia telah menyerahkan beberapa item barang hantaran secara berperingkat kepadaku termasuk dua bentuk cincin sejak bulan Disember lagi. Really looking forward. Apa pun aku cubalah tidak berasa gusar dan cubalah berfikir bahawa tak ada persepsi negatif dari pihak yang tak dijemput. Dengan jumlah sedia ada, aku kira kami seramai lebih 20 orang akan hadir, tidak termasuk jika setiap pasangan membawa anak-anak. Janganlah pihak perempuan kecil hati atau rendah diri kalau tetamu melimpah sampai ke koridor. Hendaknya biarlah semua pihak gembira dengan berlangsungnya majlis ini........................

3 comments:

ns said...

bukan mudah nk menjayakan satu2 majlis kan.kena byk preparation. Ape-pun good luck :)

ladylikeme said...

wah..dah nak bertunang..insya allah....semunayer akan berjalan dengan lancar

suara said...

Salam kak long...
Alhamdulillah, satu lagi masjid dalam rancangan pembinaan. Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah. InsyaAllah....