Monday, March 9, 2009

Sahabat Cermin Diri

1989
Sewaktu menjejak kaki ke sekolah menengah….aku kenal YUS, ROSE dan IZA. Yang uniknya aku mengasingkan persahabatan ini pada dua situasi berbeza. Tak tahulah kenapa. Aku dan iza, punya aktiviti kami sendiri, dalam masa yang lain aku, yus dan rose juga punya aktiviti kami sendiri. Dan sahabat-sahabat aku ini dikenali oleh mak dan ayah kerana sering aku bawa pulang ke rumah. Masa remaja memang seronok…masa itulah kami baru nak kenal erti cinta monyet. Antara ketiganya, Izalah yang biasa bermalam di rumah aku. Perangai aku sejak zaman sekolah, sangat malu mengajak kawan datang ke rumah… aku pun tak tahu kenapa, rendah diri barangkali? Iza sahabat yang baik hati, dan hidupnya banyak diuji. Tapi Iza orangnya tabah dan tak berputus asa. Kanda mengenali iza dan sejauhmana persahabatan kami.
1994
Kemudian bila aku menyambung pengajian di poli, aku kenali SIKIN. Bagai ditakdirkan aku duduk bersebelahan sikin dalam kelas, dan sampai tamat pengajian pun kami masih duduk bersebelahan. Tak pernah berpisah. Kami digelar belangkas oleh para pensyarah, tak bercampur orang. Berdua sahaja ke mana-mana. Juga jarang menyertai aktiviti kolej. Dangkal bukan? Kerana kami sibuk dengan budak embun…hahaha…kami rasa tak class kawan dengan rakan satu kolej sebab budak-budak embun lagi class. Kat dalam tu ada ramai senior2 dari pelbagai jabatan, dan juga senior2 yang memegang jawatan penting dalam MPP. Sampai tamat pengajian, aku boleh bilang berapa orang yang aku ingat namanya dalam kelas aku. Fanatik embun betulkan? Dan tentunya kanda kenali sikin juga.
2001
Semasa aku bekerja di KBS, aku temui INTAN. Intan satu-satunya sahabat yang aku percaya untuk bercerita suka duka aku. Aku kenal seisi keluarga intan. Emaknya yang baik hati, takkan aku boleh melupakan sampai bila-bila. Intan menjadi motivasi aku untuk menerima kanda. Ya, sebahagiannya kerana sokongan sahabat aku ini. Dan tentunya kanda kenali intan. Kami sama-sama "anak buah" kanda satu waktu dulu.
2003
Tatkala aku menyambung pengajian secara outcampus, aku kenali ROSMAIZA. Haha…nama kami hampir sama. Ros singkatan namanya, katanya sorry ya, nama aku sedap sikit daripada nama kau, sebab aku ada rose okey….hahaha…. Sahabat aku ini kalau bercerita, aku jadi pendengar sahajalah. Banyak suka duka kami kongsi bersama. Ya, semestinya sahabatku ini kanda kenali. Lebih-lebih lagi kerajinannya datang ke rumahku menelaah bersama-sama.
2007
Menyambung pengajian ke peringkat master, aku kenali sahabatku TINY. Sama seperti yang lain-lain, tiny aku ajak ke rumah supaya kanda boleh mengenalinya. Tiny sahabat yang tulus. Setulus dia menghulur jari jemarinya memicit kepala dan kakiku suatu masa dahulu. Tiny motivator, aku kagum dengan kekuatan dan self esteem yang dimilikinya.
2009
Semua sahabat-sahabat aku ini sangat ekslusif. Mereka aku letakkan di tempat dan situasi yang berbeza. Kenapa ya? Entah aku pun tak tahu. Tapi mereka semua dikenali kanda. Impian aku mahu mengumpulkan sahabat-sahabat aku ini dalam satu suasana yang paling murni. Kerana mereka amatlah istimewa. Mereka istimewa kerana mahu menerima aku sebagai sahabat mereka. Lagi pun aku sedar sedikit sekali sahabat yang aku ada bukan? Bukanlah memilih tapi lebih kepada aku yang “jelek”. Sukar hendak menyesuaikan diri dan sukar percayakan orang. Rasanya sikap yang satu ini memang perlukan paradigm shift.
8 FEBRUARI 2009
Aku selesai training ESQ. Satu kejadian yang berlaku tidak lama dahulu telah mendesak aku menilai semula diri aku. Menilai diri aku serta perhubungan-perhubungan aku dengan semua insan-insan di sekelilingku dan yang penting sekali hubunganku dengan Allah s.w.t.. Menilai diri aku serta hubunganku dengan dunia ini keseluruhannya. Aku “berkurung” dan menghadapi semuanya semula satu-satu. Apa sebenarnya yang Tuhan sedang tunjukkan kepadaku, dan betulkah cara aku menghadapinya selama ini.
8 MAC 2009
Kanda selesai training ESQ. Bukan mudah memujuk kekanda. Sangat susah. Malah hari pertama pun kanda sudah mengkritik pelbagai. Hari kedua, kritikannya berkurang sedikit. Dan hari ketiga? Kanda menelefon lewat petang. He said he need my shoulder to cry....... Aku berdoa tak henti-henti, alhamdulillah Allah permudahkan jalan laluan kepada kami supaya menikmati keindahan hidup ini, memaknakan kehidupan ini.
9 MAC 2009
Hari ini genap 30 hari aku “mengurung diri”. Bukanlah seperti Rasulullah yang berkurung di Gua Hira’. Tetapi “mengurung diri” dengan mengenepikan sementara semua perkara yang aku kejar-kejar…. Menilai semula kehidupan aku. Dan yang paling penting sekali berusaha memperhebatkan percintaan aku dengan Allah s.w.t. Alhamdulillah……itu sahaja yang mampu aku ungkapkan pada ketika ini.
SAHABAT-SAHABATKU, KALIAN JUGA ADALAH CERMIN DIRI AKU. KADANGKALA KITA AKAN LEBIH MENGENALI DIRI KITA MELALUI ORANG LAIN. SEBAGAIMANA AKU SAYANGI AGAMAKU, SEBAGAIMANA AKU SAYANGI KELUARGAKU, DEMIKIAN JUGA AKU SAYANGI KALIAN. SALAM MAULIDURRASUL.

2 comments:

lupekanje said...

kekdg perlukan org lain yang blh melihat kelemahan kita.
Yg memuji , kita suka
yg mengkeji, kita perlukan

kerana dgn kejian org lainlah kita blh membaiki diri.
Kawan yg sebenar, bagi acik, tidak akan menjaga hati kita dengan menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kita.
Bertuah klong ada ramai kawan yang memahami.
Acik, kekadang rasa amat keseorangan di tengah ramai...dan di ketika tu...rasa sunyiiiii sgt.

Kak Long said...

Acik, jangan rasa sunyi. Kan kita ada Allah kekasih hati:)Dia sangat dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat nadi.