Thursday, July 3, 2008

That's how I learned

Setiap kali dia "membambu" kami, dia asyik pandang muka aku. Dulu aku tertanya-tanya jugak kenapa? Adakah sebab aku orang baru. Bila aku lebih alert, rupanya kat sekeliling semua menunduk kepala. Aku jer yang satu2nya dok mengadap dan menentang mata dia, dengan muka selamba sikit2 senyum dan angguk2. Dan kalau benda tu aku memang tak tahu lagilah aku beriya mendengar dan menganguk. Aku takkan menjawab. Tambah2 kalau dia tanya bertubi2, lepas tu dia sendiri jawab. Dah tau dah.....................


Itulah cara aku belajar. Cara aku, ok! Tupun ada yang geram. Awat tak jawab. Lain kali dia tanya, jawab! Jangan biar dia bambu bertubi-tubi. Jawab macam ni..bla bla bla. Nop. Itu bukan style aku. Style aku masa cik gu ngajar, kena dengar. Walaupun dia marah tapi marah mengajar, bukan marah benci (ceh...aku ni cakap macam bagus!). Tak berkocak sikit pon jiwa aku. Dan aku pastikan lepas tu aku akan buat dengan betul macam yang dia nak...do right at first and forever (bila dah dibagitaulah). Tak dak sebab untuk tersilap atau saja-saja buat silap. So kena bambu pon tak pelah coz ini 1st time aku handle such cases. Ok la...alah apa sangatlah kena bambu berbanding kena baling fail. Kau penah kene camtu? My 1st boss, dia kalau tak puas hati dengan hasil keje kita dia akan conteng2 dan baling fail, gedebuk jatuh ke lantai. Nasib tak kena muka aku. Fail tu melayang macam piring terbang. Penah kau? Aku? Dengan selambernya mengutip fail itu. Bukan sekali tau. So, apa sangat dengan marah kerana niat nak mengajar. Aku tau dia ni very passionate nak mengajar sampai lupa suara dia tu...sepelaung boleh dengar. Tapi kalau kau nak cepat pandai dan jadi bagus, itulah cabaran yang kau kena hadapi. Dont be too emotional. Ok sayang???


Tiny: Selamat balik kampung. Nampaknya sepanjang bulan ni aku terpaksa kerja termasuk Sabtu dan Ahad, musim keje bagai nak giler ni belum berakhir rupanya. Mungkin Ogos lega sikit. Mungkin?

4 comments:

Kaktiny said...

alah.. masa jun ko kata julai ok.. ni dah masuk julai ko kata ogos lak.. ogos nanti - ko kata susah sbb september puasa.. then oktober raya.. pastu bulan 11 busy ngan birthday ko.. pastu bulan 12 busy sbb hujung tahu.. (+birthday aku .. heheh)..

sudahnya.. sampai tahun depan and depan and depan ler baru aku dengar ko nak kata ko free kot..

waaaaaa... bila nak jalan2 ngan ko nih?..

ladylikeme said...

all the best...
salam kenal dan ziarah

SiR KinG TiGeR said...

kak long
Best posting ko ni, merangkak aku membaca dalam gelap. Buatlah background colour terang sikit, aku ni dahlah rabun dekat. Apa apa pun keep writting ye

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Anonymous said...

lapo.. ttbe