Wednesday, July 2, 2008

Selamat berjuang!

Aku sebagai taruhan? Apa ke benda nih???? Sudah sudahlah....penat aku tau...dah la arini keje melonggok tak terkejar dua tangan dan kaki aku nih....oh boss, u r soooo demanding.
Aku dah letih dengan ayat-ayat begini. Aku dah tak minat lagi ok. Melihat barisan putra putri yang comel-comel belaka aku kira itulah taruhan sebenarnya untuk perjuangan bagi mencapai kejayaan dan terus memperbaiki kehidupan. Bukannya aku. Tak wajar itu. Dan lagi, kisah kami sudah lama berakhir....sudah terlalu lama sejak Kota Batu ini aku jejaki. Dan tiba-tiba selepas 10 tahun berlalu, setelah susah payah aku cuba menguburkan kenangan itu, ia muncul semua. Bagai hantu bangun dari kubur. Terus menghantui aku. Seksa seketika. Dan syukurlah...cepat2 aku terjaga. Bukan apa takut kalau mati dalam tido kena cekek hantu!
Dan untuk insan itu, tahniah kerana sudah mampu sampai ke tahap ini. Kita masing-masing ada kelebihan dan kekurangan (saya lagi banyak kekurangan -tak terhitung). Tidak hebat mana kalau namanya manusia. Tak usahlah mempertaruhkan apa-apa atas nama saya. Full stop. Selamat berjuang atas nama CINTA! Sungguh pun hati itu hak kita untuk diberikan pada sesiapa, tetapi sangat tidak adil untuk dia dan putra putri yang seramai 5 orang itu kalau kamu terusan begitu. Wake up dear! Tima kasihlah kerana letak sebahagian nama saya kat si bongsu.
Ok2 cukup....malam ini aku nak bersukaria dengan kanda dan adik aku na, sya na na na na

5 comments:

Kaktiny said...

GOOD MY DEAREST FRIEND.. YOU MUST WAKE UP TOO.. SEE WHO'S BESIDE YOU NOW.. YOUR KANDA IS WITH YOU..

And of course.. I'm here to be with you as well...

ada org penah tulis dlm buku biodata aku dulu :

cinta pada manusia, manusia akan mati..
cinta pada masa, masa berlalu pergi..
cinta pada Allah.. itu yang kekak abadi..

aku tambah.. cintai diri baru kita tahu utk lebih menghargai apa yang kita ada hari ini...

Anonymous said...

Kak Long,
maaf ye lambat respon.
Blog tuh blom ada CF, tuh yang macam chipsmore je gayanya - kejap ada kejap takde.
Lagi pula saya baru je abes exam. Sekarang sedang sibuk menghirup udara musim sejuk & cutiiiiiiiiiiiii!

Insya-Allah 2-3 ari lagi ilang mode holiday, boleh sambung ramblings kat blog, hehehe.

pasal entry kak long tuh,
TAHNIAH ;-)
dari mula2 baca entry pertama Kak Long kat blog lama, sampai sekarang dah berpindah ke blog baru...memang Kak Long dah banyak berubah (positifnya). Sesuai sangatlah, teratak ni diberi nama "akudanharapan"

Semoga Kak Long terus tabah.
nanti2 saya dah kurang busy, saya comment panjang2 sikit ye ;-)
*hugs & kisses*

Kak Long said...

ayu > thank you. sedang cuba untuk jadi lebih positif. kadang2 terbabas gak. doakanlah ye....

selamat enjoy bercuti. berapa lama lagi di sana? tak balik mesia ke?

Anonymous said...

hehehe... ade ke org yg tak enjoy cuti, kak long? cuti tak lama pun, lebih kurang 3minggu je.

berapa lama lagi di sini? tatau la nak cakap. sejujurnya, hati nie berat ke arah bermastautin di sini. bila nak balik mesia pun tak pasti. tiket pon takde nieh. nanti "kalau" dah beli/confirm tiket, saya bgtau kak long la yer ;-)

Anonymous said...

SUKE entri ni!