Friday, July 18, 2008

Birthday

Kad birthday untuk kanda aku tulih camni.
Dear abang
Happy Birthday
I love U
Jangan marah-marah
Jangan suka majuk.
Sayang dari - Maiza
Aku buat derk jer malam tadi. Lagi pon aku letihla sebab semalam balik dari opis pon dah jam 7 malam. Sampai umah dah dekat pukul 8. Tapi aku telah pastikan yang aku tak lupa tarikh penting ini bila menjelang 12 tengah malam. Sebab dulu penah sekali aku lupa. Merajuk sakan dia...hehe...apalah aku nikan? Birthday kanda pon boleh lupa. Bukan apa dulu2 masa aku kecik sampai la remaja, tarikh lahir tak penting pun bagi aku. Kami adik beradik tak pernah celebrate birthday dan tak de sesapa wish pon. Apatah lagi dapat hadiah. Tak caya tanya adik aku. Tipikal kampong betulkan. Orang kampong miskin le katakan.
So malam tadi lepas jam 12 tengah malam aku pon bagi la kad, hadiah dan wish kat dia. Dan hadiah yang aku bagi tentulah apa yang dia dah sebut-sebut sejak minggu lepas. Bukan main suka siap peluk2 lagi dua pasang kemeja baru dia. Pastu pagi tadi sebelum aku pegi kerja baru aku bagi hadiah yang aku nak bagi. Iaitu perfume jenama Issey Miyake. Memandangkan kanda hari ni nak attend postcab meeting aku pesan sembur lebih sikit minyak wangi baru tu...hihi...
Esok adik aku, al kapten Romy dan wife dia, Nana serta my niece Puteri Rania nak datang dari Kuantan. Memandangkan esok aku kena attent meeting protem commitee coop MCOBA (Malay College Old Boy Association) so kena la assign kanda tunggu umah. Petangnya kami cadang nak pi aquaria KLCC (aku dok KL pon tak penah pegi). Kanda pon nak ikut. Aku cadang nak bawak dua org cucu Raja Nurkamelia dan Raja Kilfi Harris. Depa musti suka kan?
p/s : Hidup ini ada banyak warna. Ada warna yang kita suka dan yang kita tidak suka. Kalau diberi warna yang kita tak suka haruskah kita pasrah.......atau berusaha membina bahagia? memandangkan blog aku pon namanya akudanharapan jadi tak wajarlah aku jadi orang yang pasrahkan?

11 comments:

ladylikeme said...

wah...hepi besday wat hubby kak long....semoga terus menceriakan hidup kak long...

Kaktiny said...

Life must go on.. dan ko dah 'langkah' sejauh ini.. dgn kental, tabah berairmata dan tanpa airmata.. so.. we enjoy our life with our own perspective k.. (don't bother what people say about us or to us..)

(weh.. assignment stat 2 bila nak buat weh!!!!)

ns said...

salam kenal kaklong,

sy pun sama juga cm kaklong. Dulu kecik2 kat kg, kami tak depun wish2 besday ni kat adik beradik atau mak/ayah..betul ckp kaklong..tipikal kg..:)

Baru2 ni je mulakan semua tuh. wish2 besday esp utk mak/ayah. termasuk hr ibu & bapa.

ermm..ns pun masih berharap & menanti..

uranus said...

:) hehehe

julietchun said...

Slm Kaklong,
Sy bdk br blajar,kalo slh tlg tjkkan.Dah sll singgah sini cuma tak smpt nak tgl jejak.Mg kaklong trs bahagia & berjaya.

MalayConfinementLady said...

kak long,

hepi besdey tuk husband, moga panjang umur dalam keberkatan.

boleh tahan gak husband merajuk ek...mcm saya la tue, kuat merajuk. Hik3...

iina said...

Happy birthday utk hby hehehe.. bulan julai juga ke.. ramai ye yg celebrate betday bln 7.

Soal pasrah atau tidak pada saya apa juga kita harus berusaha dan mencuba dahulu..pasrah itu lebih sesuai seiring dengan erti tawakal iaitu berusaha..kemudian barulah kita tawakal kerana kita telah mencuba sedaya mungkin dan tidak semata-mata berserah sahaja.. jika warna itu tidak sesuai atau tidak suka.. sebenarnya kita ada pilihan sama ada untuk menerima sahaja atau mengubah warna itu.. :)

Wafa Nokman said...

ish ish ish... mana boleh lupa bday kanda??? Dah berdua kena ikut rasmi sesama kan hahahahah wah...kita ckp macam dah kahwin berpuluh tahun kan??? hahahaah :-P

iina said...

Seorang sahabat pernah menyatakan pada saya.. bahawa saya sungguh bertuah kerana diuji Allah dengan pelbagai dugaan.. itu tandanya Allah menyayangi saya.. dan tahu bahawa ujian yang DIA berikan adalah sesuatu yang mampu saya hadapi.. Sedikit sebanyak hati saya menjadi lega dan tenang kembali.. terlalu banyak dugaan yang datang.. yang juga hampir membuatkan saya kalah.. tapi saya sentiasa percaya.. apa juga saya kena teruskan hidup.. usaha.. cuba.. berdoa.. dan akhirnya saya tawakal.. itu sahaja pegangan hidup saya.. :)

Anonymous said...

hepi besday! hapy hapy segalanya!

suara said...

Salam kak long.

Bab hadiah ni... su mmg fail. Tak pandai pilih dan tak tahu nk buat surprise. Kesian hubby su.

Betapa teruknya su kalau bab sambutan b'day atau beli hadiah ni, kak long boleh baca dalam entry su yang ini dan yang ini hehehe...

Tapi alhamdulillah, su juga bukan jenis yg meminta.... mungkin sbb tu lah, su dan suami mmg serasi. Kami sama-sama tak reti pilih hadiah. keke...