Wednesday, July 23, 2008

Adehhhh...

Dah jam 4.50 petang. Aku dah penat sangat la. Tulang belikat aku dah berdenyut sebab dok menaip banyak sgt hari ni. All reports yang aku target nak siapkan hari ni, sumer dah siap. Sampai tak makan tghari. Pulun giler...sambil tu sempat gak layan YM sikit2. Online dgn abg wafa, nora dan ms. Yela selingankan??.
So, blogging time, hehe. Sambil layan lagu dari soundtrack ayat2 cinta. Menusuk kalbu betul la. Hari ni aku nak balik awal. Tepat jam 5.00 ptg aku nak cabut. Nak gi early dinner dengan kanda (tak masak la tuh). Semalam patut aku balik awal gak tapi jam 4.30 petang boss aku panggil. Pot pet pot pet, jam 5.45 baru kuar dari bilik dia. Penat aku dengar, tulis dan respon. Macam kena pop quiz plak. Pastu dia cakap, oklah dah banyak dah tu. Ha! tau pun dah banyak benda dia soh aku buat. (Hehe tapi biasa la pekerja yang bagus memang selalu kena buat keje lebihkan? Pasal bos percaya - bukan takbur kata aku bagus ok, inilah hakikat budaya keje kat sini). Yeke? Apa kat luar negara tak amalkan budaya camni ker? Org yg bagus keje dia banyak tu je ke? Ni kawan aku la kata, sebab dia dok obesea lama. Komen2! Ha abg wafa kata baca entry saye hari2, dah 10 tahun dok obesea, sila la jawab untuk pengesahan?
Nak tau apa kesan perjumpaan tu kat aku. Sepanjang balik aku sambil2 drive tu dok recall balik apa bos aku pesan, takut esok terlupa, sebab tak dapat catat semua. Malam plak time aku nak pejam je mata, tup! muka dia terpampang. Cisss ini sudah melampau. Aku bukak mata dan pejam semula. Sekali lagi muka dia terpampang. Masuk ketiga kali aku wirid sampai terlena. Dasyat influance amoi ni terhadap orang yang over commited cam aku nih.........hehe....
Kanda pun selalu komen, dia kata aku ni antara passion dengan fizikal fitness tak balance. Semua nak buat, semua nak cepat2. Nak result hebat2. Tapi badan lembek...tak fit. Kejap migrain, kejap gastrik........ Dulu2 masa kecik tak cukup vitamin ke apa?. Aku kata yela, kami adik beradik memang tak cukup vitamin. Makan ikan kering, ikan masin. Susu pun tak minum. Harap susu tepung bantuan klinik desa. Tu pun berebutla kan. Adik-beradik aku ramai. Nasib tuhan bagi kami cerdik sikit. Lepaslah sekolah semuanya. Alhamdulillah.
So menyahut cabaran untuk memfitnesskan fizikal aku ni. Aku dah daftar gym membership. Semalam jam 6.00 ptg aku pun pegilah gym, first time instructor ajarla guna instrument kat situ. Pehhh ponat eden. Somput. Lama tak exersice. Skg ni berat aku 61 kg, tinggi 152 cm. Kira bukan berat ideal la. So aku target nak turunkan dlm 5 kg dalam tempoh 6 bulan ni. Caya tak? Alah cayalah................
Kelebihan bila buat exersice ni kita berpeluh, so susah nak kena demam. Angin pun akan keluar, jadi susah nak kena migrain atau gastrik. Dan stress pun kurang. Petang ni ada ballroom dance jam 6.00 ptg, tapi aku tak pegilah. Mana boleh pegi hari2. Kang rosak plak badan. Satu yang best kat gym ni membership dia ramai pompuan...penuh org pompuan. Lelaki ada la tapi tak ramai. Pastu yang aku suka kat bilik persalinan dia ada steam bath dan sauna. Boleh lepak beramai-ramai kat dalam tu sambil bergosip. Taklah....aku tido je dalam tu. Pastu ada tempat solat lagi kat situ. Selesalah...and veri convinien.
Oklah, ni dah terlebih ni, dah jam 5.20 petang. Oklah aku nak balik dah. Daaaaaa


11 comments:

Anonymous said...

ish ish.. kak long ni kuat betul keje.. kesihatan kene jaga jugak taw..

chinta said...

mmg betul la..kalau dah lama tak exercise mmg badan lembik otak pon lambat...kena pastikan exercise tetiap minggu baru fresh...

bestnye gym akak!!..kat school ada gym jek..campur unisex..murah la entry just £1.50....tapi takde pon steam bath and sauna..jelessnyeeee!!!!

chinta said...

lagik satu..lupe...betulke 61 kg nie???...gambar kat taj mahal tuh mcm kecek jek kak long niee...

Kak Long said...

cibil > keje untuk masa depan. kita org pompuan ni kalau boleh biarlah berdikari....senang masa depankan?

chinta > gambar kat taj mahal tu 63kg tau. hehe. lemak tepu ke berat dosa tak tau la hehe.

iina said...

bagus tu exercise.. saya pun ari2 juga kena paksa exercise cuci segala cucian2 hehehe.. yang best kena byr exercise ;)

Kaktiny said...

oit cik kak.. kata nak partnerkan aku ngan kawan hang?.. mana nya?..

wah wah wah.. target 5 kg dlm masa 6 bulan.. solid molid ler hang sok yer.. (takut kanda hang nanti.. hahahhahhahahahah)

Wafa Nokman said...

Wah wah wah...open-open dia mintak maklumbalas...macam kena interview kat TV...cuma bukan kat TV hahahahha

Kerja kat UK,banyak perbezaannya ngan kat sini...mungkin mentaliti orang sana lebih matured dan kurang mengambil tahu hal orang lain. All they do is focus on their work and try to achieve the best they can.

Perfection has been infused since they were small. So dah biasa... Having said that, tikam belakang tu ada... tapi more subtle and less "dengki"/pHD based.

And as for komen Maizah tu...Abg rasa mmg kat mana2 pun boss selalu suruh org yg dia percaya buat lebih... sebabnya dia tak de masa... kalau ada masa mmg dia suruh org lain and at the same time evaluate these non-performing people if they can do their work.

Nasihat abg utk semua...Do your best...and jangan putus asa. Always remember to cover your bases...and have everything in black and white kalau boleh. Senang nak defend sendiri bila di tikam belakang.

Parut tikaman belakang abang ni tak sembuh2 lagi...InsyaAllah Tuhan Maha adil...dan penyayang... :-)

ladylikeme said...

wah...dah jadi gym membership..wah teruja nieeee

Akak said...

Salam Kak Long..

seronok boleh pegi gym, masa kerja dulu akak rajin jugak pi gym ngan kengkawan, bila tak kerja badan pun mulalah menampakkan kelebihan nya jadi la ni kena exercise kat rumah lah pulak sehari sejam (jogging atas threadmill)..

Anonymous said...

Salam, Kak Long.
Maaf sbb lambat benar baru reply komen Kak Long.
Bukan sengaja tak update, bukan jugak bercuti sakan.
tapi...tengah 'berperang' sekarang.
Musuh dari masa silam sedang memburu saya.
Pintu rumah, saya tutup sekejap.
Tunggu2 nanti bila dah siap kukuh benteng pertahanan, insya-Allah saya buka pintu luas2 & jemput Kak Long masuk.
Harapnya waktu itu, Kak Long masih sudi nak melawat rumah buruk saya.

Salam,
-nimy-

suara said...

Salam kak long,
su tak penah g gym, dan rasanya tak akan p kot. Banyak sebab dan antaranya ialah yuran yg mahal berbanding dengan disiplin su yg teruk dlm bidang excercise, mmg rugilah.

Su lebih suka buat yoga. Dulu sports club sponsor sbhg yuran, sbb tu boleh join. skrg tak lagi dan su buat sendiri je lah... tapi bila buat sendiri, masalahnya balik kpd disiplin diri... huhu... payah betul lah...

Yoga... tak letih, tapi mmg berpeluh. best...