Monday, July 7, 2008

emosional sikit....ops banyak!

stereng aku paling faham aku, paling kenal aku. kesian dia. sebab selalu kena layan aku. time aku marah, tensen, sedih pilu atau gembira, dia sajalah yang selalu jadi mangsa. tempat melepaskan perasaan.
pagi tadi ntah sebab apa, aku emosional sikit. apa plak sikit, banyaklah. tetiba aku teringat makcik sorang tu, aku jadi naik hangin. bagai hari2 yang lalu, aku kalau tak boleh pendam lagi aku akan luahkan kat dia macam aku betul2 tengah maki hamun dia, kat stereng akula. pastu aku sedih. apasal aku jadi pendendam macam ni. aku ni susah nak bermusuh apatah lagi nak cari pasal ngan orang, kecuali orang tu betul2 dah melukakan hati aku, sekali pun hanya dengan kata-kata. ya, hanya kata2nya sahaja telah mengguris hatiku, lebih2 lagi ia turut melukakan hati mak dan ayah. kata mak sudah2la, mak pon dah lama maaf kan dia. itu mak, bukan aku. aku ni hati batu. nak soh aku buang hati batu aku ni? then aku nak hidup camana? dengan HATI BATU aku inilah aku mampu berada di tahap ini, merangkak tau nak sampai ke sini. dan kerana HATI BATU aku inilah aku masih hidup kot. kalau tak dah lama kelar diri. nauzubillah.
emosional pagi2 buta sapa suruh. sampai kat opis aku dah migrain. amik kau. tetiba jer sms masuk
Hye datim, hw r u? lame xjmpa ni? ble nak mai wat sabai masage? dh lame sgt datin x masage, pdicure spa.
sapa plak pagi buta berdatin datin nih? aku sms balik
xde cuti. I x sempat. nanti2lah ok.
dia jwb balik
Im so sori maiza. i hope u dnt mind i cal u datin? joke pagi2 wat org te'snyum dpt gak pahala...:)
yolah nyah....ko macam tau2 aku tensen pagi2 buta nih. ni kalau mengenang mirgain dijemput ni, harus aku cabut pi manja2kan diri aku. dah 30 hari aku keje non stop (kecuali sabtu minggu lepas - ada kelas sehari suntuk). kadang tu kalau nak layan tensen tak bersebab aku nih...aku layan shopping. Minggu ni dah dua kali aku shopping. (time lunch la). Weh...dah abis gaji akak bulan ni. ada berapa puluh ringgit je lagi dalam saving account aku. nampak gaya kena pi goda2 dato' sikit nih. hahaha. tolonglah. aku bukan macam tu ok. bulan ni aku saja jer berboros sikit. bukan apa termakan hasutan kaktiny, kau kalau dah beli jangan nyesal2, jangan sebut2. ok. apala aku ni dengan diri sendiri pon nak berkira. yang aku keje cam nak mampos ni duit tu nak buat sumbat lubang kubur ke apa? dah2. apa kau nak, beli ajelah. sementara mampu. esok2 lain cerita. kan senang gitu?
bukan apa kadang teringat dolu2 susah kau.....teringat plak perbualan dengan adik aku masa dia teman aku kat klinik keusahawanan. Apala depa ni bagi kami makan nasi bungkus macam nak bagi kucing makan. ish2....memang pon! ada nasik merah ke nasik goreng ker aku tak taula. sikit (dah sejuk) dengan seketul ayam. tak dak kuah, tak dak sayur apa pon. kami tak makan. tak lalu nengok. tetiba terkeluar dialog ni kat adik aku. dolu2 kita kalau lauk macam ni berebut. ingat tak? haah la....adik aku pon cepat2 astaga2. insaf2. betul. lauk ayam ni kalau dolu2 kami adik beradik berebut. ianya kira menu spesel. makan ayam masa raya atau pi kenduri ajer. lain2 hari kalau tak dapat tahanan pukat atau jaring, ikan masin je kau..... tu yang telebih ceredik(kata kanda la).
Aku pon tak tau rasa entry ni dengan tajuk dah lari ntah apa2 tah. tapi rasa lega la dapat blogging nih. betul...tak caya tanya diri korang sendiri. kan? kan?
kesimpulan dari cerita awal aku nih. aku nak sangat buang rasa benci, rasa marah aku dan juga memaafkan. apa2 yang penah dikatakan tentang aku, tak kira la orang kampung yang kolot ka...orang kampung yang tak dak budi bahasa ka....orang kampung miskin tak sekolah ka...what ever. aku sekarang dah melangkah banyak tapak ke hadapan. mungkin aku patut berterima kasih juga padanya sebab dengan terlibatnya dia dalam merencana hidup aku, maka aku jadi seperti hari ini. Hanya tuhan saja yang tahu.
kisah lalu aku, tak nak aku sebut lagi sampai bila2. menyimpan marah padanya sama seperti mengali kubur balik, tak berapa ingat.....tak ada memori indah untuk dikenang melainkan parut2 yang tinggal, berbekas tapi cukup untuk aku menjadikan aku kuat tak kira apa pon yang melanda di masa hadapan. Hidup ni macam roda. macam ekonomi, macam politik dan macam....apa2lah.
Terima kaseh kerana membaca catatan aku yang emosional banyak nih...Tengkiu. ily readers!(ada reader ker?)

7 comments:

Anonymous said...

baca entri DIAM dari Bluehikari

Anonymous said...

first time baca entry kak long 'mengamuk"
tak tahu nak cakap camna untuk buat kak long rasa better *diam*

Wafa Nokman said...

Syukur Alhamdulillah....hanya yg dipinta dariNya adalah supaya Dia permudahkan ujian2Nya...

Kak Long said...

fiq > dah diam pon. saja je tuh buat gempaq.

nimy > kak long yang real mana penah ngamuk. dia lebih suka makan hati sorang diri. tapi ini kak long era 2008, kasi canlah dia merapik sikit, biaq lega.

abg wafa > TQ, sentiasa bersyukur. ujian takkan berakhir baik masa susah mahupun masa senang. sebab hidup ni memang satu ujian.

Anonymous said...

kak long, sepanjang ari saya fikir. akhirnya jumpa jawapan untuk entry kak long nie.

"what doesn't kill you makes you stronger"

eh, ker dah lari topik nieh. ishhhh...

Kak Long said...

nimy > teima kasih berpikir sepanjang hari untuk kak long. muah muaahh...

iina said...

Bila tensen.. elok sangatlah bershopping.. walaupun poket kosong heheh tapi tetap puas hati sebab dapat membeli. duit xde kanda kan ada..

Ibarat kata kawan2 kat sini.. lebih baik menyesal beli daripada menyesal tak beli.. so apa lagik beli je byk2.. borong sakan.. nyesal pun xpe.. leh bg kat sapa2 dapat pahala gak kan hehehe