Sunday, July 6, 2008

bertuahkan?

sudah jam 1.00 pagi. hei apa dibuat bini orang tengah malam buta. hehe blogginglah. sudah minta izin dengan kanda ok.
aku baru sampai rumah jam 12.15 tgh malam. hari ini jadual penuh. pagi ke agm klien. petang menjadi doktor di klinik keusahawanan. tak ramai patient. boring. dan malam ke rumah anak sedara (sebelah kanda - arwah kakak) di seremban. menyibuk dengan persiapan majlis kawen hari esoknya. adik ipar kanda ini, menerima menantu pertama.
dah lama juga aku tak berkumpul dengan sedara2 sebelah sana. yang kalau ikut tak ada hubungan dengan aku pon. bukan anak sedara sebelah laki aku, tapi sebelah arwah. ini kira wedding sepupu anak tiri akulah.
so, bila sesekali berkumpul, ada terasa insaf sikit. bertuahnya aku. bukan sahaja anak2 tiri menerima aku, adik beradik kanda menerima aku, tapi adik beradik sebelah arwah pon menerima aku. cuma sesekali adalah kanda bersuara, they accept and respect me coz i'm somebody. kalau tak ntah sebelah mata pon tak pandang kot. maklumlah sedara2 sebelah arwah ni kira hebat2 juga latar belakangnya. so aku tak rasa sebab itu depa layan aku dengan baik. aku percaya pada aura. kalau niat hati kita memang baik, dan kita bertemu dengan orang yang niatnya baik juga, pasti akan terbit aura (not trying to say that i'm good ok?) tapi korang fikirlah betul ke tak cakap aku ni.
anak2 sedara kanda ni, sangat rapat dengan kanda dan arwah dulu. sebab tu depa sumer panggil kanda sebagai ayah, bukan pak ngah (sebab arwah yg tengah). jadi bila aku jadi ahli keluarga ni, maka depa pon mengikut anak2 aku panggil aku umi. dan segala ipar duai sebelah arwah pon turut memanggil aku begitu. yela, nak panggil nama, cam tak respect. nak panggil kakak, aku dekat baya anak depa. nak panggil apa lagi. last2 semua panggil aku umi.
aku kadang terfikir. berapa ramai yang senasib aku, menerima layanan baik macam aku? walau kadang2 ada dugaan melanda/ krisis tapi akhirnya aku tetap melihat banyak yang baik berlaku dalam hidup aku, sama banyaknya jugak dengan bende yang tak baik. kalau kita nak bahagia, elokla kita fikirkan yang baik2 sahaja. dan yang tak baik tu...anggaplah ia sebagai warna2 kehidupan....supaya kita jadi lebih tabah dan matang.
eh apa aku merepek subuh buta ni? bukan apa. dulu ada satu blog tu aku sgt suka baca. tapi tiba2 dah di delete. bisutulibuta. blogspot. ceritanya sangat memberi inspirasi pada aku. sebab penuh dengan warna2 yang pada akulah bukan semua orang berpeluang melaluinya. macam hidup aku juga barangkali. dan beliau ini, aku percaya sedang meniti kejayaan dan bangkit semula dari kejatuhan silamnya, yang sangat2 menguji. i adore him, sebab kisah hidupnya. dan aku rasa apa yang aku lalui mungkin tak seteruk dia. mungkin?
oklah, esok pagi nak seremban lagi, majlis kawen. dan petang aku kena duty kat klinik keusahawanan lagik. mungkin bawak laptop kali ni. boleh gak online sambil tunggu patientkan? good morning!

3 comments:

SiR KinG TiGeR said...

Kak Long

Salam , blog aku cuma ada dua sahaja. www.zeqviews.blogspot.com dan www.anti-antimamak.anti mamak.den sahaja. Cuba ko buat perbandingan cerita2, mereka kaki politik aku tidak. Clear tak?

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Anonymous said...

setiap org da warna yang perlu dicorakkkan sendiri..

Anonymous said...

saya suke warna merah! ttbe! ahaha hati2 bawak kete