Saturday, July 12, 2008

Hati yang ceria, gundah semula

sejak sehari dua ni hati aku sedikit ceria. kenapa hati aku ceria? jawapannya aku saja yang tahu. terima kasih kepada insan yang memberikan aku sedikit kegembiraan itu. dan maaf kalau aku tak berupaya membalas apa yang diberi dengan sewajarnya. sorry for my "poornest".
tapi pagi ini hati aku sedih, terusik dan seperti nak menangis mendengar cerita insan seorang ini. apa yang aku boleh buat untuk membantu dia. aku tahu kebanyakan pembaca blog ni adalah pembaca blog kaktiny. so korang boleh bergelak ketawa di sana dan hayatilah cerita aku ini.
insan ini, usianya masih muda, lebih muda daripada aku. sudah ada 4 anak. yang sulung pun sudah darjah 1 dan yang bongsu berusia 3 bulan. melihat wajahnya aku tahu dia sengsara. tubuhnya susut. wajah pucat lesu. dan dia seperti sudah hilang semangat. tapi aku tahu dia kuat. empat permata hati itulah kekuatannya. dan hari ini dia menyatakan bahawa dia sudah mula menelan pil penenang, pemberian doktor peribadinya. tahap yang sedang dilaluinya ini kritikal dan dia perlu bantuan. aku tahu rasa itu!
dan aku? rasa bersalah kerana tidak dapat membantu. sungguh. aku hanya boleh memberi kata semangat. kerana aku adalah orang luar yang tidak ada kuasa apa2 apatah lagi untuk masuk campur. sudah lebih 6 bulan, barangkali hampir setahun dia makan hati kerana perbuatan si suami. main kayu tiga. aku yang mendengar terkedu. beginikah sikap dan layanan lelaki yang bermain kayu tiga terhadap isterinya? memandang sudah tak ada selera, berbicara apatah lagi. sekadar bicara sepatah2 urusan yang penting sahaja. rumah jadi tempat asing. lebih suka pergi bekerja dan balik lewat malam. dan bukti2 jelas menunjukkan yang ada sesuatu sedang berlaku. tapi dia tak tahu ke mana nak mengadu dan sampai bila harus menjeruk rasa begitu. sampai bila? sampai tubuh binasa kerana sengsara?
aku? mungkin pernah terlibat dengan masalah begitu? tapi tolonglah. aku ni sudah jadi orang yang buta perasaan. jadi, tidak boleh samakan aku dengan dia. kekuatan aku tak boleh di samakan dengan dia. dan apa yang aku lalui dalam hidup aku, tak siapa boleh pertikaikannya kerana selain takdir apa lagi ya? pilihan sendiri barangkali. lantas aku nasihatkan dia supaya mencari bahagia sendiri. sebagai wanita tak ada apa yang boleh kita lakukan. kalau mahu hubungan ini diteruskan maka carilah bahagia sendiri. jangan mengharap orang memberi kita bahagia. bahagia itu ada di mana2 pokok pangkalnya hati kita. ya, sukar membina hati bahagia. tapi aku sudah mencuba, dan aku berjaya. aku pinjamkan dia buku "membina hati bahagia" karya Dr. HM Tuah Iskandar. buku mungkin tak dapat membantu tetapi boleh menunjukkan sedikit jalan. atau ikut sajalah aku dan tiny pergi menyelam, released tension! dan membentuk semula tubuh badan?
kepada lelaki2 di luar sana. kalau kalian nak bermain kayu tiga atau empat atau lima. kalian fikirkanlah. akhirnya aku terpaksa berkata begini, layanlah isteri kalian dengan baik, jangan ada kurang atau cacat cela tak kira samada kalian hanya menyayangi dia seorang atau ada insan lain di hati kalian! kadangkala berpura itu lebih baik supaya tak ada hati yang terluka dan tubuh yang sengsara. tetapi kiranya kalian kuat, cubalah untuk setia. godaan memang ada di mana2. aku sendiri angkat tangan bercakap hal itu.
kepada wanita2 yang pernah menerima nasib begini. carilah bahagia. kalau memburu setia hanya akan buat kalian sengsara, maka ABAIKAN ia. jangan peduli lagi. biar lah kita dikatakan buta hati yang penting kita bahagia. tuhan pasti lebih tahu dan tak siapa berhak menghakimi kita selain Dia. tak ada orang yang boleh memperkotak katikkan perasaan kita kerana kita terlalu KUAT untuk menangisi ketidaksetiaan seorang lelaki!
BAHAGIA MILIK AKU DAN MILIK KITA SEMUA. CARILAH BAHAGIA, IA TETAP ADA UNTUK KITA.

14 comments:

iina said...

Saya sendiri dah baca buku itu.. memang bagus untuk motivasi diri.. apatah lagi untuk kawan yang sedang mencari bahgia tu.. kadang kala kita sendiri juga tidak mampu berkata apa-apa.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Itulah hakikat seorang wanita.. kadangkala terpaksa berkorban demi sebuah kebahgiaan..

Kak Long said...

iina > ada satu lagi buku dia yang bagus, "membina rasa cinta".

Anonymous said...

memang saya tahu blog ni dari blog kaktiny...
isk..isk..naper ngan laki dia?

papahal pun ..salam ziarah..ahakss

iina said...

Rasanya saya ada koleksi itu.. kebanyakan koleksi Dr Hm Tuah saya ada.. malah ada beberapa buah buku turut ditanda tangan oleh Dr Tuah.. kebanyakannya saya simpan di Malaysia.. Ketika balik kemarin saya hanya bawa buku membina personaliti terbilang.. rupanya ada 3 koleksi dia yang saya belum ada.. membina peribadi anggun,biar betul-betul dan buat sampai jadi.. mungkin saya akan beli bila balik ke malaysia hujung tahun ini Insyallah..kali terakhir saya balik ke malaysia.. selepas itu saya da masa lebih kurang 1 1/2tahun lagi sebelum tamat..Insyallah

aNIe said...

Salam kenal buat Kak Long...memang betul telahan kak long...saya lompat masuk dari blog kak tiny...

Dari apa yang dicatatkan oleh kaktiny...membuat saya teruja untuk mengenali kak long...

Tertarik dgn patah2 perkataan yang dilahirkan di entry kak long ini...nantilah ade masa nanti nak menelaah entri2 lama...

Anonymous said...

pasti saya akan mencari buku itu di perpustakaan saya! untuk menjadi pedoman

Kak Long said...

cikgooden > salam kenal

kak iina > saya pun suka pegi website dr tuah...

kak lady > terima kasih sudi ziarah

fiq > buku dr tuah kebanyakannya untuk motivasi wanita. but bagus untuk kamu baca, boleh belajar memahami wanita dan juga baca surat terbuka untuk lelaki.

Anonymous said...

kadang2 sepotong ayat juga berupaya untuk membantu..:)

Kaktiny said...

kita bawak dia masuk group kita... hihihihi.. group selam dan group study..

bahagia.. kita sendiri nilai apa erti bahagia yang kita perlukan.. kan kan kan....

Akak said...

Salam kakLong..

tersentuh hati baca cerita nie..

Bahagia hadir tapi cuma buat seketika yg selebihnya hanyalah lakonan semata..

chinta said...

nanti sy nak cr buku yg kak long sebut di atas bila blk mesia nanti. mmg bahgia perlu dicari sendirik, atau bahgia itu telah ada, cuma diri yg memilih untuk tidak mahu bahagia.

Kak Long said...

tiny > berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tapi berat lagi kalau pernah lalui pengalaman yg sama :(

akak > warna hidup kita semua x sama

chinta > saya sedang baca "membina peribadi anggun"

ladylikeme said...

wah betul-betul menyentuh hati....

suara said...

Salam kenal kak long...

Kisah orang ketiga adalah kisah yg banyak sekali berlaku skrg ni. Kenapa ya? Bagi Su mudah saja... kerana iman dan amal yg ada tak cukup kebal untuk menangkis nafsu yang datang menggoda.

Bagaimana nak mencari bahagia? Apa tafsiran bahagia yg sebenarnya? Bahagia adalah hati yg tenang. Untuk tenang, kenalah ingati Allah selalu. Dan bukannya ingat Allah masa kita susah saja...

Semoga dugaan yang datang akan mendekatkan kita dgn Tuhan...

Semoga Allah berikan kekuatan buat teman kak long tika ini... mungkin skrg ni dia sedang menghadapi salah satu episod mencabar dalam kehidupannya....