Tuesday, July 22, 2008

Mencari jalan pulang

Malam tadi aku mimpi. Aku sesat dalam bandar. Tak jumpa jalan pulang. Hari pertama, hari kedua aku sesat di tempat yang sama. Pada hari ketiga puas aku mencari dan bertanya, tak siapa dapat membantu. Tapi aku tak putus asa. Aku terus memandu dan mencari semula jalan pangkal bagi membolehkan aku pulang. Dan akhirnya aku jumpa jalan pangkal itu. Dan dari situ aku sudah tahu ke mana hendak dituju.
Aku tertanya-tanya, kenapa aku boleh sesat di sini?. Apakah aku ini sudah sesat jauh dan tidak boleh pulang? Ya, aku mesti mencari jalan pulang. Aku mesti berusaha menemui pangkal jalan yang akan memacu aku pulang ke rumah. Kerana di rumah itulah duniaku. Dunia yang aku cuba terokai ini hanya mimpi dan bukan milikku. Ianya tidaklah seindah yang aku harapkan.
Kita selalu begitu. Kita melihat dunia lain itu indah. Kita ingin berada di situ. Kita ingin memiliki dunia itu, kalau boleh. Tanpa kita sedar dunia kita adalah yang terbaik untuk kita. Tanpa kita sedar dunia kita itu adalah ujian yang mampu kita tempuh. Dunia lain tidak semestinya lebih baik.
Aku barangkali berpeluang meneroka dunia lain pada masa-masa yang tak pernah aku jangka. Ia adalah ujian. Tuhan menguji, dan barangkali mahu mengajar. Supaya aku belajar. Supaya aku dapat membezakan. Akhirnya aku sedar aku hanya mahu berada di duniaku sendiri. Aku mahu pulang ke rumah, kerana di situlah tempatku.
p/s : Kadangkala kita harus memberi peluang pada orang lain berkata-kata atau menegur kita. Kerana pandangan kita terhadap diri sendiri tidak semestinya betul. Tanya diri sendiri sejauhmana kita terbuka untuk menerima pandangan dan nasihat orang? Terutama dari orang yang paling rapat dan sayangkan kita? Kerana pastinya pandangan dan nasihatnya itu paling telus dan jujur, bukan untuk menjatuhkan. Oleh itu, carilah ruang agar kita boleh berkomunikasi supaya kita akan saling sentiasa ingat-mengingati, supaya kita boleh berfikir. Bukan bermakna kita tidak boleh berfikir. Tetapi dengan mendengar pandangan orang lain ia akan memberikan kita perspektif berbeza luar dari lingkungan pemikiran sendiri. Tidak salahkan?

12 comments:

ladylikeme said...

sesat dalam mimpi????ader makna tue..tapi tak ingat la.....

Anonymous said...

semoga awk dipermudahkan urusan oleh Allah dalam mencari jalan pulang..
sy pun akan melakukan perkara yang sama, kalau panjang umur mungkin kita dapat bertemu lagi.
terima kasih dari saya di atas ingatan, sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.
terima kasih awk...awk bakal jadi insan yang hebat..

Kaktiny said...

masa hang mimpi tu hang nampak tak 'muka epy, adik aku?'..
epy pesan : "PI CARI LAGU MERENUNG BULAN DAN TAMPAL KAT DINDING TAKPUN KAT DASHBOARD KETE.." HAHAHHAHAHAHHA...

p/s : oiit bulan depan tulun aku cari kotak weh.. nanti aku bwk hang pi tgk umah tu k.. (mak aku pun tak tau yang aku nak pindah wehh..) kawan2 blog jer yang tau.. sedara mara aku lagii haram tak tau apa2.. melainkan kalau depa baca blog (dan aku rasa takdak sapa baca lagi pasai mak akutak tepon tanya pun - maknanya 'benda' ni tak pecah kat sapa2 lagi... kah kah kah..)

Tak jauh sgt ler ngan umah kita la ni.. setakat nak pi class and pi swimming, aku masih leh pi amik hang.. and aktiviti kita masih leh berjalan seperti biasa...

oh ya hari ni kan selasa? any activity?

Kak Long said...

ladylikeme > tak apa, saya sudah faham makna mimpi tu. banyak fikir sgt tu yg terbawak ke tidur

awak > semoga rumah awak sentiasa ceria

tiny > rumah baru mesti best. kalu nak pinjam koleksi buku anjung seri dan impiana aku ada byk. nanti boleh buat deco skit kan? aku menawarkan diri bagi consultant secara percuma hehe...

Anonymous said...

kak long ---> jadik eh join gader akak ni.... jum arrr k...

uranus said...

mimpi tuh hanya mainan tido jer..hehehe

Akak said...

Salam kaklong...

Mungkinkah mimpi itu hanay satu kebetulan...tapi adaklanya ada juga mimpi yg memberikan kita petunjuk tentang sesuatu & pernah juga mimpi menjadi kenyataan.

terasa diri telalu kecil (bukan size lerr) jika dibandingkan dgn org lain..

julietchun said...

Bila org tgr kita, kekdg kita igt org sj nak cr slh kita wlupun niat mrk ikhlas sbnrnya.

suara said...

Mimpi...

Su selalu bermimpi sampai tak tahu mana yg benar dan mana yg salah. Su pernah mimpi benar, mimpi yg Allah nak bagitahu su kebenaran ttg seseorang yg cuba menipu su, tapi su abaikan saja sbb ingatkan mimpi mainan tidur. Bila dah tertipu, baru su rasa sebenarnya mimpi tu terjadi sbb Allah nak selamatkan su, tapi su abaikan. Sudahnya su ditipu ihup-idup... heh...

Satu yg su selalu tampalkan difikiran... "org menegur kerana sayang..." dan hati lebih terbuka menerima teguran...

jgn biarkan rasa marah, kecewa, sedih menjadi barah dalam hati...

chinta said...

susah sebenarnya nak menerima pandangan org lain sbb rasa diri nie betul shj, lebeh2 lg pandangan org kita syg sbb selalunya pandangan org mcm nie betul dan kita menjadi lebeh sensitif..

Tokyo BLUE said...

mimpi? hurm.. nk buat entri sal mimpilah...

Whitetulip Tales said...

salam kak long. mimpi tu sy pernah juga mengalaminya tp ending citer, alhamdulillah. dapt juga pulang p umah..sesungguhnya, sy seorang yg sngt menghargai kehidupan setiap masa, setiap detik dan ketikanya. hargailah hidup ini kerana klu bukan kerana kehidupan ini, kita takkan akan menjadi dewasa(matang, bukan makin besarrrr..kih!kih!). segala pahit, manis yg dialami, itulah sebenarnya 'guru' di dlm kita mengharungi badai di hadapan. dunia ini walaupun kecil tapi, terlalu byk yg masih 'bersembunyi'. Sesungguhnya kita amat bertuah dilahirkan dgn segalah kekuatan yg telah dibekalkan selama ini..wallau a'lam.

psstt!kaklong, nanti p umah white. ada smthng utk kaklong..k??