Thursday, July 10, 2008

SEPI dari kacamata aku.

Pagi tadi semasa berbaris menunggu giliran masuk ke parking, aku nampak seorang wanita berumur, dengan gaya berpakaian dan air muka, yang aku tahu (teka mungkin betul) adalah seorang wanita yang SEPI. Aku tiba2 tertanya pada diriku, pada masa aku seusia dia nanti, adakah aku akan jadi seperti dia. Oh aku tak mahu.


SEPI kisah melodrama tentang kehidupan. Aku tidak mahu bercerita tentang watak atau jalan cerita. Aku ingin menyatakan apa yang aku dapat dari SEPI.


Kisah satu, bahawa kalau ingin bahagia, kita mesti berani membuat keputusan. Setiap pertemuan yang telah ditakdirkan adalah sebabnya. Tapi mestikah kita memilih untuk berpisah. Tanya hati sendiri? Jodoh itu di tangan tuhan tapi kitalah yang memutuskan untuk bersama siapa. Sebab tu ada istilah kalau dah jodoh takkan ke mana?


Kisah dua, bahawa cinta adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia adalah rasa anugerah tuhan yang datang tanpa kita pinta, tapi pasti ada sebabnya. Samada sebab yang dicari atau secara kebetulan. Menyimpan cinta terhadap seseorang adalah satu dosa, terutama bagi yang sudah berkahwin. Tapi bagaimana ingin menghalau cinta itu pergi? Susah nak jawabkan? Wajarkah kamu meletakan dia di hati kamu, sedangkan kamu bersama orang lain? Bukankah itu siksaan yang diundang? Susah nak jawabkan? Warna-warna kehidupan setiap orang tak sama, dan kalau bukan jodoh sampai ke mati pun takkan dapat bersama meskipun kita sangat menyinta!


Kisah tiga, bahawa kita mesti let go kenangan lalu supaya kita dapat bersama dengan insan yang lebih memerlukan kita dan mahukan kita. Ia memang sukar. Siapa yang pernah melaluinya pasti tahu sakit itu. Sakit sangat. Sekali lagi, berilah peluang pada diri sendiri untuk bahagia.


Kisah 1, 2 dan 3 juga adalah kisah aku dan kalian. Aku rasa SEPI adalah kita semua

9 comments:

Akak said...

Salam kakLong...

Selalu juga "SEPI" singgah dan menjenguk kedalam diri dan perasaan, sebolehnya tak mahu rasa SEPI..

Kaktiny said...

aku tau ko byk 'kutip' kata2 hikmat dari "sepi" kan kan kan..

dan aku mmg nampak sgt 'terkenanya' kisah sepi ngan kisah hang.. hohohooho... 1,2,3.. mmg sesangat kena.. sesangat kena..

biru plak la kepala aku masuk kete hang pasnih.. mesti layanzzz lagu anuar zain.. kui kui kui..hihihih

Kak Long said...

akak > kena banyakkan aktiviti baru tak sepi. contoh blogging hehe..

tiny > tak pelah....life is not easy for everybody. But life is beautiful.

Anonymous said...

sepi itu indah...

chinta said...

"kalau jodoh takkan ke mana?" kalau intonasi berbeza, akan jadik beza maksud tu...

SiR KinG TiGeR said...

Kak Long
Sepi lama tak singgah tempat aku, datang lah ada posting baru, mesti ko suka hehe. Ada lagi blog baru www.saifullboharilah.blogspot, tengok2 lah

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
www.zeqviews.blogspot.com

Anonymous said...

melepaskan org yg kita syg tak sesakit mana dek, tapi TERPAKSA melepaskan org yg kita syg YG RUPANYA dlm DIAM tidak lagi menyayangi kita - saketnya... rasa tak mau membuka mata lagi...

Kak Long said...

Sepi > betul2. penah rasa. sakit giler.

chinta said...

kaklong, dtg umah sy jap, amik 'barang'.