Sunday, June 29, 2008

kalau mahu berkawan....

lihatlah pada persamaan
jangan lihat pada perbezaan.....
kerana kalau kita asyik melihat pada perbezaan
hubungan tu takkan berjaya......setuju!


Itu pelajaran yang aku dapat hari ini (selingan). Semasa kuliah statistik pagi tadi. Seingat aku dulu2 itulah kursus yang paling aku tak suka. Tapi pagi tadi seronok pula belajar, macam buat ulangkaji pula. Walau aku dah pernah amik course tu masa dulu2 tapi 99% aku dah lupa. Sayangnya aku terpaksa balik awal kerana mengejar meeting jam 2.30 ptg. Hai hari minggu pun meeting.....


Seronok jumpa semula kawan2. Dua bulan bercuti aku rasa cukup enjoy, enjoy boring tahap cipan. At least kuliah dan assignment akan meredakan apa2 yang tak reda lagi, dan.....aku boleh fokus pada benda yang lebih berpekdah drpd dok merenung-renung bulan............(tiny: dah dapat lirik lagu tu? ) hehe....
Aku rasa cute jer advice adik kawan aku sorang ni. Katanya kami ni sama, tak reti nak bersyukur. Dok rasa diri tak bagus dan nak jadi cam orang jer, tak tengok pun orang ramai nak jadi macam dia. Pegi cari balik lagu merenung bulan tu, tampai kat dinding hahaha........
Oh ya, memandangkan hati aku dah reda aku nak declare kat sini aku dah tak kecik hati, aku dah mula belajar tentang "perbezaan". Dan aku sedar dalam mana-mana persahabatan pon ada limitation. Ada benda2 yang kita tak boleh sebut atau cakap sebab orang tak suka. Dan kita tak boleh marah dia sebab dia tak suka dengan apa yang kita cakap. Itu perbezaan, tapi kita masih ada persamaankan? So, shall we declare our limitation???
So, kawan2. Carilah persamaan dalam perbezaan. Kalian pasti akan lebih menghargai erti persahabatan. Janganlah kerana perbezaan sedikit, terus nak putus sahabat. Tak wajar itu. Kenangkanlah sedikit kebaikan yang dia berikan...........

3 comments:

Kaktiny said...

oiit.. aku dah dapat lirik lagu merenung bulan.. aku dah print - dah laminate utk hang dan aku.. kita sama2 tampal k.. hihihi..

utk statistik.. aku rasa kurang takut skit sbb aku ada hang.. heheheh..

hopefully our friendship last forever.. kita kan byk persamaan - "suka tak bersyukur dan suka nak jadi mcm org lain" (kata adik aku..hihhiii)

dan Dr.Shamsuddin kan kata kita ni kembar.. hehehhe.. (mana tak kembar.. hang pakai compact powder aku and aku pakai gincu hang.. kembar lah tuh.. kahkahkah..)

Kak Long said...
This comment has been removed by the author.
ze said...

kak long - thankss sudi gak melemparkan kata2 di umah sy yg "sepi" hehehe