Tuesday, June 24, 2008

Coret2 hari ini

Hari ini bergerak pantas, sepantas aku mengejar masa demi menyiapkan tugas-tugas yang terbengkalai dek kerana bz atau kerana buat2 bz tak taulah yg mana satu. Bangga beb, kerja tiga hari, bulih siap 1 hari ni jer....(kau bayangkan kalau kau tengok DVD movie (pastu kau fastforwardkan ke depan) laju giler aku buat keje. Sempat mengelat lunch date and citcat dgn ciktiny.

Lega, banyak.....

Kerana itu aku nekad pagi tadi, aku tak akan jumpa sesiapa pon kalau ada klien datang, akan aku suruh staf aku bagitau depa yang aku tak dak kat opis hari ni. Hehe...licikkan.

Sungguh, kekadang seharian berdiskusi dengan klien silih berganti sampai berebut bilik rundingcara dengan klik2 aku memang memenatkan. Dan saat matahari melabuhkan sinarnya, aku pon turut sudah lesu mesu. Tak dapek den nak berpikir loeee, nak buat report senja2. Ayat pertama pon tak tau nak mula........baik balik rumah sajalah....

Bercerita hal kerja, macam aku sorang banyak kerja. Dulu masa aku buat out campus, kelas aku setiap malam, hari2 dari Isnin hingga Jumaat (amik 5 paper konon nak abis cepat). Ada di kalangan rakan2 aku tu (aku masih ingat akak sorang tu) bekerja sebagai eksekutif sebuah syarikat gergasi (pasti banyak kerja) dan ada 8 anak kau!!!! Yang sulong tingkatan dua kalau tak silap aku. Bayangkan .....dan dia berjaya juga bergraduasi!!!!. Macamana dia manage, owh dia tak ada maid pon....

Dan aku, bertemu jodoh masa di semester ketiga. Awal2 aku dah pesan pada kanda jangan komplen kalau aku tak ada masa dengan dia, but I will try my level best. Aku ingat lagi, jam 5.00 aku dah cabut dari opis (klu tak ada eventlah, sebab dulu aku keje uruskan/buat event). 5.30 ptg sampai kat rumah, terus masak ala ekspres gitu. Tapi mesti ada 2 lauk dan 1 sayur, at least tuh......Siap masak, terus bersiap-siap ke kelas. Kelas aku mula jam 7.00 ptg - 10.00 mlm. Begitulah selama setahun setengah seterusnya. Syukur, tamat pengajian, dan kanda sabar menghadapi karenah kesibukan aku + amukan2 sesekali bila tensen. No life, serious. Sabtu ahad aku dah berkampung kat library atau discussion group. So bila masa aku ada time untuk keluarga? Lagi, kanda terkorban. Anak2 tiri aku? Mujur memahami, tak penah depa ngomel sebab dari awal lagi depa dah tau aku memang tengah belajar.


Dan sekarang, rasanya dah banyak kurang bznya, kalau tidak takkan lah boleh berpesta-pestaan di SPA dengan ciktiny. But adalah musim2 tukan.......well, memang penat tetapi inilah yang menjadikan hidup aku sentiasa teruja. Selain hal2 yang melibatkan aktiviti kekeluargaanlah.


Cuma, lately ni aku macam tak kenal diri aku or baru nak kenal diri aku. Aku dah jadi orang baru eh?Aku terjebak kehairanan dengan tahap ke'cool'an (bukan kulaan-itu bahasa banjar). Aku juga tak reti nak marah2, atau nak hangin2 cam dulu, serius. Malah aku jadi tak kisah. Agaknya prestasi aku ni menjadi perhatian, sebab tu boss aku pun (termasuk hari ni, again) dok kata sepanjang hampir 5 bulan kat sini dia tgk aku ni always ceria memanjang. Ntahla, betul ke? Aku pon ada problem, banyak!. Tapi yalah....hanya orang yang tahu saja tahu...Life must goes on.


Oklah jam dah 6.45 petang, aku kena bertolak ke Kelana Jaya sebab ada dinner yang wajib aku attend. Kena sign kehadiran kau....


Sekian, entry beta untuk hari ini.....Wassalam

7 comments:

Abang Long said...

Aturlah masa kita.


Jom ke gerai abang long.

CikguZue said...

kadang dengan bizi ni, membuatkan hidup penuh terisi...

Anonymous said...

bila masa sibuk kite complain,, bile mase terluang pun kite complain.. tol tak..

Anonymous said...

citcat lunch di bandar sri permaisuri le....

Kak Long said...

fieq > kita ni memang manusia yg suka komplenlah....

ady> kamu dok brd sri permaisuri eh? ke keje kat situ. Kaklong dulu penah dok kat cemara sekejap (setahun adala)....sesekali ke sana jugak cari makan...boleh2 nanti kita lunch date

Anonymous said...

keje kat sini kak. duduk seghomban

Wafa Nokman said...

e-e...lunch date 2 org je... cheh