Sunday, June 1, 2008

"embunization"

Apa tu?

Aku pernah cerita pasal
Embun Hidayah dulukan? Dalam entry 2006 rasanya. Lama dah.

Embun masih wujud.

Ada ramai budak embun junior yang arwah abang Duan recruit. Dan mereka ini kini mencari tempat berpaut selepas pemergian
arwah tahun lepas.

Semalam. Umpama satu permulaan. Satu kesinambungan. Satu perjumpaan antara beberapa orang core group budak embun junior dan juga dua orang budak embun purba hehehe. Kami buat perjumpaan di pejabat
IDEALS. Abang Nizal hadir menyampaikan amanah. Masih mahu teruskan perjuangan bang Duan, adik beliau. Seperti motto embun yang kami pegang "Hidup Mesti Berbuat".

Semenjak pusat tusyen dimensi ditutup selepas pemergian bang duan, mereka seperti tak tahu nak ke mana lagi. Dulu pantang ada masa, kat sanalah tempat budak2 embun ni berembun. Macam aku dulu.

Sesi round table, abang Nizal tanya apa yg kami nak dan cari?

Aku kata, embun sangat bermakna dan sentiasa di hati aku. Aku bangga bagitau orang aku budak embun. Selepas hampir 12 tahun, aku tetap rasa aku masih perlukan embun, dan embun pun perlukan orang macam aku. Semacam ada satu kekuatan di situ. Dan ini ialah tanggungjawab sosial aku sebagai seorang manusia. Untuk teruskan perjuangan embun.

So kami sepakat untuk mulakan dan takkan menoleh ke belakang. IDEALS sediakan satu bilik. Besar jugak bilik tu lebih kurang 12" x 20" untuk jadi bilik gerakan baru. Sementara kami menunggu ada kemampuan untuk buka Urban Youth Centre. Pehhh....besar cita-cita. Kami akan bermula dengan satu....satu.....

Kalau dulu embun bergerak "di bawah tanah" tapi sudah sampai masa kami menonjolkan diri kami di mata masyarakat. Menjadi satu badan rasmi yang dikagumi dan relevan dengan keperluan masyarakat khususnya belia dan remaja kota. Dan kami akan meluaskan dakyah kami dengan melaksanakan misi embunization....insyaallah

No comments: