Thursday, June 26, 2008

Ayat-ayat cinta

Inilah pertama kali dalam hidup aku, keluar date dengan kawan, tengok wayang, waktu malam! Dan kanda bagi green light! Just becos dia ada dinner malam tadi (sebab tu dia izinkan agaknyer). Nak tau betapa terujanya aku, lepas maghrib jer terus aku siap2 dan stand by kat depan umah....dah 5 minit tunggu tak sampai2 jugak ciktiny nih, aku pon start enjin kete dan dok dlm kete (on aircond... hehe dasar!). Tiba2 macam terasa jer asid2 gastrik aku sedang merembes dan meyebarkan kepedihannya. Alamak, nak kena lagi ker ni?. Aku pon cepat2 masuk balik umah dan cari ubat, tengah telan ubat dengar hp aku ringing. Hm...dah sampai kawan aku nih.


Well, memang enjoy malam tadi, cadangnya nak pi GSC Pavilion, tapi 100 m dari selekoh seremban kami decide...pi GSC Alamanda jelah. Sejarah kau, dalam sehari dua kali pi sana....


Ceritanya ok, menghiburkan. Tapi mesej yang disampaikan tidak sebagus membaca novelnya. Aku ingat lagi bila aku mula baca novel AAC, aku start baca bahagian belakang dulu, the last 10 pages. Stail aku suka nak tau ending dulu. Situasi Maria koma, dan mulutnya tidak berhenti menuturkan ayat-ayat Al Quran, Maria sebenarnya bermimpi tentang halangan untuknya memasuki pintu2 Syurga kerana tidak memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Iaitu dia belum mengucapkan dua kalimah syahadah, something like that. Aku baca the last 10 pages dan aku nangis! Belum baca dari mula lagi. So movie dia tak macam tulah, kot nangis pon sebab tumpang sedih dengan watak2, bukan pasal ayat2 cinta yang menyentuh perasaan tu.


Ayat-ayat cinta sebenarnya merujuk kepada ayat-ayat Al Quran. Kalau dalam novel, huraiannya lebih baik dan menyentuh. Tapi biasa la filem ni kena la ada unsur komersial. Walaubagaimanapun berjaya jugakla penulis skrip tu menjadikan filem tu tak boring ditonton dan meruntun perasaan aku. Okey le tu!


Dan pagi tadi aku cam tak larat jer nak bangun, tapi kena pegi awal....janji dengan polis2 ni kena punctual. Event berlangsung dengan baik, sempat la aku bercitcat dengan KPN (duduk sebelah kau!) sambil control cun, macho dier.....eheh!

7 comments:

Kaktiny said...

best tak best pun mamat sebelah ko tu layan tak ingat siot.. heheheh..

nanti aku nak layan buku dia la plak.. (pinjam yang ko punyer jer lah.. malas nak tunggu balik kampung amik..)

laki aku pi afrika sok, leh 'plan' aktiviti lagi.. nak nak nak... hihihi... bagi betis nak paha minah nih .. hampes tul..

Anonymous said...

gile tak aci baca ending dulu :p

adie said...

baca ending dulu? satu teknik membaca yg menarik jugak tu.Bila kita tahu endingnya,tentu kita nak tau camne bleh ending camtu kan?kan? hmm..menarik gak tu.

Anonymous said...

tak aci dah tgk!!! wuek... heheh

Kak Long said...

baca ending dulu boleh kurangkan tekanan, hehe. Sesapa blum baca, ambil kesempatan untuk baca. Karya tu memang hebat bagi kaklong la...

chinta said...

mcm best jek movie nie dan novel dia....baca novel dulu or tengok movie dulu ekk?

nanti nak carik la..

Kak Long said...

chinta > baca novel dulu....memang best sesangat.