Monday, August 25, 2008

Kehilangan II

Entah kenapa sejak dua menjak ni aku rasa serabut. Banyak sangat benda yang aku fikirkan. Sama ada terpaksa fikir, saja2 nak fikir atau tak mau fikir tapi asyik terfikir juga. Dulu aku rasa hidup aku lebih fokus. Aku fokus dengan kesusahan hidup dan fokus terhadap usaha membaiki hidup. 12 tahun adalah masa yang panjang. Aku telah bermula dengan kosong, meningkat ke beberapa tahap dan kemudian jatuh dan bermula dengan kosong semula, dan bangun lagi. Aku berjuang dengan gigih, dengan sabar dan dengan hati yang keras.
Hari ini aku sudah meninggalkan jauh kehidupan yang dulu. Dan sungguh, sukar sekali untuk mencapai tahap di mana aku berada pada hari ini. Tapi sayangnya aku seperti tak reti nak menikmati, tak reti nak menghargai dan seringkali berasa yang apa yang aku ada hari ini akan diambil pergi. Betapa rapuhnya keyakinan aku. Begitukah perasaan setiap orang yang pernah kehilangan seperti aku?
Barangkali inikah yang dinamakan proses kematangan? Dulu aku ekspresikan bebanan perasaan aku dengan sikap aku yang diakui agak negatif. Aku emosional, pemarah, cepat melenting dan agak kasar. Relevan dengan kehidupan aku di Kota Batu dan jerih payah yang terpaksa aku lalui. Mungkin ada orang kata, kenapa nak bersikap begitu, kita masih boleh melalui kehidupan ini dengan "be good" all the time. Yalah, cakap senanglah. Cuba kau hadapi sendiri.
Tapi hari ini, semua sikap2 itu banyak yang telah terhakis. Semakin baikkah atau petanda aku menjadi makin teruk. Kuat menjeruk rasa? Sesekali aku gagal mengawal diri, pun aku masih cuba dan cuba. Dan aku takut sekali sebenarnya. Sebab aku rasa aku mula bereksperesi dengan cara yang berbeza. Escapism.
Mid-term berlalu. Aku sangat kecewa. Aku telah cuba sedaya upaya aku. Aku tahu ini ujian kecil. Ujian besar pun aku pernah malah kerap gagal, apalah sangat ujian kecil. Cuma aku tak dapat terima kerana sepanjang hidup aku, satu-satunya perkara yang aku usahakan dan aku tak pernah gagal, satu-satunya yang jadi milik aku dan aku tak pernah risau kehilangannya, satu-satunya yang aku selalu cemerlang adalah pelajaran aku. My academic achievement, itulah satu-satunya harta mutlak aku. Dua belas tahun berjuang, berdikit mendaki anak tangga, satu, satu. Bukan senang aku nak sampai di sini tapi aku melangkah dengan gembira kerana aku tahu ia milik aku dan tak siapa bisa membawa ia pergi.
Tapi baru-baru ni aku tak dapat buat mid-term. Sebab apa? Sebab belajar last minute? Sebab tak fokus. Sebab dah jadi budak notty yang suka buat hal. Sebab gila kerja. Sebab marah dengan situasi. Sebab apa? Aku mula mencari-cari salah diri aku. Banyak sungguh kesalahan aku. Aku student yang malas. Aku student yang main-main. Padan muka aku.
Baca semula entry Kota Batu. Renung-renung balik masa lalu. Sejauh ini kau sudah berjuang. Takkan kerana paper statistic yang carry 30% tu kau nak frust tak tentu arah. Bukan. Bukan pasal tu aje. Ada banyak pasal-pasal yang lain. Aku rasa macam nak lari sekejap. Aku cakap kat kanda jom kita menjauh dari KL seketika, berkampung di Avillion barangkali? Dah lama sangat aku mengidam nak ke situ. Alah, u yang selalu bz, not me ok! Aku ke yang selalu tak ada masa?
Kak Long will never give up. She is so special as Kanda said. And because of her speciality, She has given an award. Many awards. Experiences.

9 comments:

Ungku Nor said...

kaklong will never give up baca KARMA..ye betuuullll!!
*auuu..daku yang perasan ;p*

Enche' Adykasyah said...

Wah.. bercampur baur perasaan saya tatkala membaca luahan hati Kak Long ni.. Saya nasihatkan.. Pergilah makan nasi lemak kukus ayang berempah di sungai besi.. Dekat traffic light desa tasik.. Gerenti lega... Tak pun pekena 'Fulamak Sup..'.. Memang panas habis...

ladylikeme said...

betul cakap kanda kak long itew......you're so special...that's why you has given many awards..so pekata kak long jenjalan cuti2 malaysia....then balik ngan mood yang berbeza plak...ok.....

Akak said...

Salam Kak Long...

Pengalaman pahit manis, kejayaan & kegagalan menjadikan kita lebih cekal, kuat dan tabah..

Kak Long will never give up!!!, Teruskan usaha!

azza_irah said...

salam ..
semangat dan kekuatan dalaman itu perlu...
moga tabah hadapi apa saja yg mndatang..
salam perkenalan dr sy..

kamar hati said...

chaiyok, chaiyok kak long... :)

tasekM said...

hidup mmg begitu... moga yg baik2 buat kamu ya.. :)

Anonymous said...

hurm...alhamdulillah ada hijab terbuka untuk kaklong renungi hidup yang dilalui. teruskan kaklong ia mmg mematangkan...

rudy bluehikari

Ungku Nor said...

kaklong,
terimakasih daun keladi gajah belanje kitaorg mamam kat Tupai2s malam tadi.

best betol la pemandu pelancung kita bawak melancung sekitar KL..ekekeke