Sunday, August 17, 2008

Cool 2

Memang cool. Best giler. Selamat berhari minggu!
Sahabat aku ni bagi tau dia dah jadi orang yang kasihan. Sedih plak aku. Sebab aku penah rasa apa yang dia rasa, malah lebih lagi, hampir membunuh jiwa aku. Sebab tu aku tak penah sebut langsung pasal history aku. Kecuali menulisnya sahaja secara senyap2, itupun untuk terapi diri, malu sebenarnya bila orang dah start kenal aku. Tak apalah lebih baik jadi orang yang kasihan daripada jadi orang yang notty macam aku :D
Jumaat malam Sabtu, mengikut Tiny ke Alamanda, berkenalan dengan Tokma, Ady, KakUngku, dan Alif. Aku sebenarnya tak pernah terfikir nak jumpa sesapa pun selama ni. Aku malu. Tapi apa salahnya memanjangkan silaturrahim dari alam siber ke alam realiti. Tak salahkan. perjumpaan yang happening. Lebih2 lagi sebab ada Tiny.
Semalam pulak aku spend time dengan dua orang sahabat aku ini. To MS, good luck for ur future. See u in Cambridge. Mungkin aku tak penah sebut. Sejak aku kat poli, cita2 aku nak further study kat Oxford, sebab aku jeles dengan anak sedara bos aku, Pn N. Dia buat LLB kat sana. Aku memang nak jadi lawyer asalnya. Pilihan kedua nak pi Cambridge, tapi semua tak kesampaian. Kalau universiti tempatan pon aku tak mampu pegi, apatah lagi ke luar negara. Bila aku dengar dia sebut Cambridge sayunya hati aku. Apa pun saya doakan awak bahagia dan berjaya. Yes awak akan jadi seseorang satu hari nanti. Take my word.
To Tiny, makasihlah sebab semalam temankan aku ke wedding abang Wafa. Oh ya tak sangka pulak dapat jumpa Abang Bear (Beruang Madu) kat sana. Aku ni jarang2 blogwalk. Tak semua yang sempat aku singgah, tapi ada jugak sesekali aku singgah rumah dia as a silent reader. Comel rupanya Abang Bear nih, memang macam teddy bear. Hehe.....
Balik dari kenduri rumah abg Wafa, kami singgah di Dunia Perabot, Tiny nak survey perabot baru untuk rumah dia. Pastu kami terus drive ke Pudu, amik mak dan ayah aku. Jalan jem giler. Hujan lebat tengah bandar. Suspen giler bila air naik atas jalan....aku takut gak kete aku sangkut, nasib la kete aku ni tinggi sikit. Penat kami tunggu kat situ, tapi masa sepetang tu memang bermanfaat sebab kami berpeluang bersembang panjang2, pastu gelak, pastu nangis. Nangis sebab sedih ada, sebab kelakar sampai tegang urat perut pon ada, HAUM....HAUM....Hancuss perempuan dua orang nih. Aku terus terang cakap dah bertahun tak pi Puduraya. Panas dan ramai orang. Maklumlah badan dah manja. Kami tunggu, dari jam 4.45 ptg sampai jam 6 petang baru parent aku sampai.
Best jugak sesekali dapat buang masa borak2 pasal hidup, pasal masa depan, pasal aspirasi (cakap pasal aspirasi ni, ada tak sesapa penah buat research dan guna any measurement instrument for aspiration? Kalau ada tolong bagitau, I need help on my academic research)
Hari ni, hari minggu. Bawa mak dan ayah ke wedding pakcik aku (sebelah perempuan di Jengka). Perkahwinan terakhir dalam keluarga mak. Pak cik aku ni lecturer kat UiTM Seberang Prai. Umur dia muda 3 tahun daripada aku. Dia pon pakai baJu warna merah hati sama sepesen baju Abg Wafa dan Mas. Nasib aku tak pakai baju kaler tu gak, kalau tak harus kena suruh pi jadi penanggah macam kat umah Abg Wafa . Hehe...
Oklah, selamat berhari minggu. Aku capek bangat nih....maaflah Tiny sebab tak dapat join gather jumpa Akak kat umah Tokma. Aku dah pancit.

7 comments:

iina said...

seronok lepak dengan kawan-kawankan.. dapat luahkan apa yang ada dalam hati dan fikiran ;)

Ungku Nor said...

kaklong, terima kasih sebab sudi datang jumpa kami.

bising betoi budak Tiny tu kan? kaan?? *akak pon ape kurangnya*

ehehehe, sempat je mengompat minah tu kat sini ;p

Kak Long said...

Kak ina > sekarang ni bila dah ramai kawan, saya rasa pelik sebenarnya. Sebab dulu2 memang tak de kawan esp nak spend time selepas waktu kerja except hubby sorang la kawan saya. So baru2 ni dia tanya kat saya. Macamana nak buat ni, saya dah ramai kawan, dia plak hanya saya sorang kawan dia. Pasni kalau saya kuar dgn kawan2 saya dia nak kawan dengan sapa?
cian kandaku hehe

Kak Ungku > harap dapat jumpa lagi.

Enche' Adykasyah said...

Hallo.. Saw your link in Abang Bear's blog..
Gud to know other blogger..
Anyway, carry on with life. It is short but make it worth it.
I will link your blog to mine.

www.snaps.com

iina said...

kak long.. lelaki nie biasanya mudah berkawan.. sekarang nie dia kata takde kawan tapi kalau jumpa kawan2 dia karang terus lupa diri hehehe sama je dengan pakwe akak.. sebenarnya kita perlu ada kawan.. walaupun kita dah kawin sebenarnya saat susah dan senang kita sedikit sebanyak kawan-kawan adalah penyokong kuat.. dulu akak pun macam kak long pakwe akak dulu jenis kuat kerja.. sampai kawan2 akak dulu pernah sedih tenguk akak kena tinggal selalu.. kadang fikir pelik sebab ramai kawan yg nangis sebab akak.. sampai skrg pun.. kemana akak pergi pasti ada kawan menangis bersama.. bukan nak bangga diri tapi itulah yg terjadi.. kawan yang baik itu harus dijaga hubungannya.. insyallah.. akak pernah kata dengan kawan-kawan akak.. suami bila2 boleh tinggalkan kita(insyallah jodoh kita panjang) tapi hubungan kawan nie.. sampai bila2.. walaupun suami dah takde.. mereka jugalah pemberi semangat.. insyallah

ladylikeme said...

WAH...SAKAN NOE BERHUJUNG MINGGU....

Wafa Nokman said...

Maizah...

Thanks for coming to the reception... Ujang Pilah rasa terkilan tak dpt jumpa padahal dia ada di situ masa Maizah ada. Tak pe... tak de rezeki lah tu.

InsyaAllah...kita jumpa lagi...:-)