Thursday, August 7, 2008

GUILTY

I felt guilty.


Semalam aku balik lewat. Dalam perjalanan aku senyum sepanjang jalan. Aku rasa cool. Kenapa ye? Perasaan aku pada masa tu cukup santai, bahagia barangkali. Aku rasa bersalah kerana aku tidak rasa bersalah.


Kanda masak untuk aku. Bila aku sampai rumah semua dah terhidang. Once in a blue moon! Okeylah...lauk-pauk kegemaran dia. Tapi sebab dia tau aku tak makan nasi malam maka dia tapaukan mihun tomyam kat aku. Tapi aku jamah juga nasi tu sikit. Bolehlah...not bad. Hehe, ada telur dadar, sardin masak lemak taruk kentang, sawi goreng berair dan ulam timun. Tak patut aku biar dia masak untuk aku. Tapi tak apalah, aku tak suruh, dia yang nak buat surprise kononnya. Thanks abang! Guiltynya aku rasa kat dia.


Malamnya aku layan cite korea lagi. Cite yang sama aku ulang part2 yang best, haishhh. Sebenornya memang syok nengok si Dennis Joseph O'neil senyum. Nak tengok banyak2 kali. Aku rasa bagus juga bila aku dah mula menahan mata tidur lewat. Because I need that as my new routine gitu. Tahan mata. So sejak hari ahad haritu aku tido jam 1 - 2 pagi. Ni kira insaf sikit. Kalau tak dulu aku tak tido langsung sampai azan subuh berkumandang! To be frank aku selama ni mana nak tido lewat. Kadang jam 10 atau 11 mlm dah tido. Aku bukan student yang rajin study atau stay back buat assignment memalam buta ke subuh. not me ok! But aku perlulah buat cam tu sekarang ni sebab aku banyak tunggakan assignment dan kalau boleh aku nak proposal aku lancarrrr jer sem ni. So sem depan terus buat jer. Insyaallah. Tima kasih kengkawan yang beri sokongan. Terutama untuk ms sebab tak henti2 soh aku buat assignment. Yelah awak, saya nak buatlah ni. Memang rasa guilty.


Anyway....patut ke aku tulis ni. Sape tahu tu tahulah. Let say sekiranya kita cuba lari menjauh dengan membawa rasa benci, atau cuba lari menjauh dengan membawa rasa sayang yang berkekalan. Manakah lebih baik? Sebab bila kita cuba menjauh, tapi masih sayang, ianya agak sukarkan? Kalau kita benci lebih mudahkan? Patutkah begitu???


Dan aku mendapati kebencian yang aku cuba bina sebagai tembok pemisah semakin menyedarkan aku tentang satu perkara. Kita patut mengasihi semua orang dan tak patut membenci sesiapa meskipun orang itu yang sedang kita cuba jauhi. Bak kata akak aku sorang ni, tak kira betapa banyak kekurangan seseorang, tuhan juga ada mengurniakan dia keistimewaan. Kita semua istimewa dalam lingkungan masing-masing. Aku istimewa, dia istimewa, kalian juga istimewa. Jadi menjauhlah dengan rasional. Jangan ada benci.


Semakin aku mengenali seseorang itu, semakin aku mendapati banyak kelemahannya, semakin aku rasa dia istimewa. Maksud aku sebenarnya it's good to know someone yang ada karakter berbunga-bunga (colourful). Tak adilkan kalau kita melihat kekurangan mengatasi kelebihan? Patut ke rasa guilty sebab tak jadi nak benci orang?


Nota : Terima kasih sebab cakap kaklong menawan (weh susah nak dengar, malah tak de orang penah cakap depan2 gitu) Hm....nice kalau ada orang boleh cakap baik2 dengan kita. Kita akan rasa nice jugak. Terkenang-kenang gitu. Patut ke rasa guilty sebab suke orang kata kita menawan?

11 comments:

Akak said...

Salam kak Long..

Setuju dgn kata2 akak Kak Long tu setiap insan ada keistimewaannya sendiri & jgn simpan rasa bersalah kerana tak jadi membenci seseorang. Akak rasa elok sangat kalau kita benci org lain..

Sesekali dipuji kan bagus, menaikkan semangat dan harga diri kita & after all u derserved it!

kamar hati said...

huhuhu...makin sedih plak, bila dgr lagu ayat-ayat cinta kat blog kak long ni...huhuhu...sayu hati ni....huhuhuhu...

MARIA said...

'Suka' dan 'benci' adalah fitrah manusia kaklong. Tak salah kalau kita suka atau membenci...cuma patut kena pd tempat, masa, ketika dan juga berpada2. Pendapat biasa2 tokma je..tak setuju tak pe!!

SWaRaKasEh said...

kak long..apakah citer korea yg best itu..? mcm best jek..huhu

Whitetulip Tales said...

sekiranya kita cuba lari menjauh dengan membawa rasa benci, atau cuba lari menjauh dengan membawa rasa sayang yang berkekalan. Manakah lebih baik?

Bagi saya, lebih baik menjauh membawa rasa sayang yang berkekalan. Sekurang2nya hati kita tak sakit. Tenang. Itu yang penting. Belajar membuang rasa benci, namun tukarkan dengan rasa sayang. Tapi, kalau diberi pilihan, saya lebih suka menghadapi kenyataan dan sayangilah seadanya tanpa rasa benci, tanpa rasa bersalah. Itu lebih adil. Berani berhadapan dgn apa sahaja di hadapan. Kita berhak utk menyayangi dan disayangi tapi kita tidak berhak utk membenci semata-mata demi kepuasan diri kerana semuanya adalah ciptaan dan anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Tenang. Damai.

Kaktiny said...

kaklong ooooo kaklong.. hang dah terbang menerawang pi mana nih?..

turun cepat.. assignment ada 4 nak kena hantaq sabtu nih.. and proposal project paper nak kena submit ahad nih..

pasai pa plak nak rasa guilty bila org puji.. hang mmg layak dipuji apa.. lagi nak raa guilty plak.. you deserve the complimentary...

dah.. start buat assignment cepat..

iina said...

Benci atau sayang? kedua-duanya ada rasa dan makna untuk difikirkan. Benci memang terjadi pada awalnya.. tapi semakin lama ia akan menjadi simpati.. sayang ada juga pada mulanya.. tapi semakin lama ia menjadi biasa dan hanya kenangan indah.. Saya pernah juga membenci dan menyayangi seseorang.. itulah yang terjadi pada saya.. mula benci.. akhirnya jadi simpati dan kasihan tapi saya tetap tidak berkawan kerana itu pilihan saya. Sayang.. tapi semakin masa berlalu.. sayang itu juga berlalu.. yang tinggal hanyalah kenangan indah.. yang kadangkala mampu buatkan saya tersenyum dan ketawa

chinta said...

kaklong, sbg manusia tak terlepas dr membenci atau menyukai, tapi haruslah dikawal benci itu..

jgn rasa guilty tapi rasalah bersyukur...setiap kejadian Allah itu cantikkan..

ladylikeme said...

kak long menarik,tertarik kau memang da bomd...huhuhu..nak rasa guilty gak ker...heheheheh

Sri Diah said...

Kak Long;
Bayangkan kalau kita hidup tanpa sesekali rasa guilty... alangkah sombongnya kita. So what... itu lumrahlah Kak Long.

Anonymous said...

kak long, i like words yang kak long tulis ni..

Let say sekiranya kita cuba lari menjauh dengan membawa rasa benci, atau cuba lari menjauh dengan membawa rasa sayang yang berkekalan. Manakah lebih baik?

As for me, berlari menjauh dengan rasa sayang lebih baik drp membenci sebab sekurang-kurangnya kita tak rasa guilty dan sakit hati.. rasa sayang mgkin lebih mudah dibina drp rasa benci.. kan?