Thursday, August 14, 2008

Cool

Hari ni memang cool. Tak tau pasal apa. Kalau nak ikut kerja aku melambak. Tadi pun seharian di MAHA 2008, bertugas. Asimen statistik ada 9, semua tak buat lagi. Asimen training design ada 2, pun tak siap lagi. Lawatan pemantauan bulan Ogos ni, ada lapan, baru dua yang aku pegi. Aku macam tak peduli jer. Research proposal yang aku janji nak email kat supervisor semalam, haram tak berbuat pun lagi. Tapi heran la, aku cool giler. Ke aku dah tak peduli? Haiyooo bahaya nih. Rasa betapa tak bertanggungjawabnya aku pada diri sendiri.
Kadang-kadang aku terfikir (memang tak baik fikir macam ni). Agaknya kalau aku ada anak macamana aku nak handle? Mungkin aku tak sambung study pun kot? Kerja baik2 dan jaga anak2 sudahlah. Bahagia. Sekarang? Inilah hidup aku, bz yang dicari, nak patah balik? Hoho cannot........duit aku dah habis dekat 10k pasal ni dah di sem 3. Kena berjuang jugakla sampai ke garisan terakhir iaitu naik pentas amik skrol sarjana aku. Lagi pun kalau aku sebut lagi nak berenti kanda kata dia nak rotan aku. Rotan???

4 comments:

iina said...

biasalah kadang kala ada masa kita seperti giveup dengan kesibukan dan kesuntukan masa.. namun apa juga kuatkan semangat.. teruskan perjuangan.. fikirkan yang +ve insyallah

Kaktiny said...

GIVE UP?!!.. meh sini aku nak BABAP ko..

jgn ngada2.. mmg ler kita COOl giler skit sem ni.. sbb.. sbb.. ntah .. aku pun tak tau SBB APA KITA SLOW MOTION sgt sem nih.. tak per.. masih ada masa nak SPEED UP..

AKU NAK AMIK SCROLL NGAN HANG... JGN LER ADA RASA CAMTUH...

KITA BULEH TERUSKAN.. KENA SET TIME BALIK CAM SEM 1 DAN 2 DULU...

ladylikeme said...

rilek..dulu kak long..dont kelam kelibut....

suara said...

Salam kak long...

MAHA...? Teringin nak pegi... tapi tak tahu masa yg ada mampu di hala ke sana atau tak.