Friday, September 5, 2008

Pagi Ramadan Yang Indah

Assalamualaikum.
Pagi ni indah. tapi kepala aku pening-pening sikit sejak sahur tadi. Biasanya aku bangun jam 4.30 pagi, masak apa yang patut dan jam 5 pagi baru aku kejutkan isirumah untuk bersahur. Memang tak tidur dah sebab jam 6.45 pagi dah keluar ke tempat kerja.
Semalam balik jer dari opis aku tunggu kanda kat umah. Lepas solat asar dalam jam 6.00 ptg kami bertolak ke Alor Gajah Melaka menjemput mak mertua dan adir ipar aku. Adik aku ni dah dapat posting ke KL. So pagi ni hari pertama dia kerja kat sini. Opis dia selang satu blok jer dengan opis aku. So dia tumpang aku pegi kerja, balik sendiri2 la sebab dia kerja bank balik mana tentu masa.
So buat sementera ni rumah aku meriah sikitlah sebab ada mak dengan adik aku nih. Tapi adik aku ni plan nak cari rumah sewa lain sebab barang2 dari rumah lama dia kat Melaka tu aku rasa adalah selori kot. Dia nak jual rumah kat sana dan start new life kat Key El gitu. Dan dia nak bawa mak mertua aku dok dengan dia. Biasala, mana2 mak pon lebih comfortable dok dengan anak pompuan berbanding menantu pompuan. Aku pon sama huhuhu. Anyway, aku menantu yang baik tau..........sebab tu mak aku suka datang umah aku huhuhu perasan!
Oh ya, adik aku ni single lagi tau, comel jer orangnya.

8 comments:

Ungku Nor said...

akak pun comel gak walopun dah ada boipren..ekekeke

*ayat perasan sorang-sorang ;p*

Ibnurashidi said...

salam ramadhann..

Semua amalan adalah dengan niat. Sabda Rasulullah SAW :-

عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر بن الخطاب رضى الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر إليه

Lawati..

http://ibnurashidi.blogspot.com/2008/09/niat-puasa-kita-bagaimana.html

tasekM said...

apsal fenin2 tu.. :)

Enche' Adykasyah said...

Ah boleh sangat la tu kak long.. Saya sudi terima dengan hati yang terbuka.. Ahahahahaa perasan pulak.. Anak dah dua lagi mau tipu.. Hehehee.. Saje je. Salam Jumaat!

www.adykasyah.com

tentangseseorang said...

ooooo comel......
kire lepas nih meriah la aktiviti mengulor kak tiny dan kak long yer?

kamar hati said...

wahhhh...bestnyer...meriah tu...time berbuka nanti sure best sgtkan...huhuhuuh...nak join sekali bleh ke???? huhuuhuh.... (",)

Wafa Nokman said...

Abg dah lepas baru nak promote.... cheh!

iina said...

seronoklah ada mak mertua n adik datang berbuka di rumah.. alah rasanya kebanyakan orang begitu agak kurang selesa dengan keluarga sebelah hby.. akak pun hehehe..

alah adik akak semua dah ada yg empunya tak leh nak promote ler.