Wednesday, September 3, 2008

Tuluskan hati

Hati aku tak cukup tulus lagi. Sebab ada masanya aku akan sedih bila mengenangkan masa lalu . Aku kadang2 tak abis2 lagi menyesal, pelik la aku ni. Sudah-sudahlah tu Kak Long. Bukan salah kau pun. Ini semua aturan tuhan.


Ini penyakit yang aku paling tak suka. Penyakit sentimental kala sepertiga bulan nak mengambang. Mula la aku fikir macam-macam kemungkinan. Penyakit Kalau-Kalau. Kata sahabat aku seorang ini, Kalau-Kalau tu bahasa setan! Kalaulah aku dulu tak....tentu aku sekarang....isk...isk...pastu mula la jadi bintang ayer mata tak kira tempat.


Sekarang apanya? Sekarang orang tengok kau melangut. Kau dah tak sama level dengan rumput dibumi, kau dah berada di pertengahan puncak tak pun di kaki gunung. Yang pastinya kau sekarang memang dah berada jauh dari paras laut! Dah sampai sini dah.....nak nyesal apa lagi ni.......adoila, letih aku melayan minah sorang ni.


Gambaran wajah2 yang pernah hadir dalam hidup aku sesekali muncul. Dan aku benci. benci sebab apa? Sebab mereka semua yang menjadikan hidup aku begini? Bukankah aku patut berterima kasih pada mereka dan bukan membenci. Mereka semua telah mengajar aku tentang HIDUP. Ilmu yang tak ada dalam sukatan pelajaran kat sekolah mahupun di universiti.


Redha. Sukarnya menjadi manusia redha yang bukan sekadar redha pada kata-kata.


Sekadar catatan merapu. Jangan amik pusing.

9 comments:

ladylikeme said...

la..awat jadi lagu tu plak....

Enche' Adykasyah said...

Pepatah Arab ada mengatakan..

"Kazaa wa Kazaa.."

Maksudnya..

Kalaulah aku buat begitu awal2 dulu pasti tak menjadi begini..

Janganlah ber'kalau-kalau' lagi ye Kak oi..

Jom serbu pasar Ramadhan...

Anonymous said...

sibukkan diri kak....

kamar hati said...

aduhai napa ni kak long???
nak tanya skit....knapa ngan kak tiny ni??? hilang tiba2...kamar msg kat kak tiny aritu...tp kak tiny kata tanya kak long...so knape ni???

Kak Long said...

ladylikeme > tak tau la. nak kata mental, masih waras

adykashah> tulah....patut tak payah berkalau-kalau dah

ady > sibuk sangat ni, tapi tak de mood nak buat keje.

kamar > tak de mende. Problem kat opis jer.

kamar hati said...

uikssss....ya ka....alahai ciannyer...tak best la plak kak tiny tiba2 senyap je...

kak long & kak tiny tak moh sedih2 tau...

Ungku Nor said...

kaklong, meh datang bukak pose kat Seremban jer laa..hehehe

iina said...

kak long..

Akak dulu juga pernah fikir cam kak long.. pernah juga terfikir kalau dan kalau.. tapi akhirnya akak redha.. memang tidak mudah untuk redha atas sesuatu.. semuanya mengambil masa.. kadangkala kita perlu fikir juga kenangan lama.. ingat insan yang pernah sakitkan hati kita.. tapi pada masa yang sama ingat juga insan yang pernah mengembirakan dan berjasa pada kita.. semua itu telah ditentukan tuhan.. pengalaman itu terbina dari kesusahan dan kesenangan dulu.. tanpa itu semua.. tak mungkin diri kita akan menjadi sekuat ini..

Jika ingin menangisi.. tangisilah bila mengadap Allah yang maha esa.. curahkan segala terbuku dihati... andai rasa resah gelisah.. buatlah solat hajat.. lewat malam hari.. andai buntu dengan study atau kerja.. atau rasa terbeban hingga tidak tahu kemana lagi ingin diluahkan.. itulah cara yang paling mudah..

Lupa nak beritahu.. andai rasa study terdesak dan terbelenggu.. akak nasihatkan buatlah solat hajat.. moga allah buka minda dan fikiran kita.. berikan limpahan ilham dan idea.. insyallah..

so jangan sedih2.. sesekali bersedih tak mengapa untuk melepaskan semua dihati.. tapi perlu juga ceria.. kerana itu lebih bahgia..

kamar hati said...

salam...singgah blog kamar jap...ada something... :)