Tuesday, September 23, 2008

Bahagian masing-masing

Baru-baru ini aku bercerita (bergayut kat tepon) dengan my doughter inlaw, lama jugak lebih sejam kot. Tentang sedihnya hati dia bila berbicara dengan emaknya, about bahagian hidup masing-masing. Aku tak nak describe la apa bahagian dia, sebab terus terang cakap la dulu2 aku selalu anggap dia sebagai orang yang beruntung. Bagi aku hidup dia perfect, dia bertuah sangat hingga kadang2 aku cemburu (ada ke patut cemburu dengan menantu sendiri). Tapi hari ini bile mengenangkan badai yang melanda hidupnya, dan seperti kata emaknya sendiri, itulah bahagian masing-masing. Redha sahajalah. Banyakkan berdoa moga2 tuhan akan memberi jalan, akan memberikan cahaya. Sebab kita tak tahu mungkin dia akan beri sesuatu di masa hadapan di atas sesuatu yang diambilnya sekarang. Macam yang aku katalah sebelum ni. Dalam hidup kita takkan dapat semua yang kita mahu. if kita dapat sesuatu kita pun akan terlepas juga sesuatu. Macamtulah lebih kurang.



Bercerita tentang bahagian-bahagian ni, aku rasa Ramadan ini memang indah. Sebabnya aku mula menerima bahagian aku dengan tangan terbuka dan penuh redha. Mudah-mudahan bukan Ramadan ini sahaja tapi sampai bila-bila.



Sepanjang bulan ni mak mertua tinggal dengan aku. Ini pun satu bahagian jugak. Bahagian menjaga mak mertua. Mak aku ni masa sihatnya sangatlah rajinnya. Mak tak cerewet, malah baik hati dan sangat sporting. Tapi ciri2 kampung mak masih utuh. Mak melayu kampung tipikal tapi berfikiran terbuka dengan anak menantu. Tu yang buat aku rasa bertuah dan bersyukur. Sekarang mak dah tak boleh buat apa2. Dah tak larat. Sekadar berjalan perlahan-lahan bolehlah, tapi nak masak makanan sendiri, nak angkat pinggan atau mug pun tak berapa nak larat. Cuma bila mak tinggal dengan kami, kami macam patah kaki. Sepanjang Ramadan ni, kami tak pernah berbuka di luar. Malah sebelum ni pun bila time mak stay kat rumah kami, kanda kena balik setiap tengahari untuk hantar makanan tapau untuk mak. kami jugak susah nak ke mana-mana sebab mesti ada orang teman mak. Tak boleh tinggalkan dia lama-lama nanti makan minum dia sapa nak jaga. Itu buat kanda dan aku risau. Sebab kami ni selalu balik lambat dan kadang2 outstation. Adik ipar pulak tak leh memandu, itu pun satu problem jugak. Kalau jadi apa-apa, nak pegi beli barang ke, pegi klinik ke at least senanglah dia boleh drive.



Kanda mula risau bila memikirkan what if mak nak duduk lebih lama dengan kami. Aku kata aku tak kisah. Nak duduk dengan kami sampai bila-bila pun tak apa. Cuma adalah yang kami kena korban sikit. Aku tak suka nak fikir kehadiran dia di rumah kami satu beban. No. Itu tanggungjawab. Tak kira la mak mertua atau mak sendiri, sama sahaja. Ini bahagian kami, kena jaga mak. Aku kadang terfikir, esok2 aku dah tua ntah sapalah nak jaga. Anak dah le tak de. Anaktiri takkan sudi nak tumpangkan aku. Masa ayah dorang ada ni oklah kut, esok2 tak taulahkan. Haissh, jauh benar fikirnya. Ntah umur panjang pendek pun tak tau lagi.



Dek risaunya kanda hal-hal ni, dia mula la fikir macam-macam. Hm, camana yek? nak ambil maid, kat mana plak maid nak tido. Semua bilik dah occupied. Infact mak aku pun tido kat ruang tamu. Sebabnya dia tak larat nak naik tangga. Bilik bawah anak bujang punya. Ada juga sesekali dia dipimpin naik tangga tido kat bilik atas dengan adik ipar. Tapi dia lebih selesa tido kat bawahla. Itu pun buat kanda tak selesa. Macam tak eloklah bagi mak tido kat ruang tamukan. Walaupun dia tak kisah, tapi kami kisah. Kanda harap adik dia akan pindah, so mak boleh duduk dengan dia dan kami carikan maid. Bukan kerana kami tak nak mak tinggal dengan kami tapi sebab risau tak de orang jaga mak masa kami pegi kerja.



Habis2 pun aku cakap kat kanda, besar pahalanya jaga mak. dan lagi, adik perempuan yang belum berkahwin adalah tanggungjawab abangnya untuk take care. Kanda kata yelah, yelah memangla tanggungjawab dia tapi kalau keje manager gaji beso, nak tanggung jugak lagi kerr??? Well i have no answer for that. Bagi aku, rezeki ditangan tuhan, satu kita beri berganda tuhan akan bayar balik. Setakat ni tak kurang pun rezeki aku, Alhamdulillah.

6 comments:

tentangseseorang said...

tanggungjawab itu bukan hanya pada wang ringgit. gaji beso tak menjamin keselamatan adik perempuan dia. gaji beso tak menjamin adik perempuan dia tidak mempunyai sebarang masalah. gaji beso tak menjamin adik perempuan dia boleh survive sorang-sorang. baik la bersusah payah menunaikan tanggungjawab sekarang dari menyesal sok lusa.

Ungku Nor said...

pujuk la kanda pelan-pelan..:)

Enche' Adykasyah said...

Uish.. untungnya.. Pintu Syurga tu.. Terbuka luas untuk Kak Long dan family... Kalaulah saya, seronok rasanya. Saya dok ajak mak tinggal dengan saya, tapi dia yang taknak pulak.. Terbalik lah..

iina said...

Insyallah.. bila ada niat tu.. allah akan berikan jalan untuk kita cari penyelesaian yang terbaik.. antara adik ipar dan mak.. kenalah tau yang paling utamakan.. insyallah tu kak long

Kak Long said...

ady > terkesima dgn nasihat adik akak ni. betul, akak pun terfikir macam tu terutama kalau dia tinggal sorang, sakit pening dia sapa nak tengok. kecualilah dia ada housemate, tapi takkan sama dgn keluarga sendirikan.

kakungku > hari2 bincang kak

adykashah > alhamdulillah

kak ina > still try to find the best solution. moga yang baik2 aje

NieZearm said...

besar hikmahnya jaga orang tua ni.. kena la byk saba. selalu klau hangin pun nasib bak la jil ada tolong tenangkan.. :)