Tuesday, September 9, 2008

Yang aku rindu, yang aku tidak mahu


Membaca entry kak ina buat aku tetiba teringat masa silam aku.

Teringat kenangan indah rasa nak balik ke zaman silam. Teringat kenangan pahit juga kadang rasa nak balik ke zaman silam supaya boleh repair balik apa yang tak sepatutnya berlaku. Kalaulah kita tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan, tentu kita takkan berada "disini" kan? Kerana itulah sejarah sangat penting.

Aku selalu mimpi balik ke masa silam. Balik ke rumah buruk dulu. Balik bermain di sawah dan mandi-manda di tali air. Balik ke zaman kanak-kanak. Aku teruja dalam mimpi itu. Aku pasti dapat membetulkan balik apa yang tak sepatutnya berlaku. Hidup aku nanti pasti lebih baik, benarkah? Tapi dalam masa yang sama aku tak mahu berada di situ, aku mahu balik semula ke zaman sekarang kerana tak sanggup lagi melalui kesusahan yang aku lalui dulu. Aku rindu pada segala yang aku miliki pada hari ini. Sanggupkah aku melepaskannya semata untuk memperbaiki balik sebahagian kesilapan lalu? Rasanya tak sanggup lagi bersusah payah berjuang sebagai anak kampung yang serba kekurangan. Pada masa tu baru aku sedar betapa berharganya kehidupan hari ini. Aku dah ada hampir semua yang aku mahu. Walaupun bukan semua, yela kita takkan dapat semua. If u wins something, u will loss something too. Right?

Masa lalu…….seingat aku semasa aku kecil memang indah, kerana pada masa tu aku hanya kanak-kanak yang belum faham erti hidup ini. Tapi saat menginjak dewasa, segalanya jadi sangat payah. Banyak air mata yang tumpah.

Dan hari ini, banyak kekurangan yang aku lalui dulu telah berbayar, tetapi hidup ini masih payah. Aku masih menangis jugak. What is life?

10 comments:

Ungku Nor said...

kaklong,
life means nothing if we know what will happen next..ok bebeh?

tentangseseorang said...

setiap yang berlaku adalah untuk kebaikan dan juga untuk pengajaran kak. Allah itu tidak zalim. Tidak salah merenung keperitan lalu tapi jangan sampai kita masuk semula ke dalam keperitan itu. Kenangan...sepatutnya menjadi kekuatan untuk kita melangkah lebih jauh. Melompat lebih tinggi.

Semalam sudahpun berlalu, masa depan kita tidak tahu. Hari ini dan saat ini yang mampu kita ubah. Bukan semalam, mahupun besok yang tidak pasti. Samaada duka, atau tuah di hari esok. Segalanya telah Allah tentukan yang terbaik buat kita. Bangunlah kak. Bulan Ramadhan bulan kegembiraan untuk orang Islam. Bukan bulan direndung duka lara

Whitetulip Tales said...

yang pasti, yang pergi takkan kembali, masa yang berlalu takkan juga berputar kembali. Berterima kasih pada kenangan pahit kerana telah mengajar kita erti kepayahan, kesungguhan, kesabaran dan yang penting, mematangkan bukan mendewasakan kerana, sejarah membuktikan, kenangan pahit banyak mendewasakan umat namun, mematangkan tidak. That is a facts. The facts that we called, LIFE. wallahua'lam..

Kak Long said...

kakungku > betul kak

ady > feel wanna cry reading ur comment

whitetulip > thanks

iina said...

Kak long

semua orang ada rasa begitu.. akak juga ada kesilapan masa silam yang akak nak perbaiki.. fikir2 memanglah.. tapi akak lebih terfikir.. kalau dapat perbaiki pastinya laluan dan kepayahan lain pulak yang kena kita hadapi.. so apalagi kita teruskan sahaja hidup yang kini terhasil dek pengalaman dan peristiwa silam..

Ingat lagi tentang rasa redha? akak dah sampai tahap dimana akak sudah redha atas segala-galanya.. makin usia menginjak.. akak makin sedar bahawa Allah telah tentukan perjalanan kita begitu.. ada sebab mengapa ia terjadi.. kadang bila terbacakan kisah2 nabi.. kepayahan mereka.. buatkan akak terfikir betapa sedikitnya dugaan allah bagi pada akak berbanding mereka.. paling tidak.. akak pandang si miskin yang tidak punya apa.. lagi sedih hidupnya..

zaman berubah dah kini.. kehidupan juga berbeza.. merenung zaman remaja sekrang sudah jauh beza dengan zaman kita.. bak kata ady.. masa depan kita tidak tahu lagi.. tapii.. kita boleh rancang masa depan itu.. kita boleh berusaha ke arah masa depan itu.. ketentuannya biar allah sahaja menentukan.. insyallah ;)

ladylikeme said...

NO KOMEN....HE..HE...

Kak Long said...

kak ina > redha...sedang belajar tapi masih belum boleh menguasai sepenuhnya. anyway tqvm, i love u lah!

ladylikeme > sudi baca pun dah terima kasih bebanyak (ibarat sudi mendengar jugak)

Unknown said...

:)

kalaulah masa dapat diputar semulaaa...

Kaktiny said...

KO INGAT KALAU ALLAH TAK BAGI UJIAN MASA LALU TU KAT KO.. KO ADA KAT SINI SEKARANG NI????... NO WAY!!!!....

BECAUSE OF MASA LALU KO TU LER MAKANYA KO BERADA DI SINI.. MENDAPAT JAWATAN DAN GELARAN INI DAN MENGECAPI KEBAHAGIAAN HARI INI..

KALAU KO NAK PERBAIKI MASA SILAM KO DULU.. RASA2 KO.. KO SANGGUP KER TAK JADI HARI NI?..

PALING PENTING.. IF TAK KERNA KO LALUI PAHIT GETIR MASA SILAM ITU.. KO TAK MERASA BERADA SAAT DAN KETIKA INI.. TERUMATAMANYA BERKENALAN DAN BERSAHABAT DENGAN AKU!!!..

KO NAK UNDUR MASA DAN JADI 'TOTALLY DIFFERENT FROM WHAT YOU HAVE NOW'??.. NAK NAK NAK?..

AKU TAKNAK!!!!...

selepas apa yang berlaku... aku ebrsyulur kerana aku melalui semua ini.. dan aku ada ko dan kawan2 blog lain yang BEST IN THE WORLD... hihihihihi

(tapi aku masih nak bertapa kat gua kelam aku ni sekejap.. bagi aku masa skit lagi sebelum aku kuar jenguk dunia balik yer... hahahhahaha... hehehehheee...)

suara said...

Salam Ramadhan kaklong
Yang pahit akan jadi manis bila disentuh masa. Kesusahan masa lalu bila dikenang balik boleh rasa indahnya. Contohnya macam mandi diperigi, bermandi hujan masa balik sekolah jalan kaki, di pukul mak bila degil dan merajuk... Itu antara kenangan yg dirasakan pahit masa tu, tapi kini bila dikenang mampu buat diri tersenyum.

Tapi su tahu tak semua kepahitan punya kesan sebegitu. Bila kepahitan masih menggigit hati, su kembali menyoal diri "Adakah Allah sedang cuba menyampaikan mesejnya yg tersembunyi pada aku? Mungkin ada silap dan dosa yg aku lakukan buat Allah menurunkan segala kepahitan ini? Mungkin juga amalan yang belum sempurna dan perlu ditambah nilainya..." Dan Su kembali meneliti apa lagi yg boleh diperbaiki...

Moga Ramadhan ini membekalkan kekuatan pada kaklong...