Thursday, September 25, 2008

Kad raya

Tahun ni tak banyak kad raya aku terima, sebab orang sekarang lebih suka sms atau antar kad raya virtual thru email segala. Aku plak, memang ada la kad raya yang kanda dah cetak khas untuk kami berdua. Kanda memang antar kad tu kat kawan2 dan klien dia. Aku plak tak berapa nak selesai pakai kad bertitle nih.
Oh ya pagi tadi kaki aku krem, semalam penat berjalan kot menyusur Jlan Ampang ke Corus Hotel. Ada meeting kat Menara BSN jam 5.00, tapi sebab orang HQ lambat sampai sebab hujan lebat maka meeting hanya mula jam 6.10 petang. DDE Exit Meeting. Aku plak sebelum jam 5.00 dah sampai, takut jalan jam. Jenuh menunggu team yang lain dan board sampai sorang-sorang. Jam 7.10 malam baru meeting abis, pastu kami pun berjalan ramai-ramai, jam 7.30 baru sampai kat hotel. Otw tu sempat singgah kantin BSN yang dah tutup tu, ambik air tin sorang satu buat syarat berbuka.
Nilah 1st time aku berbuka tanpa kanda dan diluar, tak best. Tak sedap pon makan bufet nih. Agaknya dah hujung2 ramadan selera dah kurang. Balik rumah aku lapar balik sebab aku tadi tu cuma makan sayur2 dan ratah lauk sikit2. Jam 11 malam ntah mimpi apa aku masak spagetti, hehehe....lapar beb. Banyak lagi kuahnya, nanti berbuka boleh rebus lagi spagetti balance semalam dan panaskan kuah tu.


p/s : terima kasih dekat sahabat seorang ini kerana mengirim kad raya dan duit raya ,hehehe (ke tersalah taruk?)

3 comments:

Enche' Adykasyah said...

Samalah kita.. Saya print kad raya sendiri jugak...

Ungku Nor said...

waahh..spagetti..best tuuu..

iina said...

akak dah time camnie pun tak hantar dah kad raya.. baik ol ke kad betul.. biasa sms je.. tapi student dulu2 rajin ler bagi kad.. kekawan semua sms je.. idak pun email je senang..

apa pun kalau kot2 ada nak pos kad raya kat akak kat sini adalah dialu2kan apatah lagi sini memang tak rasa sangat suasana raya.. petang raya pun akak keje.. raya ke 2 3 pun akak keje n p universiti.. so life must go on juga kan.. ;)