Wednesday, September 24, 2008

Bonus

Yezzaaa
Gaji dah masuk. Bonus pun dah masuk separuh. Walaupun tak boleh menandingi bonus yang diperolehi oleh pekerja swasta, tapi syukurlah.....ada gak rezeki akukan. Alhamdulillah.
Tapi tahun ni aku dapat dua bonus. Dari majikan dan dari kande. Sebab kanda kata tahun ni prestasi aku bagus so layak dapat bonus. Last year pun dapat, tapi tahun ni naik sekali ganda lagi. Oh ya, setiap hujung tahun juga kanda akan review performance aku untuk tentukan berapa kenaikan elaun bulanan yang aku patut dapat. Tapi aku tak pernah kesah semua tu dan tak harap apa-apa pun. Aku dah cakap kat dia, kalau bagi aku ambik, tapi nama nak mintak takdelah........Aku ni sedarlah sape diri aku. Aku tau di sebalik diri aku, aku tak sempurna, sangat2 tak layak dapat award apa-apa pun. Bagi aku dapat menumpang teduh, ada orang jaga pun dah cukup bersyukur dah. Tapi memang aku terharu dan sedih bila kanda kata dia sangat2 menghargai aku dan segala yang aku lakukan untuk kebahagian dia dan keluarga. Kata kanda jangan ingat dia tak sedar tentang segala pengorbanan aku selama ni, dan ianya tak dapat dibalas dengan wang ringgit, tapi sebab adanya wang ringgit tu, maka itulah cara dia nak tunjukkan penghargaan tersebut. Sedih aku dengar dia cakap macam tu.
Apa pun sempena ramadan ini aku harapkan bonus yang sangat aku inginkan selama ini. Tak henti2 aku berdoa, meminta dan meminta. Hampir setiap sepertiga malam. Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku. Insyaallah.

6 comments:

Ungku Nor said...

Amiinnn..mudah2an dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk setiap permintaan kaklong.

akak taktau la amende yang kaklong dok doa sepertiga malam tu tapi akak tetap nak nompang aminkan jugak..hehehe

tentangseseorang said...

okessss siapkan duit raya utk ady yer kaklong...ehehehehehe

NieZearm said...

mudah-mudahan rezeki yang jauh tu didekat-dekatkan.. selalu kita berdoa utk dpt rezeki, jgn lupa doa jgk untuk belanjakan rezeki tu..

Kaktiny said...

Aku turut doakan semoga "BONUS ITU" akan kau perolehi dalam masa terdekat ini.. sgt2 mendoakan.. semoga doa seorang sahabat juga dimakbulkan Allah.. Amin... Amin... Amin... Ya Rabbul A'Lameennn...

iina said...

kak long..

insyallah ye.. dapat duit raya lagik.. alhamdullilah.. tak nak pass kat akak ke hehehe.. ;)

Wafa Nokman said...

yey...boleh belanja makan. :-)