Monday, September 29, 2008

Mood raya

Semua orang berada dalam mood raya. Agaknye. Tapi aku masih kat opis hari ni, menyudahkan kerja-kerja terakhir seorang Yang Berkhidmat Untuk Rakyat, hehehe....
Sabtu lepas balik kg mak mertua di Gemencheh, Nogori. Hantar mak dan bantu kemas-kemas sikit rumah tu. Kebetulan hari ahad anakanda berdua balik dengan keluarga masing-masing. Malam tadi kami berbuka ramai-ramai le anak beranak (wpun aku tak penah beranak lagi, nompang ajelah). Balong bermalam sehari dan pagi ini akan bertolak balik ke Jitra, rumah mertuanya. Si bongsu plak beraya di sanalah dengan kami. Aku dan kanda akan balik ke Monceh semula esok pagi. Petang ni kami nak dating, shopping last minute kat Jalan TAR, nak cari songkok kanda sambil berbuka di luar. Sejak awal ramadan kami tak de peluang pon nak berbuka di luar so, harini nampaknya, hari ke29 ramadan...dapat jugak akhirnya kan.......
Semalam dek kerana kerajinannya kanda mengemas bilik kami yang jarang-jarang dijengah kat rumah mak, dia telah terbuang compact powder MAC aku yang baru beli last week. sikit2 hangin akak, tapi sebab puasa ni sabo jelah..... nak marah pun tak guna sebab dah masuk "telaga buruk". Dah bakar pun. Dia kata benda tu hitam, bulat macam bekas kosong jer....ingat bekas apa tak pakai dah. Cehh itu casing refill la.....sengaja beli yang refill punya murah sket. Malam tadi gak die ganti balik, kasi aku RM130. Huhuhu.....nasib ganti.............
Oklah, nak siapkan kerja dan nak tunggu kanda kat opis. Petang ni kanda akan menempuh pengalaman baru, naik train sorang2 pertama kali , huhuhu.......

3 comments:

Enche' Adykasyah said...

Kita serupa, kita serupa.. dah dekat nak raya masih ada di kota hooo.. kita serupa... kita serupa.. hari ni jalan di KL takdak kereta...

iina said...

kak long..

selamat berhari raya.. selamat balik kampung.. makan kuih raya ke lauk raya ingat2 ler kat akak.. walaupun masih kat kl xpe.. masih sempat nak balik kg..

Ungku Nor said...

Salam Lebaran kaklong.
ampun maaf atas segala keterlanjuran kata sepanjang kita bermesra..ecewahh..:D