Friday, September 12, 2008

Gastrik

hari ni gastrik. kenapa selepas 12 hari ramadan baru nak kena gastrik? aku tensi eh? ntah. apa pun puasa masih diteruskan, masih boleh bertahan, Insyaallah.
semalam bergayut lama dengan kawan aku sorang ni. kesian dia. blog pun terpaksa ditutup sementara. Apa ke bodohnya HR kat tempat dia. tak dibenarkan blogging sebab mencemar imej syarikat? Eh, bila plak kawan aku ni mention nama company dia, nama boss dia atau jawatan dia kat blog??? ada korang penah baca???
Oh, sapa punya angkara? ada la dia suspek sorang dua, tapi dia tak nak tahu sebab katanya takut nanti jadi dendam. kalau dah dendam nanti jadi gaduh, susah!
Aku kata buat dek ajelah. Namanya manusia memang biasala PHD ni. tapi tentulah sedih sekiranya orang yang PHD tu orang yang kita selalu tolong, orang yang kita selalu belanja, orang yang kita anggap kawan yang disayangi. Kan? benda macam ni tak elok ungkit, karang hilang plak pahala, macam tak ikhlas plak selama nikan? tapi kalau dah madu dibalas tuba, nak tunggu apa lagi. tell them boleh blah la.
Oh ya lagi satu. Ini sekadar nak bagi contoh saja ok!!!
Kalau kat dalam blog aku kata aku orang yang paling malas masak dalam dunia ni, korang percaya ke? takkan nak puji diri sendiri plak. hakikatnya aku sangat rajin masak, cuma kat rumah kami jarang dapat berkumpul, masak bazir jer, kalau setakat aku dengan hubby baik makan kat luar. Dulu aku memang rajin masak. Kelas malam 5 hari seminggu (Mon - Fri) tapi aku sempat lagi balik rumah, selalu aku sampai rumah jam 6.00 ptg. masak laju2, hidang dinner kata meja (at least 3 lauk) dan baru bersiap pergi kelas. Kelas aku start jam 7 mlm, tapi aku selalu sampai jam 7.30 malam yang mana depa dah break solat maghrib dan aku missed 1/2 jam pengajaran. So? adakah aku orang yang paling malas masak dalam dunia ni? Ini blog la...alam maya, bukan realiti. Tulis pun untuk tujuan yang berbeza. abih blog Tun Mahathir tu? mencemar nama Malaysia ke kalau satu dunia baca? Tak pulakkan? Sajala aku nak bagi contoh.
lagi contoh..........
DAN, kalau ada orang kata dia ni paling suka mengular kat tempat kerja, takkan korang nak percaya bulat-bulat jugak? Come on la takkan orang yang suka mengular skor markah above 95% for performance appraisal every year? dan boss dia adalah orang yang paling top kat company tuh??? Apa dia dapat markah buta jeke? kerja dia tak complete ke? so? nak pegi buat audit????? apa yang korang nak cari ni? nak seksa sapa? nak nayakan sapa? ke suka-suka jer? main-main cam main pondok-pondok. hahahaha aku gelak sampai pedih perut ni woiii. betul la kata ady, HR dia memang bodoh la kalau benda cam ni pon nak jadi isu. audit dia pon cam tak de keje lain nak buat pi print entry blog orang......
anyway, yang sudah tu sudah la, aku quote balik apa yang AM depa kata. Sekian terima kasih.

11 comments:

kamar hati said...

uikssss....apa kes macam tu plak...
mmg nak kena la org tu...
saja cari pasai no...
macam tak mengenang budi la pulok...
tah la, hati org ni kita tak leh nak jangka...
depan kita baik nak mampus....belakang kita kalo, tanduk jg ada tumbuh...

apa pun sabaq bebanyak k...qhindu betui kat org tu... (",)

Ungku Nor said...

kat rumah ni pun ada orang tengah gestrik. terukkk..sampai muntah bape kali ntah.
sian kat dia.
nak bukak pose takut kantoi kat Anjib..tak larat woo nak eksplain karang..ehehehe

tentangseseorang said...

wohhh seb baik pose... kalau tak dah tersedak2 dah nih. kaklong sebut nama ady rupenya. ahahahaha...

jap lagi nak balik tepeng! yeeehaaaaa!

Cikgooden said...

aisey kak long>>>dah dapat 'pot'la sapa yang dimaksudkan tu...Tu la kan..hasad dengki khianat memang ada selagi manusia tu masih ada kan!.rindu la kat 'dia' yg kena tu. yang dah stop blogging tu...maaf cakap, rindu kat lawak-lawak dia. Suka. enjoy. minta dia buat kat rumah la..kalau kat tempat dah takleh berblog sebab kena blok!

iina said...

banyak org byk ragam kak long.. dan memang kadang ada org dengki.. tak dapat on blog kat opis.. cari masa kat rumah ler.. yelah kdg2 dah balik rumah pun dah penatkan.. cuma pesan kat dia jangan putus asa.. akak pun rindu gak kat dia hehehe

Tokyo BLUE said...

cian....

Enche' Adykasyah said...

Hah Kak Long.. Sama macam yang saya kena hari dulu-dulu.. Ada rakan sekerja menggunakan blog saya untuk menjatuhkan saya. Akibatnya salah satu blog saya tu saya terpaksa tutup buat sementara dan hanya 'by invitation' sahaja. Perit jugak. Tapi lama-lama saya fikirkan semula, lantaklah dia nak buat apa pun, ini sekadar BLOG untuk kita meluahkan perasaan. Kat mana lagi boleh kita luahkan perasaan dengan bebas? Dan bagaimana kita nak meluahkan perasaan tu terpulanglah pada kita sendirikan? Asalkan tak menyalahi undang-undang sudahlah..

Kaktiny said...

uish.. teruknya kawan hang kena... awat sampai lagu tuh weh.. kesian betui la... hihihihi.. eh silap.. huhuhuhu..

appraisal above 95% very year?.. uish.. aku nak pi menuntut ilmu kat 'kawan' hang tu ler.. aku nih.. appraisal semedangnyer NEGATIVE.. bahana dok MENGULAR yang terlampau kot... hahahhahahha.... aku nak tanya secret recipe 'kawan' hang tu ler... kahkahkahkahkah...

ayat 'quote' yang last tu.. macam penah dengaq ler.. tapi di mana yar???.... wakahkahkahkahkahkah...

lupekanje said...

dept acik lom blok lgi blog memblog ni...tapi klu frdster, u tube tu mang dah tk leh dah...acik pun dah majuk tk ndak masuk frdster dah walupun kt umah boley...rasa tk thrill kalu masuk kt tempat yang tk terlarang nih...heheh...
madu balas tuba??
hmmm..acik baru lepas fenin ngan poblem camni...
tk pe la...satu ari nanti org tu tetuba gak diri dia sendiri. Jgn nanti jerat memakan diri sendiri.
Sekian, karam wira sins melaporkan dari blogspot.com...

Sri Diah said...

Oh Kak Long...saya dapat tangkap apa maksud Kak Long, kesianlah kawan tu... tak sangka sampai macam tu sekali HR buat kerja. Kalau mengular tak bagi sumbangan kat opis lainlah cerita... ish cakap pada kawan kita tu sabarlah. Lambat laun akan sampai jugak kebenaran.

Memang biasalah kawan-kawan - baik kata pepatah kalau berkawan tu biarlah berpada-pada, terutama kawan-kawan sepejabat. Banyak udang banyaklah garamnya.

Kirim salam saya pada Kak Tiny ya. Patulah pi ketuk pintu rumahnya, tak berjawab... Salam Ramadan al Mubarak.

NieZearm said...

org HR tu cemburu sebab dia tak ada blog. boleh ke seseorang tu didakwa di bawah undang2 cyber? klau tak bole maknanya tak salah la.. haha...