Thursday, May 21, 2009

migrain

aku patut marah diri sendiri. esok viva tapi aku tak buat apa2 pun lagi untuk presentation. sejak petang semalam sampai sekarang migrain aku tak hilang. rasanya painkiller pun dah tak jalan, nak tidur banyak kerja, nak mc...apahal cerita pasal mc aku skg kat office. apa pun good luck lah Kak Long. Do your best ya!

Wednesday, May 20, 2009

bos

Dua hari di kampung finally dapat jugak aku makan lauk ikan sepat goreng rangup, yum yum. Sekarang ni kat kampung musim mempelam (mangga). Best balik kg, rasa tak cukup je dua hari. Dari kampung aku berkampung pula dua hari di Lake Town Resort, berkursus. Penat lagi. Viva Jumaat ni, tak buat apa-apa pun lagi. Malam nilah aku pulun. Jadual sehingga 30 Jun dah penuh! Penuh dengan AGM. Ahad ni, kanda berlepas ke Miri, aku pula ke PD selama 3 hari. Hm...kursus tak abis2. Apa pun, sekarang ni hidup rasa seronok. Kerja pun best jer..maklumla dapat bos baru. Motivasi beb. Perkaitan di antara gaya kepimpinan dengan motivasi hehehe. Tapi dimensi2 dalam gaya kepimpinan tu yang kawan aku tak tahan dengar tu. Bos aku hensem, aku suka tengok dia sebab aku rasa dia macho, berkarisma, suka cara dia punya empowerment, decision making, control the situation, hm...apa lagi ek, kah kah kah....oklah dah latu....

Friday, May 15, 2009

Salam,

Wahai Cik Faezah, email saya r_maiza@yahoo.com. Projek tu dah 90%. Kali terakhir saya buat tinjauan, sedang buat wiring.

Wednesday, May 13, 2009

hm...

tetiba jer rasa lapang dada. dah binding dan kirim pada Tiny untuk antar kat JPPPL esok. frust aku tak dapat antar sendiri. esok pagi dan petang ada dua meeting menanti. waaaa...aku tak dapat nak lari. apa pun selesai sudah semuanya. cuma tinggal viva pada 29hb ni. alah....viva jer...hehehe. aku tak sabar nak collect hadiah dah ni. oklah...semput ni, hari ini berhadapan dengan board yang cerdik2, penat aku. penat nak meyakinkan dorang aku lebih pandai dan lebih tau dari dorang hehehe. time to layan channel 303. da!

Sunday, May 10, 2009

Hari ini

Hari ini, pada jam 1.15 pagi, aku tidak boleh tidur. Mungkin kerana minggu-minggu yang aku lalui kebelakangan ini masa tidur aku terhad. Maka tatkala semua sudah selesai, aku tak boleh tidur! Hah, kelakarkan? Senyum.....benar agaknya kata Tiny, tak payah tunggu setahun. Sebulan pun barangkali aku sudah mengelabah, dan akan ketagihan sesuatu. Masakan tidak. 10 tahun aku tak pernah berhenti. Bekerja dan belajar secara sambilan umpama makanan harian. Stress belajar itu sebenarnya melegakan stress-stress yang lain. Adakah stress ubatnya stress? Haha kelakarkan. Apa pun aku tersangat-sangat besyukur. Akhirnya aku dapat menyudahkan sehingga ke penulisan terakhir lewat jam 7.30 petang semalam. Ye la ni kan dah masuk hari baru. Macam tak percayakan? Dan cuti seminggu yang paling memenatkan ini berbayar. Hampir setiap hari aku menerima panggilan bertalu-talu. Sudahkan disemak bylaws yang hendak dipinda, bolehkah hadir majlis untuk menyampaikan dermasiswa, laporan siasatan aku bila hendak dihantar ke HQ. Dan ye, projek hujung bulan ini, sudah diserah ke bahu aku untuk meneraju, hah banyak kerja menanti. Apa pun yang paling utama, aku sudah rindu mak dan ayah di kampung. Tahniah Maiza, you're great! Bila lagi nak appreciate diri sendirikan?
Alhamdulillah.

Sunday, May 3, 2009

Weekend story

Aku janji pada diri aku bahawa dalam dua hari ni aku mesti selesai key in data. Penat rupanya. Sambil berselang seli dengan kerja-kerja memasak dan juga meneman kanda. Tapi semalam tengahari entah kenapa selepas data yang ke 110 aku berhenti dan sibuk hendak berus bilik air, beria-ria sampai terpercik air campuran cecair pencuci dalam mata. Aduh sakitnya. Risau pulak aku buta kang. Selesai kerja aku rehat sekejap, mata aku merah dan agak sepet sebelah. Rasa semput dan lemah lutut. Kanda risau sambil membebel. Katanya time dia sakit janganlah aku sakit, aku kena jaga diri baik-baik supaya boleh jaga dia. Lewat petang membawa kanda melawat mak mertua di rumah adik ipar. Kepala aku pening-pening tak tahu kenapa. Mungkin lama sangat menghadap skrin komputer kot. Malamnya aku ke farmasi bersama kanda. Beli ubat-ubatan yang makin susut dan check BP. Aku menumpang sekali lantaran rasa tak berapa sihat. Hah! BP kanda naik sikit, aku pulak, rendah! Patutlah aku rasa macam pening-pening. It always like this. Kalau aku stress, penat, migrain...tekanan darah aku akan menurun, ala-ala nak pitam tapi tak pitam2 pun. Alhamdulillah, aku masih sihat. Lepas ni aku kena lebih jaga kesihatan kan? Demi kanda tersayang. Aku masih ingat gurauan kanda tatkala membantu aku membaca jawapan questionaires, kalau kena stayback malam ni untuk habiskan, stayback! Takkan adik tak boleh? Abang boleh tulis paper sampai jam 2 pagi. Jangan sampai jatuh lubang dahlah! Mula-mula tu aku tak faham, tapi as I look at his eyes, ketawa aku pecah. Dia pun sama. Apalah kanda ni. Sebenarnya pada hari kanda jatuh dalam lubang tu, dia tak cukup tidur kerana siapkan paper bajet sampai jam 2.00 pagi. Esoknya bergegas pergi meeting dengan minister, petang pulak pergi power walk, dan masa balik itulah dia terjatuh, ianya lebih kepada careless. I always remind him, mine your own steps! Hm...nak jadi jugak. Apa pun semua tu ada hikmahnya. Baru aku tau betapa aku sayang dia dan ini pun ujian untuk aku, peluang aku menjaga dia.

Wednesday, April 29, 2009

ALHAMDULILLAH

Semalam petang aku terima panggilan telefon kanda, suara girang tak terkata. Laporan pemeriksaan terkini, kesihatan kanda menunjukkan peningkatan mendadak. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Dan kanda balik ke rumah semalam dengan attitude ceria, macam tak sakit langsung. Benarlah kata orang sakit ini ubat utamanya emosi. Kalau emosi kita positif, maka kita akan lebih cepat sembuh. Positif kanda menakutkan aku. Apa taknya, MC dua minggu, tapi hanya dua hari tak bekerja. Tapi malam mulalah sakit sana sini, sampai aku tak boleh tidur! Apa pun sekarang ni aku ada banyak borang soal selidik nak key-in dalam SPSS, beratus borang! Tak sabar nak tamatkan semua ni:D

Tuesday, April 28, 2009

Balai Polis

Pagi tadi selepas membuat lawatan pemeriksaan dan menyita dokumen, aku dan rakan segera ke balai polis berdekatan untuk buat covering report. Masa kat parking kereta balai polis Setapak, iaitu selepas selesai buat report, seseorang melintas di hadapan kereta aku. Ya Allah! Abang K! Kali terakhir aku jumpa dia ialah pada tahun 1996. Maknanya dah lebih 12 tahun! Sikit pun dia tak berubah (maklumlah lelaki). Aku yang banyak berubah! Dulu aku 19 tahun, kecik comel. Sekarang ni hm! Confirm dia tak perasan aku. Agaknya masa aku kat dalam balai pun dia ada tapi tak perasan aku. Agaknya. Tak apalah. Mulanya aku rasa macam nak tegur dia, tapi rasa malas pulak nak turunkan cermin kereta, jadi aku pulang terus ke pejabat. Tapi sebelum tu sempat jugak aku suruh rakan aku ushar berapa paku kat bahu dia, hehehe sabar ajelah. Sepanjang jalan aku berkongsi cerita dengan rakan tentang abang K. Hm....cerita aku pada rakan, aku ni dulu lari2 dan mengelak dari abang K yang terkejar-kejarkan aku, konon tak kelas la aku couple dengan dia, umur dia 15 tahun tua dari aku. Duda anak tiga pulak tu. Tapi sudahnya aku kawin dengan duda jugakkan? Dapat anak pasang siap jugak kan? See??? What goes around comes around! Apa pun, dari riak wajahnya, aku percaya dia kini pasti telah menemukan kebahagiaannya. Seperti kata-kata aku semasa menolak dia secara lembut dulu.

Friday, April 24, 2009

Go Go

Esok ada final exam. Terus terang aku belum tengok atau prepare apa pun. Mungkin malam nantilah. Sepanjang hidup akulahkan, tak pernah aku tak ready untuk exam. Aku nak tengok macam mana hasilnya. Dan sepanjang empat semester pengajian kali ini, tak pernah aku buat assignment cincai-cincai. Semester inilah pertama kali. Itu pun tak lah cincai sangat....Cuma aku try jadi bersederhana sikit. Jadi aku nak tengok hasilnya. Bukan apa ini pengalaman aku dan sahabat aku Tiny bila kami membandingkan kerja keras kami dengan kerja lebih kurang atau kerja cincai orang-orang tertentu. Yang mana kami dapat A dan diorang pun dapat A. So? What do I expect? Aku pun penatlah nak melayan kerenah sendiri sebelum ni yang selalu mahu perfect saje! Dalam keadaan sekarang, di tempat kerja nak kena sesuaikan diri dengan pengarah baru yang laju semacam, kanda pulak sakit buat aku tak cukup tidur dan asyik EL, kertas projek, final exam dan kertas siasatan yang tak selesai2....maka aku putuskan, aku mahu buat yang terbaik tapi sederhana dan seimbang. Cukupla kanda sorang sakit. Kang aku plak sakit sapa pulak nak jaga. Aku tahu kanda agak panik. Sebab dia tak pernah sakit apatah lagi akibat accident tak dijangka begini. Apa pun aku bangga dengan diri aku. Dalam berjaga malam sampai ke pagi meneman kanda yang tak dapat tidur sebab sakit sana sakit sini, dapat juga aku menaip 20 muka surat tugasan terakhir aku! Alhamdulillah. Kata kanda aku isteri hebat, hehehe. Memang hebat melayan harimau yang sakit. Perlu kesabarannnnnnnn yang tinggiiiiiiiiii. Go Go Kak Long!

Tuesday, April 21, 2009

apa ada pada perancangan II

Sehari dua ini aku kelam kabut. Minggu lepas aku tak masuk office kerana seminar dan juga EL menjaga kanda. Minggu ini bertimbun kes di atas meja. Serabut sekejap. Apa pun tension takkan selesaikan apa-apa. Ye tak? Kanda makin pulih. Sakit-sakit akibat jatuh sudah reda tapi tangan kiri masih belum pulih. Mungkin ambil masa sebulan dua sebelum pulih sepenuhnya. Kadang-kadang sakit ni ada kaitan dengan emosi. So, to make him happy, aku biar saja dia pergi kerja walau pun masih MC. Bagi kanda kerja itu semangat dan dengan bekerja it will make him feel better. Kurang2 ada juga driver tolong tengok-tengokkan dan bawa dia pergi makan. Aku? Sedihnya tak dapat meneman dia kala ini. Hm...study pun ntah ke mana. Apa pun moga-moga exam terakhir sabtu ini dapat aku hadapi walau pun kala ini aku langsung tak sedia lagi. Hehe...dua hari mengusung buku ke pejabat kot2 lepas jam 5.00 ptg boleh taip satu dua muka surat, hm...hampeh...berat beg je usung buku. Aku balik lepas maghrib jugak! Tapi sebab nak siapkan kerja yang tak siap2.....Kak Long SMILE please :D.

Friday, April 17, 2009

apa ada pada perancangan

Tiga hari di Melaka, sekembalinya petang semalam, lima minit lagi nak sampai ke rumah aku dikejutkan panggilan telefon dari kanda, he got an accident. Aku bergegas ke tempat kejadian, segera aku bawa kanda ke klinik, tetapi doktor menasihatkan supaya kami segera ke hospital. Aku cemas bukan main, sebab secara fizikal tak ada kecederaan apa-apa tapi tangan kiri kanda tak dapat digerakkan secara normal. Hasil x-ray mendapati tulang belikat kanda patah, tetapi tidak menjejaskan bahagian otot. Inilah kali pertama kanda masuk hospital dalam hidupnya!. He got hypertension, 1st sebab terkejut dengan kemalangan, 2nd sebab nak kena tahan kat wad. But as I knew kanda yang keras hati bertegas tak mahu stay kat hospital, akhirnya doktor lepaskan dia balik dengan syarat kena follow up. Lima minit aje tekanan darah turun semula....waduh...takut benar dia kena bermalam di wad. Jam 1 pagi aku memandu bawa kanda balik ke rumah. Semua anak-anak ada bersama kami at that time, give their support. Kanda diberi mc dua minggu, dan aku lega kerana aku ada di sisinya saat ini. Buat masa sekarang aku dah tak fikir apa lagi. Kerja ke, study ke, biarlah Allah yang menentukan. Apa pun I will manage my time as best as I can. Apa ada pada perancangankan?

Sunday, April 12, 2009

kualiti

Semalam kelas jadi hangat bila kami berbahas isu kualiti. Aku pun tak kurang kecoh juga. Ada juga yang ambil kesempatan meluah perasaan. Seronok sebenarnya berbahas secara akademik ini. Tapi bagi aku kualiti itu persepsi or maybe....just an imagination. Kisahnya.......beberapa bulan kebelakangan ini aku tak kesah sangat bab-bab kualiti barangan ni. Aku lebih memikirkan bagaimana nak meningkatkan kualiti kehidupan melalui perhubungan, iaitu dengan Yang Maha Pencipta, dengan orang-orang yang aku sayang, kanda dan anak-anaknya, ahli keluarga aku dan juga kawan-kawan aku termasuk kawan seopis yang mula aku dah confident nak bergaul lebih-lebih sikit. Tukar jer persepsi. hehehe. Tapi yang kelakarnya aku nak catat kat sini pasal kualiti barangan nih....alkisahnya aku ni cubalah nak mendowngrade diri aku, kurangkan berbelanja barangan berjenama, sebab apa ada pada jenama? Just to make us satisfied? or to satisfied others yang tengok kita tapi tak kenal kita or mungkin tak suka kat kita (ni aku ambil ayat dalam rancangan Oprah). Jadinyakan, aku pun mula dengan langkah pertama, no more handbag dan kasut berjenama. pakai jela yang ada tu, future beli je yang harga bawah seratus. Pastu aku tukar barangan skincare aku. Carol frank tu tak payah la beli dah, seketul krim malam harga RM899, tak lawa2 pun sama je muka aku, aku rasa sama jer macam pakai jenama tempatan hehehe... Bedak compact mac, aku tukar pada bodyshop, reduce la 50% harga dia. Lagi.......banyak la, sampai aku rasa nak jual je kereta aku, dan tukar pakai viva atau myvi (perasaan akula). Kesah apa orang kata mak datin naik myvi. Tapi yang nak tergelak tu, last month punya cerita. Kain ela....aku pi beli yang tiga pasang seratus ringgit. Lawa la corak dia, aku pun bangga tunjuk kat kanda. Aku kata ke arah penjimatan, kualiti barangan didowngradekan, kualiti kebahagiaan ditingkatkan. Apa jadi? Last week aku ambil dari taylor, pakai sekali, basuh...hancusss........keronyok seribu pastu warna dia turun. Dah tak boleh pakai beb. Yes harga dia murah tapi aku boleh pakai sekali jer.........apa lagi berbakul aku kena leter dengan kanda, katanya downgrade tak bertempat. Tak payah la nak tukar gaya hidup aku. Bersederhana macam biasa.......dan juga jangan terpengaruh dengan sales ye? Atau rupa paras. Sungguh pun corak dia lawa (aku sangka kualiti dia sama macam yang mahal) tapi sebenarnya kita kena hati-hati. Bukanlah semua barang murah tak de kualiti. It just that, aku tersalah beli. Pelajaran aku dapat, kualiti ialah apabila the result exceed our expectation! Tu je sebenarnya.

Thursday, April 9, 2009

I'm about to reach my destiny II?

Minggu ini hanya tiga hari aku bekerja di pejabat, minggu hadapan 2.5 hari, no weekend sebab ada dua mesyuarat pagi dan petang Sabtu dan Ahad pula kena outstation, and hm.....senyum sahajalah......tapi sebab tiap2 malam aku mengadap channel 303 jam 9 sampai 11.30 malam, jadi aku kira enjoylah! Lebih-lebih lagi kanda, pasal boleh tumpang menyendeng, bermanja hahaha.....Menunggu hari esok untuk collect questionaires bagai dijanji dengan semua respondan aku, sempat, tak sempat, sempat, tak sempat, sempat, tak sempat (sedang cabut kelopak bunga). Sebetulnya aku tak sabar2 nak habiskan semua ini. Sebab aku ada banyak plan nak buat selepas Jun ini. Tapi semunya bergantung kepada keadaan. What ever, I'll try my level best, chaiyok!

Wednesday, April 8, 2009

I'm about to reach my destiny

Nampaknya banyak sungguh kekangan masa bulan April ini. Apa pun aku percaya kehidupan kita ini telah Allah sw.t. susunkan sebagai yang terindah untuk kita lalui, pahit atau manis, masam atau masin, rasa yang pelbagai itu bila menjadi satu mampu menciptakan rasa yang sensation! Percaya tak?

Monday, April 6, 2009

oklah!


Aku agak penat, baru balik berkursus selama seminggu. Jadi entry ini sahajalah untuk kali ini. Itu pun entry arahan....masukkan gambar ni kat blog adik! hehehe...kan ke abang ada ID sendiri? Ini sebenarnya reminder nih! Minggu depan pun ada satu lagi kursus....nampaknya bulan ni separuh bulan sahajalah aku bekerja....

Tuesday, March 31, 2009

no title

Entah kenapa tiap kali aku resah gelisah atau tensi, aku akan bayangkan tubuh aku yang telah berkafan dan sedang dimasukkan keliang lahad. Dan aku tersenyum kembali. Hilang resah gelisah, malah rasa tak berbaloi untuk tensi dengan kehidupan yang hanya pinjaman ini. Bukan aku senyum sebab dah bersedia untuk mati ya! Kata Dr Fadzilah Kamsah. Programkan minda anda setiap malam, supaya esok pagi kita bangun dengan penuh bersemangat dan dapat buat yang terbaik. Semangat aku ialah untuk buat yang terbaik untuk hari ini, dan esok insyaallah. Sebab esok mungkin aku akan masuk ke dalam liang lahat. Siapa tahu?
Bercuti dua hari dengan semangat berkobar-kobar mahu siapkan assignment, tapi menstruation ini buat aku sakit kepala dan rasa loya. Jam dua pagi, idea mencurah-curah, tapi fizikal aku sudah tidak berdaya. Makanya aku putuskan kesiankanlah tubuh badan......kesian dia, pergilah bawak dia rehat-rehat, makanya aku pun terima pelawaan adik aku , hahaha...asalkan aku duduk sebelah dan dia memandu, kira ok la tu. Lama sungguh tak jejak kaki ke Alamanda, ala-ala nak sesat kat dalam tu, sabar sahajalah. Itu lebih baik daripada mengenang apa yang aku rancang tak menjadi, tatkala semua sudah update, halangan mengedar soal selidik pula. Bahagian HR terlalu sibuk sampai permohonan aku terabai. Hm bukan salah mereka, Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, dan rumours restructuring menteri kabinet (mungkin) buat majlis ini dilaksanakan dengann terkejar-kejar. Aku fahammmm sangat, sebab aku dulu kepala event! Time orang sedang bz dengan event besar janganlah kau kacau....silap2 kena herdik. Nasib aku tak kena herdik! hehehe sebab directornya itu baik ya amat (itu orang cerita pada aku). Tapi mungkin betul sebab aku sudah jumpa dia. Tak apalah..........ini faktor luaran dan luar kawal. See??? Kau sudah buat yang terbaik tapi ada lagi faktor-faktor luar kawal yang Tuhan hantar sebagai ujian. Sebab itu apa yang kita rancang dan laksana tidak jadi seperti yang kita mahu! Wallahualambisawab....

Saturday, March 28, 2009

rindu

rindu masakan emak, rindu kampung........tapi assignment saya masih ada separuh tak siap......bulan ni jadual sangat padat, mencabar sungguh! Mesti mak dan ayah rindukan kami jugakkan? Kalau sudah sampai hantar sms kepada anak sulong dia ni.....Maafkan kami sebab lama tak balik. Tapi insyaalalh, akan kucuri masa itu walau apa pun yang terjadi. Restu ibu bapa sangat penting untuk perjuangan yang sudah sampai kemuncak ini.

Tuesday, March 24, 2009

Kritikal

Pengajian aku kini di tahap yang kritikal. Tapi kenapa aku relaks hah?

Thursday, March 19, 2009

Victim?

Rumours ni sudah acapkali aku dengar. Kalaulah benar, ini memang sesuatu yang menyakitkan untuk dihadapi oleh dia. Namun ia bukanlah pertama kali aku lihat, sebelum ini di tempat kerja lama pun it happened. If you're too good, pun tak bagus. Tapi kalau kita teruk sangat pun (malas, lembab, tak disiplin etc) lagilah tak bagus, ini memang sah2 nak kena ambil tindakan. Aku masih ingat seorang bos yang kebetulan menjawab soalan pak menteri dengan jawapan yang dia tidak mahu dengar, akhirnya ditukarkan ke sebuah meja tanpa fungsi. Hari2 datang kerja merayap sana-sini around the department, baca surat khabar, dan akhirnya memilih bersara awal. Sakit jiwa kalau terusan begitu!. Kalaulah orang yang diletakkan di meja tersebut benar-benar teruk tak apalah, but what if ia hanya disebabkan persepsi yang salah, politik di tempat kerja atau aduan tak berasas pihak yang memang berniat untuk menjaga kepentingan sendiri?
Kata kanda, untuk jadi seorang ketua, PR mesti bagus, budi bicara dan pertimbangan mesti tinggi. Jangan berlagak bagus dan terlalu ikut buku. Ini kerana "buku" itu hanya satu terma rujukan atau peraturan yang dibuat oleh manusia. So kena adunkan semuanya, barulah boleh jadi ketua yang cemerlang. Apa pun kejadian-kejadian ini mengajar aku satu perkara, buat yang terbaik, tetapi reaksi sederhana. Dont over! Nanti mungkin akan jadi mangsa seperti mereka juga. Kerana kita berurusan dengan manusia. Hati manusia ni macam-macam. Dan dalam hal kerja, aku percaya beside niat yang ikhlas semua orang nak jaga periuk nasi masing-masing. Apa pun Allah tahu apa yang ada dalam hati kita.

Tuesday, March 17, 2009

Compliment

Dulu kanda selalu kata kat aku ayat ni "they are my tools. I perlu gunakan diorang untuk capai objektif I". Jadi kalau bos kita selalu suruh kita buat itu dan ini walaupun itu bukan kerja hakiki kita, adakah bermakna kita ni tools??? (rosak pemikiran aku dek falsafah kanda hehehe). Semalam petang aku terima panggilan dari HQ, someone introduced herself as Julia. Aku telah diminta hadir satu perbincangan (atas arahan Ketua Sektor). Aku cakap aku tak boleh pegi sebab kena dapat pelepasan bos aku dulu, so that lady quote ayat bos dia, bos kat sana adalah bos kepada bos aku, jadi aku mesti kena pergi! Pagi ni baru aku tau that Julia is Dr. Julia actually. So apa aku kena buat tiba2 jer dipanggil ke sana? Aku pergi tadi dgn blink2 idea. Hm rupa2nya...aku dan Dr. Julia ni diminta oleh bos kepada bos aku tu untuk contribute dalam satu paper, yang dia nak present Saturday ni kat satu konvensyen. Why me???. Jawab that lady boss...I dah test kerja u sebelum ni. (Wow....what a compliment! ) Again, I think I'm a tools. Beside that tentulah aku ada bakat yang nak diguna. Patutkah aku rasa terbeban atau rasa bersyukur? Dan aku putuskan, aku kena guna peluang ni sebaik mungkin dan bersyukur. Buatlah pelan2 kak long, kalau tak cukup masa kau tak payahlah tidur semalam dua ni. Buat dengan IKHLAS ye......