Okeh, sebelum aku memulakan kewajipan aku di pagi yang hening ini, maka wajiblah aku mengapdet entry aku yang pastinya agak boring recently.
Hidup aku teratur banget sekarang ni. Walau tak de anak kecik kat rumah aku tapi rumah aku ramai penghuninya, dan juga tetamu yang kadar kekerapan datangnya -1-2 hari sekali gitu. Dah la datang tak bagi notis, selalu nasi dan lauk tak cukup. Kelam kabutla aku. Anyway, aku suka jer dorang datang selalu dan makan masakan aku yang tak berapa nak sedap ni (walaupun ada orang tu dulu lama boikot masakan aku - konon nak berdikari :p)
Akhirnya aku sound dorang, len kali nak datang jangan mengejut camni. Kasitaula boleh umi masak banyak........Aku soh kanda sound dia tanak. Oke oke takpe, cam ginilah (ini perjanjian malam tadi) Kalau anak2 mai tak bagi notis disebab kegagalan ayahnya mengkomunikasikan mesej maka kami akan makan kemudian (nasi round kedua) bagi tetamu makan dulu! Eh...tak nak plak...karang lapar camana??? Laki aku nihhhhhhhhh.
Dan aku, I dont care. Kalau nak makan serentak aku akan cakap, nasi tu tak cukup....kena la bagi sorang sikit sementara nasi yang baru letak tu masak. lLauk....makan le apa yang ada, takat tambah goreng telur sempatla....
Rutin beb. Sukar aku nak membiasakan diri dengan kerutinan baru ini. Tapi bagus gak, nampak macam ada fokus gitu. Aku suke jer. Tapi aku penat la. Alhamdulillah, kebahagiaan yang patut dihargaikan?
8 comments:
Hmm. teraturnya... :)
Bila paper exam lagi Kak Long?
I will have my last paper today at 1415hr.. Uiih.. Tekanan!!!!
kasik sambal sardin kalau dtg mengejut. ehehehe
adykashah > dah merdeka untuk sem ni.
ady > sardin? abis kalau yang selang sehari atau tiap hari dtg tu org yg sama???
oleh sebab keteraturan dan kefokusan ngko mengatur idup baru (yang tetiba ramai plak yer penghuni utk time makan... yang boikot tu masih membungkus tak?.. hahahahhah).... makanya.. adalah kesukaran pulak utk aku nak slot in dlm rutin ngko ngan aktiviti-aktiviti kita.. huhuhuhuhu..
takpa takpa.. nanti2 diorang pindah kan kan kan.. (hihihi...jahat aku weh..)..
minggu ni hang tak dak.. so, minggu depan jadik tak nak pi foot spa?.. (adiah besday hang tuh...)
tiny > aku rasa tak nak bagi mak aku pindahla. rasanya makan minum dia lagi teratur dok dgn aku. Tghari pun hari2 laki aku balik antar nasi:p. Lagipun mak aku tu kan the most sporting and understanding inlaw.....
pasal footspa? hehe...jumaat tghari boleh pegi ker? tapi parking kat situ susahla.
kak long
kalau kena masak hari-hari mau pening fikir apa nak masak.. tapi nanti lama2 pandailah nak adjust masa dan apa nak masak.. :)
iina > rasanya dah mula adjustable hehehe
Su pun selalu mintak sesapa (kawan atau sedara mara)yg nak datang umah, bgtau dulu. senang nak bajet masak berapa byk.
Post a Comment