Thursday, November 27, 2008

paras hidung

Mula-mula dia kata aku buatlah...nak jadikan Wilayah aku sebagai contoh. Dia kata aku buat je, create my own format, so aku pon berhempas pulas la buat, siap minta contoh dari kanda lagi, Siaplah akhirnya, dah bagi kat dia untuk semak hari Jumaat lepas lagi. Tiba2 pagi semalam dia bagi aku format baru, yang aku bagi kat dia ntah kat mana tak jumpa cari. Means aku kena buat balik pakai format yang dia bagi. Lepas tu aku dapat panggilan HQ, pagi ni nak kena discuss kat sana. Pagi ni kauuuuu. Petang semalam aku ada meeting, masa bila nak buat!!!. Sudahnya aku angkut semua bawak masuk dalam meeting, sambil meeting sambil buat. Tengah dok meeting tiba2 call from HQ kata tak jadi pulak pagi ni, tukar pagi esok. Lega! Sok sek sok sek, dorang tanya kenapa aku kena buat??? Kenapa aku yang kena pi bincang kat HQ. Kan ke kat sini ada dua deputy director, dan ada sorang senior assistant director? Aku ni sapa??? Hm...ada dua sebab jer, samada dua2 deputy director tu memang tak boleh pakai atau aku bagus sangat, kah kah kah (masuk lif tekan sendiri). Tapi menitik gaklah ayaq mata pagi ni, gua tertekan beb, dah paras hidung. Dengan nak melayan kerenah klien cerdik pandai aku lagi, sapa tu? Anak didik pendeta Za'aba! Itu baru sorang. Yang lain-lain tak yah cerita la.........Apa-pun nak pujuk hati kena la kata camni. Ini tempat aku cari makan, kerja itu juga ibadah...........Inilah harga yang aku kena bayar untuk jadi wanita berkerjaya, berpelajaran dan berharta....hehehe. Sekurang-kurangnya takde orang berani ugut atau takutkan aku macam yang berlaku kat dia itu, "lagi sekali cari pasal jangan paksa dia...dia boleh buat keputusan". dan dia paling takut ugutan macam ni, kerana dia sangat memerlukan orang itu. Kalau aku, aku kata boleh blah jer...........
mesej : Orang akan rasa riak bila dia tau kita sangat bergantung padanya. Adalah lebih baik kita boleh berdikari and show our own pride.

5 comments:

Kaktiny said...

"lagi sekali cari pasal jangan paksa dia...dia boleh buat keputusan"... sampai camtuh sekali?.. grrr grrr grrr... geram aku dengar weihhh...

lah.. ko tak jadik pegi hari ni?.. alaaa.... aku ingat diorang dh jumpa MORNING GLORY pagi ni..hihihi..

Aku sokong bab PASAI HANG BAGUS SANGAT - pasai tu hang kena buat.. and this is the next step for you to reach the title KP.. aku bangga aku bangga...

dan aku bangga gak kita sama2 lulus statistik.. tak sesia bersengkang mata..

dan hang punya word mmg menjadikler.. BELAJAR CARA BELAJAR... hihihi..

pun akusokong mesej hang.. berdikari and SHOW OUR OWN PRIDE..

Ungku Nor said...

haiihh..betul sangat2.

cepaattt la akak start keje ndaknya..hehe

tak pun jadik PA kaklong, buleh?
;p

ladylikeme said...

betul..betul...(kata upin dan ipin)

tentangseseorang said...

yeap....kalau org dah riak sangat dengan kita. meh kita tunjuk skek. kita boleh survive tanpa dia. ehehee

iina said...

Yg penting kita tahu kebolehan kita dan yakin dengan diri sendiri..

Ada masa kita perlu tegas dengan kehendak dan kemahuan sendiri.. ;)