Tuesday, November 18, 2008

entry yang panjang II

Dulu-dulu aku selalu rasa macam wasted jer apa yang aku belajar sebab tak penah boleh diimplement dalam kerja aku. Kerja aku dulu kena banyak guna kecekapan berfikir, last minute action dan juga kemahiran mengurus keadaan terutama dalam suasana yang tak terjangka (walaupun kita dah plan elok2) tapi tak semesti jadi macam yang kita nak. Tak de peraturan sangat tapi kena banyak pakai common sense dan kerapkali memakai istilah “kita yang buat dia” bukan dia yang buat kita…..

Cerita-ceriti dengan kawan-kawan, ramai la yang bagi hipotesis yang boleh diterima gini..... ala….memang apa yang kita belajar tak sama dengan kerja la…10% yang jer boleh pakai….Masa tu aku setuju.

Tapi hari ni pulak aku betul-betul rasa semua yang aku belajar dulu sangatla berguna. Boleh kata every single subject pakai balik. Kalau tak ingat harus kena buka buku teks balik. Naseb la masa aku buat BBA dulu (sebab baru buat less than 5 yrs) jadinya ilmu tu kira ilmu baru. Buku teks pun semua latest version, imported! Kami tak pakai modul keluaran uni. Semua buku tu mahal-mahal, ada yang sampai RM300 sebuah buku jadi yuran pun mahal gak la kan. Ha….selongkar balik kotak2 aku…..

Cuma aku rasa bila dah buat master ni, aku patut fokus satu bidang jer kalau betul2 nak jadi profesional. Bila aku dah pilih HRD, maka aku rasa bidang kerja aku sekarang macam tak sesuai jer dalam jangka masa panjang. Beberapa orang yang aku kenal especially yang dah dok kat post macam GM Human Capital (ni nama glamer sket ikut arus perdana) or GM Change Management, aku tengok susur galur kerjaya depa memang fokus…..tu yang boleh sampai ke situ. Ni gara2 terjumpa nama seseorang lead this society yang aku kenal benar….

Aku mula terfikir…kot aku nak pegi ke tahap tu aku tak boleh la dok kat post sekarang. Tapi post la ni macam satu asas yang kukuh sebab jadi ketua wilayah dan jaga ‘anak-anak manja” aku yang involved segala macam business ni boleh pakaila experience tu sampai satu level. Sebab boleh tahu setiap bahagian operasi keseluruhan organisasi. HRD Cuma salah satu bahagian yang penting tu. Tapi sampai bila nak buat keje rencam nih??? (dulu kat opis lama aku soal camni gak…sabar jelah kat diri sendiri)

Kepala aku dok mengatur strategi 5 tahun. Hehehe. Actually aku sekarang berada dalam Rancangan Lima Tahun ke 3 (21-25, 26-30,31-35) Yang pasti masa umur aku 35, aku dah abis master dan aku mesti dah hold position kat HR area. Tapi di mana? Well it can be keluar dari sini pi tempat lain atau guna rangkaian (tak pernah guna lagi) yang aku ada untuk di pindahkan ke HR Department, at least dapat lead unit dulu. Takkan depa tak mo pakai aku yang berilmu nikan??? Daripada aku pi tempat lain baikla transfer aku ke tempat sepatutnya. Pastu baru la mendaki…level ke level sampai jadi DG alias CEO hehehe (mampos kena gelak kalu kawan2 aku tau). Tapi kanda selalu kata kat aku, aku akan ke sana. MS pon penah kata, aku hanya akan tinggalkan tempat ni setelah jadi KP (masin la mulut kau). Tiny! Hang pon kata cam tu gak kan???Aku pun rasa chances aku nak ke sana memang ada….

Tapi hakikat bidang HR (sebab aku penah dulu jadi HR assistant untuk dua company (1st – finance company yang staff seramai 500++ orang dengan cawangan seluruh mesia, 2nd sama gak tapi staff ada 200++ jer. Masa tu aku dok kat satu unit kecik jer (benefit and compensation dan lagi satu payroll) Demam aku. Teruk keje HR ni tau tak? Tak caya tanya la sapa2 yg keje HR kalau staff ramai, contoh agensi kerajaan sudahla macam DBKL (tu kerajaan tau) sabtu ahad staff HR kena kerja, depa ada 5 – 10 ribu pekerja tetap, kontrak, sangkut, sambilan. Migrain dok kat department tu. Hiiiiii larat ke ?????????

Sometime aku fikir apa la yang aku nak kejar sangat duniawi ni….boleh jer kalau aku tak mo pening-pening buat kerja aku end up kerjaya aku as lecturer, mencurah ilmu……... Tapi bukan nak cakap jadi lecturer ni susah nak naik tau…..memang la ada gelar dr, prof, segala tapi serius….kerjaya lecturer susah nak naik.…….. tak caya tanya la lecturer, pastu pay dia pon tak berapa nak competitive (cam material beno aku ni –Tiny hang tau ka sapa bagi ilmu ni kat aku???). Boleh kata kerjaya profesional tapi pay yang paling tak competative di Malaysia– ni Dr. J yang kasitau ok (iina tolong jawab betui ke tak).

Last sekali aku kata (sendiri jawab)….ala….ada kerja pun dah syukur, kalau dengan post sekarang pon, katala tak naik pangkat dah sampai bila2, tak pi mana dah, hidup aku dah terjamin……sampai masa mintak posting jaga wilayah tepeng ka….wilayah seberang parai utara ka….wilayah kerian ka. Bukak tanah buat rumah ala resort idaman aku kat tepi bendang hahahahaha. Pastu berkebun sayur belakang rumah, berkebun bunga depan rumah…..part timer jaga projek-projek koperasi adik beradik (plan bagusss punya) hahahaha……bak kata kanda kita hidup moderate tapi semua ada dan tak payah penin-penin kepala….tak gitu????

Letih la berurusan dengan “orang-orang pandai” dan “orang-orang besar” yang mengaku kenal dan ada hubungan dengan “orang-orang pandai” dan “orang-orang besar” tertentu. Serius, aku pon boleh mengaku aku orang besar apa? Aku pon boleh mengaku kenal orang2 tertentu apa? Memang betui pun kan???? Tapi malas la akak…….benda tu bila sampai masa yang mendesak baru pakaila…kalau tak , idak le nak tonjol diri demi kepentingan macamtu. Tak kuasa akak….contohnya macam semalami…hai semua orang kawan baik dia, lawyer tu yang buatkan bylaws dia… adik menteri tu…menteri ni…adik tun razak pon kawan baik dia, lagi…ketua hakim Negara (bekas) pun kawan baik dia…bla..bla…bla…bekas anak murid pendita za’aba…..penggunaan linguistik dia lagi bagus….ayat dia lagi betui…undang-undang seragam kami tak berapa tepat, dia dulu amik law kat London….undang-undang Malaysia ni bla…bla..bla…adoilarrrrrrrr. Rasa macam nak mintak posting hari ni gak…..(posting lagi......)

Pagi ni perbincangan singkat dengan boss aku, why are this people selalu menyusahkan kita??? Hehehe…….kerja kita memang untuk disusahkan oleh mereka dan keluarga mereka…….(dalam hati)

2 comments:

iina said...

emmm..

mudah je nak jawab tepuk dada tanya iman dan tanya minat..

setiap kerjaya tu ada kelebihan dan kekurangan dia.. lecturer susah naik pangkat? well depends.. kalau fikirkan duit dan gaji yang tinggi... memanglah lecturer nie takdelah gaji tinggi sgt tapi kalau dh pangkat prof n ada research grant international.. gaji yang ada pun tak pakai dik simpan je..

lecturer nie yang saya suka sebab cabaran ilmunya.. liputan tentang ilmu-ilmu baru nie yang paling mudah kita dapat.. kalau kerja private mmglah skill yang excellent but pertambahan ilmu itu kurang.. cabaran meneroka ilmu baru juga kurang..

terpulanglah masing2.. saya lebih suka mengajar setiap semester saya dapat ilmu baru pengetahuan baru.. jumpa mereka yang pakar dan betul2 pakar dalam bidang tu merata dunia.. kongsi ilmu.. mudah nak dapat pengkongsian ilmu dengan mudah samaada online atau face2 face..

kak long.. rasanya siapa yang jadi lecturer belum penah lagik akak tgk miskin harta.. lagi2 pulak buat part time teaching mana je universiti yang xnak sebab ada pengiktirafan.. lagi2 ada dr n ada title prof.. ;)

Kak Long said...

iina > thanks, banyak lagi maklumat yang saya kena korek nih....tak leh dengar pendangan sorang dua jer.

betul, apa pun tepuk dada tanya selera....(masih tak sure selera sendiri - sabar jelah)

agaknya saya kena pi kaunseling kerjaya nih...hehehe