Wednesday, November 19, 2008

Asam-garam memblog


Macam-macam yang aku dengar cerita tentang dunia maya ini. Dan jangan kata aku tak mengalami kesan buruknya. Hanya aku saja yang tahu.........

Tapi bagi aku apa pun yang kita buat nawaitu saja tak memadai. Yes, memang tuhan nilai kita berdasarkan nawaitu yang baik, tapi orang tak tentu lagi dapat mentafsir nawaitu kita dengan tepat. "Apa yang kita tulis tak semesti sama dengan yang orang baca".

Apapun, blogging adalah terapi yang sangat aku sukai. Aku banyak berubah sejak memblog. Sejak aku menulis diari kaklongsayang, aku tahu kenapa aku ada di sini. Tak ada objektif untuk menarik perhatian sesiapa. Aku menulis syok sendiri.

Kemudian aku stop menulis diari sebab aku mula rasa blog aku menjadi perhatian dan mula ramai pengunjung. Aku malu. Sebab blog tu banyak cerita peribadi. Aku mula dengan blog baru sebab aku rasa proses penyembuhan tu berkesan. Kaklongsayang banyak merubah aku.

Tapi aku mungkin terlupa berpesan (atau mungkin juga aku jenis yang tak suka komen/kritik orang) pada sahabat aku ini tentang beberapa perkara. Dan juga mungkin aku ni tak terbuka sangat bab2 nak menegur kelakuan orang. Sebab aku selalu kata kat diri aku, he eleh, nak kritik orang macam aku bagus sangat. Ataupun aku kata, kot nanti aku tegur, orang tersinggung. So, aku tak buat.....

Sama jugak kalau aku tersinggung dengan orang, aku selalunya tak tunjuk. Sampai sudah pun orang yang menyinggung perasaan aku tu tak tau. Aku akan pujuk diri sendiri dan kata, apa hal yang kau nak sensitif tak bertempat ni, orang tu tak bermaksud macam tu pun, ntah dia gurau jer...dah mulut dia cam tu nak buat macamana.....tapi hati dia baik. Kau tu yang kena berubah jangan jadi sensitif sangat. Itu aku, lain orang lain mungkin lain pulak caranya.

Tapi hati aku berdetik, tentu akan jadi sesuatu ni kalau tak de orang tegur atau pesan. Betul pun jadi...........Aku rasa bersalah gak sebab patutnya aku jalankan peranan aku.......but again, layak ke aku komen atau kritik orang, aku ni kalau komen jujur giler. Takut nanti menyinggung perasaan orang pulak....................

Apapun kita ambil pendekatan beginilah. Dalam hidup ni, selalunya orang yang berjaya ialah orang yang pernah buat silap dan kemudian memperbaiki kesilapan, orang yang pernah gagal dan kemudian mengatasi kegagalan, orang yang pernah jatuh dan kemudian bangun semula dan orang yang pernah kecewa dan kemudian membina bahagia. Barulah rasa asam garam dan manisnya gula...........

Belajar tak semestinya atas apa yang berlaku pada kita, tapi juga atas apa yang berlaku di sekeliling kita...............

Pesan aku (kalau layak la nak pesan orang) belajarlah dari apa yang berlaku dan ambil positif setiap yang kita tempuh itu baik atau buruk. Kalau perlu berubahlah......BELAJAR CARA BELAJAR

4 comments:

Ungku Nor said...

takut nak komen pape gak kaklong..ehehehe

kalo kaklong ada terasa hati kat akak gak, akak mintak ampun dan maaf.
Sungguh2 akak mintak ni..

kita kadang2 tak sedar apa yang kita sebut tu, sebenarnya pisau belati di hati orang lain..kan?

Kak Long said...

kak ungku > hehe....takpe2....adat berumahtangga kadang2 memang ada la ujiannya hehehe

Kaktiny said...

aku sedang melalui proses BELAJAR CARA BELAJAR..

and I always need ur 'teguran'.. sebab ko jer tahu CARA TEGUR aku.. kehkehkeh...

Oleh kerana aku ni jenis yang "OVER THE ACTING".. makanya.. masih banyak yang aku kena belajar..

hmm.. pendekatan ko kali ni menarik dan aku 'ambil pengajaran' daripadanya..

benar blog ni terapi.. (kekadang aku lupa apa tujuan asal aku buat blog dulu...) hhihihihii..

aku rasa aku perlu perbaiki jati diri..
"Kau tu yang kena berubah jangan jadi sensitif sangat..." - I LUV THAT!!.. hehehahahhehaha..

tentangseseorang said...

kak, ady nak quote something dari sini ke blog ady yer...
tenkiuuuu....