Sunday, February 15, 2009

Kak Ros

Aku jumpa Kak Ros, beberapa kali tapi tak minat nak bersembang. Sekadar hantar dan ambil baju sahaja. Tapi entah kenapa Jumaat lepas tergerak hati nak bersembang lama sedikit. Aku duduk di hadapan Kak Ros sambil melihat dia bekerja. Kak Ros bercerita pada aku tentang ujian yang dihadapi dalam berniaga. Kata Kak Ros kalau tak kuat memang sudah lama tutup kedai. Tapi dia percaya rezeki Allah yang beri, yang penting kita mesti tahu di mana kunci itu. Aku kata aku pun tahu kunci itu, tapi sejauhmana kita mampu melakukannya dengan ikhlas dan tawaduk. Kak Ros sangat bahagia, dia rasa seperti sedang bercinta. Aku senyum sahaja. Beruntungnya Kak Ros dapat merasainya dengan begitu mudah. Sikap Kak Ros yang kuat dan tabah dicemburui anak perempuannya. Sehingga satu masa sang anak berdoa dia mahu jadi seperti mamanya. Dia meminta tuhan tunjukkan padanya. Dan dia bermimpi. Dalam mimpi itu, dia melihat mamanya bagai penghulu (imam) dan di belakangnya ada barisan saf yang mengikuti mamanya berzikir. Sang anak duduk dibelakang sekali. Dia tak dapat ke saf hadapan kerana tak ada tempat untuknya. Tapi sang anak sempat bertanya dua orang wanita yang berada di belakang kiri dan kanan mamanya. Kedua-duanya memperkenalkan diri sebagai Siti Sarah dan Siti Fatimah. Semasa Kak Ros bercerita tak semena-mena air matanya mengalir. Cerita Kak Ros tentang mimpi anak perempuannya itu buat aku terpegun. Berapa ramai dari kita bisa mendapat mimpi begitu??? Dan kalian boleh mendugakah siapa Siti sarah dan Siti fatimah itu???

2 comments:

ladylikeme said...

masa baca entri nie..saya ulang 2-3 kali...wah..bertuah sungguh kak ros tue kannn...

ns said...

Baca entry ni baru teringat..mlm td sy mimpi arwah nenek sy :)

sedang tido nyenyak..sy tgk dia sambil lalu je..
sedar2 terus sedekahkan alfatihah.