Saturday, January 3, 2009

Scanner kanda

MALAM TADI AKU MINTA IZIN NAK KELUAR DENGAN SAHABAT AKU SORANG NI..........
You tau tak I scan semua kawan-kawan U. I ada instinc yang tinggi, I boleh baca sekali tengok air muka dia jer, so, I luluskan u nak berkawan dan keluar dengan si ABC. I trust her and I know dia tu memang "budak" bagus. Lagi pun kalau jadi apa2 I tau la nak cari u kat mana, I ada no tepon dia, I dah tau rumah dia kat mana dan I hafal no plat kereta dia (hati2 kanda hafal sumer no plat kete kawan aku yg keluar/bertandang rumah aku, cisss). Ingat ye, hanya dengan yang I luluskan sahaja u boleh berkawan, faham?
Ada masa dia tak luluskan/ tak berapa berkenan, tapi aku pun degil gak.....aku rasa adik aku yang dok serumah dengan aku tentu masak ranum dah dengan peel kanda nan satu ini....He is too protective! (Bagus laki kita protect kita, selamat hidup insyaallah). Kena King Control? Hehehe....... aku dilindungi la....... Tapi ada masa aku membentak gak....sebab aku nak kawan jugak...nak kawan jugak....tanpa peduli dengan analisa kanda terhadap si ABCDEF yang pada dia ada melakukan"sesuatu" tuttttttttt. Ces lancang mulut abang! Jangan suka tuduh orang okeh, berdosa! (beria-ia aku membela). Tapi akhirnya aku mengakui telahan kanda benar belaka, sejak dari awal lagi instinc kanda tepat!!!!!. Pehhh gua respect giler kat laki gua bab scanner mengscanner ni....cuma dia tak patut tau la apa yang dia kata tu betul. Gua malu beb, sebab aku ni bab membela kawan sanggup gaduh laki bini, hehehe....... padan muka aku, tapi......tak apalah, inikan kehidupan. Mana ada orang sempurna. Yang penting dalam persahabatan ialah keikhlasan dan kesetiaan. Bak kata kanda, I dont care dia smart ke, lembab ke or kat luar dia perangai macam setan ker, if as an employee, dia loyal...I akan bina dia sampai jadi seorang pekerja yang bagus dan hebat!. Sebab LOYALTY is very important. Pekerja yang loyal akan buat apa sahaja untuk boss dia. So, aku pun selama ni pegang prinsip yang sama, sesiapa yang aku terima sebagai sahabat aku, aku takkan benci/buang just becouse of KEHIDUPAN dorang yang tak sama dengan prinsip aku. Sebab tu sampai sekarang aku sayangggg I**. Walaupun kehidupan hitam dia aku tahu, tapi aku tak sisihkan/jauhkan diri dari dia, sebab sebagai sahabat di sangat LOYAL! Dia bersama aku susah dan senang. Malah sepanjang aku serumah dengan dia dulu, aku melihat banyak sikap terpuji dia yang lain, selain kehidupan hitam yang dia alami itu. Alhamdulillah, kini dia dah jauh berubah......kan tuhan tu menerima sesiapa sahaja, asalkan kita benar2 ikhlas ingin kembali padaNYA.

4 comments:

Kaktiny said...

YEA YEA AKU "LULUS".. YEA YEA.. YEEHAAAA... kehkehkeh..

(tak sabaq nak habiskan sem ni... tak sabar nak grad... nak TUNTUT 'promise' kanda hang...)

aku pun nak 'request promise' kat laki aku gaks.. hehehehee....

(bila lagik kita nak 'pow' depan kan kan kan... warghkahkahkah...

Kak Long said...

Tiny > SAHABAT LOYAL SAHAJA DITERIMA OKEH . SEBAB AKU NI STANDARD TINGGI. DAH CUBA TURUNKAN STANDARD SEBAB TAK NAK DIKATA SOMBONG DAN MEMILIH KAWAN, TAPI HASILNYA GUA TERKENA. TAK PASAL-PASAL JER GUA DICEMBURUI DAN DISALAH TAFSIR.

UJIAN...UJIAN...PATUT KE AKU MARAH??? ATAU SALAHKAN DIRI AKU JER SEBAB CUBA JADI TAK SOMBONG SERTA BERKAWAN DENGAN SEIKHLAS MUNGKIN? TAPI AKIBATNYA TUTTTTT. INGAT AKU NI SAPA??? TOLONG FIKIR 100 KALI KEPADA ORANG YANG RASA AKU NI CUBA NAK RAMPAS SESAPA. HELLOOOO, YANG MULIA DATO' GUA ADALAH YANG TERBAIK TUHAN BAGI KAT GUA OKEH :-)

PEACE!!!


HEHEHE, CAM NAK EMO...TAPI TAK LEH LA...AKU RASA KELAKAR PON ADA....TAKPA2....INI PENGAJARAN, HATI2 NAK BUKA PINTU PERSAHABATAN LEN KALI, INTAI KOK TINGKAP DULU TENGOK SAPA YANG MAI/NAK DIJEMPUT. KALAU GAYA2 TAK BOLEH DIPERCAYAI ATAU KANDA AKU DAH SCAN DAN KATA TAK LULUS, ELOKLA IKUT CAKAP LAKI, NI LA BAHANANYA MELAWAN...PADAN MUKA!

AKU HARAP SANGAT.....JANGAN SALAH ANGGAP KEBAIKAN AKU. DAN YANG PENTING, KALAU ADA ORANG SUKA AKU, ITU BUKAN SALAH AKU. BECOUSE I DONT CARE.....

iina said...

Sahabat yang baik tidak mudah kita jumpa.. kdg2 yg peling rapat itulah yg paling jahat.. nauzubillah.. sebab itu kena hati2 kan.. tapi bila dah jumpa yg baik.. jagalah persahabatan tu. walau kdg kala kita gado2 manja..muahahah majuk2.. itu tandanya kita syg dia dan ambil berat pasal dia..

biasalah sebagai manusia tidak semudah itu kita dpt nilai org itu baik atau tidak.. tak elok bersangka buruk.. tapi kdg2 kena sangka gak.. sebab kita perlu hati2

apa pun semoga kita jaga sahabat yg betul2 baik dgn kita dan ikhlas.. Insyallah ;)

Kak Long said...

iina > haah...bab gaduh2, tersinggung sikit2 biasa la...dengan mak bapak kita pun kadang kita merajuk...apatah lagi sahabat, tapi jangan la sampai melebih2 kan. Kenangkan kebaikan dia yang lebih banyak berbanding kelemahan yang sedikit (hanya terpakai untuk sahabat saja ye...hehehe). Apa pun ada baiknya kita hargai semua orang di sekeliling kita, barulah aman dunia ini..... kerana dunia ini sangat luas untuk setiap orang bernafas di dalamnya.